Karangan - Bhg 3

  • Uploaded by: Rozanaliza
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan - Bhg 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 541
  • Pages: 23
Jika kamu dikehendaki menulis sebuah cerita mengenai satu rompakan…

… bagaimanakah permulaan kamu?

Arahan: Tuliskan sebuah karangan yang mengisahkan tentang satu rompakan.

1

Pada suatu hari, ada seorang budak bernama Siti. Dia sedang berjalan ke rumah seorang diri. Dia berasa takut dan cuba berjalan dengan pantas. Ada seorang lelaki yang mengikutnya dari belakang.

atau….

2 Siti memberikan renungan mendalam kepada gambar-gambar itu. Semua orang di dalamnya kelihatan berseri-seri, terutama dirinya sendiri. Hari itu adalah hari jadinya yang ke 16 dan dia sedang memakai seutas rantai emas yang diukir rapi di lehernya. Sambil dia menatapi gambar itu, kenangan lalu bermain-main di fikirannya…

Pastinya, Permulaan 1 memang tidak ada kesilapan dari segi bahasa. Cuma, kalau dimulakan dengan Permulaan 2, tentu pembaca akan lebih tertanya-tanya apakah yang terjadi dengan rantai emas tersebut.

Mengapa pendahuluan penting? • Bahagian pertama yang dibaca oleh pembaca (guru dan kawan). • Menentukan mood cerita (sedih, seram, gembira dan sebagainya) • Permulaan seperti “Pada suatu hari,…” dan “Pada minggu lalu,…” boleh membosankan si pembaca.

Imbas Kembali

Dialog

Cara-cara memulakan cerita

Gambaran (situasi/wata k)

Klimaks

Imbas Kembali

Dialog

Cara-cara memulakan cerita

Gambaran (situasi/wata k)

Klimaks

1. Dialog • Gunakan dialog untuk menggambarkan situasi yang terjadi.

“Wah! Cantiknya baju ini,” kata Aisyah sambil memusing-musingkan badannya di hadapan cermin seperti seorang peragawati. Ibunya hanya dapat memberikan senyuman melihat keletah anaknya. ……

1. Dialog • Gunakan dialog untuk menggambarkan situasi yang terjadi.

“Awak tentu akan menyesal satu hari nanti!” Faizal memberi amaran dengan mukanya yang merah padam. Dia pun terus beredar dari bilik itu. Semua orang yang berada di situ tercegat dan tercengang menyaksikan kejadian yang baru berlaku. ……

Imbas Kembali

Dialog

Cara-cara memulakan cerita

Gambaran (situasi/wata k)

Klimaks

2. Imbas Kembali • Bahagian penutup digunakan di pendahuluan.

Setiap kali Maya membuka diarinya, dia akan ternampak gambarnya bersama ibu bapanya. Mereka kelihatan sangat mesra dan saling berpelukan. Namun, itu adalah dua tahun yang lalu. Apa yang terjadi kepada ibu bapanya tidak dapat Maya lupakan. Pada waktu itu,…

Imbas Kembali

Dialog

Cara-cara memulakan cerita

Gambaran (situasi/wata k)

Klimaks

3. Gambaran (Situasi) • Terangkan sesuatu kejadian atau acara. • Kejadian – kebakaran, rompakan, kemalangan… • Acara – Hari Sukan, hari lahir, perayaan…

Musim raya akan tiba lagi. Di sana sini kelihatan sinaran lampu kelap-kelip yang menyinari jalan. Orang ramai berpusu-pusu berbelanja di kedai-kedai yang dihiasi cantik. Inilah masa yang paling seronok buat Amin sekeluarga. ……

3. Gambaran (Watak) • Terangkan mengenai sesuatu watak (‘character’).

Karim adalah seorang budak yang pelupa. Setiap hari, ada sahaja perkara yang dilupanya. Hari ini tidak terkecuali. ……

Imbas Kembali

Dialog

Cara-cara memulakan cerita

Gambaran (situasi/wata k)

Klimaks

4. Klimaks Haron menjadi cemas apabila ombak besar menelannya ke dasar laut. Ini bukanlah gelombang kecil seperti yang disangkanya. ……

Ingat… • Gunakanlah permulaan yang kamu selesa dan fahami penggunaannya. • Jangan habiskan terlalu banyak masa memikirkan permulaan. • Permulaan yang hebat tentunya akan membuat si pembaca ingin terus membaca.

Aktiviti Mengarang Arahan: • Kamu telah pun membaca dan memahami pelajaran hari ini. • Sekarang, pilih salah satu cara permulaan karangan yang telah kamu pelajari. • Tulis seperenggan permulaan cerita berdasarkan tajuk yang diberikan (20-30 patah perkataan). • Taip hasil kerja kamu di dalam ruangan yang disediakan di bawah dan tekan butang 'Submit'. Tajuk

Tajuk: Suatu Kejadian Yang Berlaku Pada Waktu Rehat Di Sekolah

Related Documents

Karangan - Bhg 3
June 2020 6
Karangan - Bhg 2.2
June 2020 4
Karangan - Bhg 2
June 2020 3
Karangan - Bhg 1
June 2020 4
Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63

More Documents from ""

Karangan - Bhg 3
June 2020 6
Karangan - Bhg 2
June 2020 3
Karangan - Bhg 1
June 2020 4
Karangan - Bhg 2.2
June 2020 4
Kesilapanku
June 2020 8