Idris Bin Zainuddin (9m2gl)

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Idris Bin Zainuddin (9m2gl) as PDF for free.

More details

  • Words: 814
  • Pages: 1
r e k r e a s i 11 Sigap, Utusan Malaysia Sabtu 8 April 2006

tahun bagi kelas B dan RM36 bagi pemegang lesen kelas A. Terlalu murah! Malah radio dua hala yang ada di pasaran kini boleh dibeli dengan kos yang sama dengan telefon mudah alih berjenama biasa yang ada di pasaran malah ada yang lebih murah. Apa pun, penggunaan radio amatur ini bukan hanya untuk komunikasi biasa dan bertanya khabar, tetapi kini ia lebih cenderung ke arah komunikasi kecemasan. Bayangkan apa akan berlaku jika alat komunikasi biasa tidak boleh digunakan ketika terjadinya kemalangan semasa melakukan aktiviti luaran? Pastinya, kemalangan yang lebih buruk bakal terjadi dan atas kehendak itu jugalah, Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES - www.mares.org.my) ditubuhkan pada tahun 2002.

Dengan objektif menyediakan perkhidmatan komunikasi secara meluas semasa kecemasan atau bencana, ia boleh dilakukan oleh ahli-ahli sukarela MARES secara efektif. Menurut Presiden MARES, Abdul Aziz Mohd. Nor (9M2AU), ahli-ahli MARES telah dilatih untuk mengendalikan pelbagai peralatan komunikasi semasa bencana di kawasan yang tidak mempunyai komunikasi perhubungan konvensional. Dengan cara itu menurutnya, komunikasi masih boleh terus digunakan walaupun kawasan itu tidak mempunyai bekalan elektrik atau sebagainya. Selain itu, MARES juga katanya mampu menyediakan sistem integrasi komunikasi kecemasan antara jabatan kerajaan termasuk pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), polis, Persatuan Bulan Sabit, hospital, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam semasa kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) dengan efisien. “Melihat kepada keperluan komunikasi semasa kecemasan, kami terpanggil untuk menubuhkan persatuan ini dan seterusnya mengembangkan aktiviti bagi membolehkan ahli-ahli sentiasa bersiap sedia jika berlaku sebarang ke-

ABDUL AZIZ MOHD. NOR (kiri) memberi penerangan ketika kelas persediaan RAE kepada bakal pengendali radio amatur baru.

mungkinan,’’ katanya. Selain itu katanya, komunikasi kecemasan ini bukanlah satu-satunya aktiviti MARES namun mereka juga turut mengadakan pelbagai kelas persediaan bagi menghadapi peperiksaan radio amatur (RAE) dan juga kelas persediaan ujian kod Morse (CW). “Dengan cara ini sahaja pengendali radio amatur boleh berkembang dan pengetahuan ini dapat dikongsi oleh ramai orang,“ katanya. Menariknya aktiviti yang telah digunakan sejak Samuel F. B. Morse memperkenalkan kod Morse pada ta-

hun 1837 termasuk Guglielmo Marconi mencipta telegrafi tanpa wayar pada tahun 1896, aktiviti ini semakin dipermodenkan sehingga boleh menerima data termasuk siaran televisyen. Ia juga boleh digunakan sebagai bantuan mengajar di kawasan pendalaman. Apa pun, orang ramai yang ingin mengendalikan radio amatur perlu mengambil RAE. Hubungi Biro Pendidikan MARES, Osman Mohamad (9W2CKO) untuk tujuan itu di 016-9795928 atau melawat www.mares.org.my.

PELBAGAI kegunaan radio amatur boleh dimanfaat oleh semua golongan dan peringkat umur.

Pengalaman, sikap ceria dan aktif Idris tetap dikenang KOMUNITI radio amatur negara kehilangan seorang lagi pelopor aktiviti itu apabila Idris Zainuddin dengan nama panggilan 9M2GL menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 8.20 malam 28 Mac lalu kerana diserang sakit jantung. Idris meninggalkan seorang balu dan lima anak serta beberapa cucu pada usia 77 tahun. Menurut salah seorang anak saudara Allahyarham, Shazman Shahid, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara pada dirinya pada sebelah petang hari tersebut dan masih aktif melayan tetamu yang berkunjung ke rumahnya di Jalan Klang Lama. “Disebabkan Allahyarham merupakan tenaga pengajar kod Morse (CW) dan kelas persediaan Radio Amatur (RAE), rumah Allahyarham sentiasa dikunjungi oleh rakan-rakan radio amatur dan dia masih aktif serta sempat bergurau senda dengan rakan-rakannya petang hari kejadian,“ katanya. Menurut Shazman, sebelum keja-

BELASUNGKAWA dian, Allahyarham baru selesai makan malam dan sedang bersiap-sedia untuk meneruskan kelas CW yang diadakan pada setiap malam Rabu. Seorang rakan Allahyarham, Osman Mohamad (9W2CKO) merupakan rakan radio amatur yang terakhir sempat berjumpa dengan Allahyarham untuk berbincang mengenai kelas RAE yang akan diadakan kelak. “Saya agak tergamam kerana petang tadi (28 Mac) Allahyarham turut sempat memberikan formula berkenaan pemasangan antena radio amatur tanpa menunjukkan sebarang perubahan diri. “Tak sangka ia merupakan formula terakhir daripada beliau,’’ kata Osman hiba. Idris merupakan tenaga pengajar dan penasihat kepada komuniti radio amatur di negara ini dan turut terlibat dengan pelbagai aktiviti kecemasan termasuk operasi Highland Tower dan

IDRIS ZAINUDDIN

operasi kapal terbang terhempas di Mantin Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan antara pelopor penubuhan Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES) dan sentiasa aktif walaupun pada usia yang tua. Allahyarham yang mula aktif sebagai pengendali radio amatur sejak be-

lasan tahun dan memperoleh lesen radio amatur di Australia dengan nama panggilan VK2ATZ. Beliau kembali ke negara ini sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1950-an untuk mengembangkan aktiviti berkenaan di kalangan penduduk tempatan di mana Allahyarham turut bertugas sebagai Penerbit Teknikal di Radio Malaya (sekarang RTM). Usaha dan tenaga yang diberikan Allahyarham dalam memperkembangkan radio amatur di negara ini tidak ternilai bagi kebanyakan komuniti radio amatur dan pastinya pemergian Idris turut dirasai oleh mereka. Jenazah Allahyarham selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Batu 13, Puchong, berhampiran USJ 21 pada 29 Mac lalu selepas solat Zuhur di Masjid Al-Falaq, USJ 9, Subang Jaya. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya. dan ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. MOHD. HAZLI HASSAN

CM Y K

Related Documents

Idris Bin Zainuddin (9m2gl)
October 2019 13
Amalia Idris
December 2019 24
Nabi Idris
June 2020 16
Salmira Idris
November 2019 20
Prophet Idris
June 2020 9
Idris Ref
May 2020 10