Isu Influenza A H1n1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Isu Influenza A H1n1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,865
  • Pages: 9
Isu Influenza A H1N1 - Sekolah Tidak Perlu Ganti Jika Penuhi 190 Hari Persekolahan [Wednesday, June 24, 2009 | 0 comments ]

Empat sekolah yang ditutup ekoran wabak Influenza A(H1N1) tidak perlu menggantikan waktu persekolahan mereka sekiranya jumlah minimum 190 hari persekolahan telah dicapai. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sekolah terbabit perlu menyemak jumlah hari persekolahan mereka dan perlu menggantikannya sekiranya tidak mencapai jumlah tersebut yang telah ditetapkan oleh kementerian.

"Bagi sekolah yang telah melebihi 190 hari persekolahan, (tiada masalah) jika masih berhasrat untuk menggantikannya. Maka terpulang kepada pihak pengurusan sekolah untuk berbuat demikian atau sebaliknya. "Jadi dalam perkara ini (penutupan sekolah), tidak timbul pelajar yang dikuarantin tidak mempunyai peluang untuk belajar kerana pihak sekolah akan atur dan uruskan segalanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. Sehingga Rabu, empat sekolah iaitu Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Cheras, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 1 dan SRK Assunta 2 di Petaling Jaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur diarah ditutup selama seminggu berikutan penularan influenza di kalangan murid dan pelajarnya. Mengenai langkah mewajibkan pelajar dan guru memakai topeng sebagai persediaan bagi mengelak penyakit itu daripada merebak, Wee berkata Kementerian Kesihatan masih mengkaji perkara tersebut dengan mendalam

sama ada mewajibkan pemakaian topeng atau sebaliknya. "Terpulang kepada Kementerian Kesihatan, jika mereka mewajibkannya maka pihak kita akan mematuhinya. Bagaimanapun "jika ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mengambil inisiatif menyediakan topeng kepada pelajar, kita alu-alukan dan tidak akan menghalang mereka. "Dasar Kementerian Pelajaran dalam perkara ini adalah terbuka dan telus, kita tidak akan ketepikan mana-mana pendapat baik demi keselamatan para pelajar dan guru," katanya. (Sumber: Bernama - 24/06/2009 - 16:08pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

Isu Selsema Babi - KPM Bercadang Wajibkan Pelajar Seluruh Negara Jalani Pemeriksaan Suhu Badan [Wednesday, June 24, 2009 | 0 comments ]

Kerajaan bercadang mewajibkan pelajar di seluruh negara menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memulakan sesi pembelajaran setiap hari berikutan peningkatan kes Influenza A (H1N1) dengan dua lagi sekolah ditutup semalam dan 10 kes baru dikesan, menjadikan jumlah meningkat kepada 68 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Cheras diarah ditutup sehingga Sabtu ini, manakala Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 1, Petaling Jaya selama seminggu.

Sebelum ini, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya diarah ditutup selama seminggu. Tiga lagi sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama, Petaling Jaya, SMK Seksyen 9 Shah Alam dan Sekolah Menengah Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur kekal dengan penutupan satu kelas bagi tempoh tujuh hari. Dr Ismail berkata, cadangan mewajibkan pelajar menjalani pemeriksaan suhu badan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Penularan H1N1 bersama Kementerian Pelajaran, hari ini. "Kita akan mengenal pasti kaedah paling sesuai dan mudah untuk guru memeriksa suhu badan pelajar. Sekiranya semua pihak bersetuju, kita akan membekalkan termometer kepada guru bagi mengesan pelajar yang menunjukkan tanda demam," katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam. Beliau berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan kepada Kementerian Pelajaran supaya mengarahkan semua warga sekolah yang baru pulang dari Australia, Filipina, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) supaya tidak ke sekolah dalam tempoh tujuh hari. "Langkah itu perlu kerana kebanyakan kes import H1N1 dibawa masuk dari empat negara berkenaan. Kita juga mengarahkan semua yang terbabit mengkuarantin diri sendiri, iaitu dengan berkurung di rumah masing-masing sepanjang tempoh itu," katanya. Dr Ismail berkata, daripada 10 kes terbaru, dua adalah penularan tempatan masingmasing pelajar Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka dan SJKC Jalan Davidson, manakala lapan kes import membabitkan lima rakyat Malaysia serta masing-masing seorang warga Yaman, Switzerland dan Itali.

"Kes ke-62 adalah seorang pelajar lelaki warga tempatan berusia 16 tahun dan dia adalah kontak kepada kes ke-42, iaitu pelajar Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka yang disahkan positif H1N1," katanya. Mangsa ke-62 itu yang juga kes jangkitan tempatan kelapan, mengalami demam, batuk dan sakit tekak pada Sabtu lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh keesokannya serta disahkan positif semalam. Dr Ismail berkata, seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun dari SJKC Jalan Davidson pula adalah kontak dengan seorang rakannya yang disahkan positif H1N1, dua hari lalu. Mangsa ke-66 itu mengadu mengalami demam, batuk dan sakit tekak sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif, kelmarin. Kes import pula ialah: 1. Budak perempuan berusia 5 tahun 9 bulan yang baru pulang dari California, AS dengan pesawat Cathay Pacific (CX 873) dan transit di Hong Kong sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat lalu; 2. Pelajar perempuan warga tempatan berusia 14 tahun yang tiba dari Melbourne, Australia, Khamis lalu dengan menaiki pesawat MH148; 3. Lelaki berusia 23 tahun yang pulang dari Melbourne, Jumaat lalu dengan pesawat MH128 sebelum meneruskan perjalanan ke Kuching melalui penerbangan MH2504; 4. Budak perempuan berusia 5 tahun 8 bulan yang menetap di Manila dan kembali ke Malaysia bersama ibunya pada 20 Jun lalu dengan penerbangan MH705 sebelum menyambung perjalanan ke Pulau Pinang menerusi pesawat MH1166;

5. Lelaki berumur 42 tahun yang pulang dari Manila dengan pesawat Cebu Pacific Airways 5J 501 pada 18 Jun; 6. Lelaki warga Yaman berumur 24 tahun yang bertolak dari Bangkok ke Malaysia pada 19 Jun menaiki penerbangan AirAsia AK 342; 7. Lelaki warga Switzerland berumur 54 tahun yang ke Malaysia bersama isteri menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ 118; dan 8. Pelajar lelaki warga Itali berusia 19 tahun yang menaiki pesawat MH148 dari Melbourne dan tiba di KLIA pada 21 Jun.

Mohd Ismail berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sehingga jam 8 pagi semalam jumlah terkumpul kes H1N1 yang dilaporkan adalah sebanyak 52,687 kes dengan 231 kematian dari 99 negara, iaitu pertambahan 7,709 kes. Negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah AS (3,594), Chile (1,190), Kanada (805), United Kingdom (754) dan Australia (297). (Sumber: Berita Harian - 24/06/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)... Ringkaskan (Summary only)...

Wabak Influenza A (H1N1) Selsema Babi Kesan Kepada Murid Dan Sekolah [Tuesday, June 23, 2009 | 0 comments ]

Jumlah kes Influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes apabila 10 kes baru dilaporkan dengan dua kes tempatan dan lapan kes import, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lay hari ini. Menakutkan bukan? Setakat hari ini, berikut antara sekolah yang telah menerima arahan tutup kelas atau sekolah dalam satu jangka masa tertentu oleh Kementerian Kesihatan:

1. SJK(C) Jalan Davidson; satu sekolah - tutup seminggu 2. SRK Assunta 1, Petaling Jaya; satu sekolah - tutup seminggu 3. SRK Assunta 2, Petaling Jaya; satu sekolah - tutup seminggu 4. Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Batu 9 Cheras; satu sekolah - tutup

seminggu 5. SMK Seksyen 9 Shah Alam; satu kelas - tutup seminggu 6. SMK Damansara Utama, Petaling Jaya; satu kelas - tutup seminggu 7. SM Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur. satu kelas - tutup seminggu

Empat sekolah ditutup seminggu, manakala 3 sekolah lagi hanya ditutup satu kelas, juga dalam temph yang sama. Bagaimanapun, Kerajaan tidak bercadang menutup semua sekolah di Lembah Klang ekoran penularan virus influenza A (H1N1), kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran - Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. Setakat ini, sejumlah 200,000 dos vaksin influenza dibekalkan kepada semua negeri sejak awal Mei lepas untuk disuntik kepada petugas barisan hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dianggarkan 200,000 petugas barisan hadapan akan terlibat dalam menangani wabak pandemik influenza seperti yang terkandung dalam pelan kebangsaan "National Influenza Preparedness Pandemic Plan 2006". Petugas barisan hadapan itu terdiri daripada penjawat awam di bawah kategori anggota kesihatan dan perubatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Imigresen, kata Datuk Seri Liow hari ini. Menurutnya, vaksin bagi influenza A (H1N1) masih belum dapat dihasilkan lagi. Pada masa ini , Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama-sama dengan syarikat utama pembuat vaksin dunia sedang giat berusaha untuk menghasilkan vaksin itu sebagai pencegahan kepada wabak berkenaan.

Virus influenza A (H1N1) merupakan satu virus baru dan sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh pihak WHO, masa yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin yang dimaksudkan ialah di antara tiga hingga enam bulan. Vaksin influenza A (H1N1) ini dijangka akan dapat disediakan sebelum penghujung tahun ini. (Sumber: Kenyataan akhbar - 23/06/2009) Kerap didengar bahawa antara petanda akhir zaman ialah wabak penyakit pelik banyak menular di muka bumi. Wabak Influenza A H1N1 ini bersifat global, bukan lokal. Cirinya GLOKAL.

Baca Selengkapnya (Read More)... Ringkaskan (Summary only)...

Influenza A (H1N1) - Pelajar Di Luar Negara Dinasihat Tangguh Kepulangan Jika Tak Sihat [Thursday, May 21, 2009 | 0 comments ]

Pelajar-pelajar Malaysia terutama di Amerika Syarikat yang mahu pulang bercuti musim panas tidak lama lagi dinasihatkan agar menangguhkannya dahulu sekiranya mereka mempunyai simptom Influenza A (H1N1) seperti demam dan selesema. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata nasihat itu juga terpakai kepada mana-mana individu yang ingin kembali ke tanah air mahupun melancong ke negara ini jika mereka juga mempunyai simptom serupa. "Jika mereka mengalami simptom-simptom tersebut setelah masuk ke negara ini pula, mereka hendaklah segera mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, kepulangan atau kedatangan mereka ini dialu-alukan, dan ia bukanlah satu masalah kerana kementerian mempunyai persediaan yang cukup bagi mengawal penularan wabak itu, sekiranya ada, kata Liow yang baru pulang daripada menghadiri persidangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva. Katanya mesyuarat itu diberitahu mengenai kebimbangan bahawa virus penyakit itu boleh merebak dengan lebih cepat pada musim sejuk di negara-negara hemisfera selatan. Mengenai status dalam negara, Liow berkata sehingga pagi ini, tiada kes baru yang disahkan positif virus Influenza A (H1N1) dicatatkan walaupun terdapat 16 kes yang dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemeriksaan semalam. Daripada jumlah itu, empat dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, empat ke Hospital Kuala Lumpur, dua ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, dua di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, dua di Hospital Queen ELizabeth, Sabah, dan masing-masing satu di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang dan satu di Hospital Pulau Pinang. Kecuali dua kes di Sabah yang masih menunggu keputusan, yang lain disahkan negatif, kata Liow. Beliau berkata, dua warga negara Amerika Syarikat yang dikuarantin di Sabah kerana menaiki pesawat yang sama dengan warga Hong Kong yang disahkan dijangkiti wabak itu, masih berada dalam keadaan stabil dan sihat dan akan dibebaskan Sabtu ini jika tidak menunjukkan sebarang simptom. (Sumber: Bernama - 21/05/2009 - 19:06PM)

Jaga kebersihan bendung H1N1

PELAJAR mencuci tangan mengikut tujuh langkah yang disarankan Kementerian Kesihatan selepas ceramah penjagaan kebersihan di Cyberjaya baru-baru ini.

PANDEMIK H1N1 terus merebak dan semakin serius. Orang ramai khususnya pelajar dan guru perlu mengambil langkah pencegahan bagi menghindari virus influenza A tersebut. Prihatin dengan ancaman selesema babi itu, pemilik Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd, dengan sokongan Lifebuoy menganjurkan ceramah penjagaan kebersihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya dan Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya baru-baru ini. Pengarah Urusannya, Datuk Redza Rafiq memberitahu, inisiatif ini merupakan salah satu projek tanggungjawab sosial korporat syarikat itu kepada komuniti di Cyberjaya. "Ia penting dan perlu dalam mendepani pandemik yang semakin mengganas di negara kita," katanya. Manakala Pengarah Jenama Unilever Malaysia, Lenny Chuah berkata, penglibatan syarikatnya adalah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan yang mengadakan kempen secara berterusan ke seluruh negara. Selain ceramah, peserta yang terdiri daripada 1,600 pelajar dan guru itu telah didedahkan dengan cara membasuh tangan yang betul. Demonstrasi ujian glo-germ turt diadakan. Poster yang mengandungi tujuh langkah mencuci tangan saranan Kementerian Kesihatan turut diserahkan kepada pengetua dan guru besar sekolah yang terlibat.

Related Documents