Insaf

  • Uploaded by: Arayan
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Insaf as PDF for free.

More details

  • Words: 751
  • Pages: 2
Diari Insan Insaf… Aku memang pelajar nakal dalam kelas. Guru pun tak boleh ‘contol’ aku. Biasanya, waktu petang selepas sekolah aku tak terus balik rumah. Aku pergi ke pusat siber. Tentang duit aku tak payah kesah sebab umi abah aku kaya. Selepas waktu maghrib baru aku pulang. Malamnya, aku lepak dengan budak yang tak sekolah lagi sebab ada masalah disiplin. Takpun aku pergi pub. Kalau duduk kat rumah boleh jadi orang gila. Disana aku minum arak dan pastinya ada perempuan yang cantik-cantik. Pernah satu hari aku beli ‘ice baby’(dadah). Aku bawa pulang ke rumah. Tiba-tiba abah terjumpa benda tu bukan main berang dia. Dia marah aku macam tak ada rasa belas kasian. Terpaksa aku dengar ceramah abah tapi yang paling mengejutkan aku ayah akan hantar aku belajar di Sekolah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah. Aku rasa nak pengsan waktu tapi aku gagahkan diriku. “ Besok pukul 9 pagi kita bertolak ke lapangan terbang…tentang pakaian ayah dah sediakan” kata abah dengan sisa-sisa kemarahannya. 19 Jun 2008 6.00 pagi Sudah berjam-jam dalam kapal terbang. Aku dan ayah membisu saja tidak bercakap walaupun sepatah. Dalam hatiku sedih kerana aku masih sayangkan kedua orang tuaku. 8.00 pagi Aku pun tiba di situ dengan menaiki teksi. Aku disambut oleh beberapa ustaz dan ustazah serta beberapa pelajar. Aku rasa nak lari saja dari situ. ‘Ayah jangan tinggalkan aku’ jerit batinku. 9.00 pagi Aku terus di hantar ke kelasku 2 Maskara oleh guru kelasku Ustaz Hanan. Di dalam kelas kulihat pelajarnya khusyuk belajar. Aku di perkenalkan dengan Ustazah Ani yang mengajar pada waktu itu. Selepas itu, dia menyuruh aku memperkenalkan diri. 12.00 tengahari Waktu belajar pun tamat. Aku terus ke bilik yang di sediakan. Satu bilik ada 8 orang. Orang sibuk nak pergi solat zohor. Aku macam biasa… tidur. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang pelajar untuk solat berjemaah di surau. Aku mengeliat dan terus mengambil wuduk. 2.00 petang Alamak!!! Ada waktu prep. ‘Bila boleh rehat’ aku tertanya-tanya. Aku belajar dengan pelajar yang bernama Athef. Dia yang banyak mengajar aku tentang agama islam. 3.30 petang Solat Asar berjemaah di dorm. Selepas tu minum petang di dewan makan. ‘ Eeeee, tak sedapnya Milo ni’ kataku dalam hati. Siap saja makan. Kami di suruh tukar baju untuk riadah. 5.00 petang Ah tolong!!! Terpaksa berbaris nak mandi. Setengah jam aku tunggu baru aku boleh mandi. Aku pakai baju melayu warna biru dan pergi surau solat berjemaah. Selesai solat maghrib kami terus baca yassin ramai-ramai dan solat hajat. Waktu prep malam. 10.00 malam Wah, gembiranya aku!!! Sekarang baru boleh relaks. Aku tidur dengan nyenyak kerana terlalu penat.

3.00 pagi Aku dikejutkan untuk solat sunat. Aku rasa nak GILA!!!! Aku pergi solat dan terus tidur. 5.00 pagi Solat subuh dan sarapan di dewan makan. Aku pakai baju sekolah dan songkok. ‘Macholah pulak’. 7.00 pagi Siap membersihkan kelas. Kami berbaris di luar koridor dengan menyanyikan 3 buah lagu. Then, belajar pelajaran hari itu. Begitulah, hari berlalu bagai aku tidak menghargai emas. Aku tetap seperti dahulu. Pada suatu hari…. 16 May 2010 Selepas waktu prep. Aku melihat orang tua yang memakai baju serba putih. Dia berkata “ Assalamualaikum, anak. Anak apa khabar?. Aku pandang dia tanpa berkelip mataku “ Waalaikumussalam,tok. Alhamdulillah, sihat. Atuk ni siapa? jawabku. Dia tidak menjawabku tetapi menyuruhku mengikutnya. Semasa perjalanan aku terpaksa berlarilari anak untuk mengejarnya. Kami tiba di sebuah tempat yang indah. Aku sungguh terpegun melihatnya. Di situ, dia mengajar aku solat dan membaca Al-Quran. Merdu sekali suara orang tua itu. Rasa hatiku sangat tenang. Jiwaku tenteram. Aku tidak pernah merasainya sebelum ini. Selepas itu… kami mengerjakan solat sunat. 17 May 2010 Hari ini akulah orang yang terawal bangun. Aku pergi mengejutkan rakan-rakanku. Semuanya berasa hairan dengan perubahan diri. Itu aku tidak peduli. Aku terus pergi mandi. Siap solat subuh, aku pakai uniform sekolah. Aku tunggu sahabatku. “Assalamualaikum, termenung ke?” sapa Hanan “ Waalaikumussalam, buat tekejut aku saja” balasku “ Kenapa perangai kau hari ni pelik?” tanya Hanan. “ Tak bolehkah aku berubah?” tanyaku lagi. “ Boleh… tapi yang menghairankan kenapa cepat kau berubah?” Hanan bertanya dengan hairan. “ Setiap hamba ALLAH pasti akan berubah suatu hari nanti” kataku. “ Hai… tak payah kau bercerita panjang lebar” kata Hanan. “ Sebenarnya… aku insaf atas segala perbuatanku. Aku menyesal,” kataku dengan air mata mengalir di pipiku. “ Semalam aku bermimpi berjumpa dengan lelaki tua yang telah menyedarkan aku,” tambahku. Air mata telah membasahkan wajahku. “ Alhamulillah, kau sudah sedar atas kesilapan kau. Aku harap kau terus begini” kata Hanan. Aku terus seperti ini. Aku sedar tentang kesilapanku. ISLAM itu indah dan mudah.

Related Documents

Insaf
May 2020 22
Insaf
October 2019 49
Insaf
May 2020 26
Kisah Pendita Insaf
November 2019 52
Sajak Insaf Dadah
April 2020 28

More Documents from "mazni bin othman"

Takdir
May 2020 21
Gadis Bernama Balqis
November 2019 49
Insaf
October 2019 49
Kasih Sayang Adikku
November 2019 33