KALO DAH NAMA PUN BUGHOK!!! Apakah y’all akan jadi happy jikalo tiap2 hari y’all dipanggil ngan gelaran “Monyet”? Tentu tidak! Tapi kalo nama y’all memang “Ungka” @ “Jibraun”, takkan y’all nak marah pasal tu memang nama y’all sebenarnya! Tapi takkan parents nak bubuh nama anak dia camtu (walaupun kes nama pernah berlaku beberapa kali…) kan ?! Samalah jugak ngan topik hari ni iaitu pasal nama2 band yang dipilih @ terpilih daripada kata2 paling manis untuk menggelar diri sendiri. So, pilihlah elok2 nama bagi sesebuah benda @ makhluk!
BAND : HOLE Naper tak best? Daripada nama pun y’all dah boleh agak apa maksudnya kan? Hole = Lubang? Naper lubang? Sapa tak kenal ngan frontman-nya, Courtney Love? Janda Kurt Cobain yang selalu buat kontroversi ngan sikap mabuk al-feronya! Hah! Elok sangatlah ngan nama band-nya yang bermaksud lubang. Tak taulah aku naper dia bagi nama band yang membawa maksud lubang melainkan otaknya saja yang berlubang!
USULAN : BIOL
BAND : TOAD AND THE WET SPROCKET Naper tak best? Se-olah2 mengumpul sejumlah perkataan yang diletakkan dalam sesebuah bekas sebelum dicabut & disusun sebagai nama! Toad? Adakah membawa maksud berudu @ salah 1 karakter fiksyen dalam siri “X-Men”? Dah tentu bukan coz dey’all ni main muzik se-mata2. Wet Sprocket lak se-olah2 macam 1 kolaborasi baik yang menyatukan semua perkataan. Ye ke? Kalo nak kata muzik ada bunyik2 akustik takpelah walaupun sebenarnya lebih kepada pilihan muzik alternatif tahun 90-an.
USULAN : TODI @ SPROKET RXZ
BAND : THRICE Naper tak best? Band bergenre emo ni memang bagus! Teramat bagus! Sebagai sebuah band yang bagus,
nama yang bagus boleh membawa impak yang lebih. Berasal dari sebuah band underground, nama tu memang cukup membawa makna apabila ia mengetuk jiwa sentimental kita nak dengar lagu2 band ni sebanyak 3 kali (thrice) tapi untuk mainstream, nama memainkan peranan penting untuk impak marketing yang lebih berkesan. Tapi bagi aku nama Thrice tu membawa banyak maksud selain daripada 3 kali iaitu try banyak kali! Apa maknanya? Tak nak menjadi le tu!!!...
USULAN : TEH AIS @ THE RICE BAND : KORN Naper tak best? Band ni cukup2 feymes di era 90-an apabila mendendangkan lagu2 yang berat & menggunakan gitar Ibanez 7 tali yang ditune-kan pada kod A. Bapak berat gile sound die! Mungkin pasal tu kot dey’all menggunakan nama K0rn yang membawa maksud “ketuat”… Ketuat? Band yang menjadi kegilaan remaja 1 ketika dulu rupanya adalah ketuat?! Naper dey’all pakai nama sejenis ketulan yang menjadi masalah kepada badan seseorang manusia?! Nampak sangat dey’all ni suka menyusahkan orang ramai. Betul la kan?...
USULAN : KONG (cam bateri yang dah rosak) BAND : LIMP BIZKIT Naper tak best? Masa keagungan band Korn, band Limp Bizkit pun tanak ketinggalan menjadi feymes ketika era 90-an apabila menyedari potensi besar untuk mengetengahkan muziknya! Se-olah2 menjadi adat bagi frontman-nya, Fred Drust untuk mencetuskan pelbagai kontroversi disamping meraih populariti murahan sampaikan gitaris-nya sendiri, Wes Borland pun naik boring dan buat band lain…
USULAN : LIM KIN YZE (nama orang Cina) @ LIN BISKUT
BAND : PHISH Naper tak best? Bila baca ejaan, aku pun tak tau apa maksudnya tapi bila dah sebut, ia membawa maksud ikan @ gelaran yang digunakan untuk banduan yang baru masuk penjara. Kalo di US, ia dianggap sebagai gimik yang bagus untuk sesebuah @ seseorang artis, tapi untuk seluruh dunia, pelbagai maksud akan timbul coz ikan boleh dimakan oleh sumer orang bagi perlakuan “makan” sama jantina. Jantina? Hmmm…
USULAN : HUISH!
BAND : KEITH URBAN Naper tak best? Dah nama dia Keith Urban, nak buat camner?! Takkan nak salahkan dia @ mak bapak dia bubuh nama tu untuk dia kan? Ni nama untuk band, apsal lak nak bubuh nama dia sorang jer? Tak aci la kalo camtu! Lagi pun banyak lagi band yang gunakan nama sendiri tapi tetap gak dey’all letakkan penghargaan kepada bandmates dey’all. Sebagai contoh Dave Matthews Band @ Jackson 5. Dey’all masih menghargai orang2 di belakang tabir! Adakah patut kalo camtu?!
USULAN : KUGIRAN KEITH BERUBAN
BAND : CRASH TEST DUMMIEST Naper tak best? Dey’all ni jenis yang main cekup jer nama apa2 untuk dijadikan sebagai nama sebuah band. Walaupun jelas sangat diambil daripada nama objek yang selalu digunakan untuk menjadi ujian mengesan impak perlanggaran, dey’all ni tak kisah asalkan cukup menarik untuk dijadikan nama band! Ke pasal dey’all ni memang suka langgar jer apa yang berada di depan mata dey’all termasuk orang tua yang sedang melintas jalan! Pasal tu y’all boleh dengar muzik yang dibawakan amat menepati unsur “main langgar” jer! Tapi sampai sekarang dey’all masih dikenali! Mungkin nama tu memang senang untuk diingati!
USULAN : KERAS TAK BUAH DAM NI? BAND : RIGHT SAID FRED Naper tak best? Masih ingat lagi ngan lagu “I’m Too Sexy”? Memang seksi pun kalo y’all tengok dey’all ni perform. Ngan perut buncit bergelek atas stage… tu ke seksi? Seksa lagi adalah! Daripada nama, se-olah2 ahli band ni gay tapi tak tau lah aku sama ada ye ke tak? Ntah2 Fred adalah orang yang cakap dey’all ni seksi bangat lalu berjaya mencuri tumpuan dunia ngan lagu tadi. Coz berjaya di persada seni, maka dey’all pun maklumkan pada ahli band yang lain ngan mengatakan, “Betul cakap Fred!” Maka benarlah segala yang dirasa… Ye ke Fred band ni Berjaya?!
USULAN : HAMLAU LU FRED! BAND : THE USED Naper tak best? Nama pun dah cukup untuk menyatakan yang dey’all bangsa yang selalu dipergunakan oleh orang ramai untuk faedah diri sendiri tanpa sebarang persoalan yang timbul
dikalangan ahli2 band tu sendiri. Sebagai orang yang selalu digunakan, band ini secara tak lansung membuka pekung di dada dey’all sendiri. Mungkin digunakan untuk menguntungkan syarikat rakaman yang tak bayar dey’all sepatutnya @ hanya sebagai boneka untuk orang ramai mengatakan vokalisnya menggunakan suara se-akan2 Eddie Vedder untuk menarik perhatian umum. Kalo dah habih guna, buang aje kat tepi jalan seperti yang terjadi skang! Dah tak muncul2 kat TV dah! Ke mana menghilang?
USULAN : DAYUS! BURUK TERBURUK? Kalo difikirkan, y’all rasa besar tak impak yang dihasilkan daripada pemilihan nama2 yang teruk untuk dijadikan ganti nama yang mewakili aktiviti y’all cam band2 kat atas ni? Ada gak yang nama memang gempak gile tapi main… hampeh bercampur suam2 susu masam! Kadang2 ramai yang fikir ngan nama yang best, pasti ramai yang akan ingat! Tapi kalo yang diingatkan tu adalah perkara2 buruk @ kantoi jer, kan lagi memalukan? Adakah y’all mahu diingati sebagai orang @ band yang gagal? Tentu sekali tidak! So, jangan ingat nama yang best tu bermakna y’all dah best. Chiow!