Id Ah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Id Ah as PDF for free.

More details

  • Words: 579
  • Pages: 4
IDAH PENGERTIAN IDAH Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya. Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya. Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang baru bercerai atau kematian suami, jika si perempuan tadi tidak beriddah, tidakkah nanti jika perempuan itu tiba-tiba didapati hamil akan menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah ‘hakiki’ bagi bayi yang dikandungkan itu? Bagi perempuan yang kematian suami pula, iddah merupakan satu penghormatan kepada isteri untuk menzahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang diberikan untuk perempuan yang bernasib malang ini pula dapat membantunya agar tidak berterusan berada dalam kesedihan. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.

TEMPOH IDAH TIGA KALI SUCI Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid. Firman Allah s.w.t, maksudnya: “Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).” — (al-Baqarah 2:228)

TIGA BULAN Siapa yang perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3 kali suci) Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya. Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalh cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari! Perempuan yang tidak dikenakan iddah jenis ini ialah perempuan yang kematian suami ataupun diceraikan ketika hamil. Firman Allah s.w.t. (maksudnya): “Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid.” (al-Talaq 65:4)

HIKMAH IDAH :



Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak daripada berlaku percampuran keturunan apabila isteri berkahwinan dengan lelaki lain • Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya • Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama dan masyarakat • Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dunia dan menjaga perasaan keluarganya terutama isterinya

HAK DAN STATUS ISTERI SEMASA DAN SELEPAS IDAH : •



Hak semasa idah  Bagi yang diceraikan dengan talak satu / dua Masih dibawah tanggungjawab suami Berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya ( nafkah, tempat tinggal, pakaian dll ) Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa keizinannya  Bagi isteri yang dalam tempoh idah talak bain Isteri tidak boleh dirujuk Tidak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal Tidak mendapat hak perwarisan harta  Bagi isteri yang kematian suami Berhak diberi tempat tinggal selama tempoh idahnya Hak selepas idah  Tidak mempunyai hubungan lagi dengan bekas suami  Bebas menetukan kahidupan sendiri  Pasangan bercerai tamat idah berhak berkahwin semula  Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin memperisterikannya

Related Documents

Id Ah
May 2020 18
Ma Ah Id 1
June 2020 10
Ma Ah Id 1
June 2020 11
Far Id Ah
December 2019 7
Ah
April 2020 56
Ah Ma Diy Ah
December 2019 48