Jawapn Bank Soalan Esei 4

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jawapn Bank Soalan Esei 4 as PDF for free.

More details

  • Words: 7,371
  • Pages: 26
Bahagian C 1

(a)

F1 H1a F2 F3 F4 H4a H4b H4c H4d H4e H4f F5 H5a H5b F6 H6a F7 H7a F9 F10

(b)

F1

Khalifah dilantik menerusi upacara mengangkat sumpah atau “baiah”. Baiah membawa maksud taat setia dan kerelaan antara orang yang memerintah dengan orang yang diiperintah. Setiap khalifah mestilah melaksanakan tanggungjawab dengan betul dan sempurna berlandaskan hukum syariah. Menurut Islam, pemilihan khalifah mestilah dibuat menerusi proses perundingan atau musyawarah setelah dirundingkan pada peringkat tertinggi oleh ahli bijak pandai iaitu Ahli Syura. Antara syarat-syarat kelayakan untuk menjadi seorang khalifah adalah seperti berikut: Lelaki yang merdeka dan beragama Islam. Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap. Tubuh badan yang sihat dan tidak cacat. Adil dan mempunyai tingkah laku yang baik. Mempunyai fikiran yang cerdas dan pandai mentadbir urusan negeri. Bersifat berani dan warak. Pelantikan khalifah Islam adalah berdasarkan empat kaedah pemilihan iaitu musyawarah atau syura iaitu permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara. Pelantikan Khalifah Abu Bakar adalah menerusi keadah ini. Ia berlaku ketika golongan Ansar daripada Bani Saadah, hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka di Saqifah. Atas cadangan Sayidina Umar al-Khattab, dan disertai dengan persetujuan ramai, Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah. Kaedah yang kedua ialah menerusi cadangan satu nama sahaja, contohnya sewaktu pelantikan Khalifah Umar al-Khattab. Namanya telah dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar sebelum beliau wafat. Kaedah yang ketiga adalah menerusi pemilihan calon-calon yang layak. Semasa pelantikan Sayidina Uthman bin Affan, enam calon telah diusulkan dalam pemilihan tersebut. Sayidina Uthman bin Affan telah terpilih dalam pemilihan tersebut. Kaedah yang keempat pula adalah menerusi pencalonan sekelompok masyarakat seperti pelantikan Khalifah Ali bin Abu Talib. Semua kaedah ini adalah menerusi proses syura atau musyawarah dan telah diperkukuhkan dengan baiah iaitu perakuan sumpah taat setia kepada orang yang dilantik sebagai khalifah. [8 markah] Khalifah adalah merupakan ketua negara yang wajib menjalankan

F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8

(c)

F1 F2 F3 F4 F5 F6

F7

tugas untuk memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut al-Quran dan hadis. Khalifah juga berkewajipan untuk menitikberatkan sistem politik, sosial, dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani. Khalifah juga bertanggungjawab memastikan pentadbiran negara berjalan dengan sempurna dan dapat mempertahankan negara daripada musuh. Kebajikan rakyat juga harus dititikberatkan oleh khalifah agar kebajikan rakyat terjaga dan dapat hidup dengan sejahtera di dunia dan akhirat. Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah SWT. Khalifah juga harus mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura dan memantapkan perundangan Islam. Hal-hal yang berkaitan ekonomi seperti kewangan, perbendaharaan negara, baitulmal dan pungutan kharaj, jizyah, dan zakat. Kharaj adalah cukai yang dikenakan keatas orang bukan Islam manakala jizyah pula ialah cukai yang dikenakan terhadap individu bukan Islam yang berselindung di negara Islam. Zakat pula ialah pengeluaran sebahagian harta dan tanaman oleh orang Islam dan adalah wajib untuk semua umat Islam yang berkelayakan. [4 markah] Abu Bakar telah mentadbir negara Islam yang berpusat di Madinah mengikut undang-undang dan syariat yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW. Khalifah Abu Bakar telah berjaya mengalahkan gerakan al-Riddah iaitu satu gerakan yang mengingkari ajaran Islam. Di sebelah luar pula, kerajaan Islam Madinah menghadapi ancaman orang-orang Rom dan Parsi. Beberapa langkah juga telah diambil untuk menghadapi ancaman tentera Rom dan Parsi. Khalifah Abu Bakar sendiri telah berjaya mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang kemudiannya dimansafkan pada zaman pentadbiran khalifah Uthman bin Affan. Bagi melincinkan pentadbirannya khalifah Abu Bakar telah membahagikan pentadbiran kerajaan kepada sepuluh wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, dan Nijran. Beliau juga telah memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali.

2

(a)

F8

Abu Bakar al-Siddiq telah digelar sebagai “Penyelamat umat Islam” kerana jasa-jasanya menyatupadukan umat Islam yang telah berpecah-belah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dengan menghapuskan gerakan al-Riddah. Sebelum Abu Bakar mangkat beliau telah menamakan atau mencadangkan agar Umar bin alKhattab dilantik menjadi penggantinya. [8 markah]

F1

Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun lain menerusi kegiatan perdagangan dan perniagaan. Orang-orang Islam keturunan Arab memang terkenal dalam bidang perniagaan. Semasa menjalankan perniagaan ini orang-orang Islam akan dapat menyaksikan pelbagai kebudayaan dan tamadun bangsa-bangsa lain. Penguasaan Islam ke atas kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan Timur Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh menjadi salah satu alat utama pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain. Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun China pada awal abad ke-7 M lagi. Pada waktu itu orang-orang Islam telah sampai ke China iaitu berdagang di bandar Canton.

F2

F3

F4

F5 F6 F7 F8 F9 F10

F11 F12 F13 F14 F15 F16

(b)

F1

Hubungan diplomatik juga telah menyebabkan berlakunya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia. Orang-orang Islam telah mendapatkan pengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir, dan cara mentadbir daripada tamadun luar. Semasa pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah, beberapa kumpulan peneroka telah dihantar ke utara Selat Gibralta di Selatan Sepanyol. Kumpulan peneroka tersebut telah bertembung dengan petempatan bukan Islam di Cordova, Valencia, dan Rhonda. Pertembungan ini telah mewujudkan hubungan diplomatik antara kawasan tersebut dengan tamadun Islam. Pertembungan tersebut telah membolehkan berlakunya pemahaman secara aman antara orang Islam dengan orang bukan Islam berkaitan cara hidup, pandangan politik, keagamaan, ekonomi, dan pentadbiran. Pertembungan juga berlaku apabila menerusi cara penaklukan dan ketenteraan. Usaha perluasan wilayah dan penyebaran agama Islam, Kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, dan Turki Uthmaniyah telah membentuk ekspedisi ketenteraan. Penguasaan Islam ke atas Iran dan Iraq telah menyebabkan Islam bertembung dengan tamadun Parsi. Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Rom ataupun Eropah apabila dapat menguasai kawasan Mesir dan Afrika Utara. Penguasaan Islam terhadap kawasan-kawasan baru terutamanya di Eropah telah mewujudkan pertembungan tamadun dari segi kebudayaan. Islam juga telah bertembung dengan tamadun lain menerusi intelektual yang berlaku antara ahli sufi Islam dengan orang bukan Islam. [8 markah] Antara sumbangan yang paling besar ialah dari segi keagamaan itu sendiri.

F2 H2a F3 H3a H3b F4 H4a F5 H5a F6 H6a C6a

H6b H6c F7 H7a H7b

Islam telah mengubah sistem kehidupan penganutnya dan juga mereka yang berada di bawah takluknya. Dalam Islam nilai akidah iaitu kepercayaan kepada Allah SWT adalah perkara paling penting. Islam juga telah menyediakan sistem perundangan yang berasaskan kitab al-Quran dan hadis. Akidah dan syariah Islam amat mudah diterima kerana ia adalah bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum dan kawasan geografi. Adat yang diamalkan selagi tidak bercanggah dengan Islam terus dibenarkan tanpa apa-apa sekatan. Pertembungan tamadun antara tamadun Islam dengan tamadun lain telah menyebabkan berlakunya pertambahan wilayah penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam. Kerajaan-kerajaan Islam telah wujud di negeri-negeri India seperti Kerajaan Mughal di India. Juga. wujudnya masyarakat Islam di China sehingga ke hari ini. Pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah walaupun berbeza dari segi institusi dan organisasi tetapi telah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat. Ketiga-tiga kerajaan tersebut juga telah mengamalkan sistem pemerintahan yang berasaskan akidah dan syariah. Penguasaan Islam ke atas wilayah-wilayah tersebut telah membolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutamanya dari segi perdagangan dengan lebih berkesan. Keselamatan di sepanjang laluan perdagangan amat dijaga bagi membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan lebih licin. Contohnya semasa zaman Uthmaniyah, armada-armada laut telah disediakan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Laut Hindi. Kegiatan ekonomi umat Islam adalah berlangsung di banyak kawasan. Antara pusat ekonomi Islam ialah meliputi kawasan seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah, dan Istanbul. Islam juga telah menguasai kegiatan perdagangan di India, Ceylon, Kepulauan Melayu, dan China di sebelah timur sejak abad ke-7 M lagi. Pertembungan tamadun antara Islam dengan Eropah telah mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitarnya. Undang-undang Islam telah mempengaruhi penyelarasan undangundang di kawasan Balkan semasa zaman kerajaan Uthmaniyah. Orang-orang Islam juga telah mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan membangunkan kurikulum yang memberikan penekanan bukan sahaja berbentuk agama tetapi juga pendidikan

H7c F8 H8a H8b F9 H9a F10

F11

H11a

F12 F13 H13a H13b F14 H14a H14b H14c

yang merangkumi bidang sains, matematik, dan teknologi. Semasa zaman kerajaan Abbasiyah, pelajar telah diwajibkan untuk mempelajari ilmu mantik (logik), matematik, geografi, sejarah, sains fizikal, dan biologi. Islam juga telah mempengaruhi tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang, dan berpolitik. Semasa zaman kerajaan Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam telah mengamalkan cara hidup orang Islam. Mereka bercakap dalam bahasa Arab dan juga berpakaian seperti orang Islam. Semasa zaman Khalifah Harun al-Rasyid, perpustakaan telah ditubuhkan yang membolehkan bahan penulisan daripada tamadun lain disimpan dan dikaji oleh cendekiawan Islam. Kajian tersebut telah menyebabkan munculnya satu budaya keilmuan intelektual yang tinggi dalam kalangan orang Islam yang bermula dengan proses memperterjemahkan karya-karya bukan Islam. Pada abad ke-8 hingga keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahun 1258 M adalah merupakan zaman kemuncak keilmuan Islam. Ia berlangsung selama hampir lima abad dan merupakan satu-satunya era sejarah Islam yang gemilang. Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan pada waktu itu.Tokoh yang terkenal yang banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan Islam ialah Ibn Sina dan Ibn Rushd. Islam juga telah memberikan sumbangan yang penting dalam perkembangan ketamadunan di dunia terutama dalam bidang seni bina. Keindahan seni bina Islam dapat dilihat pada Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul, dan Istana Alhambra di Granada. Seni bina ini melambangkan ketinggian nilai seni seni bina Islam. Seni bina dalam tamadun Islam adalah berasaskan kepada kepercayaan tauhid dan akidah. Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar di dalam bidang kesusasteraan. Terdapat penulis puisi dan novel agung dalam sejarah persuratan manusia termasuklah Omar Khayyam yang telah menulis Ruba’iyah dan al-Jahiz terkenal dengan kitab al-Bayan. Jalal ad-Din. Rumi pula banyak menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan. Wanita juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan puisi iaitu Rabi’ah al-Adawiah yang banyak menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan

F15 H15a H15b H15c H15d H15e

(c)

F1 H1a H1b F2 H2a H2b

3

(a)

F1 H1a H1b H1c

H1d H1e

Tuhan. Pertembungan tamadun juga telah memberikan kesan yang penting kepada dunia pelayaran Islam kerana ia telah melahirkan ramai tokoh-tokoh pelayaran Islam. Semasa zaman kemuncak keagungan Islam, ramai cendekiawan Islam telah mengembara dan meneroka kawasan di luar naungan Islam untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Salah seorang tokoh yang terkenal ialah Ibn Battuta yang telah mengembara ke China, India, dan Afrika. Semasa mengembara, Ibn Battuta telah membuat catatan yang tepat berkaitan dengan fakta kawasan yang dilawatinya. Catatan tesebut telah dihargai oleh sejarawan dan hasil karyanya telah menjadi rujukan sejarawan hingga ke hari ini. Tokoh-tokoh pengembara yang lain ialah seperti al-Mascudi yang mengembara ke China, Parsi, India, dan Timur Afrika. Manakala Ibn Fadhlan pula telah mengembara ke Utara Eropah pada abad ke12. [8 markah] Pada waktu itu lahir golongan orang tempatan yang beragama Kristian. mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.Golongan ini dipanggil Mozarab. Golongan Mudejar ialah orang Islam setempat (minoriti) Yang tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian. Golongan Mudejar memainkan peranan penting dalam mempengaruhi cara kehidupan orang Eropah. [4 markah] Mengikut bukti catatan China yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300 M. Sejak awal lagi pedagang Arab ini juga dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China. Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ke-7 M. Mereka telah singgah di Melaka sebelum meneruskan pelayaran ke China. Ini kerana Melaka merupakan tempat persinggahan sebelum meneruskan pelayaran ke China, apabila musim angin monson reda. Mereka telah menetap selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan sehingga sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ. Perkampungan ini menjadi amat penting kerana menyediakan tapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat mengumpul

H1f F2 H2a

F3

F4 F5 H5a C5a F6

C6a H6a F7

H7a F8 F9

barang jualan dan tempat membeli barang-barang mewah yang datang dari China dan India. Mereka juga berkahwin dengan wanita tempatan. Semasa berada di kawasan perkampungan tersebut orang-orang Arab ini telah berbincang serta berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama. Kehidupan serta nilai Islam yang murni yang diperlihatkan oleh para pendakwah serta pedagang Islam ini telah menarik minat orang tempatan untuk mendalami agama Islam. Kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan, sifat mementingkan kebersihan, dan berhemah tinggi merupakan sesuatu yang menarik minat masyarakat dan pedagang tempatan kepada Islam. Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat dalam catatan China yang mengatakan bahawa telah wujud sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650 M. Ini berdasarkan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di semenanjung Tanah Arab. Selain itu, perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah di ambil daripada Bahasa Arab. Tambahan pula, adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Contohnya, amalam menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin. Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas juga mengatakan bahawa kebanyakan karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab. Misalnya, Hikayat Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh atau pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah ufti berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail. Beliau berjaya mengislamkan Raja Pasai, iaitu Merah Silu yang kemudiannya bergelar Malik al- Salih, manakala Raja Pattani Phaya Tu Nakpa pula telah diislamkan oleh Syeikh Said. Terdapat juga bukti-bukti lain seperti banyak kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu pada awalnya menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang dipengaruhi oleh Bahasa Arab. Contohnya Hikayat Nabi Bercukur. Kitab-kitab yang dikarang itu juga tidak mempunyai unsur India ataupun China. Bukti lain pula dapat dilihat menerusi kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran dan hadis adalah menggunakan bahasa Arab yang bersumberkan Tanah Arab. Terdapat juga beberapa catatan karya tempatan yang berkaitan

H9a H9b H9c

(b)

F1

F2

F3 F4 H4a F5 H5a

F6 F7 F8 H8a H8b F9

dengan pengislaman raja di Asia Tenggara iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang mencatatkan bahawa Raja Kedah telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani. Hikayat Acheh mencatatkan Syed Abdullah Arif telah berusaha mengembangkan Islam Di Sumatera. Sejarah Kepulauan Sulu mencatatkan tentang mubaligh keturunan Arab seperti Sharif Hassan dan Awlia telah menyebarkan Islam ke Kepulauan Sulu. [8 markah] Faktor perdagangan merupakan faktor utama kemasukan Islam ke Asia Tenggara. Ketika menjalankan aktiviti perdagangan, pedagang dari Arab, China, dan India telah singgah ke Asia Tenggara dan memperkenalkan ajaran agama Islam kepada penduduk tempatan. Telah wujud jalinan perhubungan perdagangan dengan pelabuhan utama di Asia Tenggara seperti pelabuhan di Selat Melaka, Teluk Siam, Indo-China serta pelabuhan di Kepulauan Rempah seperti Maluku, dan Makasar termasuk pelabuhan di Laut Jawa. Pelabuhan tersebut telah menjadi pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat serta masyarakat tempatan. Sikap yang telah ditunjukkan oleh pedagang Islam seperti kemurnian dan tingkah laku yang baik telah menjadi ikutan penduduk setempat. Wujudnya ativiti perbincangan yang berkaitan tentang Islam dalam kalangan pedagang yang tinggal di kawasan tersebut. Semangat dakwah dalam kalangan pedagang ini telah menarik minat masyarakat Asia Tenggara yang berada di bandar-bandar pelabuhan utama. Golongan pedagang Islam yang tinggal di kawasan tersebut telah menjalankan aktiviti dakwah, di samping itu mereka juga membawa ulama dan tinggal di kawasan tersebut untuk beberapa bulan bagi tujuan untuk menyebarkan agama Islam. Sifat lemah lembut yang ditunjukkan oleh ketika menyampaikan ajaran Islam telah menyebabkan Islam semakin mudah tersebar. Sifat mahmudah seperti bersopan santun, ikhlas, dan lemah lembut yang ada pada pedagang Islam juga telah menarik lebih ramai penduduk tempatan memeluk agama Islam. Agama Islam juga telah tersebar apabila wujudnya hubungan baik antara pedagang Islam dengan pemerintah tempatan. Layanan istimewa telah diberikan oleh pemerintahan tempatan kepada pedagang yang singgah di kawasan mereka. Ini telah memberikan peluang kepada pedagang Islam untuk berdakwah kepada masyarakat setempat. Pemerintah tempatan juga telah melantik pedagang-pedagang Islam sebagai syahbandar di beberapa bandar pelabuhan di Asia

(c)

F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12

F13

4

(a)

F1 F2 H2a

Tenggara kerana tertarik degan kejujuran dan sifat amanah yang ditunjukkan oleh pedagang Islam. [8 markah] Agama Islam di Asia Tenggara juga tersebar menerusi peranan yang dimainkan oleh mubaligh, ulama, dan ahli sufi. Tokoh yang terawal menyebarkan Islam ke Asia Tenggara ialah Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad. Terdapat ramai lagi pendakwah lain yang telah datang ke Asia Tenggara untuk meneruskan penyebaran Islam. Tokoh-tokoh tersebut telah memainkan peranan yang penting dalam kegiatan dakwah Islamiah. Keperibadian mereka yang lemah lembut, baik, dan jujur telah berjaya menarik ramai penduduk Asia Tenggara untuk memeluk agama Islam. Pada peringkat awal penyebaran Islam, ulama telah mengajar perkara asas tentang Islam secara tidak formal, contohnya di Melaka. Perkembangan Islam yang pesat telah membolehkan ajaran Islam disampaikan secara formal. Masjid, istana, dan rumah mereka telah dijadikan sebagai tempat untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam. Institusi pendidikan awal itu kemudian telah berkembang menjadi pusat pendidikan seperti pondok atau pesantren. Institusi pondok di Acheh juga dikenali sebagai dayah. Kemunculan ulama-ulama seperti Hamzah Fansuri, Syamsudin alSumaterani dan Abdul Rauf Singkel adalah disebabkan adanya institusi pendidikan tersebut. Di Jawa, terdapat Wali Songo iaitu sembilan orang wali atau ulama yang hidup pada masa yang sama iaitu sekitar awal abad ke-15 M hingga ke-16 M. Kebijaksanaan Wali Songo ini berdakwah telah menyebabkan ramai masyarakat tempatan telah memeluk agama Islam.Wali Songo ini berdakwah dengan menggunakan cara menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang maksud bekerja dan beramal dalam erti kata yang sebenar. Mereka juga berusaha menghapuskan pengangguran dengan mengikis sifat malas, mengelakkan hidup secara mewah dan membazir. [4 markah] Islam mempunyai pengaruh yang besar ke atas aspek pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara. Sebelum kedatangan Islam, pemerintahan menggunakan sistem beraja. Berlaku pengubahsuaian setelah Islam datang ke Asia Tenggara, iaitu institusi kesultanan telah diperkenalkan. Ia diambil daripada

kerajaan pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah dan Empayar Turki Uthmaniyah. Perkataan sultan adalah berasaskan perkataan bahasa Arab yang bermaksud kuasa, kewibawaan atau pemerintah. F3 Sistem ini telah meletakkan sultan sebagai ketua negara dan dibantu oleh mufti yang dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara. H3a Terdapat juga jawatan-jawatan lain seperti kadi, khatib, pemungut zakat, penyelia baitulmal, dan penjaga harta wakaf. F4 Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Islam di Alam Melayu dan ia menjamin kewibawaan sultan yang memerintah. F5 Ia telah meletakkan mereka setaraf dengan pemerintah kerajaan Islam lain di seluruh dunia dan memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan umat Islam. F6 Dalam buku Hukum Kanun Melaka, telah dicatatkan bahawa Raja Melaka telah diberi gelaran Khalifatul Mukminin yang bermaksud pemimpin bagi orang-orang mukminin. F7 Perkataan Khalifatul Mukminin juga terdapat pada mata wang syiling dalam kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu, dan Kelantan. F8 Agama Islam juga telah dijadikan sebagai agama rasmi oleh kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara, contohnya kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Acheh, dan Kerajaan Brunei. F9 Sultan merupakan ketua kerajaan yang merupakan khalifah Allah atau wakil Allah di muka bumi dan harus menunaikan amanah yang dikurniakan oleh Allah SWT. H9a Sultan haruslah memerintah dengan adil sesuai dengan amanah yang telah diberikan. H9b Antara sultan-sultan yang berpegang teguh dengan ajaran Islam ialah Sultan Malik al-Zahir dari Samudera Pasai, Sultan Ali Mughayat Syah, dan Sultan Iskandar Thani dari Acheh. H9c Mereka telah menerapkan unsur-unsur Islam dalam pemerintahan mereka bagi menggantikan sistem pemerintahan beraja Hindu yang menggunakan konsep dewa-raja. F10 Terdapat juga unsur-unsur Islam yang telah diterapkan pada nama negeri Acheh iaitu Acheh Darul Salam. Begitu juga dengan namanama sultan yang memerintah seperti Sultan Mansur Syah yang bermaksud pemerintah yang dibantu oleh Allah dan Sultan Mahmud Shah yang bermaksud sultan yang terpuji. F11 Kerajaan yang terdapat di rantau Asia telah mengamalkan undangundang syariah walaupun tidak sepenuhnya, kerana masih terikat dengan undang-undang adat. H11a Peraturan-peraturan seperti kesalahan jenayah mencuri, membunuh, berzina serta hal perkahwinan, jual beli dan pembahagian harta pusaka adalah mengikut undang-undang syariah Islam.

F12 C12a H12a H12b H12c

F13

H13a

F14 H14a H14b H14c H14d

(b)

F1 F2

F3 H3a F4

Kerajaan Melayu Melaka telah mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri yang berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat. Contoh undang-undang syariah ialah Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Muzzafar Syah. Pada masa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, undangundang Islam telah dipratikkan dengan tegas di Melaka. Di Acheh, terdapat kanun undang-undang yang mempunyai ciriciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam. Kanun tersebut menerangkan tentang tanggungjawab raja sebagai pemerintah dan adat istiadat serta peraturan tradisi Acheh, contohnya Balairung Seri dipimpin sultan, manakala Balai Majlis Mahkamah Rakyat diketuai oleh Kadi Malik al-Adi. Islam telah melahirkan semangat jihad yang tinggi bagi menentang penjajahan kafir. Semangat jihad ini telah menimbulkan semangat kebangsaan Melayu bagi menentang penjajah Portugis, Belanda, Sepanyol, dan Inggeris Di Acheh, sultan telah menggunakan semangat jihad untuk melindungi kesucian Islam daripada serangan Portugis. Begitu juga di Jawa, rakyat tempatan bersatu teguh dengan prinsip-prinsip Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda. Semangat jihad ini telah disebarkan kepada rakyat tempatan Acheh menerusi penulisan ulama dalam kitab tertentu. Contohnya kitab karangan Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel yang menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi setiap orang Islam. Mengikut tulisannya, sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa besar. Syeikh Daud al-Pattani juga telah memuatkan penerangan tentang kelebihan berjihad dalam kitab karangannya. Beliau juga sentiasa menyeru kepada pelajarnya di Pattani supaya bangkit menentang penjajah Siam. [8 markah] Agama Islam juga telah mempengaruhi sistem ekonomi dalam masyarakat di Asia Tenggara. Penubuhan institusi ekonomi seperti baitulmal yang diperkenalkan oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh telah memperlihatkan pelaksanaan sistem ekonomi Islam dalam masyarakat tempatan. Baitulmal ini juga berfungsi sebagai perbendaharaan negara. Hasilnya diperoleh daripada kutipan zakat dan sedekah. Islam juga telah mewajibkan umatnya supaya bekerja dengan tekun dan mencari sumber rezeki yang halal dan melarang perbuatan seperti mengemis, menipu, unsur riba, perjudian, dan

F5

(c)

F1

F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12 F13 F14 F15 F17

5

(a)

F1 F2 F3

penindasan dalam sebarang urusan ekonomi dan pekerjaan. Amalan berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguhsungguh telah digalakkan kepada umat Islam [4 markah] Penggunaan tulisan Jawi telah membolehkan masyarakat Melayu membaca dan menulis sehingga lahirnya tokoh-tokoh sastera seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani, dan Abdul Rauf Singkel. Melalui tulisan jawi, bahasa Melayu dikembangkan sehingga menjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca di rantau ini dan mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia. Peningkatan bahasa Melayu ini telah membolehkan cerita-cerita panji dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur gaya dan tatabahasa Arab telah banyak mempengaruhi kesusasteraan Melayu. Bentuk sastera Islam juga dipengaruhi oleh karya sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam, dan cerita hikayat. Fungsi sastera juga telah berubah daripada untuk tujuan hiburan kepada tujuan mengkritik. Pada abad ke-17 bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebagai: Bahasa istana, bahasa surat menyurat, bahasa perhubungan, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa berdakwah, dan bahasa untuk pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahasa Melayu juga merangkumi bidang perdagangan kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah jalan perdagangan. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa perantaraan kalangan pedagang dari Timur dan Barat. Kesusasteraan Melayu juga telah berkembang di Melaka dengan adanya kegiatan menterjemahkan karya sastera Arab dan Parsi. [8 markah] Adat Perpatih berasal dari Palembang, dan telah disusun oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjalankan pemerintahannya di Pagar Ruyong. Ia merupakan satu peraturan atau undang-undang tidak bertulis dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan daripada satu genarasi kepada satu generasi. Musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah yang akan dihadiri oleh 12 suku yang terdapat di Negeri Sembilan.

F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12 F13 F14 F15

F16 F17 F18

(b)(i) F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8

Ahli dalam setiap suku tidak dibenarkan berkahwin daripada suku yang sama. Setiap suku mempunyai ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga. Jurai keturunan Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan wanita. Ia adalah bersifat matrilineal yang mengutamakan jurai keturunan ibu. Ia disesuaikan mengikut pihak ibu yang dianggap sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuan. Jika seseorang ibu tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwarisi kepada adik perempuannya, anak adik-adiknya, dan cucu-cucunya. Adat Temenggung adalah berasal daripada Sumatera dan telah diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjalankan pemerintahannya di Palembang. Ia telah dibawa ke Melaka pada abad ke-15 dan kemudiannya disebarkan ke negeri-negeri Melayu dengan berkembangnya empayar Melaka. Pada peringkat awal, Adat Temenggung banyak dipengaruhi oleh unsurunsur Hindu. Setelah orang Melayu menganut agama Islam, adat ini disesuaikan dengan pengaruh Islam melalui hukum syarak mengikut mazhab Shafie. Undang-undang Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan. Dalam Adat Temenggung, orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum ialah Tok Sidang, Tok Penghulu, dan Tok Penggawa.

Adat Temenggung adalah bersifat parilineal, iaitu mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian harta pusaka yang bertetapan dengan faraid Islam. Dalam hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan pula, seseorang individu itu bebas untuk memilih pasangan hidupnya asalkan tidak melanggar hukum Islam. [10 markah] Tanggungjawab raja dan pembesar. Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat. Tanggungjawab raja dan pembesar. Hukuman terhadap kesalahan jenayah. Undang-undang keluarga. Permasalahan ibadah. Jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan. Mengandungi 44 fasal. [6 markah]

(ii) F1 F2 F3 F4

6

(a)

F1 H1a H1b

F2 F3 F4 F5 H5a F6 F7 F8 F9

F10

(b)

F1 H1a F2

Mengandungi 24 fasal. Hal-hal yang berkaitan perdagangan dan maritim. Tugas-tugas nakhoda yang diumpamakan sebagai imam. Anak buah kapal dianggap sebagai makmun. [4 markah] Perkembangan agama Islam di rantau ini juga adalah disebabkan oleh faktor perdagangan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan Juga, sebagai pusat penyebaran agama Islam yang terpenting pada abad ke-15. Kerajaan Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting walaupun tidak mempunyai hasil seperti rempah ratus (lada, bunga cengkih, dan sebagainya) yang mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pedagang. Ini kerana, Melaka terletak di kedudukan yang strategik di tengah jalan perdagangan yang telah membantu perkembangannya tanpa perlu mengeluarkan barang-barang seperti rempah ratus. Melaka juga telah menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar segala aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar. Jawatan laksamana telah diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan. Undang-undang yang berkaitan dengan kelautan juga telah digubal iaitu Undang-Undang Laut Melaka. Dalam undang-undang tersebut terdapat tugas-tugas nakhoda, jurumudi, dan seumpamanya. Di Melaka terdapat lebih kurang 84 bahasa dipertuturkan yang telah membuktikan kepesatan perdagangannya. Kemajuan aktiviti ekonomi di Melaka telah membolehkan wujudnya sistem timbang dan sukat seperti tahil, dan kati. Barangan seperti emas, perak, bahan wangian, dan batu permata telah ditimbang menggunakan sistem tahil dan kati. Manakala bahan rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih, dan bunga lawang ditimbang menggunakan sistem bahara iaitu satu bahara dikira bersamaan dengan 205 kati yang ditimbang menggunakan timbangan dachim (dacing). Terdapat dua kaedah urusan perdagangan yang dijalankan di Melaka iaitu kaedah pertukaran barangan dan kaedah jual beli. [10 markah] Cukai adalah merupakan satu aspek penting aktiviti perdagangan di pelabuhan yang merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang dijalankan di pelabuhan tersebut. Ia akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan dan akan disalurkan kembali untuk pembangunan negara. Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, cukai dibayar terhadap

F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11

7

(a)

F1

barangan dagangan sebelum kegiatan perniagaan dapat dijalankan. Cukai tetap (cukai import) merupakan cukai yang paling asas dan ditetapkan oleh pemerintah Melaka. Pedagang-pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barang yang dibawa. Pedagang dari Jepun dan China dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus. Barang makanan seperti beras tidak dikenakan cukai. Terdapat juga cukai diraja yang dikenakan ke atas orang asing yang datang dari kepulauan Melayu dan menetap di Melaka iaitu sebanyak tiga peratus Manakala orang asing lain pula telah dikenakan cukai sebanyak enam peratus. Dalam kegiatan ekonomi ini, terdapat pengaruh Islam yang telah mempengaruhi perkembangan ekonomi di Melaka. Pengaruh Islam tersebut ialah amalan riba yang telah diharamkan kepada perniagaan yang dijalankan oleh orang Islam. Walaupun begitu golongan ceti yang menjalankan kegiatan ekonomi mereka telah dibenarkan. [10 markah] Desakan ekonomi dan semangat kebangsaan telah mendorong orang Eropah untuk menjalankan aktiviti penerokaan dan penjelajahan.

F2 F3 F4 F5

F6 F7 F8

F9 F10 F11

(b)

Barangan seperti emas, sutera, dan rempah ratus dari Timur amat diminati dan diperlukan oleh orang-orang Eropah. Raja Sepanyol dan Portugal merupakan pemerintah yang telah bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha penjelajahan dan penerokaan. Sepanyol dibawah pemerintahan Ratu Isabela dan Ferdinand Aragon telah menggalakkan orang-orangnya menumpukan penerokaan ke Amerika Latin. Sementara itu, Raja Portugal iaitu Putera Henry yang terkenal sebagai Henry Pelaut telah memberikan galakan kepada orangorang Portugis untuk menjalankan aktiviti penerokaan dan penjalajahan. Faktor penting yang menyebabkan kuasa Portugal dan Sepanyol untuk menjelajah ke Timur ialah perdagangan rempah ratus dan sutera. Kegiatan ini telah memberikan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah dan rajanya. Pihak gereja juga amat menekankan usaha untuk menyebarkan Kristian ke seberang laut melalui kuasa Sepanyol dan Portugal yang merupakan dua buah negara Katolik dan mempunyai pengaruh gereja yang kuat. Kuasa Sepanyol yang dahulunya pernah dikuasai oleh orang Islam begitu semangat untuk menyebarkan agama Kristian. Kemunculan monarki baru di negara-negara Eropah yang lain seperti England, Perancis, dan Belanda turut menggalakkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut. Semangat kebanggaan juga telah mendorong orang Eropah menjelajah. [8 markah]

Dari segi politik F1 Pengusaha tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil Eropah. F2 Ia secara langsung mengiktiraf kekuasaan dan kekuatan kuasa Eropah. F3 Wakil-wakil ini adalah terdiri daripada syarikat berpiagam seperti di Belanda, Great Britain, Perancis, dan Denmark. H3a Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC), dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) merupakan syarikat berpiagam yang berjaya. H3b Syarikat-syarikat Berpiagam Inggeris dan Belanda telah berdagang dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara, dan Asia Timur.

Dari segi ekonomi F1 Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah. F2 Goa dan Melaka yang merupakan emporium dunia telah dikuasai oleh Portugal. F3 Barangan daripada Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat Eropah. F4 Jalan perdagangan antarabangsa juga telah dikuasai oleh oleh Portugal termasuklah jalan perdagangan di Asia Tenggara, Lautan Hindi, Laut China Selatan di China, dan Jepun. Dari segi sosial F1 Masyarakat tempatan telah mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah. F2 Masyarakat peribumi juga telah menerima ajaran agama Kristian seperti di Filipina. F3 Penjelajahan Sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan kehidupan di dunia baru dan Asia. F4 Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan menakluki Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec, dan menakluki Peru dengan menghapuskan tamadun Inca. F5 Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut. F6 Kerajaan Sepanyol telah melihat daerah Amerika Latin sebagai dunia baru yang banyak mempunyai emas dan perak. F7 Manakala bagi golongan gereja Kristian Katolik pula, dunia baru adalah sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian. F8 Masyarakat peribumi di dunia baru telah menerima ajaran Kristian tersebut secara berleluasa. F9 Buruh-buruh peribumi pula telah dieksploitasi untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka. F10 Istilah bahasa Sepanyol Conquista dan Conquistadores telah diberikan kepada penjelajahan dan penaklukan sepanyol. F11 Sementara Brazil pula telah ditakluki oleh Portugal. Di sebelah kawasan Timur, tidak wujud petempatan orang Sepanyol dan Portugal secara besar-besaran. [8 markah] (c)

F1

Pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani antara Portugal dan Sepanyol.

F2 F3

Dalam perjanjian tersebut, dunia dibahagikan kepada dua kawasan pengaruh iaitu Timur untuk Portugal dan Barat untuk Sepanyol. Kawasan ke Timur Verder dan Hindia Barat di Lautan Atlantik dianggap sebagai kawasan Portugal, manakala kawasan ke Baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol. [4 markah]

8

(a)

F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8

(b)

F1 F2 F3 F4

(c)

F1

Sumbangan terpenting Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian ialah penyediaan modal. Akibat daripada Revolusi Pertanian wujud ramai peladangpeladang yang kaya. Mereka telah melabur lebihan modal dalam sektor perindustrian. Kesediaan ini menandakan perubahan sikap dan sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal mereka dalam bidang yang baru. Revolusi Pertanian juga menyediakan bahan makanan untuk menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat. Britain tidak lagi perlu bergantung kepada makanan yang diimport kerana sudah mampu menyediakan makanan sendiri. Ini akan dapat membantu lagi pertumbuhan dan perkembangan industri di dalam negara. Inilah yang dikatakan Revolusi Pertanian menyediakan asas kepada Revolusi Perindustrian. [8 markah] Flaying Shuttle ciptaan John kay telah mempercepatkan kerja menenun kain dan meningkatkan hasil tenunan berlipat kali ganda. Spenning Jenny, mesin pemintal benang ciptaan James Hargreave. Water Frame, alat pemintal benang ciptaan Sir Richard Arkwright. Mule, alat pemintal benang ciptaan Samuel Crompton. [4 markah] Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Eropah terutamanya di Britain.

F2 F3 F4

F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12 F13

F14 F15 F16 F17 F18 F19 F20

Perkembangan yang pesat dalam bidang pertanian membolehkan ia menjadi sumber pendapatan ekonomi yang penting untuk pembangunan negara. Kemajuan dalam bidang perindustrian pula telah meningkatkan kegiatan perdagangan antarabangsa, kemajuan, dan perubahan besar dalam bidang pengangkutan. Ia juga memperlihatkan kemunculan buruh dan majikan serta Eropah menjadi kuasa yang kuat dan kaya. Kegiatan pertanian telah dikomersialkan untuk tujuan keuntungan. Kegiatan utama tanaman pada ketika itu ialah tanaman bijirin seperti gandum, rye, jagung, dan sebagainya. Hasil pertanian telah dihasilkan secara besar-besaran untuk tujuan eksport dan ini telah membolehkan para peladang menjadi pedagang antarabangsa. Kegiatan pertanian merupakan punca ekonomi bagi masyarakat Britain pada ketika itu. Ia telah menyediakan makanan yang mencukupi dan tenaga buruh yang ramai untuk perkembangan perindustrian. Perubahan daripada pertanian kepada industri menyebabkan berlaku perubahan dalam bidang sosial dan ekonomi. Kegiatan ekonomi utama telah mula berubah daripada daripada pertanian kepada kegiatan pembuatan dan pengilangan. Ramai rakyat Britain telah mula terlibat sebagai pekerja atau buruh kilang. Sektor industri telah mula mengambil tempat sebagai punca ekonomi baru yang sangat penting kepada negara Britain. Barangan yang dihasilkan telah dapat dipasarkan di peringkat antarabangsa kerana lebihan hasil pengeluaran. Ia dapat diperdagangkan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Kegiatan perdagangan antarabangsa dapat dijalankan dengan lancar sesuai dengan status Britain sebagai sebuah negara yang menjalankan dasar penjajahan dan kuasa maritim yang terulung pada abad ke-18 dan ke-19. Kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah berkait rapat dan saling melengkapi iaitu eksport dan import. Kegiatan perdagangan ini membolehkan Britain berkembang dengan maju. Untuk mengekalkan kemajuan tersebut, Britain terpaksa mendapatkan bahan mentah yang banyak dan berterusan. Sistem pengangkutan dalam negara dan antarabangsa telah dipertingkatkan dan diperkembangkan. Negara Britain juga telah mengeksport modalnya ke seberang laut untuk menambahkan lagi sumber ekonominya. Pengangkutan kereta kuda dan baj merupakan pengangkutan yang lama bagi masyarakat Britain. Kilang-kilang banyak terletak berhampiran dengan sungai, kerana

F21 F22

F23 F24 F25 F26 F27 F28

F29 F30 F31 F32

F33

F34 F35

pengangkutan baj hanya sesuai digunakan di kawasan sungai. Untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan perjalanan dan pengangkutan darat, sistem pembikinan jalan raya telah diperbaiki dari masa ke semasa. Perubahan besar telah berlaku akibat pengenalan kereta api ditambah lagi dengan penggunaan kuasa wap, gerabak kereta api boleh dipacu dengan lebih laju dan enjinnya juga boleh menarik lebih banyak gerabak bagi memudahan pengangkutan barangan dan juga pekerja kilang. Para pemodal yang melabur dalam bidang ini telah mendapat keuntungan yang besar. Kejayaan yang dicapai dalam sektor ini adalah hasil gabungan ketangkasan rekaan dalam bidang teknologi dengan kecekalan dalam bidang pelaburan modal. Bagi pengangkutan laut, pengenalan kapal laut yang dikendalikan dengan jentera berkuasa wap telah membolehkan kapal laut bergerak dengan lebih laju. Kemunculan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah menyebabkan pengeluaran barangan adalah secara besar-besaran. Bilangan rakyat yang bekerja sendiri semakin berkurangan kerana ramai yang terpaksa bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah dan bekerja sebagai buruh kilang untuk mengendalikan mesinmesin. Antara kilang yang terdapat pada ketika itu ialah kilang tekstil. Golongan buruh yang terlibat dalam industri perkilangan tidak mendapat layanan dan pembelaan yang sewajarnya. Golongan pekerja ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku. Golongan pekerja ini telah merusuh dengan memusnah-musnahkan mesin di kilang tempat mereka bekerja. Salah satu kumpulan yang menjalankan kegiatan memprotes ialah Pergerakan Luddite. Pada peringkat awal zaman Revolusi perindustrian terdapat satu akta Antipenggabungan (AntiCombination Act) yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka. Pada masa itu terdapat pekerja kanak-kanak dibawah umur 10 tahun yang bekerja di kilang tekstil dan di lombong arang batu melebihi 10 jam sehari. Mereka telah dieksploitasikan sepenuhnya berasaskan kepada falsafah ekonomi bebas yang menjadi pegangan majikan-majikan kilang pada waktu itu. Mereka juga tidak mahu kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi yang mereka jalankan. Bagi mereka, kadar upah harus ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran semata-mata. Kerajaan telah memansuhkan Akta Anti Penggabungan 1800 untuk

F36 F37 F38 F39 F40 F41 F42 F43 F44

9

(a)

F1 F2 F3 F4 F5 F6

F7 F8

meredakan keadaan tersebut. Pekerja telah dibenarkan untuk menubuhkan kesatuan sekerja, ini satu peluang yang baik untuk membela nasib golongan pekerja. Menjelang tahun 1830, telah muncul satu pergerakan yang memperjuangkan had masa bekerja yang lebih berpatutan iaitu maksimum 10 jam sehari. Hasilnya wujudlah Akta Kilang 1833 yang mengehadkan masa bekerja kanak-kanak tidak melebihi 9 jam sehari. Kanak-kanak yang berumur sembilan tahun, dilarang bekerja dan mereka dikehendaki pergi ke sekolah. Dalam akta ini juga terdapat syarat yang mesti dipatuhi oleh majikan iaitu para majikan mestilah menjamin keselamatan pekerja di kilang mereka. Pada tahun 1842 pula, wujud Akta Lombong, yang melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu. Akta 10 jam pula telah diperkenalkan pada tahun 1847 yang mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam perusahaan tekstil kepada 10 jam sehari. Akta-akta ini diluluskan oleh parlimen untuk memastikan kesejahteraan pekerja. Para majikan juga tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya demi memburu keuntungan semata-mata. [8 markah] Getah telah menjadi perusahaan yang terpenting kerana peningkatan permintaan dunia terhadapnya. Ia merupakan bahan mentah yang penting bagi kilang-kilang di Eropah berikutan perkembangan Revolusi perindustrian. Perkembangan perusahaan motokar telah meningkatkan lagi permintaan terhadap getah dan ia telah menyebabkan harganya meningkat. Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal, dan peralatan elektrik telah meningkatkan lagi permintaan untuk getah. Ia telah menyebabkan harganya melambung tinggi, dan menyebabkan perusahaan getah menjadi perusahaan yang terpenting di Tanah Melayu. Peranan yang dimainkan oleh syarikat-syarikat perwakilan yang ditubuhkan di Tanah Melayu dan Singapura bagi mendapatkan modal dari London untuk penanaman dan pengurusan ladang getah. Antara syarikat-syarikat yang penting ialah Harrison and Crossfield, Guthrie, Sime Darby, dan Kumpulan Socfin. Perkembangan perusahaan getah juga adalah disebabkan oleh dasar British yang telah memberikan sokongan dan galakan

H8a F9 F10 F11

(b)

F1 F2 F3 F4 F5 F6

(c)

F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7

10

(a)

F1

kepada pelabur asing untuk melabur dalam sektor tanaman getah di Tanah Melayu. Pengusaha ladang getah telah diberi tanah yang luas dengan bayaran sewa yang amat rendah. Kemudahan asas seperti jalan raya dan landasan kereta api telah dibina untuk membawa getah ke kawasan pelabuhan. Syarikat-syarikat getah kepunyaan orang Eropah juga telah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas yang diperuntukkan oleh kerajaan British. Peranan yang dimainkan oleh H.N Ridley telah memberikan sumbangan yang penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu [8 markah] Antara tahun 1929-1932, harga getah telah mengalami kemerosotan semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia. Negara kita, Tanah Melayu telah menerima kesan akibat daripada keadaan tersebut. Ini menunjukkan Tanah Melayu semasa zaman penjajah telah terikat dalam satu jaringan ekonomi pada peringkat global. Pasaran ekonomi negara kita bergantung kepada perubahan ekonomi dunia. Mulai tahun 1934, nilai eksport getah telah mula stabil akibat daripada peningkatan permintaan dunia dan juga kawalan oleh negara pengeluar. Antara kawalan yang dikenakan ialah memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson untuk menahan kejatuhan harga getah. Rancangan ini telah dikuatkuasakan ke atas negara pengeluar supaya mengurangkan pengeluaran getah masing-masing. [6 markah] Dilancarkan pada November 1922. Bertujuan untuk mengawal harga getah. Kuota pengeluaran dihadkan kepada 60% sahaja. Disertai Tanah Melayu dan Sri Lanka yang mengeluarkan 70% getah dunia. Hadkan bilangan hari untuk menoreh getah. Sistem Kupon telah diperkenalkan untuk pekebun kecil. Pada tahun 1934, satu lagi rancangan telah diperkenalkan iaitu Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa Mengikut rancangan ini pekebun-pekebun kecil getah telah diberi kuota yang lebih rendah. [6 markah] Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah, dan kawasan

F2 H2a F3 F4 F5 F6

F7 F8

(b)

F1 H1a

H1b

H1c H1d H1e H1f

pertanian ladang. Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran. Ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran. Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran, dan lain-lain. Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini. Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa dahulu. Ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun melalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan. Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu. [8 markah] Ramai imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui Sistem Tiket Kredit. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh kheh-thau (ketua), orang yang bertanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum dibawa ke pelabuhan. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dipanggil sin kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.

F2 H2a H2b F3 H3a H3b F4 H4a H4b

H4c F5 H5a H5b H5c H5d F6 H6a H6b

Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan. Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya. Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruhburuh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi. Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya. Di Sarawak, Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak. Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adanya persetujuan antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang. Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam Melalui sistem ini buruh bebas untuk datang sendiri ke Tanah Melayu tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Biasanya kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi. Segala perbelanjaan mereka adalah tanggungan sendiri dan mereka juga bebas untuk memlilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki. Melalui sistem ini, majikan memainkan peranan yang penting kerana mereka akan membiayai tambang buruh ke Tanah Melayu. Sebagai balasannya, buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu seperti satu atau tiga tahun. Melalui cara ini, penguasaha ladang telah menghantar seorang ketua iaitu kangani atau mandur ke India untuk mengambil buruh. Mereka akan diberi lesen dan akan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh. Tambang pelayaran buruh ini telah dibayar oleh pihak majikan. Sistem telah menjadikan seseorang kangani itu seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing. [6 markah]

(c)

F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10

Peningkatan jumlah imigran ini telah menyebabkan wujudnya masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu telah mewujudkan perbezaan dan pembahagian sosial yang berbeza dalam kalangan masyarakt majmuk. Kegiatan ekonomi yang berasingan rakyat Tanah Melayu telah menyebabkan terpisahnya tempat kediaman. Kaum Melayu menjalan aktiviti bertani dan tinggal di kampungkampung yang berhampiran dengan kawasan pertanian dan pinggir bandar. Kaum Cina yang berniaga dan bekerja di kawasan lombong, tinggal di kawasan perlombongan dan di bandar-bandar yang menjadi pusat perniagaan. Kaum India yang menjadi penoreh getah pula tinggal di kawasan ladang-ladang getah atau estet getah. Mereka juga menggunakan bahasa pertuturan yang berbeza antara satu sama lain. Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu tidak wujud perpaduan dan interaksi kaum kerana tiada usaha dijalankan oleh penjajah British pada waktu itu. Ia telah menyebabkan pemimpin-pemimpin selepas era penjajahan mengalami kesulitan untuk mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu. Apa yang kita ada pada hari ini adalah atas usaha pemimpinpemimpin kita yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi demi kesejahteraan rakyat dan negara. [6 markah]

Related Documents