BANGUNAN BERSEJARAH BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
SUMBER PERTAMA
SUMBER KEDUA
SUMBER KETIGA
SUMBER KEEMPAT
Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan folio kerja kursus Sejarah Tempatan ini . Pertama sekali , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah saya , Encik Muhamad Rhozali Bin Zakaria kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menghasilkan folio ini . Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya , Encik Mohd Nasir Bin Deraman dan Ramlah Binti Yusof kerana memberi dorongan dan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan folio ini .
Saya juga ingin mengucapkan kepada rakan seperjuangan saya iaitu , Kamil Ayyub Bin Mazlan dan Shahmir Bin Shahibullah kerana banyak memberi nasihat dan kritikan yang positif bagi menjayakan folio ini . Akhir sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung . Tanpa mereka , maka tidak terhasillah folio yang sebegini bentuknya . Sekian , terima kasih .
Yang benar, (………..................) Muhamad Hazim Bin Mohd Nasir
Antara Objektif Kajian Sejarah adalah untuk mengenali latar belakang bangunan bersejarah iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad . Selain itu , untuk
mengetahui tentang tujuan penubuhan Bangunan Sultan Abdul Samad . Akhir sekali , untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang fungsi Bangunan Sultan Abdul Samad . Kerja Kursus ini juga diharapkan dapat memupuk semangat patriotisme yang ada pada diri setiap rakyat Malaysia .
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad . Antara kaedah yang saya gunakan ialah temuramah,saya telah menemuramahayah saya Encik Mohd Nasir bin Deraman .saya telah memperoleh banyak maklumat daripada beliau untuk menghasilkan folio ini. Saya juga telah merujuk beberapa buah buku untuk mendapatkan maklumat di pusat sumber sekolah saya.
Akhir sekali,saya telah pergi membuat penyelidikan di Perpustakaan Awam Selangor,Shah Alam dan menemubual pegawai perpustakaan ,Vijiya Kandasamy untuk mendapatkan informasi berkenaan Bangunan Sultan Abdul Samad.
HASIL KAJIAN
BAGAIMANAKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BESEJARAH DAPAT MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN WARISAN BANGSA DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA. Negara Malaysia bertuah kerana mempunyai banyak kesan peninggalan sejarah seperti bangunan dan monumen bersejarah.sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbanggadengan sejarah Negara kita yang kaya dengan peninggalan bersejarah.
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan seperti memelihara dan membaiki harta dan warisan lama yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan sejarah melalui kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan.proses ini bertujuan untuk melanjutkan usia atau keadaan sesebuah bangunan bersajarah atau sebarang harta warisan Negara. Bangunan bersejah dapat berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah.Oleh itu,semua warganegara Malaysia perlu peka terhadap masalah dan isu tentang bangsa dan Negara.Dari segi bina pula,bangunan-bangunan yang dibina pada zaman colonial termasuk rumah-rumah kayu melayu mempunyai cirri-ciri rekabentuknya yang unik.Sesetengah bangunan ini masih kukuh.Semua warganegara Malaysia sepatutnya perlu bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia.Dengan ini,sikap kesyukuran dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Dari sudut pelancongan pula,pemuliharaan dapat menarik ramai pelancong tempatan dan luar negeri untuk melawat Malaysia.Kita sepatutnya perlu berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara.Selain daripada menikmati keindahan alam semulajadi,para pelancong boleh melawat ke bangunan-bangunan bersejarah selain daripada artifak-artifak di dalam muzium.Selain daripada itu, bangunan dan monument lama juga boleh memainkan peranan yang penting di dalam pendidikan masyarakat khususnya para pelajar dan penyelidik.Dengan ini sikap bersefahaman dan bermuafakat dapat dilahirkan dalam kalangan masyarakat. Pemuliharaan bangunan sejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda Negara terutamanya kea rah penghayatan warisan dan khazanah Negara.Di samping itu,bangunan bersejarah merupakan asset Negara yang patut dipelihara ke suatu generasi dengan suatu generasi. Dengan adanya bangunan bersejarah ini,generasi muda akan lebih menghargai dan peka terhadap perkembangan sejarah.lahirnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat apabila bangunan bersejarah dipelihara dengan baik. Sungguhpun pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia masih berada di peringkat awal,adalah penting bagi usaha-usaha ini diberi keutamaan sebelum warisan dan khazanah Negara lenyap dibawa arus pembangunan moden.Setiap individu perlu menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pemuliharaan bangunan bersejarah.Sebarang bentuk pencerobohan dan kemusnahan ke atas bangunan bersejarah dan monument tersebut tanpa kebenaran pihak penguasa tempatan patut diambil tindakan yang serius.Pihak berkuasa perlulah adil dan bertimbang rasa. Kepada penguasa tempatan perlu menyenaraikan nama-nama bangunan untuk memudahkan kerja-kerja pewartaan,pemuliharaan,penyelengaraan dan pembaharuan.Pemuliharaan bangunan dan monumen di Malaysia harus diberi penekanan di dalam sistem pendidkan Negara.Rakyat Malaysia perlu bekerjasama dan tolong-menolong bagi mengekalkan bangunan bersejarah.
LAMPIRAN
(Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad .)
MAJALAH Kamalsyah , 1990 . SHAH ALAM , BERSIH DAN INDAH . Kuala Lumpur : Printcorp Sdn. Bhd.
INTERNET Bangunan Sultan Abdul Samad , http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan Sultan Abdul Samad.htm
AKHBAR Berita Harian ,20 Jun 2009 , halaman 29
SUMBER LAIN ENSIKLOPEDIA DUNIA 3, 2005.Selangor:Dawama Sdn. Bhd.