Imperialisme Mikroteaching

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Imperialisme Mikroteaching as PDF for free.

More details

  • Words: 1,258
  • Pages: 5
MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA Imperialisme di Tanah Melayu Mikcroteaching : Ammar Apa itu Imperialisme? Imperialisme bermaksud perlakuan sebuah Negara menguasai Negara lain dari segi politik,ekonomi dan social atas sebab kepentingan kepada Negara yang menjajah. Siapa Imperialis? Negara yang mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk menguasai Negara lain contohnya Portugis, British, Perancis, Amerika,Jepun, Belanda, Sepanyol. Siapa yang di jajah? Negara-negara yang mempunyai kepentingan kepada penjajah contoh kepentingan ialah bahan mentah, kedudukan geografi, pasaran dan budaya. Faktor-faktor imperialisme di Asia Tenggara? 1. Kekayaan bahan mentah Negara-negara di Asia Tenggara kaya dengan sumber bahan mentah yang telah menarik minat para kuasa imperialis Barat untuk bersaing merebut hasil kekayaan bahan mentah tersebut. Antara sumber bahan mentah di Asia Tenggera : Bijih Timah (Tanah Melayu, Indonesia)Kayu Jati (Indonesia, Burma), rempah ratus. 2. Sistem pengangkutan dan perhubungan Kemajuan dari segi pengangkutan dan perhubungan yang dicapai oleh kuasa Imperialis telah menyebabkan usaha perluasan kuasa menjadi semakin utama dan mudah. Penggunaan Kapal berkuasa wap misalnya telah menyebabkan tempoh perjalanan ulang alik menjadi lebih pendek dan cepat ditambah lagi dengan pembukaan Terusan Suez memyebabkan jarak perjalanan dunia Timur dan Barat menjadi lebih pendek. Penggunaan sistem telegraf pula menyebabkan usaha penjajahan lebih lancar dan teratur kerana arahan dan dasar-dasar penjajah dapat disalurkan ke tanah Jajahan dengan lebih pantas dan cepat. 3. Persaingan kuasa-kuasa barat Kuasa-kuasa Imperialis Barat saling bersaing dan berlumba-lumba untuk menguasai Negara-negara di Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu menyebabkan dasar imperialisme di utamakan. Sebagai contoh, Kuasa British yang pada mulanya bertapak di Tanah Melayu dengan tujuan ekonomi semata-mata terpaksa mengubah dasar mereka kepada dasar 1

penguasaan politik tempatan disebabkan kebimbangan dengan kemasukan kuasa asing lain ke Tanah Melayu. British menguasai Tanah Melayu dan Borneo dan Burma, Belanda menguasai Indonesia, Sepanyol menguasai Filipina dan Perancis menguasai Indochina. 4. Revolusi perindustrian Revolusi perindustrian juga menjadi satu faktor pendesak kepada usaha peluasan kuasa asing ke negara lain. Revoluis perindustrian yang berlaku di negara Barat menyebabkan wujudnya keperluan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti bijih timah dan getah yang lebih banyak dan berterusan serta keperluan untuk mencari pasaran baru bagi hasilhasil keluaran kilang-kilang mereka. 5. Beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun Imperialis Barat juga menggunakan alasan tanggungjawab social sebagai justifikasi terhadap tindakan mereka menjajah negara-negara lain. Dengan propaganda “Beban Orang Putih” dan “Tugas Menyebarkan Tamadun” penjajah Barat menyatakan bahawa tindakan mereka menguasai dan mejajah negara-negara lain terutama di Timur adalah satu tugas mulia kerana membawa tamadun kepada negara yang mereka jajah. Mengapakah Tanah Melayu menarik minat penjajah? Tanah Melayu menjadi satu kawasan idaman penjajah Barat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi kerana beberapa faktor penting. Sehingga ada sejarawan yang pernah berkata siapa yang menguasai Semenanjung Emas (Tanah Melalyu) akan menguasa dunia. Hal ini tidak dapat disangkal kerana faktor kekayaan bahan mentah yang dimiliki oleh Tanah Melayu dan juga kedudukan geografinya yang sangat strategic sehingga terbinanya satu tamadun melayu yang penting dan terkenal iaitu Kesultanan Melayu Melaka. Bahan mentah : Tanah Melayu sememangnya kaya dengan sumber bahan mentah yang menyebabkannya menjadi sebuah kawasan yang makmur. Bahan seperti bijih timah, emas,bauksit, kayu-kayan, tanah yang subur untuk pertanian getah,gambir,lada dan kelapa sawit menyebabkan Tanah Melayu begitu diingini oleh penjajah Barat. Geografi : Dari segi kedudukan geografi pula Tanah Melayu berada di kedudukan yang sungguh strategic iaitu berada di tengah-tengah laluan perjalanan antara Barat dan Timur terutamanya China dan India. Selain itu, Kedudukan pelabuhanpelabuhan Tanah Melayu yang terlindung dari tiupan taufan menjadikannya pelabuhan entrepot yang selamat dan sesuai untuk persinggahan kapal-kapal yang berulang-alik antara Barat dan Timur.

2

Jelasnya, kekayaan bahan mentah dan ciri geografi Tanah Melayu telah menarik minat kuasa Barat untuk menjajahnya. Susur galur penjajahan di Tanah Melayu sehingga merdeka pada 1957. Portugis – Belanda – British – Jepun – British – Malayan Union 1946 – Persekutuan Tanah Melayu 1948 – Sistem Ahli – Pilihanraya – Parti Perikatan – Rombongan London – Perisytiharan Kemerdekaan 31 Ogos 1957.

Kesan penjajahan ke atas Tanah Melayu 1. Perubahan Politik Kedatangan British ke Tanah Melayu telah mengubah lanskap politik setempat terutamanya dari segi fungsi raja dan pembesar Melayu. Antara sistem politik Barat yang telah diperkenalkan ialah Sistem Residen, Undang2 Barat, Birokrasi Barat, pun begitu terdapat juga sistem politik asal yg masih dikekalkan contohnya kedudukan raja dan juga pentadbiran peringkat daerah. 2. Perubahan Ekonomi Perubahan dari segi ekonomi melibatkan kewujudan sistem dwi ekonomi di Tanah Melayu iaitu ekonomi tradisional dan ekonomi komersial. Selain itu berlaku persaingan ekonomi dan pemecahan kaum mengikut sistem ekonomi yang mana kaum Cina dikenali dengan ekonomi perniagaan, kaum India di Ladang dan Kaum Melayu sebagai petani dan nelayan. Perubahan dan persaingan ekonomi ini telah menyebabkan berlakunya jurang ekonomi yg besar mengikut kaum. 3. Perubahan Sosial Perubahan social juga turut berlaku terutamanya dari segi komposisi masyarakat. Tanah Melayu semasa penjajahan British telah mengalami perubahan komposisi kaum dan terdapat tiga kaum utama pada masa tersebut sehinggalah ke hari ini iaitu Melayu, Cina dan India. British menjalankan dasar ‘Divide and Rule’ (Pecah dan Perintah) untuk mengawal setiap kaum daripada bangkit menentang British dan juga mempastikan kepentingan ekonomi mereka tidak terjejas. Dasar Pecah dan Perintah oleh British ini telah membawa kesan jangka panjang yang tidak baik kepada agenda pembinaan negara bangsa Malaysia sehingga ke hari ini. 4. Penyatuan Tanah Melayu Sebelum penguasaaan British, entity kerajaan di Tanah Melayu adalah berasingan mengikut negeri. Dibawah British, negeri2 di Tanah Melayu 3

telah digabungkan dibawah satu pentadbiran pusat untuk menjimatkan kos dan melancarkan pentadbiran. 5. Penentangan masyarakat Penjajahan British dann kuasa asing lain telah membawa reaksi penentangan oleh masyarakat tempatan. Antara faktor penentangan masyarakat tempatan ialah dasar yang tidak adil,ekonomi yang menindas dan campurtangan dalam adat resam. 6. Eksploitasi ekonomi British telah menjalankan dasar eksploitasi ekonomi yang bertujuan mengaut sebanyak mungkin hasil ekonomi negara yang dijajah. Eksploitasi ekonomi ini dijalankan melalui dasar ekonomi yang menindas dan juga menguntungkan pelabur dan syarikat luar. 7. Pelaksanaan pentadbiran Barat British telah memperkenalkan sistem pentadbiran dan perundangan Barat semasa menguasai Tanah Melayu. Pelaksanaannya bertujuan untuk memastikan kepentingan ekonomi British terjamin dan menghalang kebangkitan masyarakat. 8. Pembesar hilang kuasa Kehadiran penjajah British dan pengenalan sistem pentadbiran Barat di Tanah Melayu telah menyebabkan pembesar-pembesr tempatan telah kehilangan kuasa dan peranan. Contohnya Dol Said di Naning, Mat Salleh di Sabah, Sharif Masahor di Sarawak. Akibatnya pemimpin-pemimpin ini telah mencetuskan penentangan melawan British. 9. Kematangan sistem Dari sudut yang lain pula, kehadiran penjajah ini sebenarnya telah menyumbang kepada kematangan sistem di Tanah Melayu. Sistem pendidikan misalnya, dengan pengenalan pendidikan Barat yang moden telah melahirkan barisan pemimpin Melayu yang telah berjuang untuk memerdekan negara. Selain itu, pengenalan Sistem Ahli pula telah memberikan latihan dan kesempatan kepada pemimpin tempatan untuk berlatih memimpin sendiri Tanah Melayu pada masa depan iaitu selepas merdeka. 10.Kematangan social Kematangan social juga turut dicapai kesan daripada imperialisme British di Tanah Melayu dan juga pendudukan Jepun. Tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah dapat belajar untuk memahami dan bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini dapat dikesan dengan tertubuhnya Parti Perikatan yang telah mengalami kemenangan besar 4

dalam piliharaya umum seterusya membuka jalan ke arah kemerdekaan negara. 11.

Nasionalisme –

Sebagai kemuncak reaksi masyarakat tempatan terhadap imperialisme yang berlaku ke atas mereka, semangat nasionalime telah muncul untuk menuntut dan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Nasionalisme ini telah dipangkin oleh beberapa perkara antaranya pengenalan sistem politik Barat, perkembangan sistem pentadbiran,dasar British,pendudukan Jepun,penguasaan PKM,mesin cetak,Pengaruh Gerakan Pan Islamisme dan kesedaran politik serantau Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia Akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Setelah itu Tunku Abdul Rahman telah menimbulkan gagasan Malaysia yang akhirnya tertubuh pada 16 September 1963 merangkumi Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (Keluar pada tahun 1965).

Generasi Pasca merdeka : Peranan kita – buka untuk perbincangan 1. 2. 3.

5

Related Documents