JENIS-JENIS AYAT PF 4210 TEKNOLOGI DAN INFORMASI PENDIDIKAN DIHASILKAN OLEH :
Norsanani Binti Hassan (06B0037) Dk.Noramalina Binti Pg.Rakawi (06B0228) Noor Afinah Binti Abu (06B0804) Siti Rabeah Binti Abdul Jalil (06B0837) Rosnani@ ‘Alya Sofiyya Binti Mohd Salleh (06B0842)
1. AYAT PENYATA Pengertian: Ayat penyata merupakan ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan iaitu sesuatu yang menceritakan keadaan atau ayat berita untuk menerangkan sesuatu hal. Contoh ayat: Dia berada di hospital selama seminggu.
2. AYAT SERUAN Pengertian: Ayat yang bertujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti marah, hairan, takut, sakit dan sebagainya. Ayat seruan mempunyai kata-kata seperti oh, amboi, aduh, dan syabas dan tanda seru (!) pada akhir ayat. Contoh ayat: Syabas, pasukan kamu telah berjaya!
3. AYAT TANYA Pengertian: Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu dan dihadirkan dengan tanda tanya (?) pada akhir ayat. Kata tanya biasanya disertai dengan partikel -kah Contoh ayat: Berapakah harga ikan ini?
4. AYAT PERINTAH Pengertian: Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan suatu tindakan atau untuk mengarahkan seseorang supaya melakukan sesuatu. Ayat ini terbahagi kepada 4 jenis: 1. Ayat suruhan 2. Ayat permintaan 3. Ayat silaan 4. Ayat larangan Contoh ayat: Makanlah kuih yang terhidang ini.
1.Ayat Suruhan Contoh Ayat: A. Tolong tinggalkan tempat ini segera. B. Bawa buku kamu pada halaman 25. C. Bawalah dua pasang kasut. D. Berjalanlah cepat-cepat.
2. Ayat Permintaan Contoh Ayat: A. Harap selesaikan tugas itu segera. B. Tolong belikan saya kuih itu. C. Minta bertenang sekejap. D. Tolong sampaikan salam kepada ibu kamu.
3. Ayat Silaan Contoh Ayat:
A. Silakan masuk. B. Sila jawab surat ini dengan segera. C. Sila duduk di sebelah kiri dewan ini. D. Jemput makan.
4. Ayat Larangan Contoh Ayat:
A. Jangan merokok di sini. B. Jangan mengambil harta orang. C. Jangan melengah-lengahkan kerja. D. Usah percaya kepada cerita-cerita karut itu.