Jadual Penentuan Ujian

  • Uploaded by: alex_lile
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jadual Penentuan Ujian as PDF for free.

More details

  • Words: 2,021
  • Pages: 49
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN OLEH : HJH RUKIAH BT AHMAD TABON PENSYARAH JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPTI,JB Pada : 19 Julai 2008

KONSEP PENGUJIAN  SATU

TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG PERUBAHAN TINGKAH LAKU SESEORANG  UJIAN - SATU SET SOALAN ATAU TUGASAN YANG MEMERLUKAN SESEORANG BERTINDAK BALAS

TUJUAN PENGUJIAN  Mengesan

hasil pembelajaran yang patut dikuasai  Mengesan kemajuan yang telah diperolehi  Menentukan penempatan murid ikut kebolehan  Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses p&p

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN  Tentukan

tujuan ujian  Tentukan isi kandungan ujian  Membentuk Jadual Penentuan Ujian  Menulis item/soalan  Menyemak item/soalan  Tadbirkan ujian

Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)  Pengukuran

adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p  Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan  Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

Jadual Penentuan Ujian (JPU)  Dikenali

juga sebagai jadual spesifikasi ujian

(JSU)  Satu blue print ujian / test specification  Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran  Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan  Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian  Membantu penggubal membina item soalan

Tujuan JPU  Ujian

tidak dibina secara sembarangan  Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian  Panduan kepada penggubal soalan  Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa  Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

Siapa yang membuat JPU  Penggubal

kurikulum dan sukatan

pelajaran  Guru-guru yang mengajar mata pelajaran

Ciri-ciri Utama JPU  Ada

tajuk yang hendak diuji  Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji  Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji  Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian  Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

Langkah-langkah Pembinaan JPU  Pilih

hasil pembelajaran yang hendak diuji  Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran  Bina carta dua hala  Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran  Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid  Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektifkurikulum

Contoh JPU  Lihat

contoh

DIMENSI DALAM JPU  Kandungan

ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi i – skop atau kedalamannya ii – bilangan item untuk setiap tajuk iii – wajaran  Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)

 Jenis

dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukran  Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk

 Dalam

konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah

aktiviti  Berdasarkan

mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun

Jenis Item Ujian

 Ujian

objektif

 Ujian

subjektif / esei

Item Ujian Objektif  Calon

dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat  Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.  Hanya satu jawapan yang betul  Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan

Jenis-jenis item ujian objektif  Item

pilihan jawapan bebas  Item pilihan jawapan tetap

Item pilihan jawapan bebas  Memerlukan

murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan  Soalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung  Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan  Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan … lenkapkan pernyataan berikut

contoh 



Item jawapan pendek i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23 ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat? i. ____________ Item jawapan melengkapkan i. Haiwan yang memakan daging dinamakan __________ ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut a. Johor __________ b. Perlis __________

Item pilihan Jawapan Tetap  Item

betul/salah  Item memadankan  Item pengelasan  Item susun semula  Item aneka pilihan

Item Aneka Pilihan  Bentuk

soalan  Ayat tidak lengkap  Jenis jawapan terbaik  Jenis negatif  Interpretif  Cantuman

Soalan Objektif Aneka Pilihan Mengandungi dua bahagian - Stem – pokok soalan / tugasan soalan - Opsyen - pilihan jawapan yg diberi Pilihan mengandungi : Kunci – jawapan yang betul Pengganggu (distracktor) – bukan jawapan  Con: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses A pemeluwapan B penyulingan C pendidihan D elektrolsis Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stem A,B,C,dan D – opsyen A,B, dan C – pengganggu D - jawapan 

Stem Soalan  Mungkin

dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkap  Jelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon  Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan  Tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan

Opsyen, Pengganggu dan Kunci  Pilihan

jawapan sama dengan stem soalan  Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragam  Elakan memberi bayangan  Elakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu pun  Elak mengulang maklumat yang sama  Pastikan satu sahaja jawapan  Susun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D

Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalan  Setiap

pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul  Contoh: Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah? A Ammeter B Voltmeter C Meter pH D Multi meter

Ayat tidak lengkap  

Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul. Contoh : Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadap A kemasukan buruh asing beramai-ramai B industri membuat kereta berkembang pesat C migrasi penduduk dari luar bandar ke badar D industri perlombongan bijih timah berkembang pesat

Jenis Jawapan Terbaik 



Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik Contoh: Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi? A. Memeriksa soalan demi soalan B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati C memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan D Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

Soalan Item Negatif 



Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’ Contoh: Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali A sesuai digunakan untuk ujian sumatif B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi C jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif D boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan

Soalan Item Interpretif  Soalan

adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan  Contoh: Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada A internet B perdagangan C telekomunikasi D pengangkutan

Jenis Cantuman/Gabungan 



Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul Contoh: Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu? I. Jong II. Rakit III. Perahu IV. Kapal layar A. I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

Cara Menulis item Aneka Pilihan  Pokok

soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap  Soalan hendaklah ringkas tetapi padat  Pilihan jawapan juga perlu ringkas  Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama  Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang  Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul  Pokok soalan tidak membayangkan jawapan

Aras Item Objektif  Item-item

objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza  Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian

Item Aras Pengetahuan  Soalan

yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsb  Soalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bila  Con: Bilakah Malaysia merdeka? (A) 1957 (B) 1964 (C) 1967 (D) 1969

Item Aras Kefahaman 

 

Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsip Bentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakan Con: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana (A) akarnya panjang (B) batangnya lembut (C) pokoknya ada pelampung (D) ada ruang udara dalam batangnya

Item Aras Aplikasi   

Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas Bentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsb Con: Hakim mempunyai wang sebanyak RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Hakim. (A) (B) (C) (D)

RM17.00 RM19.00 RM 21.00 RM 23.00

Item Aras Analisis 

 

Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan Bentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnya Con: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yang diperlukan A air dan cahaya B air dan karbon dioksida C air, oksigen dan cahaya D air, karbon dioksida dan cahaya

Item Aras Sintesis  

Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan. Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas (A) (B) (C) (D)

oksigen hidrogen nitrogen karbon dioksida

Item Aras Penilaian 

Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.



Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah (A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin (B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah (C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku (D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan kaunseling

Ujian Esei/Subjektif  Soalan

yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis  Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan  Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh (lanjutan)

Jenis soalan subjektif  Jawapan

pendek  Soalan berstruktur  Soalan esei

Soalan pendek/respon terhad  Terhad

apa yang harus dijawab  Contoh soalan - senaraikan lima komponen utama … - nyatakan tiga kelebihan … - apakah definisi … mengikut …?

Soalan Esei Tindak Balas Lanjutan  

 

Membolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuai Soalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebas Soalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaian Contoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga minyak boleh menyebabkan inflasi

Aras Item Subjektif  Mengingat

semula Con: Berikan definisi … Siapakah … Apakah …  Fahaman Con: Bandingkan … Huraikan … Apakah tujuan …

 Aplikasi

Con: Bagaimanakah … Terangkan cara …  Analisis Con: Mengapakah / apakah punca … Terangkan sejauh mana …

 Sintisis

Con: Jelaskan Berdasarkan, huraikan  Penilaian

Con: Nilaikan idea Mengikut …, apakah pendapat anda

Panduan Menulis Soalan Esei  Tetapkan

dahulu tugasan soalan yang hendak dibina  Mulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsb  Tentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukan  Sebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah

kesimpulan  JPU

perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai  Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui  Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan

Sekian Terima Kasih Burung jelatik, burung jeladan, Membuat sarang di rumpun pandan, Yang baik jadikan teladan, Yang kurang jadikan sempadan. Gunung daik sudah terbelah, Didaki orang sambil berlari, Yang baik datang dari Allah, Yang kurang saya sendiri.

Related Documents