Jpu

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jpu as PDF for free.

More details

  • Words: 5,768
  • Pages: 35
JADUAL PENENTU UJIAN Dalam JPU hendaklah ditetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, aras objektif mengikut Taksonomi Bloom, atau yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentu objektif pelajaran ataupun aras-aras objektif bergantung kepada: a. Mata pelajaran b. Tajuk-tajuk yang diuji c. Peringkat kebolehan murid-murid atau pelajar-pelajar yang menduduki ujian atau peperiksaan itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran. Petak-petak dalam JPU boleh diisi dengan nombor ataupun peratus. Nombor ialah bilangan soalan yang akan disediakan, dan peratus pula ialah pengkadaran daripada jumlah soalan dalam ujian atau peperiksaan itu. Oleh kerana tujuan utama JPU ialah untuk mempertingkatkan kesesuaian sesuatu ujian, maka nombor ataupun peratus ini tidak boleh diisi secara sembarangan. Biasanya, bilangan ataupun peratus soalan bagi sesuatu tajuk bergantung kepada : a. Pentingnya tajuk atau objektif pelajaran berbanding dengan yang lain. b. Penegasan yang diberi kepada murid-murid atau pelajar-pelajar Perseimbangan tajuk-tajuk, objektif pelajaran atau aras objektif dapat ditentukan dengan memberi pemberatan yang sesuai dalam JPU. JPU dapat memastikan ujian atau peperiksaan menjadi lebih adil dan tidak ada tajuk-tajuk, atau perkara-perkara penting dalam sukatan pelajaran yang tertinggal. Berikut ialah beberapa sebab mengapa guru perlu menyediakan JPU: 1. Dengan adanya JPU, guru dapat memastikan bahawa sesuatu ujian atau peperiksaan itu

dirancang dengan rapid an bukan dibina secara sembarangan. 2. Dalam JPU bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau

objektif pelajarannya berbanding dengan yang lain dan juga penegasan yang diberi kepada murid-murid atau pelajar-pelajar. Hal ini akan menjamin bahawa ujian atau peperiksaan itu mempunyai kesahan isi dan kebolehpercayaan yang tinggi. 3. JPU adalah suatu panduan dan penentu kepada guru yang akan menulis soalan.

4. JPU dapat mengekalkan taraf, mutu dan kesukaran ujian atau peperiksaan dari semasa ke semasa. 5. Berpandukan JPU yang telah disediakan oleh guru atau panel, guru yang berlainan dapat

membina ujian peperiksaan yang sama mutu, taraf dan kesukarannya. Apabila JPU sudah disediakan, langkah-langkah yang seterusnya ialah menyediakan itemitem ujian yang padan dan menepati objektif dan tajuk dalam JPU. Setiap item hendaklah dibaca dan disemak beberapa kali untuk memastikan bahawa ujian itu bersih daripada sebarang kesilapan, seperti istilah yang salah, struktur ayat yang kurang sesuai, gambar atau gambarajah yang tidak jelas, tertinggal perkataan dan jawapan yang salah. Selain itu, seboleh-bolehnya item ujian atau peperiksaan hendaklah disusun mengikut aras kesukarannya, iaitu dari item yang paling sukar. Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya ialah arahan ujian atau peperiksaan yang jelas dan mudah difahami oleh calon. Contoh soalan dan cara menjawab soalan boleh diberi terutama sekali jika calon ujian atau peperiksaan ialah murid-murid atau pelajar-pelajar peringkat rendah. Tempoh masa ujian atau peperiksaan juga mesti dicatatkan di kertas soalan. Ketua panitia, ketua bidang atau guru sejawat yang berpengalaman yang juga mengajar perkara atau mata pelajaran yang sama diminta untuk menyemak kesesuaian objektif, item-item yang telah disediakan itu menepati keseluruhan objektif, mempunyai bilangan item yang memadai tajuk dan objektif dalam JPU. TUJUAN DAN KEPENTINGAN JPU 1. Menentukan kesahan ujian yang tinggi mencerminkan hasil pembelajaran yang hendak diuji, isi kandung yang diuji menepati topik yang terkandung dalam sukatan yang diajar. 2. Kesahan ujian yang tinggi akan menentukan kebolehpercayaan ujian yang tinggi.

3. Kualiti item ujian yang disediakan dapat kekal oleh penggubal item ujian. 4. Mencerminkan isi dan hasil pembelajaran dalam perkadaran kepentingan dalam kursus. CIRI-CIRI UTAMA JADUAL PENENTU UJIAN

1. Jadual yang disifatkan sebagai dwi arah, satu arah diwakili oleh isi dan satu lagi oleh

jenis hasil pembelajaran. 2. Hasil pembelajaran yang hendak diuji telah dipilih dan ditetapkan –

Mengubah mengikut kehendak / objektif kursus, merangkumi dimain pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan minat.



Bagi dimain kognitif peringkat selaras dengan Taksonomi Bloom perlu digunakan iaitu: i. Pengetahuan – ingatan fakta ii. Kefahaman – membuat interprestasi atas maklumat dalam perkataan sendiri iii. Aplikasi – menggunakan maklumat dalam situasi yang baru iv. Analisis – memecahkan sesuatu kepada komponen-komponennya. v. Sintesis – membina sesuatu kepada komponen-komponennya. vi. Penilaian – menilai sesuatu.



Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan dan penempatan hasil pembelajaran yang diuji: i. Objektif ii. Jenis item ujian iii. Masa ujian iv. Umur calon

3. Isi kandung yang hendak diuji telah disenaraikan –

Isi kandung disenaraikan adalah selaras dengan kandungan sukatan pelajaran



Semua isi yang diuji perlu diajar oleh guru untuk menjamin kesahan ujian.

4. Bilangan soalan bagi setiap isi kandung dan hasil pembelajaran yang akan diuji dapat

disediakan dalam sel berkaitan. –

Faktor yang mempengaruhi bilangan soalan bagi setiap isi dan hasil pembelajaran adalah: i. Betapa penting setiap isi kandungan dalam pengalaman pembelajaran secara menyeluruh? ii. Berapa banyak masa telah digunakan untuk mengajar isi kandung

tertentu?

iii. Hasil pembelajaran manakah yang akan menggalakkan ingatan dan

pemindahan pembelajaran? iv. Kepentingan yang diberi oleh pihak penggubal kurikulum bagi isi kandung tertentu? LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JPU 1. Tentukan tujuan ujian. 2. Tentukan jenis ujian yang perlu disediakan (objektif / esei / ujian amali) 3. Tentukan jumlah soalan bagi ujian tertentu. 4. Mengenal pasti aras hasil pembelajaran yang hendak diuji.

5. Menyenaraikan isi kandungan yang hendak diuji. 6. Menyediakan jadual dwi arah: i. Paksi datar – aras hasil pembelajaran (Taksonomi Bloom) ii. Paksi tegak – isi kandung yang akan diuji.

iii. Masuk nombor soalan yang berkaitan bagi isi kandung dan hasil pembelajaran yang diuji. iv. Jumlah soalan bagi setiap aras hasil pembelajaran.

v. Jumlah soalan bagi isi kandung. vi. Sebaran soalan untuk isi kandung dan hasil pembelajaran yang diuji dapat mencerminkan: –

Bilangan soalan yang disediakan bagi setiap isi kandung dan hasil pembelajaran yang diuji.



Jumlah soalan yang telah disediakan untuk ujian.

vii. Aras kesukaran item ujian disediakan supaya dapat sebaran jenis soalan yang senang, sederhana dan sukar dalam nisbah 1:2:1 –

Nisbah perlu ada untuk mendiskriminasikan pelajar yang pandai dengan yang lemah.



Soalan senang memotivasikan pelajar.



Soalan sukar mencabar pelajar.

JADUAL PENENTU UJIAN Sekolah Kebangsaan Dusun Nyiur, Seremban, Negeri Sembilan. Mata pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: Enam

Bilangan soalan objektif

: 40

Aras kesukaran soalan

: 1:2:1 (mudah : sederhana : sukar)

KANDUNGAN PENG.

KEF.

ARAS AP L. ANA.

SIN.

PEN.

JUML AH

TATABAHASA SIMPULAN BAHASA KESALAHAN AYAT

7

8

4

0

0

0

19

0

3

0

0

0

0

3

0

0

4

4

0

0

8

PETIKAN

0

2

0

2

3

3

10

JUMLAH

7 17.50 %

13 32.50 %

8 20 %

6 15.00 %

3 7.50 %

3 7.50 %

40

PERATUS

Jadual 1: Jadual Penentu Ujian (JPU)

KUALITI SOALAN UJIAN OBJEKTIF

PERAT US 47.50 % 7.50% 20.00 % 25.00 %

100%

Sesuatu ujian boleh dianggap sebagai objektif apabila pilihan jawapan bagi tiap-tiap satu item diberi dan hanya satu daripada pilihan jawapan itu dipilih sebagai jawapan yang betul. Oleh kerana pilihan jawapan diberi dan jawapan yang betul hanya satu, sesiapa (termasuk mesin) yang mempunyai atau tidak mempunyai pengetahuan mengenai tajuk-tajuk ujian berkenaan boleh memeriksa kertas jawapan ujian jenis ini. Sebenarnya, ujian objektif tidak benar-benar objektif. Terdapat unsur-unsur subjektif di tahap menyediakan jadual penentu ujian, semasa memilih jenis item ujian dan juga item-item ujian yang sesuai. Maka tidaklah salah jika dikatakan keobjektifan ujian objektif hanya terdapat diperingkat pemarkahan. JENIS-JENIS UJIAN OBJEKTIF Soalan objektif pada keseluruhannya boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu: 1. Jenis item pilihan jawapan bebas (separuh objektif) Jenis item ini memerlukan murid atau pelajar memberi pilihan jawapan atau jawapan dan dan tidak hanya menandakan jawapan betul daripada senarai jawapan yang telah disediakan. Item ini adalah dalam bentuk soalan perkataan rangsangan, atau rangkai kata, atau satu penyataan yang tergantung. Jenis ini biasanya mempunyai arahan seperti, “Isikan tempat-tempat kosong di bawah ini.”. Calon perlu mengisikan perkataan di tempat-tempat yang dikhaskan. Di antara jenis item pilihan jawapan bebas ialah item: a. Jawapan Pendek – Satu soalan atau pernyataan diberi dan murid atau pelajar

dikehendaki member jawapan yang betul. Jawapan adalah dalam bentuk perkataan, rangkai kata atau nombor. Contoh – “Bilakah orang-orang Portugis menawan Melaka?... b. Melengkapkan Ayat – Item ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan,

atau rangkai kata tertentu ditinggalkan dan digantikan dengan tempat kosong untuk diisikan oleh murid atau pelajar. Ayat ini boleh mengandungi satu, atau lebih tempat kosong. Contoh – “Haiwan yang memakan daging dinamakan …”. c. Perkaitan – Satu senarai perkataan atau peristiwa dan murid atau pelajar dikehendaki member jawapan yang berkaitan dengan perkataan di sebelahnya.

Contoh – “Tuliskan nama Perdana Menteri Malaysia ditempat-tempat kosong mengikut peristiwa penting yang telah diberikan. i. Melancarkan ‘Program Buku Hijau’ ii. Melancarkan kempen ‘Kepimpinan Melalui Teladan….’ 2. Jenis item pilihan jawapan tetap Terdapat empat jenis item yang utama di bahagian item pilihan jawapan tetap ini : a. Item Betul / Salah – Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat

pilihannya, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Item ini merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina. Peluang untuk mendapatkan jawapan adalah separuh merupakan kelemahan utama. b. Item Memadankan – Item memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang kanan untuk dipadankan dengan perkara di sebelah kiri. Soalan jenis ini banyak di sekolah rendah. Contoh : i. Suaikan a. Pencipta telefon

A. Jhon Mc Adam

b. Pencipta jalan berturap

B. Alexander Graham Bell

c. Item Pengkelasan – Item ini hampir sama dengan jenis item memadankan.

Beberapa pernyataan atau tajuk diberi dan kemudian beberapa soalan dibuat berasaskan pernyataan atau tajuk tersebut. Lazimnya, lima pernyataan yang ditanda dengan huruf diberi, dan ini diikuti dengan satu senarai perkataan, rangkai kata atau soalan, murid atau pelajar dikehendaki memilih pernyataan yang paling berkaitan dengannya. Hurufnya ditulis atau di tanda di sebelah pernyataan itu. Contoh : Padankan istilah yang terdapat di ruang B dengan ciri-ciri ukuran kecenderungan memusat yang disenaraikan di ruang A. Pilihan di ruang B boleh digunakan lebih daripada sekali. Ruang A

Ruang B

1. Sesuai bagi taburan terpencong

A. Min

2. Paling sebsitif kepada skor yang melampau

B. Median

3. Sesuai bagi anggaran secara kasar

C. Mod

4. Mungkin ada lebih daripada dua

5. Merupakan persent yang kelima puluh d. Item Susun Semula – Jenis item ini mengkehendaki calon menyusun satu set ayat

yang tidak tersusun atau berturutan supaya menjadi suatu cerita atau perenggan yang bermakna. Misalnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, murid atau pelajar boleh diminta membuat karangan berpandukan gambar bersiri. Contoh : Burung menjatuhkan sehelai daun ke dalam air Burung melihat semut dihanyutkan air Burung mengucapkan terima kasih kepada semut Pada suatu hari, pemburu hendak menembak burung Semut naik ke atas daun itu dan mengucapkan terima kasih kepada burung Semut menggigit kaki pemburu dan burung menyelamatkan diri. Jenis item ini ialah yang paling banyak luas digunakan dan ia juga merupakan jenis item yang paling fleksibel dalam ujian objektif. Itemnya boleh diubahsuaikan dengan menggunakan bahan-bahan tambahan, seperti graf, gambarajah, carta dan peta untuk member pelbagai pendekatan. Item aneka pilihan ini mengandungi pokok soalan yang boleh berbentuk soalan, pernyataan, atau pernyataan tergantung dan beberapa pilihan jawapan, atau gerak balas (biasanya 3 hingga 5 pilihan jawapan diberi). Hanya satu daripada pilihan jawapan ini dijadikan jawapan yang betul dan bakinya dinamakan pemesong atau pengganggu (distractor). Contoh : 1. Negeri manakah yang terbesar di Australia ? A. Australia Barat

- petanda / jawapan yang betul

B. Australia Selatan

- pemesong / pengganggu

C. Daerah Utara

- pemesong / pengganggu

D. Qeensland

- pemesong / pengganggu

Setiap item dapat wujud sendiri dan tidak perlu bergantung, atau berkait dengan item-item yang lain. Item begini dikenali sebagai item diskrit. Tambahan pula, item jenis ini akan dapat membekalkan lebih banyak maklumat diagnostik jika dibandingkan dengan soalan objektif yang lain. Soalan jenis aneka pilihan mempunyai kelebihan berbanding dengan soalan Betul / Salah. Peluang meneka jawapan yang betul ialah 1/3, ¼, atau 1/5 berbanding dengan ½ sahaja dalam ujian Betul / Salah. Kadang kala terdapat dua atau lebih item yang berdasarkan kepada graf, carta, masalah, gambarajah, atau bahan-bahan rangsangan. Ini dinamakan item set. Contoh – Soalan 2 dan soalan 3 adalah berdasarkan (rajah, jadual, carta dan sebagainya). JENIS-JENIS ITEM ANEKA PILIHAN 1. Bentuk Soalan – Setiap pokok soalan jenis bentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan dan hanya satu daripada pilihan betul. Contoh : Apakah definisi ilmu bahasa ? A. Mengkaji perlakuan berbahasa. B. Mengkaji perlakuan berbahasa. C. Mengkaji bahasa lisan dan tulisan D. Menguasai atau mempelajari bahasa. 2. Ayat Tidak Lengkap – Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Hanya satu daripada pilihan ini adalah jawapan yang betul. Contoh : Punca kuasa dua bagi 81 ialah A. 6

B. 7

C. 8

D. 9

3. Jenis Jawapan Terbaik – Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ini adalah kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaj pilihan yang paling tepat atau terbaik. Contoh : Perkara terpenting yang perlu dipertimbangkan oleh guru darjah semasa mengasingkan murid-murid untuk kelas pemulihan ialah A. Keputusan ujian saringan B. Keputusan ujian diagnostik C. Permintaan ibu bapa kepada guru darjah D. Pencapaian murid dalam mata pelajaran asas 4. Negatif – Kesemua pilihan adalah betul kecuali satu yang salah. Yang salah itulah jawapan yang dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti KECUALI, TIDAK, BUKAN. Contoh ; Kelebihan sesuatu ujian objektif adalah seperti berikut KECUALI A. Lebih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif B. Sesuai bagi menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi C. Jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan lebih objektif D. Dapat menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan. 5. Interpretif – Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, jadual, graf atau petikan karangan. Berdasarkan rajah di atas kedudukan badan yang boleh menghasilkan imbangan yang baik ialah A. I

B. II

C. III

D. IV

6. Cantuman – Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul dan murid atau pelajar dikehendaki mencantumkan jawapan-jawapan itu. Contoh : Laporan Razak telah mengesyorkan bahawa I

Bahasa Melayu mesti di ajar di semua sekolah

II

Guru-guru di semua sekolah rendah diberikan latihan yang sama

III

Kerajaan seharusnya membiayai semua pelajaran agama

IV

Pelajaran teknik tidak diadakan.

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja

C. II, III dan IV sahaja

D. I, II, III dan IV

CARA MENULIS ITEM ANEKA PILIHAN 1. Pokok soalannya boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat yang tidak lengkap. 2. Pilih jawapan boleh dilambangkan oleh huruf kecil, huruf besar atau nombor. Pilihan

jawapan hendaklah disusun mengikut tertib. Jika nombor, susunannya menaik dan menurun. Jika nama, disusun mengikut abjad. Susunan melintang hanya digunakan jika semua pilihan jawapannya pendek. Kebiasaannya dicadangkan pilihan-pilihan jawapan disusun secara menegak. 3. Soalan hendaklah ringkas tetapi padat. 4. Pilihan jawapan juga perlu diringkaskan. 5. Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama.

6. Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang. 7. Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan umum seperti “tiada satu pun yang betul” atau “semua di atas adalah betul”. 8. Susunan dan kedudukan jawapan tidak menunjukkan satu pola yang tetap. 9. Pokok soalan tidak dijadikan tanda yang dapat menayangkan jawapan atau ‘clue’. KELEBIHAN UJIAN OBJEKTIF 1. Dapat menguji bidang kognitif di aras pengetahuan dan fahaman (mengikut Taksonomi

Bloom) dengan berkesan. 2. Lebih banyak soalan dapat diberi dan bidang yang luas dapat diuji dalam satu ujian kerana soalannya dapat dijawab dengan cepat. 3. Analisis item (rujuk bahagian analisis item) selepas ujian mudah dijalankan. 4. Lebih tinggi kebolehpercayaan kerana sifat No. 3 di atas. 5. Jawapan dapat diperiksa denga cepat, tepat dan lebih objektif. 6. Labih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif.

KELEMAHAN UJIAN OBJEKTIF 1. Memerlukan lebih banyak masa, usaha dan perbelanjaan untuk membina item ujian yang bermutu tinggi. 2. Kurang sesuai bagi menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi, seperti analisis, sintesis dan penilaian. 3. Tidak dapat menguji kebolehan calon menyusun dan membentangkan idea dan penulisannya. 4. Kurang sesuai digunakan sebagai ujian formatif. 5. Mengulangkaji soalan-soalan yang lepas dapat meninggikan prestasi calon dalam ujian. 6. Calon yang tidak tahu mungkin dapat meneka jawapan. MENYEMAK DAN MENYUNTING SOALAN ANEKA PILIHAN Setiap soalan yang telah diberi perlu disemak dan disunting dari segi KANDUNGAN, BAHASA dan TEKNIK PENULISAN SOALAN. Semakan ini boleh dijalankan oleh guru sendiri atau sebaik-baiknya oleh satu panatia yang mahir dalam bidang ini. Pokok Soalan. 1. Pilihan soalan haruslah selari dengan pokok soalan. 2. Semua pilihan soalan hendaklah daripada unsure yang serupa (homogen) 3. Semua pengganggu hendaklah munasabah sebagai jawapan 4. Pilihan soalan hendaklah diatur mengikut system yang berikut: a. Ayat dan frasa diatur daripada pendek ke panjang. b. Perkataan diatur mengikut abjad. c. Nombor diatur mengikut urutan menaik atau menurun. 5. Pilihan soalan hendaklah sama panjang atau hampir sama panjang.

6. Masukkan pilihan berulang ke dalam pokok soalan. 7. Pastikan tiada pembayang jawapan (clue) di dalam jawapan. 8. Pilihan yang mempunyai pokok soalan berbentuk soalan bermula dengan huruf besar.

Jika pilihan adalah ayat yang lengkap, ia akan berakhir dengan tanda noktah. 9. Pilihan yang mempunyai pokok soalan dalam bentuk ayat tidak lengkap bermula dengan huruf kecil dan tidak memerlukan tanda bacaan.

BENTUK DAN FORMAT KERTAS UJIAN Skema Jawapan Bahasa Melayu Kertas Satu (40 soalan objektif) bagi 30 orang pelajar Tahun Enam Raya SK Taman Dusun Nyiur, Seremban, N.Sembilan. 1A 2C 3C 4C 5C

6A 7C 8A 9D 10C

11C 12B 13A 14C 15D

16C 17C 18A 19A 20B

21A 22B 23C 24B 25B

26D 27D 28D 29B 30C

Jadual 2 : Skema Jawapan

31B 32A 33B 34C 35D

36C 37B 38D 39D 40C

ANALISIS PRESTASI PELAJAR Skor Ujian Bahasa Melayu Kertas Satu (40 soalan objektif) bagi 30 orang pelajar Tahun Enam Raya SK Taman Dusun Nyiur, Seremban, N.Sembilan.

70

73

78

78

80

80

80

80

80

80

80

83

83

83

83

85

85

85

85

88

88

88

88

88

88

90

90

90

93

93

Jadual 3 : Skor Ujian Pelajar

Sela Sela Gundal Kelas Kelas an Markah Sebenar 90-94 89.5 – //// 94.5 85-89 84.5 – //// 89.5 //// 80-84 79.5 – //// //// 84.5 / 75-79 74.5 – // 79.5 70-74 69.5 – // 74.5 JUMLAH

f

cf

d

fd

fd²

%f

%cf

5

30

2

10

20

16.7%

100%

10

25

1

10

10

33.4%

83.3%

11

15

0

0

0

36.7%

49.9%

2

4

-1

-2

2

6.6%

13.2%

2

2

-2

-4

8

6.6%

6.6%

14

40

Jadual 4 : Jadual Kekerapan / Frekuensi (f)

INTERPRETASI SKOR Perkiraan Min, Median, Mod, Sisihan piawai dan Varians ∑fd X = XA + ------N

a) Min

Di mana,

maka, X

i

X

=

min yang hendak dikira

XA

=

min anggaran

∑fd

=

perjumlahan kekerapan dan sisihan antara sela kelas

N

=

jumlah individu

i

=

lebar sela kelas

14 = 82.5 + ---- 5 30 = 82..5 + (2.33) = 84.83

b) Median

=

L +

N/ 2 - F ---------

i

f Di mana,

Maka, Median

L

=

batas sebenar kelas median

F

=

jumlah kekerapan kumulatif selepas kelas median

f

=

kekerapan kelas median

N

=

jumlah individu

i

=

lebar sela kelas

=

79.5 +

=

79.5 +

30/ 2 - 25 ------------- 5 11 15 - 25 ------------ 5

11

c) Mod

M

=

-10 ------11

=

79.5 +

=

79.5 + (-4.55)

=

74.95

Δ1 L + -----------

5

i

Δ1 + Δ2 Di mana,

L

=

batas sebenar kelas median

Δ1

=

selisih antara kekerapan sela kelas mod dengan kekerapan sela kelas sebelumnya

Δ2

=

selisih antara kekerapan sela kelas mod dengan kekerapan sela kelas selepasnya

i

Maka,

M

=

lebar sela kelas

=

79.5 +

9 --------9+1

=

79.5 +

9 ------10

=

79.5 + [ 0.9 ] 5

=

79.5 + 4.5

=

84

5

5

d) Sisihan piawai S

= i

∑fd² ----------

-

∑fd ² --------

N Di mana,

maka, S

∑fd

=

jumlah kekerapan dan sisihan

N

=

jumlah individu

i

=

lebar sela kelas

= 5

40 -----30

= 5

40 ------ 30

196 ------900

= 5

40 ------ 30

196 ------900

= 5

1.33 - 0.22

= 5 (1.055) = 5.275 e) Varians

V = S²

Di mana,

S =

sisihan piawai

Maka,

V =

(5.275)²

=

N

27.825

14 ² ----30

-

GRAF 1 : HISTOGRAM

12

10

8

6

4

2

0 69.5

74.5

79.5

Skor GRAF 2 : LENGKUNG KEKERAPAN/POLIGON

84.5

89.5

12

10

8

6

4

2

0 70

75

80

Skor

85

90

GRAF 3 : OGIF

35

30

25

20

15

10

5

0 70

75

80

Skor ANALISIS ITEM UJIAN

85

90

1. Ujian dirancang dan disediakan. 2. Ujian ditadbirkan. 3. Skrip jawapan diperiksa. 4. Analisis item dijalankan (menentukan keberkesanan item ujian)

KOMPONEN ANALISIS ITEM 1. Kesukaran item – merujuk kepada bilangan pelajar yang dapat menjawab item dengan betul. 2. Diskriminasi item – merujuk kepada kebolehan item membezakan pelajar yang berkebolehan dengan pelajar lemah. 3. Analisis pengganggu – menilai keberkesanan pengganggu yang disediakan untuk item aneka pilihan. IMPLIKASI 1. Sama ada item terlalu senang atau sukar. 2. Sejauh manakah item ujian dapat membezakan pelajar yang berkebolehan dengan pelajar lemah. 3. Sama ada setiap pilihan jawapan berfungsi seperti yang dikehendaki. 4. Kelemahan item ujian supaya item dapat diperbaiki. INTERPRETASI ANALISIS ITEM (UJIAN RUJUKAN NORMA) 1. Kuasa diskriminasi item tidak menunjukkan kesahan item. 2. Nilai kuasa diskriminasi item yang rendah tidak semestinya menunjukkan item itu tidak

baik. Item seperti ini perlu disemak untuk mengenalpasti “ambiguity”, “clues”, dan masalah teknikal. Jika masalah ini tidak ada dan item mengukur hasil pembelajaran yang penting, item perlu disimpan untuk digunakan di masa hadapan.

3. Ujian biasanya mengukur beberapa jenis hasil pembelajaran. Item yang mengukur bidang

yang kurang diberi penekanan akan mempunyai kuasa diskriminasi item yang rendah. Contoh : 40 item menguji ingatan pengetahuan dan 10 item menguji kefahaman. 4. Kesukaran item boleh mempengaruhi kuasa diskriminasi item . 50 peratus item kesukaran

menunjukkan kuasa diskriminasi item maksima. Nilai diskriminasi item menjadi rendah apabila : i. Item kesukaran melebihi atau kurang 50% ii. Item yang terlalu sukar dan senang. Item-item ini tidak boleh dikeluarkan jika item mengukur hasil pembelajaran dan isi kandungan yang dikehendaki. Item seperti ini perlu disemak untuk mengenalpasti kelemahan teknikal dan boleh diperbaiki. 5. Data analisis item yang melibatkan sampel yang kecil boleh berubah berdasarkan sifat kumpulan yang terlibat (kebolehan pelajar, latar belakang pendidikan, jenis pengajaran yang diterima oleh pelajar). Pengajaran perlu diperbaiki jika adanya kesalahfahaman konsep yang diajar. 6. Item adalah memuaskan jika ianya dapat mendiskriminasikan secara positif, pengganggu berfungsi secara berkesan dan tidak adanya masalah teknikal. 7. Yang penting adalah jenis hasil pembelajaran yang diukur oleh item dan bukan betapa tinggi kuasa diskriminasi item. 8. Untuk ujian rujukan norma, analisis item digunakan untuk menentukan keberkesanan item dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan item untuk tujuan : i. Membaiki lagi item ujian. ii. Mengenalpasti kelemahan pengajaran dan meningkatkan lagi mutu pengajaran.

C OR. A

A

B

C

D

10

0

0

10

0

0

Q

KUMP

1

TINGGI RENDA H

A

TINGGI RENDA H

C

TINGGI RENDA H

C

TINGGI RENDA H

C

TINGGI RENDA H

C

TINGGI RENDA H

A

TINGGI RENDA H

C

TINGGI RENDA H

A

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

TINGGI RENDA H TINGGI RENDA H TINGGI RENDA H

D

C

C

TINGGI RENDA H

B

TINGGI RENDA H

A

CA

HL

H +L

IK

ID

0

10

0

20

1

0

KEP SUKARKA N

0

0

10

0

10

0

10

1

19

0 .95

0.1

SUKARKA N

0

0

9

1

9

0

0

10

0

10

1

19

0 .95

0.1

SUKARKA N

0

1

9

0

9

0

0

10

0

10

0

20

1

0

SUKARKA N

0

0

10

0

10

0

0

10

0

10

0

20

1

0

SUKARKA N

0

0

10

0

10

10

0

0

0

10

0

20

1

0

SUKARKA N

10

0

0

0

10

0

0

10

0

10

0

20

1

0

SUKARKA N

0

10

10

0

10

10

0

0

0

10

4

16

0.8

0.4

SUKARKA N

6

4

0

0

6 0

SUKARKA N

0

SUKARKA N

0.1

SUKARKA N

0

0

0

10

10

0

1

4

5

10

0

0

10

0

10

0

0

10

0

10

0

0

10

0

10

0

0

9

1

9

0

9

1

0

9

1

9

0

0

9

10

0

0

0

10

9

1

0

0

9

0

0

1

20

1

20

1

19

0 .95

0

18

0.9

0

SUKARKA N

1

19

0 .95

0.1

SUKARKA N

14

15

16

17

18

19

20

TINGGI RENDA H

C

TINGGI RENDA H

D

TINGGI RENDA H

C

TINGGI RENDA H TINGGI RENDA H TINGGI RENDA H TINGGI RENDA H

C

A

A

B

0

2

8

0

8

0

3

5

2

5

0

0

0

10

10

0

0

0

10

10

0

0

10

0

10

0

0

10

0

10

0

0

10

0

10

2

0

8

0

8

10

0

0

0

10

5

1

2

2

5

10

0

0

O

10

8

0

1

1

8

0

10

0

0

10

0

10

0

0

10

3

13

0 .65

0.3

KEKALKA N

0

20

1

0

SUKARKA N

0

20

1

0

SUKARKA N

0.2

SUKARKA N

0.5

KEKALKA N

0.2

SUKARKA N

0

SUKARKA N

2

5

2

0

18

0.9

15

0 .75

18

20

0.9

1

Jadual 6 : Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

COR. A

A

B

C

D

CA

HL

H+ L

IK

ID

TINGGI RENDA H

A

10

0

0

0

10

0

20

1

0

KEP SUKARKA N

10

0

0

10

TINGGI RENDA H

B

0

0 1 0

0

0

10

1

19

0.95

0.1

SUKARKA N

1

9

0

0

9

TINGGI RENDA H

C

0

2

0

8

0

-2

2

0.1

-0.2

BUANGKA N

1

2

6

2

TINGGI RENDA H

B

1 1 0

0

0

10

5

15

0.75

0.5

KEKALKAN

0

4

5

TINGGI

B

5 1 0

0

0

10

5

15

0.75

0.5

KEKALKAN

Q

KUMP

21

22

23

24

25

0 1 0

RENDA H 26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

1

5

4

0

5

0

0

0

10

10

0

0

0

10

10

0

0

0

10

10

1

0

0

9

9

0

1

0

9

9

1

0

9

9

0

0 1 0

0

0

10

0

9

1

0

9

8

0

2

0

2

1

8

1

8

0

0 1 0

0

0

10

1

7

2

0

7

0

20

1

0

SUKARKA N

1

19

0.95

0.1

SUKARKA N

0

18

0.9

0

SUKARKA N

1

19

0.95

0.1

SUKARKA N

-6

10

0.5

-0.6

BUANGKA N

3

17

0.85

0.3

SUKARKA N

4

3

5

0.25

0.3

MUDAHKA N

7 1

1 7

1

13

0.65

0.1

KEKALKAN

1

6 0

SUKARKA N

TINGGI RENDA H

D

TINGGI RENDA H

D

TINGGI RENDA H

D

TINGGI RENDA H

B

TINGGI RENDA H

C

TINGGI RENDA H

B

TINGGI RENDA H TINGGI RENDA H

A

4

1

0

5

B

1 2

1 7

1 0

0

6

3

TINGGI RENDA H

C

0

0

10

0

10

0

0

10

0

10

0

20

1

TINGGI RENDA H TINGGI RENDA H TINGGI RENDA H TINGGI RENDA H

D

0

0

0

10

10

0

20

1

0

SUKARKA N

C

0 1

0 3

0 6

10 0

10 6

4

8

0.4

0.4

KEKALKAN

B

3 0

5 9

2 0

0 1

2 9

5

13

0.65

0.5

KEKALKAN

D

1 1

4 1

0 5

5 3

4 5

4

6

0.3

0.4

KEKALKAN

0

2

7

1

1

TINGGI RENDA H

D

0

0

0

10

10

1

19

0.95

0.1

SUKARKA N

0

0

1

9

9

40

TINGGI RENDA H

C

0

0

10

0

10

0

0

10

0

10

0

20

1

0

SUKARKA N

Jadual 6 : Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

PENGIRAAN INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI Daripada 30 orang pelajar, satu pertiga pelajar dipilih daripada kumpulan tinggi dan satu pertiga dipilih daripada kumpulan rendah. Ini menjadikan kumpulan tinggi 10 orang dan kumpulan rendah juga 10 orang. Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dapat dilihat dalam Jadual 6 .Indeks Kesukaran dan Indek Diskriminasi dapat dikira dengan menggunakan formula:

Indeks Kesukaran (IK)

=

Jumlah pelajar menjawab betul Jumlah pelajar menjawab (kumpulan tinggi + rendah)

Contoh berdasarkan Jadual 6: Soalan no 36 :

IK =

6+2

= 8/20

= 0.4

20

Indeks Diskriminasi (ID)

=

CH – CL T L

Di mana

CH = Jumlah pelajar tinggi yang jawab betul CL =Jumlah pelajar rendah yang jawab betul T = Jumlah pelajar tinggi L = Jumlah pelajar rendah

Contoh berdasarkan Jadual 6: Soalan no 36 :

ID =

6- 2

= 4/10

= 0.4

10

INTERPRETASI INDEKS KESUKARAN Indeks Kesukaran (IK) IK < 0.35 0.35 > IK < 0.65 IK > 0.65

Jenis Item Ujian Item yang sukar Item yang sederhana Item yang senang

Keputusan / Implikasi Item boleh diubahsuai/mudahkan Item boleh diterima / kekalkan Item boleh diubahsuai/sukarkan

Berdasarkan Jadual 6, didapati Indeks Kesukaran (IK) bagi pelajar sekolah tersebut kebanyakan item soalan yang diuji melebihi 0.65. Misalnya, IK melebihi 0.65 ialah berjumlah 32 di mana yang bernilai 1 adalah sebanyak 15 item. IK bernilai 1 menunjukkan item tersebut dijawab betul oleh semua pelajar dalam kedua-dua kumpulan.Ini juga menunjukkan item tersebut amat mudah bagi semua pelajar. IK yang melebihi 0.65 menunjukkan item tersebut adalah mudah bagi kebanyakan pelajar bagi kedua-dua kumpulan. Berdasarkan IK tersebut, item-item dalam kumpulan ini perlu diubahsuai atau disukarkan. Indeks Kesukaran (IK) di bawah 0.35 pula menunjukkan item tersebut sangat sukar bagi kedua-dua kumpulan pelajar tersebut.Berdasarkan Jadual 6, IK yang bernilai 0.35 ke bawah adalah sebanyak 3 item. Berdasarkan IK tersebut, item-item dalam kumpulan ini perlu diubahsuai atau dipermudah. Indeks Kesukaran (IK) di antara 0.35 – 0.65 menunjukkan tahap kesukaran item tersebut adalah sederhana bagi kedua-dua kumpulan. Berdasarkan Jadual 6, IK yang berada dalam kumpulan ini ialah sebanyak 5 item sahaja. Berdasarkan IK tersebut, item-item dalam kumpulan ini tidak perlu diubahsuai atau boleh dikekalkan. Walaupun banyak item dalam ujian ini menunjukkan IK yang melebihi 0.65 dan dianggap mudah tetapi sebenarnya pelajar kelas ini merupakan kelas yang terpandai dan merupakan kelas harapan di sekolah ini.Justeru IK yang melebihi 0.65 bukan bermakna item-item tersebut mudah bagi keseluruhan kelas yang terlibat dalam ujian tersebut.

INTERPRETASI INDEKS KESUKARAN Nilai Indeks Diskriminasi

Interpretasi

Keputusan / Implikasi

(ID) ID > 0.4

Diskriminasi positif yang

Item ujian boleh disimpan dan

0.2 < ID < 0.4

tinggi.Item yang baik Diskriminasi positif yang

diguna semula. Item ujian boleh diubahsuai

0 < ID < 0.2

sederhana. Diskriminasi positif yang

Item ujian perlu diubahsuai

ID = 0 (sifar) ID < 0 (negatif)

rendah. Diskriminasi sifar Diskriminasi negatif

atau dikeluarkan Item ujian perlu dikeluarkan Item ujian perlu dikeluarkan

Indeks Diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan antara kumpulan tinggi dengan kumpulan rendah bagi setiap item yang dijawab.ID yang positif menunjukkan pelajar dalam kumpulan tinggi menjawab item tersebut dengan betul melebihi daripada kumpulan rendah.Sekiranya ID adalah negatif, ia menunjukkan pelajar dalam kumpulan rendah menjawab item tersebut dengan betul melebihi pelajar kumpulan tinggi. ID bersamaan dengan 0 pula menunjukkan jumlah pelajar yang menjawab item tersebut dengan betul adalah sama antara pelajar kumpulan tinggi dan pelajar kumpulan rendah. Berdasarkan Jadual 6, ID yang melebihi 0.4 adalah sebanyak 4 item. Item ini boleh disimpan dan sesuai digunakan semula. ID yang bernilai antara 0.2 – 0.4 adalah sebanyak 6 item. Item ini adalah bersifat sederhana dan boleh diubahsuai sedikit jika ingin digunakan semula. ID yang mempunyai diskriminasi yang rendah pula iaitu 0 – 0.2 adalah sebanyak 11 item. Item-item dalam kumpulan ini perlu diubahsuai dengan banyak jika ingin digunakan semula.Jika tidak ia perlu dibuang. ID yang bernilai 0 pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara kumpulan tinggi dengan kumpulan rendah. Dalam ujian ini, ID yang bernilai 0 adalah sebanyak 16 item. Item-item ini tidak sesuai dan perlu dikeluarkan dari ujian. ID yang bernilai negatif pula menunjukkan pelajar kumpulan rendah yang menjawab betul adalah lebih tinggi daripada pelajar kumpulan tinggi. Dalam ujian ini, ID negatif adalah sebanyak 3 item. Item-item ini juga tidak sesuai dan perlu dikeluarkan. Seperti IK, ID dalam ujian ini juga tidak menunjukkan keadaan sebenar kerana pelajar dalam kelas ini mempunyai kebolehan yang hampir sama.

5. KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan pengukuran.Skor ujian hanya menyediakan pengukuran terhad terhadap tingkah laku pada satu-satu masa.Keyakinan terhadap keputusan ujian adalah kecil kecuali pengukuran tersebut boleh ditunjukkan konsisten ke atas beberapa keadaan berbeza atau sampel yang berbeza bagi tingkah laku yang sama.Dengan kata lain, keputusan ujian tidak dapat dikatakan konsisten sepenuhnya.Banyak faktor yang mempengaruhi skor ujian. Antaranya ialah faktor ingatan, kelesuan, usaha, perhatian, ketegangan emosi dan lain-lain. Terdapat 4 prosedur dalam pengiraan untuk mendapatkan data yang diperlukan dan menganggarkan kebolehpercayaan sesuatu ukuran iaitu : a. Kaedah Uji – Ulang Uji b. Kaedah Ujian Bentuk Setara c. Kaedah Ujian Bahagi Dua d. Kaedah Kuder Richardson Kaedah Kuder Richardson Kaedah yang digunakan untuk menentukan nilai kebolehpercayaan bagi ujian ini adalah kaedah Kuder Richardson, iaitu dengan menggunakan formula seperti berikut : a) Formula KR-20 b) Formula KR-21

a) KR-20 : Kebolehpercayaan r =

Di mana

n -------n–1

1 -

∑pq -------S

n

=

bilangan item

p

=

bilangan pelajar menjawab betul

q

=

bilangan pelajar menjawab salah

S

=

varians jumlah skor

Ujian ini mengandungi 40 item objektif, jumlah pq = 3.57dan S = 27.83

Maka, KR-20

6.KESAHAN

=

40 --------40 – 1

1 -

=

40 -----39

=

1.026 [ 0.87 ]

=

0.892

3.57 ---------27.83

1 - 0.13

Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur.Terdapat tiga jenis kesahan iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan kriteria. 6.1Kesahan Kandungan Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian merangkumi kandungan yang hendak dinilai. Sesuatu ujian perlu merangkumi semua kandungan bidang yang hendak diukur.Untuk menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, guru perlu terlebih dahulu menentukan kurikulum dan isi pelajaran yang diajar.Kesahan kandungan melibatkan pemeriksaan sistematik isu ujian untuk menentukan sama ada ia meliputi sampel yang mewakili domain tingkah laku yang diukur.Prosedur pengesahan seperti ini biasanya digunakan untuk menilai ujian pencapaian.Ujian ini digunakan untuk mengukur sejauh mana individu itu menguasai kemahiran atau kursus tertentu sepanjang pembelajaran. 6.2 Kesahan Gagasan Kesahan gagasan merujuk kepada konsep yang ada dalam fikiran tetapi tidak dapat dilihat secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Tidak ada satu ujian yang dapat mengukur sesuatu gagasan dengan tepat. Sesuatu ujian yang mempunyai kesahan gagasan yang tinggi akan menunjukkan wujudnya kekuatan sesuatu konsep dalam gagasan yang diuji. Oleh kerana tidak dapat dilihat, pengukuran ke atasnya tidak dapat dilakukan secara langsung. Namun begitu ia mempunyai beberapa ciri yang boleh dicerap. 6.3 Kesahan Kriteria Kesahan kriteria merujuk kepada sejauh mana kaitan antara butiran sesuatu ujian dengan criteria luaran yang berkecuali.Kesahan ini mempersoalkan sama ada butiran ujian sah mengukur kriteria yang hendak diukur. Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali,sebenarnya sah bagi mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang berert antara butiran ujian dengan criteria luaran tersebut menunjukkan keasahan kriteria. Kesahan kriteria adalah berbentuk emperikal dan mempunyai dua jenis iaitu kesahan teladan dan kesahan serentak.

Related Documents

Jpu
October 2019 16
Pembinaan Jpu
June 2020 18
Jpu Thn 5
April 2020 21