KAEDAH PENJAGAAN IKAN HIASAN
KOLAM IKAN • Gunakan penapis air yang mudah dicuci dan elakkan daripada
menggunakan bahan mudah mendap najis atau makanan ikan.
• Penapis air juga perlu dicuci seminggu sekali untuk memastikan ia sentiasa
berada dalam keadaan bersih.
• Untuk kolam baru, anda perlu bersihkan dulu dengan air sebelum anda
memasukkan ikan atau tumbuhan air. Ini penting untuk memastikan kotoran dan basuhan terakhir binaan kolam tidak tertinggal dalam kolam
• Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika anda mahu
mencuci kolam. Kaedah berkenaan dapat membantu mengurangkan kesan bahan pencuci yang dikhuatiri membunuh hidupan air.
• Tidak perlu risau dengan keadaan lumut yang kian menghijau kerana ia
tumbuh secara semula jadi seiring kematangan tumbuhan air lain. Ia juga menjadikan landskap nampak lebih ‘hidup’.
TIPS PENJAGAAN • Memulakan dengan Akuarium yang sesuai – Sebab sedikit kesilapan atau perubahan kualiti air akuarium, ikan kita dalam risiko kematian… Jadi, jauhi daripada akuarium yang kurang daripada 90 liter. Akuarium kaca standard yang biasa dijual pun dah dikira suatu permulaan yang baik untuk terus dalam hobi ini dan lagi mudah senggaraannya serta banyak lagi kebaikan.
JANGAN MASUKKAN IKAN DENGAN CEPAT • ikan mati disebabkan segala gas, mineral, logam berat dan
sebatian kimia terlarut dalam air paip yang dimasukkan masih lagi belum neutral..
• Jadi, biarkan air baru dimasukkan tadi berada dalam akuarium
sehari dua dan semua pam/powerhead dipasang supaya air mula bergerak dan berkitar.
• pH air pun akan stabil. Klorin akan mula terbebas ke udara. • Seterusnya masukkan ikan ke dalam akuarium
JANGAN LETAKKAN TERLAMPAU BANYAK IKAN SERENTAK • akuarium baru belum bersedia dari segi ekologinya untuk
menampung beban biologi.
• Bakteria pengurai (nitrification bacteria) belum lagi hadir dalam
akuarium
• dapatkan ammonia test kit dan periksa kadar ammonia sehingga
sifar sebelum masukkan ikan seekor\ dua dari masa ke semasa.
TIDAK MEMELIHARA IKAN YANG TIDAK BERSESUAIAN BERSAMA • Mengelakkan persaingan
• Boleh mengancam ikan yang lebih kecil dan lambat membesar • Boleh mengakibatkan pergaduhan antara ikan – ikan tersebut • Berbeza kualiti air
SENTIASA MEMERIKSA KUALITI AIR • Pastikan akuarium sentiasa berada dalam keadaan sihat dan
menarik serta tidak bermasalah untuk jangkamasa panjang
– langkah pertama memainkan peranan penting. Sebelum memasukkan
ikan, periksa pH, ammonia dan nitrit. – Apabila akuarium sudah mengitar (cycle) periksa air sebulan sekali – sekiranya ikan menunjukkan masalah, periksa parameter air tersebut.
TERIMA KASIH