Institusi Kewangan Dalam Islam

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Institusi Kewangan Dalam Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 4,404
  • Pages: 20
SISTEM KEWANGAN ISLAM PPPG2912 PENSYARAH : DR SHOFIAN BIN HJ. AHMAD SESI 2007/2008 INSTITUSI KEWANGAN DALAM ISLAM NAMA: ERIYANTI SORAYA BT ABD HALIM NO MATRIK: A 112935

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN PROGRAM AL-QURAN

2

Pengenalan Institusi kewangan Islam ialah institusi yang mencipta dan memperniagakan instrumen-instrumen kewangan, disamping memudahkan aliran sumber-sumber antara peserta-peserta pasaran. Dalam melaksanakan peranannya sebagai pencipta dan peniaga instumen kewangan, institusi kewangan merupakan peserta yang penting dalam pasaran kewangan dan melaksanakan berbagai fungsi utama dalam sistem kewangan. Fungsi yang terpenting sekali ialah bertindak sebagai pengantara kewangan, 1

pengantara kewangan.

memudahkan proses penyaluran dana tabungan untuk

pelaburan, iaitu proses penyaluran tabungan dari pada unit lebihan dari pada sesebuah ekonomi dengan obligasi kewangan (janji untuk bayar) daripada unit kekurangan. Dengan kata lain institusi kewangan itu adalah firma perniagaan yang asset utamanya adalah aset-aset kewangan atau tuntutan-tuntutan ( seperti saham, bon dan pinjaman) bukan asset yang nyata ( bankunan, peralatan dan bahan mentah). Ia memberikan pinjaman kepada pengguna atau membeli sekuriti pelaburan dalam pemasaran kewangan. Institusi kewangan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu: i. kumpulan pengantara-pengantara kewangan 2

ii. kumpulan institusi bukan kewangan .

Sebenarnya pengantara kewangan melibatkan pembelian instrumen kewangan oleh institusi kewangan dalam pasaran kewangan dari dana yang diperoleh daripada penyimpan-penyimpan yang mengkehendaki sekuriti tidak langsung yang dikeluarkan oleh pengantar tersebut. Begitu juga institusi kewangan ini memberikan pinjaman kepada firma dan badan korporat yang hendak mengembangkan perusahaannya dengan memegang cagaran kepada perusahaan itu.

1

Pengantara kewangan sebenarnya ialah institusi kewangan seperti bank simpanan, bank perdagangan, kumpulan wang pencen dan lain sebagainya. 2

Dapat diklasifikasikan dengan bermacam-macam cara, satu cara pengelasan dan perbezaanya ialah antara institusi pengdeposit seperti bank perdagangan, institusi berkontrak (seperti syarikat insurans) dan institusi pelaburan (syarikat pelaburan atau tabung haji)

3 Cagaran seperti ini biasanya dikenal dengan sekuriti secara langsung atau dikenali juga sebagai sekuriti utama. Cagaran seperti ini agak sulit bagi kebanyakan pelanggan terutamanya yang memiliki dana yang terhad dan banyak pengetahuan tentang selok belok pasaran. Dan melalui pengantara kewangan dana daripada penyimpan-penyimpan tadi dapat dikumpu melalui akuan simpanan dan seterusnya dapat membiayai sejumlah pembiayaan diatas. Pengantara kewangan dapat dikategorikan kepada tiga kategori seperti berikut : I. Institusi deposit seperti bank bank II. Institusi berbentuk kontrak seperti syarikat insurans. Kumpulan wang simpanan pekerja dan pencen dan sebagainya. III. Institusi pelaburan seperti syarikat pelaburan. Unit pelaburan amanah dan sebagainya. Dalam kertas kerja ini institusi perbankan islam dan institusi takaful akan dibahas lebih terperinci disamping akan dibahas pula institusi-institusi kewangan Islam lainnya di Malaysia seperti bank Islam Malaysia Berhad, skim perbankan tanpa faedah ( SPTF) dan Tabung Haji.

4

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM 1. Perbankan Islam Perbankan Islam didefinisikan sebagai perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan etos Islam. Ia juga dikatakan sebagai setiap pertumbuhan yang terlibat secara langsung dengan amalan kewangan berdasarkan syariat Islam dan menggunakan kaedah-kaedah Fiqh. An- Nazar memberikan ta’rifan umum bagi perbankan Islam sebagai pertumbuhan kewangan yang mengumpulkan dana dan menjalankan operasinya dengan mengikuti syariat Islam dengan tujuan membina kesatuan masyarakat Islam bagi merealisasikan keadilan pengagihan serta menggunakan dana-dana itu mengikut ketentuan syariat Islam. Suatu sistem perbankan yang prinsip dan amalannya berasaskan hukum Islam atau hukum syariah. Perbankan yang ditumbuhkan untuk menggerak dana-dana dan menggunakannya selaras dengan syariat Islam bagi tujuan mengembankkan ikatan kesatuan Islam dan memastikan keadilan pengagihan disamping mengunakan dana-dana tersebut selaras denga prinsip-prinsip Islam.

1.1 Sejarah Perbankan Islam Konsep perbankan Islam bermula sejak Akhir tahun 40an lagi dan model perbankan tanpa bunga secara matang dan konprehensif mula muncul sekitar akhir tahun 1960an, sebelumnya dan pada awal abad ke 20, perbankan Islam lebih merupakan subjek perbincangan secara teori sahaja. Dan pada masa itu tiada sebarang usaha dan inisiatif untuk merangka program pelaksanaan perbankan Islam secara praktik dan menyumbang kepada penyelesaian masalah ekonomi semasa. Dan juga 3

dapat memberikan faedah kepada dunia Islam.

3

Dalam John R. presley. Directory of Islamic financial Institutons, halaman 3

5 Sejarah bank Islam moden bermula apabila projek printis bagi meletakkan prinsip-prinsip perbankan Islam dalam bentuk praktis dan ianya telah dibuat pada tahun 1963 di pecan Mitghamr di Mesir. Projek percobaan ini menggabungkan ide bank simpanan German dengan prinsip-prinsip luar Bandar ke dalam kerangka umum nilai Islam. Tujuan utama percubaan ini adalah untuk menarik golongan yang memiliki pendapatan rendah . pada peringkat awal projek ini diberi nama dengan “pusat simpanan tempatan” dan kemudian ditukar kepada nama ”bank simpanan tempatan” . Memandangkan Mit Ghamr terletak di luar Bandar yang rata-rata penduduknya berpegang kuat kepada Agama, mereka tidak ingin menyimpan wang di bank-bank, kerana wujudnya unsur Riba. Oleh itu penubuhan bank Mit Ghamr bukan sahaja untuk menghapuskan unsur riba malah juga mengajar masyarakat mengenai penggunaan perbankan. Projek Mit Ghamr menjalankan operasi mengikut tiga jenis akaun berikut : i

Akuan Simpanan

ii

Akuan Pelaburan

iii

Akuan Zakat

Bank Islam yang pertama yang ditumbuhkan di Bandar ialah Nasser Sosial Bank di Kaheran. Ia ditumbuhkan oleh kerajaan Mesir pada tahun 1971. objektif utama bank ini ialah membentuk sosial dan ia mempunyai fungsi sosial dan bank ini telah diberi kebenaran ( pengecualian) dari pada undang-undang perbankan dan kredit 1975 pada peringkat permualaan operasinya. Pada akhir 1972, menteri-menteri luar negara Islam luar negara-negara Islam dijemput ke Jeddah untuk membentuk satu jawatan kuasa khas bagi menyediakan perjanjian bank Islam bersama. Akhirnya dalam tahun 1973 dan 1974 menteri-menteri kewangan negaa-negara Islam mengadakan dua menyuarat di Jedah dan terbentuklah Bank Pembankunan Islam (IDB) yang beribu pejabat di Jeddah pada tahun 1975. tujuan bank ini ditubuhkan untuk memupuk pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial negara-negara ahli dan masyarakat Islam sama ada secara persendirian mahupun secara bersama berdasarkan prinsip-prinsip syariah. Dan berfungsi untuk melibatkan diri dalam penyertaan modal saham dan mengeluarkan pinjaman untuk

6 projek-projek yang produktif disamping itu juga ia sebagai badan yang menyediakan kewangan kepada negara-negara ahli. Bank Islam yang berorientasikan perdagangan telah pun ditumbuhkan sejak pertengahan tahun 1970-an. Dan tujuan penubuhan bank ini bertujuan untuk menawarkan alternatif perbankan secara Islam kepada sistem perbankan konvensional yang sedia ada. Dan terdapat dua jenis institusi berbentuk Islam iaitu : i Bank perdagangan Islam ii Syarikat-syarikat induk dan pelaburan Islam institusi yang pertama iaitu bank perbankan Islam ialah seperti bank Islam Dubai ( Dubai Islamic bank) yang ditumbuhkan pada tahun 1975. dan ia adalah bank Islam persendirian yang ditubuhkan pertama dan ia merupakan syarikat awam terhad yang menawarkan pengkhidmatan bank tradisi selaras dengan undang-undang syariat Islam. Dalam tahun 1977, tiga buah bank Islam ditubuhkan sebagai syarikat awam berhad, iaitu Kuwait Finance House, Bank Faisal di Mesir dan Bank Faisal di Sudan.

1.2 Teori dan Konsep Perbankan Islam Terdapat kesamaan perbankan Islam dan konvensional iaitu dari fungsi dan aktiviti antara keduanya. Namun konsep dan teorinya tidaklah sama, ini dikeranakan terdapat perbezaan landasan disebalik penubuhannya. Tumbuhnya perbankan konvesional

semata-semata

untuk

memaksimumkan

keuntungan

sedangkan

penubuhan perbankan Islam berdasarkan dua faktor, iaitu faktor agama dan faktor keuntungan dan titik keseimbangan harus ada diantara keduanya demi kelangsungan penubuhannya. Dan perbankan Islam perlulah memenuhi dua kriteria berikut : a. perbankan Islam mestilah dilaksanakan tanpa melanggar mana-mana hukum syariah b. perbankan Islam hendaklah membantu kearah pencapaian objektif-objektif sosial ekonomi masyarakat Islam banyak istilah-istilah yang digunakan bank Islam diseluruh dunia bagi menggambarkan prinsip-prinsip syariah yang diterima pakai bagi sesuatu jenis

7 pengkhidmatan perbankan Islam. Ada yang menggunakan istilah Arab dan ada juga yang cuba menyesuaikannya istilah tersebut dengan keadaan tempatan dan suasana semasa. Walau apapun istilah yang digunakan akan tetapi prinsip syariah yang terdapat dalam amalan perbankan Islam boleh dikelaskan kepada 4 kategori : a. Berdasarkan kongsi sama keuntungan b. Berdasarkan caj, komisen, yuran atau lain-lain bayaran yang ditetapkan jumlahnya. c. Pengkhidmatan yang diberi tanpa dikenakan bayaran. d. Prinsip-prinsip yang ada kaitannya secara tidak langsung dengan sistem perbankan. Para ahli ekonomi Islam berpendapat bahawa prinsip atau kaedah operasi yang diamalkan oleh perbankan Islam itu sebahagiannya digalakan (strongly Islamic) dan sebagiannya lagi kurang digalakan (weakly Islamic). Prinsip atau kaedah operasi yang digalakan Islam ini berarti hanya prinsip mudarobah dan musyarokah sahaja yang tergolong dalam kelas ini, prinsip-prinsip lain hanya dicadangkan apabila kedua prinsip diatas tidak dapat dilaksanakan. Jenis-jenis kontrak yang terdapat dalam syariah yang ada kaitannya dengan operasi perbankan Islam selain daripada kontrak-kontrak dalam pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang diatas, boleh dikategorikan kepada tujuh jenis kontrak, iaitu : i

kontrak-kontrak memberi hak milik ( ’Uqud al-Tamlikat) kontrak ini adalah berhubung dengan pemberian hak milik sesuatu harta atau hak

bagi mendapatkan manfaat harta tersebut, kontrak ini terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu : a) Kontrak pertukaran ( ‘Uqud al-Mu’awadat) Kontrak ini melibatkan pertukaran antara dua pihak dalam memberikan hak milik seperti jualbeli, sewaan, pertukaran wang dan sebagainya. b) Kontrak kebajikan (Uqud al-Tabarru’at) Kontrak ini memberikan hakmilik tanpa melibatkan pertukaran antara pihak yang terlibat seperti hibah, hadiyah, sadaqah dan lain sebagainya. ii

Kontrak melepaskan hak (uqud al-Isqotat)

8 Kontrak ini adalah berhubungan dengan melepaskan hak terhadap pihak lain sama ada dengan pertukaran tebus talak, kemaafan dari al-qiyas ataupun tidak dengan pertukaran. iii

Kontrak Memberi izin (‘uqud al-Itlaqot) Kontrak ini melibatkan pemberian kuasa. Kepada seseorang untuk menguruskan

kerja-kerjanya, kontrak ini seperti melantik wakil (Al-Wakalah), melantik pegawai (al-Tawliyah) atau agensi. iv

Kontrak menyekat seseorang menjalankan tugas Menegah seseorang daripada menjalankan sesuatu fungsi seperti dikenakan

kepada seseorang yang muflis. Penarikan tauliyah atau menamatkan pelantikan sebagai wakil atau agen.

1.3 Model Pelaksanaan Perbankan Islam Pelaksanaan sistem perbankan Islam di negara Islam terutamanya di Negaranegara Islam terutama di 51 negara yang mengganggotai pertumbuhan persidangan Islam (IOC) dapat dikelaskan kepada 4 kategori : 1) Mempunyai hanya satu sistem perbankan sahaja iaitu satu sistem perbankan Islam. Negara ini ialah Iran, Pakistan dan sudan. 2) Mempunyai dwi-sistem (dual sistem) iaitu sistem perbankan Islam yang beroperasi sesuai dengan sistem konvesional yang sedia ada. Contohnya Malaysia yang merupakan negara Islam pertama yang mempunyai sistem perbankan Islam yang komprehensif dan cekap yang beroperasi bersama-sama dengan sistem perbankan konvensional. 3) Mempunyai sistem ”konvensional campur” ( Convensional Plus Sistem) iaitu sistem perbankan yang pada asasnya sistem konvensional dengan beberapa buah institusi Islam yang beroperasi di pinggiran. Negara tersebut ialah Arab Saudi, Bahrain, Bankladesh, Brunei, Mesir. Dan Negara Islam lainnya. 4) Mempunyai hanya satu sistem perbankan Islam sahaja iaitu sistem konvensional. Negara ini belum melaksanakan sistem perbankan Islam walaupun ianya merupakan Negara Islam ataupun Negara yang paling ramai berpenduduk muslim. Negara-negara tersebut ialah Afganistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Benin, Bunkina faso, Chad, Cameroon, Comoros, nigeria,

9 Oman, Palestin, Somalia, Syria, Urganda dan masih banyak lagi negara-negara lainnya. Perbezaan juga berlaku di Negara-negara Islam yang melaksanakan sistem perbankan

Islam

tentang

pelesenan,

pengawasan

dan

perbankan

yang

dilaksanakan oleh setiap Negara Islam tersebut. Di Negara turki misalnya, bank Islam diawasi oleh pembendaharaan Negara dan perlesenan dikendalikan di bawah pindaan akta perbankan yang juga dinamakan “Institusi Kewangan Khas”. Di Emirat Arab bersatu pula (UEA) bank Islam diawasi oleh kementrian Wakaf Negara itu sendiri. Di Mesir, aktiviti yang dilaksanakan oleh syarikat pelaburan Islam seperti A-Rayan diragui kerana kekurangan pihak berkuasa Mesir. Dari aspek-aspek pengubalan akta dan peraturan bagi melasanakan sistem perbankan Islam di Negara-negara yang melaksanakan perbankan Islam dapatlah dibahagikan kepada tiga kategori : 1) Diberi kebenaran (pengecualian) sama ada secara nyata ataupun jaminan, kesemua atau sebahagian daripada peraturan-peraturan perbankan yang sedia ada. Contohnya seperti bank Islam di Dubai, Mesir, Kuwait, Bahrain dan Jordan. 2) Pengubalan akta dan peraturan bagi menubuhkan bank Islam sama ada akta tersebut bagi semua sistem di negaranya seperti apa yang berlaku di Pakistan Sudan dan Iran atau penggubalannya hanya untuk menubuhkan bank Islam dengan mengekalkan akta dan peraturan perbankan konvensional sebagaimana yang berlaku di Malaysia. 3) Tanpa apa-apa fakta dan peraturan digubal untuk pelaksanaan perbankan Islam dan juga tanpa pengecualian daripada akta perbankan konvensional yang sedia ada sebagaimana contoh penubuhan-penubuhan bank Islam di Negara Eropa.

Institusi Perbankan Islam di Malaysia Bentuk terawal aktiviti perbankan Islam diketahui bermula pada bulan September 1963 dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji

10 (PWSBH). PWSBH telah ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan mengerjakan ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung dengan Pejabat Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji). Keputusan kerajaan menubuhkan Tabung haji adalah suatu kepustusan yang tepat, dan kini bentuk dan operasi institusi ini menjadi model kepada Negara-negara lain, tabung haji telah bergerak aktif dalam pelbagai sektor perdagangan, pertanian, Industri dan hartanah. Dan pelaburannya pula merangkumi pelaburan saham, pelaburan dalam syarikat hartanah, tabung amanah dan sijil pelaburan dalam syarikat hartanah dan sijil pelaburan kerajaan. Dan sebahagian besar daripada dana yang digerakan oleh lembaga ini dilaburkan dalam sekuriti korporat yang disebut harga dan yang tidak disebut harga. Bank Islam pertama telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk dan pengkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Walau bagaimanapun, institusi-institusi ini dikehendaki mengasingkan dana dan aktiviti urus niaga perbankan Islam daripada urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada percampuran dana.

2. Takaful Dewasa ini, masyarakat telah banyak didedahkan dengan Sistem Perlindungan yang berteraskan Syariah atau lebih dikenali sebagai Sistem Takaful. Perkataan Takaful di dalam bahasa Arab membawa maksud saling jamin-menjamin atau saling pelihara-memelihara. Di dalam konteks ini, perkataan Takaful akan disandarkan kepada Sistem Insurans yang berteraskan prinsip Islam. Konsep ini pada hakikatnya menggambarkan satu rancangan insurans yang berasaskan perpaduan, rasa tanggungjawab dan hubungan persaudaraan antara sesama peserta yang berdasarkan konsep tabarru' (derma) yang Ikhlas kerana Allah s.w.t kepada ‘Tabung’ yang diurus secara professional oleh syarikat Takaful bertujuan membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah.

11

Dengan demikian definisi takaful ialah sistem insurans secara Islam, sebagai institusi kewangan yang bergerak berdasarkan syariat hukum Islam, insurans secara Islam dalam bentuk moden merupakan bidang perniagaan yang baru diterokai. Sejarah bermula pada tahun 1979 apabila syarikat insurans secara Islam yang pertama ditumbuhkan di Sudan. Iaitu syarikat insurans Islam sudan. Banyak Negara-negara Islam yang telah berusaha menubuhkan syarikat Insurans yang menawarkan Insurans secara Islam. Antaranya termasuklah syarikat insurans Islam Arab yang ditubuhkan pada tahun 1979 di Arab Saudi, pada tahun 1983 diperbadankan syarikat takaful Islam 4

Luxembourg oleh Dar al-Maal Al-Islami dan Islamic Takaful Company . Syarikat ini ditubuhkan oleh bank Islam faizal Sudan. Pada awal tahun penubuhan ia telah menunujukan prestasi yang baik dimana ia telah dapat mengagihkan keuntungan kepada para polisinya dengan kadar lima peratus pada tahun 1979. lapan peratus pada 5

tahun 1980 dan sepuluh peratus pada tahun 1981.

Ajaran Islam tidak pernah sama sekali melarang umatnya untuk mencipta sesuatu perkara di dalam aspek kemajuan urusan hidup manusia tetapi perlulah bertepatan dengan prinsip dan kehendak Syariah Islam. Ini termasuklah dalam urusan perlindungan risiko. Walaubagaimanapun, sistem perlindungan risiko tersebut perlulah diuruskan mengikut lunas dan prisip yang telah diputuskan oleh Syara’ atau dengan kata lain ia mestilah sejajar dengan kehendak Allah s.w.t., barulah kita bakal memperolehi keuntungan duniawi dan ukhrawi sekaligus.

2.1 Sistem Takaful yang berdasarkan kontrak (aqad) Tabarru’ 1. Saling bertanggungjawab Peserta-peserta Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab antara satu sama lain. Memikul tanggungjawab dengan niat baik adalah merupakan satu ibadah 4

5

Nor Mohamed Yakcop, Globalisation of Islamic Financial Sistem 1996 halaman 4-5

Laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat takaful Di Malaysia (K.Lumpur : jabatan perdana menteri 1984) hal 8

12 dan hal ini dituntut dalam Islam. Lihatlah maksud sabda Nabi s.a.w. ini: "Perumpamaan hubungan orang-orang beriman dari segi kasih-sayang, kecintaan, dan perasaan mereka adalah ibarat satu tubuh (jasad). Apabila satu dari anggotanya tidak sihat, maka seluruh anggota badannya akan berjaga malam dan demam (panas)." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 2. Saling bekerjasama dan bantu membantu Peserta-peserta rancangan Takaful bersetuju untuk bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain dalam menguruskan perlindungan dengan baik. Allah s.w.t. telah berfirman dalam dengan maksudnya:"Bekerjasamalah kamu pada perkaraperkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan." 3. Saling lindung-melindungi dari sebarang kesusahan dan musibah Melalui konsep ini, peserta-peserta Takaful mengambil sikap untuk saling jamin-menjamin di antara satu sama lain, di mana sebahagian daripada wang caruman mereka yang dikenal sebagai wang Tabarru' (derma) akan diperuntukkan untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah dan pengendali Takaful bertugas untuk mengendalikan wang caruman tersebut dengan penuh amanah. Maksud sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah "Seseorang yang beriman itu ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan (perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia." Inilah kekuatan yang ada pada Sistem Takaful yang berperanan menyelamatkan umat Islam daripada terus menerus dibelenggu oleh sistem yang tidak diredhai oleh Allah s.w.t. Semoga dengan wujudnya pengendali-pengendali Takaful dan penglibatan kita semua di dalam sistem perlindungan yang berteraskan Syariah ini, akan memberi manfaat untuk kesejahteraan bersama di dunia dan di akhirat

13

2.2 Insurans dan takaful Yang dimaksudkan Insurans ialah satu sistem yang berlandaskan perjanjian antara sekumpulan manusia yang sama-sama bersetuju mengikuti sistem ini. Dan menanggung segala bentuk bencana yang menimpa salah seorang dari dan berkongsi menyumbangkan wang bagi mengatasi bencana ataupun musibah dan membayar pampasan kerana ditimpa sesuatu bencana. Kontrak insurans bolehlah ditakrifkan sebagai satu kontrak dimana seseorang itu menanggung, sebagai balasan kepada persetujuan membayar kepada orang lain. Sejumlah wang atau nilaian yang setara dengannya apabila terjadi sesuatu kejadian terhadapnya. Pada tahun 1985 ditubuhkan satu syarikat takaful di Malaysia dan merupakan Negara pertama di Asia yang merintis perniagaan Insurans secara syariat Islam dengan nama Takaful Malaysia Sdn. Bhd (STM). Industri takaful di Malaysia terdiri daripada dua buah syarikat iaitu, STM, sebuah anak syarikat BIMB yang memulakan operasinya pada 15 julai 1985 sebagai sebuah syarikat insurans Islam pertama di Malaysia. Dan yang kedua ialah MNI takaful Sdn Bhd (MNI) dengan membayar modal RM25 juta. Latar belakang penubuhan syarikat insurans secara Islam di malaysia bermula apabila sebuah jawatankuasa kecil diminta oleh badan perunding Islam untuk menyediakan satu kertas kerja yang lengkap mengenai kemungkinan mewujudkan syarikat Insurans mengikut lunas-lunas Islam. Dan badan perunding Islam seterusnya telah bersetuju dengan perakuan-perakuan jawatankuasa kecil tersebut. Syarikat takaful di Malaysia menyediakan dua jenis perlindungan takaful i. Takaful keluarga ii. Takaful am Takaful keluarga merupakan satu skim yang berupa simpanan dan pelaburan oleh orang ramai. Mereka yang mengikuti skim ini dipanggil peserta-peserta takaful. Jumlah wang caruman yang disumbankkan secara berangsur oleh peserta-peserta takaful akan menanggung dan membantu peserta-peserta yang ditimpa sesuatu bencana atau kematian atau kemalangan dan lebihnya akan dilaburkan dalam bidang-

14 bidang yang dibenarkan oleh syariat. Dan peserta-peserta berhak mendapatkan balik daripada keuntungan pelaburan tersebut. Perlindungan takaful malaysia ini adalah salah satu bentuk perlindungan bagi individu yang ingin berusaha membuat persediaan menghadapi bencana yang akan menimpa dirinya. Dan adapun takaful am ialah satu skim mengadakan perlindungan ke atas barang-barang tertentu seperti harta benda dan sebagainya. Dengan mengadakan suatu kumpulan wang disumbangkan oleh orang ramai yang menyertai skim ini. Kumpulan wang ini akan digunakan untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada pesertapeserta yang mengalami kesusahan kerana ditimpa sesuatu risiko seperti kemalangan. Sebahagian besar ulama’ mengatakan kontrak syarikat insurans konvensional tidak selaras dengan kehendak-kehendak hukum syarak kerana ianya dikatakan mengandungi unsur-unsur berikut : i

Unsur gharar Grarar bermaksud bencana. Nasib atau risiko dan dari segi bahasanya bermaksud membawa bencana nyawa atau harta benada seseorang tanpa diketahui. Ulama fiqh memberikan definisi yang pelbagai akan tetapi mempunyai makna yang agak sama, seperti Al-Sarakhsi mengatakan bahawa gharar ialah tidak jelas akibatnya; Al-Qarafi pula mengatakan sesuatu yang tidak diketahui sama ada berhasil ataupun tidak, As-Syirasi mengatakan sesuatu yang tersembunyi dan tidak diketahui akibatnya. Manakala Ibn Hazm mengatakan gharar ialah pembeli tidak mengetahui benda yang dibelinya dan penjual tidak mengetahui perkara yang dijualnya.

i

Unsur maysir atau perjudian

6

7

Pembayaran pampasan yang tertakluk kepada bencana yang pasti terjadi itu menjadi kontrak insurans sebagai suatu pertaruhan. Islam menganggap sebagai suatu perjudian apabila seseorang pemegang polis insurans meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjiannya belum lagi tamat dan hanya membayar sebagian daripada insurans caruman yang dipersetujui. 6 7

al-Syarakhsi, Syam al-Din, kitab al-Mabsut, 30 jil., Cet. 3, Beirut: Dar al-ma’rifaf, 1978 Perkataan maysir dalam istilah bahasa arab biasanya digunakan kepada pertaruhan (Qimar)

15

i

Unsur Muamalah Riba Kontrak Insurans termasuk kepada kontrak sarf iaitu pertukaran nilai wang dengan nilai wang yang mengikut kaedah riba, nilainya mestilah sama dan segera ( tidak boleh diatangguh), semasa kontrak itu dibuat, pampasan dan premium dalam kontrak insurans tidak sama dan sekalipun sama, ia tidak dilakukan dalam bentuk segera. Oleh itu ia adalah bentuknya haram kerana wujudnya unsur Riba al-Fadl dan Riba al-Nasai. Pada dasarnya perbezaan antara syarikat takaful dan syarikat insurans

konvensional adalah dari segi pelaburan dan dari segi konsep penjaminan. Urus niaga takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang diterima daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syariah. Dalam perkara penjaminan yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful akan tetapi peserta-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul dan syarikat takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta takaful. Dan inilah yang menjadi perbezaan dengan syarikat konvensional dimana syarikat insurans itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans. Sistem saling membantu yang menjadi prinsip syarikat insurans, pada dasarnya tidak bercanggah dengan syariah. Apa yang membezakannya ialah dari aspek wujudnya unsur-unsur yang merosakan kontrak tersebut. Dan ini sesuai dengan kesepakatan para ‘Ulama yang menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat bagi menghadapi kemungkinan bencana , dan ini boleh disediakan selaras dengan kehendak syariah melalui konsep al-Takaful.

8

8

Mohm.Fazli yusof, takaful sistem insurans Islam. K.lumpur: utusan publication&distributor Sdn Bhd. 1996

16

3. Institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia 3.1 Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Pada julai 1983 telah tubuhkan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang pertama dan mulai beroperasi Januari 1992. selaras dengan matlamatnya, semua aktiviti-aktiviti bank tersebut dijalankan sesuai dengan landasan syariah. Dan matlamat utama penubuhan bank ini ialah untuk berusaha sedaya upaya menjalankan operasinya sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum-hukum syarak. Bagi memudahkan pengkhidmatan dan kemudahan bank kepada semua umat Islam dan rakyat negara ini. dengan mencapai keteguhan dan keupayaan berkembang maju dari 9

semasa ke semasa

BIMB menawarkan pengkhidmatan seperti mana yang ditawarkan oleh bankbank konvensional lain tetapi operasi pengkhidmatannya berdasarkan prinsip-prinsip syariah. BIMB mempunyai anak- anak syarikat yang tersendiri iaitu Al-Wakalah Sendirian Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh BIMB, Syarikat Al-Ijarah Sendirian Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad.

3.2 Skim Perbankan tanpa Faedah (SPTF) Skim Perbankan tanpa Faedah (SPTF) ialah satu skim yang dirangka untuk membenarkan institusi kewangan konvensional menawarkan khidmat perbankan syariat Islam. Ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat yang melibatkan beberapa fasa. Semua bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan adalah layak untuk menyertai SPTF dengan syarat mereka memenuhi keperluan umum tertentu. Dan operasi skim ini berasakan prinsip syariah dan tidak ada penghasilan kaunter dengan sistem konvensional. Ini bermakna kaunter yang sama akan menawarkan kemudahan produk konvensional dan produk tanpa riba.

9

Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia berhad: penubuhan dan operasi (kualalumpur: percetakan hasan&sons Sdn. Bhd. Hal 8

17 3.3 Tabung Haji Penubuhan lembaga tabung haji asalnya berkait rapat dengan penglibatan yang rendah dari kalangan masyarakat Islam di Malaysia dalam sistem perbankan di negara ini. Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Mekah setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur , Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Mekah . Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Mekah. Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara. Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, maka Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959. Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk : •

Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat.

18 •

Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam, dan



Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.



Berasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji, memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.



Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, tetapi ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.

19

Penutup Kebangkitan semula Islam telah mendorong Negara-negara Islam, terutama para ilmuwannya berfikir untuk mengkaji dan mencari jalan untuk menggantikan sistem kehidupan ke arah sistem yang selari dan sesuai dengan tuntutan syariat Islam. Kebangkitan Islam ini bukan sekadar unsur politik , malah ia menjadi suatu perubahan penting dalam dunia Islam sekarang. Iaitu satu usaha untuk keluar dari kebudayaan yang berlandaskan kebudayaan barat yang telah berakar umbi dalam masyarakat Islam kearah melahirkan kembali Islam sebagai asas sistem social, kebudayaan dan peradaban baru untuk masa hadapan. Walaupun sejak lebih tiga dekade yang lalu, umat Islam telah menyaksikan kemunculan lebih 40 buah Negara Islam yang merdeka, akan tetapi sistem ekonomi dan politik yang terdapat di Negara-negara itu masih berasaskan model kebaratan. Dan fakta inilah yang menjadi cabaran bagi umat Islam untuk kebangkitan semula. Kebangkitan ini adalah merupakan usaha untuk membina semula masyarakat dan ekonomi umat yang sesuai dengan syariat Islam dan berlandakan Al-Quran dan sunnah. Persoalan riba merupakan satu persoalan besar dalam Islam kerana amalan riba salah satu dosa yang besar, Dalam Al-Quran Allah telah memberi ancaman kepada orang-orang yang mengamalkan riba, pengharaman riba yang merupakan ciri terpenting dalam pencorakan semula sistem kewangan dan perbankan ke arah sistem bunga, telah menjadi cabaran besar bagi para ahli-ahli ekonomi. Dengan demikian tugas kita sebagai Umat Islam dan khususnya Da’i hendaklah memberi penyadaran kepada masyarakat tentang bahayanya riba dan memberi pendedahan terhadap sistem perekonomian Islam.

20

Rujukan :

Ab. Mumin Ab. Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia, k.lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 1999. The Word bank, Financial System and develovment, Wasingthon : The Word Bank 1990 http://ms.wikipedia.org/wiki/Tabung_Haji Abd. Ghafar Ismail, Pasaran wang, Alat, Peranan Institusi dan dasar kewangan, K.Lumpur: dewan bahasa dan Pustaka, 1991.

Related Documents