HUTAN HUJAN TROPIKA
Hutan tropika termasuklah hutan hujan malar hijau di garis lintang khatulistiwa dan hutan monsun tropika. Di hutan khatulistiwa pokok-pokok biasanya menggugurkan daunnya sedikit-sedikit ataupun menggugurkan daunnya mengikut musim tetapi kebanyakan daripada pokok itu mempunyai daunnya hampir seluruh masa dan sebab itu hutan ini kelihatan malar hijau. Di hutan monsun pokok-pokok ialah jenis daunluruh yang menggugurkan daunnya pada musim kemarau dan tidak mengeluarkan daun baru sehingga musim hujan tiba. Isu sumber hutan tropika begitu mendapat perhatian di kalangan warga dunia terutama sekali dari negara-negara maju. Kebetulan pula sumber hutan ini tidak kedapatan di negara mereka, sebaliknya di negara bekas jajahan mereka iaitu negara sedang membangun. Kritikan dari negara maju begitu terasa terutama sekali dari kerajaan mereka dan pertubuhan yang terdapat di negara-negara tersebut.
Takrifan Hutan hujan tropika terletak di garisan lintang khatulistiwa yang suhunya panas dan lembab sepanjang tahun. Ia memerlukan suhu 18-30 °C dan hujan antara 200-300 sentimeter setahun. Hutan ini terletak di Afrika Tengah, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Asia Kepulauan Pasifik. Antara sumber hutan yang terpenting ialah jenis hutan dipterokarp. Keluarga dipterokarp ada lebih 16 jenis dan 550 species. Pusat utamanya ialah di Borneo. Lainlain ialah di Sumatera, Semenanjung Malaysia, Jawa, Nusa Tenggara, Filipina, Sulawesi, Maluku, New Guinea dan Kepulauan Solomon. Dalam hal ini hutan dipterokarp di Filipina telah habis ditebang.
[sunting] Kepupusan hutan tropika Penebangan pokok-pokok secara berleluasa diakui boleh mengubah keseimbangan oksigen dan karbon dioksida. Selain itu albedo akan berubah di sesuatu kawasan. Pemusnahan hutan untuk tujuan apapun adalah merugikan. Pembinaan jalan raya, projek pembangunan hanya memberikan pulangan sementara sahaja. Dalam jangka panjang ia tetap merugikan walaupun diganti dengan tanaman getah, kelapa sawit, kopi dan lain-lain. Menurut satu kajian hutan pernah meliputi 60 peratus daripada kawasan daratan bumi. Kini hanya tinggal setengah sahaja. Dalam pada itu Hutan Hujan Tropika telah ditebang pada kadar 41 hektar seminit. Sejak 1940-an, setengah daripada hutan hujan tropika dunia telah dimusnahkan. Setiap seminit, 100 ekar hutan hujan telah hilang. Keluasan ini sama dengan 60 padang bola sepak. Bagi menggambarkan keadan ini, setiap tahun, hutan bersaiz England, Scotland dan Wales akan dimusnahkan.
Kerosakan yang paling teruk adalah diakibatkan oleh syarikat pembalakan dari Jepun di Asia Tenggara. Namun begitu ketidakseimbangan ini bukan disebabkan oleh hutan tropika sahaja. Pemanasan suhu dan perubahan iklim bumi sekarang juga disebabkan kegiatan perindustrian, peperangan konvensional, pembuangan sisa-sisa industri, jumlah kenderaan yang terlalu banyak dan sebagainya. Dr Mahathir Mohamad memberi analogi, "Cukai 300 peratus dikenakan ke atas kereta (di Malaysia) yang mempunyai kapasiti enjin besar. Tetapi di negara maju, cukai yang dikenakan ke atas kenderaan dan petrol adalah minimum menyebabkan bilangan kereta menjadi terlalu banyak". Jadi negara maju turut bertanggungjawab.
[sunting] Hutan di negara maju telah pupus Hutan sederhana di negara-negara maju telah lama ditebang. Kita boleh anggap orang Barat ' menyesal' kerana memusnahkan hujan sederhana mereka. Oleh itu mereka mendesak negara-negara membangun jangan mengikut jejak langkah mereka yang telah menggersangkan hutan mereka. Fikirkanlah generasi kita nanti yang tidak dapat melihat jutaan spesies yang pupus. Kasihani cucu cicit kita nanti yang tidak dapat melihat binatang liar di dalam hutan kerana seluruh hutan tropika telah ditebang. Cara negara maju ini campur tangan sungguh licik sekali. Mereka kelihatan mempunyai satu gerakan besar-besaran dan terancang. Campur tangan mereka dilihat dalam bentuk: 1. Dasar-dasar yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan persidangan peringkat antarabangsa mengenai alam sekitar. 2. Kesatuan Eropah 3. Dasar yang diputuskan oleh kerajaan negara maju. 4. Tekanan dari kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara maju disokong pula oleh kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan di negara yang terbabit. 5. Manipulasi oleh media massa asing. 6. Orang perseorangan seperti Bruno Munser dan Harrison Ngau Apa yang dipertikaikan ialah mengapa baru sekarang mereka begitu sibuk dengan alam sekitar. Isu alam sekitar telah dibincangkan sejak sekian lama. Ketika mereka menjajah Asia seperti Malaysia dan Indonesia, tidak terfikirkah mereka tentang alam sekitar. Ketika Amerika Syarikat melemparkan bom atom ke atas bandar raya Hiroshima dan Nagasaki, tidak terfikirkah mereka akan kesan-kesannya kepada manusia dan alam sekitar. Ketika mereka membuat berjuta-juta senjata perang, mengapa mereka tidak menghiraukan alam sekitar. Dari itu kita merasakan ada sikap double standard di kalangan mereka. Hutan tropika jauh lebih berharga berbanding dengan hutan sederhana dan hutanhutan lain. Kajian oleh Tabung Hidupan Liar Dunia menunjukkan bahawa hutan tropika mengandungi antara lima hingga 20 kali ganda spesis, pokok berbanding dengan hutan sederhana. Dianggarkan dunia kini mengandungi lima juta spesis
hidupan, sama ada tumbuhan mahupun haiwan. Namun demikian, setakat ini hanya 1.75 juta spesis telah dikaji secara terpeinci. Daripada jumlah spesis itu, hampir 62 peratus spesis terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, 89 peratus spesis serangga dan 90 peratus spesis kera ditemui di hutan tropika.
[sunting] Kecuaian penjajah pada masa lampau Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Kowanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi. Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat.Negara penjaahan mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntiungan dari pelaburan itu adalah sematamata bagi kepentingan negara mereka - England.
[sunting] Penipisan lapisan ozon Negara maju sering mengaitkan hutan tropika dengan ozon. Saintis mendakwa 100 tahun lagi suhu bumi akan meningkat 5 darjah celcius. Atmosfera adalah perisai bumi. Perisai terpenting adalah lapisan ozon. Ozon terletak pada 10 km - 60 km dari muka bumi. Lapisan ozon menyerap ultraungu. Ozon adalah gas berwarna biru adalah sejenis oksigen. Saintis dari Britain Antartic Survey di Teluk Halley, Antartika telah mengesan lubang ozon setiap musim iaitu pada bulan September hingga Oktober. Lubang ini amat menakutkan kerana pada tahun 1988, luasnya seluas benua Antartika, Australia dan New Zealand. Jika lubang ozon terlalu lebar ia akan memberikan kesan yang amat dahsyat. Manusia lebih mudah mendapat sakit barah kulit, katarak dan buta. Selain itu tumbuhan dan plankton akan berkurangan. Rantaian makanan di dalam laut akan terganggu. Dengan demikian jumlah ikan akan berkurangan dan menjejaskan potensi makanan manusia. Negara maju lebih banyak memusnahkan ozon. ini kerana mereka banyak memiliki peti sejuk dan alat hawa dingin. Dalam alat-alat ini terkandung bahan merbahaya kepada ozon iaitu CFC. CFC ialah sebatian tiga unsur kimia iaitu karbon, klorin dan florin. Ia tidak mempunyai warna, bau dan tak ternyalakan. Bahan ini banyak digunakan sebagai penebat dan pembungkusan polisterina.
[sunting] Negara maju lebih bersalah Media barat, pencinta alam sekitar dan pihak NGO lain banyak menyembunyikan fakta sebenar tentang alam sekitar. Kebanyakan NGO pula diperalatkan oleh pihakpihak tertentu. Negara yang paling banyak NGO ialah Australia iaitu jiran Malaysia di selatan. Ada beberapa perkara yang disembunyikan oleh mereka.
Negara Amerika Syarikat adalah negara yang utama mencemarkan alam sekitar pada tahun 1987. Penemuan ini adalah hasil Laporan Alam Sekitar Dunia pada tahun 1990. Lebih satu bilion tan gas pembawa kesan panas dilepaskan ke atmosfera. Amerika Syarikat bertanggungjawab melepaskan 17.6 % daripada keseluruhan gas perangkap panas yang merbahaya iaitu 540 juta tan metrik karbon dioksida, 130 juta tan metrik methane dan 350 juta tan metrik kloroflurokarbon (CFC). Soviet Union menduduki tempat kedua , dikuti dengan Brazil, China , India dan Jepun Secara perbandingan, Malaysia hanya mengeluarkan 26 juta tan metrik atau 0.4 % dari keseluruhan gas pemanas dunia.Tetapi Malaysia masih dipersalahkan.Sehinggakan Senator Al Gore dari Tennesse, Amerika Syarikat mendesak Malaysia mengurangkan penebangan hutan di Sarawak kepada dua pertiga. Tidakkah desakan ini menunjukan kebodohan dan keangkuhan mereka. Ketika negara maju melaungkan slogan 'Selamatkan Hutan Tropika' tetapi dalam pada itu mereka telah memusnahkan hutan hujan tropika tanpa disedari. Negara maju berkehendakkan daging merah untuk membuat hamburger. Oleh itu penduduk negara sedang membangun menternak lembu untuk dijual kepada mereka. Untuk tujuan itu mereka menebang hutan tropika. Tanah dijadikan padang rumput kerana rumput adalah makanan lembu. Apabila hutan ditebang, orang asli yang tinggal dihutan kehilangan tempat tinggal. Maurice Strong, Setiausaha UNCED dalam ucapan penutup di UNCED menyatakan cara hidup ketika ini (moden) tidak mengekalkan bumi.
[sunting] Teori Akhir Zaman Pencinta alam mendakwa jika dunia tidak bertindak menghalang pemusnahan alam sekitar, akan terjadilah akhir zaman. Sebenarnya 'Teori Zaman Zaman' adalah satu penipuan sains. Ramai saintis dunia sudah membongkar kepalsuan teori-teori ini secara terpeinci dalam tulisan-tulisan dan forum-forum saintifik. Selain itu isu ozon bukan fenomena baru. Dr Gordon Dobson dan rakan-rakannya menyatakan bahawa kejadian lubang ozon adalah kejadian bermusim. Beliau telah menemui hal ini sejak 1956 lagi. Selain itu saintis Perancis juga menjumpai lubang ozon yang lebih dalam pada tahun 1958 di Stesen Saintifik Antartika Perancis di Dumont durville. Selanjutnya Teori Kepupusan Ozon bahawa klorin hasil dari perpecahan klorofluorokarbon buatan manusia dalam stratosfera tidak pernah dilihat berlaku memecahkan molekul ozon. Dakwaan bahawa CFC memusnahkan ozon masih lagi di peringkat teori. Hakikat yang cuba disembunyikan ialah jumlah klorin dalam CFC buatan manusia amat kecil berbanding dengan sumber klorin alam semulajadi. Jumlah klorin dalam CFC buatan manusia hanya 750,000 ton setahun. Dari jumlah itu hanya 7500 ton atau 1 % sahaja yang sampai ke stratosfera.
[sunting] Alam dicemari alam Sumber semula jadi seperti gunung berapi Pinatubo, Unzen, Hudson mencurahkan lebih 650 juta ton. Ini bermakna penipisan ozon jika benar berlaku adalah disebabkan oleh alam semulajadi. Momokan pemanasan iklim sejagat hanyalah berdasarkan model-model rekaan komputer semata-mata. Sebenarnya model-model rekaan komputer masih gagal meramalkan iklim akan datang secara tepat. Pada suatu ketika model ini mendakwa Zaman Air Batu akan berlaku 50 tahun lagi. Bandar raya New York akan diselaputi glasier setinggi satu meter. Pada masa yang lain mreka meramalkan bumi menjadi lebih panas dalam masa 100 tahun lagi. Negara maju mendakwa karbon dioksida dan nitrogen yang dikeluarkan menerusi industri dan pengangkutan boleh diserap oleh sistem hutan.
[sunting] Sanggahan Malaysia Malaysia bersetuju bahawa hutan boleh menyedut karbon dioksida , tetapi semua pihak mesti terlibat untuk mengawet dan meluaskan kawasan hutan, tidak hanya hutan tropika.Itulah intisari gagasan penghijauan dunia. Malaysia kesal dengan isu kepelbagaian biologi. Negara miskin dipaksa supaya mengekalkan hutan dan sumber genetik demi kepentingan masa depan manusia. Malangnya negara kaya tidak bersetuju memberi pampasan dan tidak mahu pula berkongsi pengetahuan mengenai teknologi hijau. Cara yang sesuai menambahkan kawasan hutan ialah membangunkan teknologi tanaman agar kawasan gurun di Amerika dan di Afrika dihijaukan semula. Jika negara maju sayangkan bumi, mereka seharusnya bnerusaha gigih ke arah itu.
[sunting] Tabung Penghijauan Dunia Malaysia mencadangkan Tabung Penghijauan Dunia diadakan. Program ini ke arah memastikan 30 % permukaan bumi diliputi tumbuhan hijau pada akhir abad ini. Ketika ini 27.6 % permukaan bumi diliputi dengan tumbuhan hijau. Matlamat yang dicadangkan oleh Malaysia sebanyak 2.4 peratus sehingga tahun 2000 dengan kadar 0.3 peratus setahun adalah memadai. Program ini hanya akan tercapai jika mendapat kerjasama dari negara maju dalam bentuk modal, kepakaran, teknologi hijau dan sebagainya. Bagaimanapun negara maju yang rendah peratus tumbuhan hijau harus membuat kerja lebih. Contohnya negara Denmark ( 11 %), Perancis (25 %), Ireland (5 %), Itali ( 22 %), Belanda ( 9 % ), Norway ( 26 %), Amerika Syarikat ( 21 %), Switzerland ( 24 %) dan United Kingdom (8 %).
Malaysia sendiri sanggup menetapkan sasaran yang lebih tinggi. Malaysia akan mengekalkan 50 % kawasan hijau sebagai membuktikan komitmen negara ini tehadap penghijauan dunia.
[sunting] Hujan Asid Perlu ditegaskan bahawa negara sedang membangun sahaja yang 'bodoh' terhadap peningkatan suhu dunia. Salah satu bukti ialah hujan asid yang semakin kerap berlaku. Hujan asid sering dialami di Amerika Syarikat, Kanada ,selatan Jerman, [Scandinavia]] serta Austria. Akibat dari hujan asid ini, pelbagai tumbuhan hutan bersama-sama dengan makhluknya telah musnah. Biasanya hujan asid ini akan turun 1000 km lebih jauh dari tempat asal di mana hujan asid itu berpunca. Siapa yang bertanggungjawab terhadap hujan asid. tidak lain tidak bukan adalah negara maju sendiri kerana mereka mempunyai beribu-ribu kilang yang mengeluarkan asap. Negara mereka juga dipenuhi dengan kenderaan darat, laut serta udara yang banyak melibatkan asap. Tambahan pula sekarang ini terdapat loji-loji nuklear yang bocor. Contoh terbaik ialah di Chernobyl , Rusia. Mengapa dosa mereka harus dibebankan kepada kita sahaja.
[sunting] Hak untuk membangun Negara sedang membangun dinafikan hak mereka untuk menggunakan sumber asli bagi tujuan pembangunan. Semasa negara mereka dijajah, penjajah dengan sewenangwenangnya menebang kayu balak dan lain-lain sumber asli. Kekayaan yang diperolehi bukan untuk pembangunan negara dijajah. Sebaliknya diangkut balik ke negara mereka . Negara membangun di utara kini menuntut apa yang masih ada di negara sedang membangun sebagai hak mereka, setelah mereka merosakkan apa yang ada di negara sendiri. Jika negara kaya tidak mahu kita menebang pokok, mereka perlulah membayar pampasan kepada kita sebagai ganti rugi pendapatan. Jika kita perlu memberi oksigen untuk kegunaan dunia, dan keseimbangan ekologi, maka kita juga perlu diberi pampasan yang adil. Jika negara kaya sanggup membayar dua kali ganda harganya (kayu balak tropika), pembalakan boleh dikurangkan kepada separuh daripada apa yang dijalankan sekrang. Jika kayu tropika kita tidak bernilai ( kerana dipulau oleh negara barat), adalah lebih baik jika kita tebang semua pokok bagi menghasilkan bahan api dan menggunakan kawasan itu bagi kegiatan pertanian. Negara miskin perlukan pembangunan. Cadangan negara maju supaya negara tropika hanya menjual hasil hutan untuk perubatan dan kegiatan pelancongan sahaja amat
tidak adil. Dalam hal ini negara maju juga yang untung kerana mereka mempunyai kepakaran dalam penyelidikan perubatan . Isu yang sebenarnya ialah kayu hutan sederhana tidak mempunyai daya saing berbanding dengan kayu dari hutan-hutan tropika. Kayu tropika lebih keras, panjang, bermutu dan harganya lebih murah. Negara sedang membangun patut diberi hak meneruskan rancangan pembangunan di samping menggiatkan rancangan pemuliharaan dan pengawetan alam sekitar. Persidangan tentang alam sekitar sepatutunya dapat menangkis tuduhan negara maju yang mendakwa negara membangun mengabaikan alam sekitar, khususnya dalam industri pembalakan. Dr Mahathir sendiri mencanangkan slogan Greening of The World iaitu tugas untuk menjaga alam sekitar bukan hanya tanggungjawab sesebuah negara , malah melibatkan setiap orang di dunia ini.
[sunting] Negara maju menganiaya orang asli Kita sering dituduh tidak berperikemanusiaan terhadap orang asli. Mereka menuduh kerajaan di negara-negara sedang membangun tidak memperdulikan kehidupan orang asli. Sering kali tersiar berita orang asli ditangkap, dibunuh, para pejuang orang asli diseksa dan sebagainya oleh kerajaan-kerajaan negara membangun. Apabila tersiarnya berita-berita seumpama itu, maka tergambarlah pada kaca mata orang luar dan orang tempatan sendiri betapa kejamnya para pemerintah di negara-negara sedang membangun. Ada orang Asli yang diusir daripada tanah mereka bagi kepentingan diri . Kerajaan setengah-setengah negara cuba menghalang tetapi banyak yang mendiamkan diri. Ini kerana kerajaan sendiri menyokong rancangan untuk membuka kawasan hutan dan memodenkan orang Asli. Apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan tidak dapat membiarkan begitu sahaja orang Asli hidup di dalam hutan . Mereka juga berhak untuk menikmati pembangunan. Orang Asli memang memerlukan pembangunan dan pembangunan itu tidak dapat diberikan secara percuma sahaja. Apakah orang Asli mendakwa mereka tidak memerlukan pakaian, air, elektrik , kehidupan yang lebih baik . Tentu sekali mereka memerlukan pakaian. Mereka memerlukan api untuk memasak dan pilihan yang terbaik ialah elektrik. Mereka perlukan air kerana sampai bila mereka harus bergantung kepada sumber air semulajadi. Dalam pada itu mereka memerlukan rumah yang selesa. Mereka perlukan jalanraya agar memudahkan mereka menghantar anak mereka ke hospital jika sekiranya anak mereka sakit. Apakah pembangunan yang diberikan oleh kerajaan itu tidak adil. Apakah membiarkan orang asli di hutan yang penuh dengan penyakit, kekurangan zat makanan, ketiadaan air dan elektrik itu dikatakan adil ?
Dalam proses pembangunan ini, pelbagai rancangan diatur dan diselia. Selalunya orang Asli mendapat keutamaan apatah lagi yang melibatkan pendidikan. Di Malaysia orang Asli dibantu dari semua segi melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Memang benar dakwaan hutan ditebang untuk membina jalanraya , membina kawasan pertanian baru dan membina kawasan empangan yang besar. Dakwaan bahawa orang bandar yang datang ke kawasan orang Asli telah menyebarkan penyakit-penyakit orang bandar mungkin ada kebenarannya. Contohnya ialah penyakit cacar ,selesema dan campak. Tetapi dakwaan itu tidak 100 % benar dan memerlukan kajian yang lebih mendalam. Apakah tanpa kedatangan orang bandar, mereka sihat wal'afiat tinggal di dalam hutan. Saya menjangka semua orang akan menjawab " tidak" Selain itu orang Asli digalakkan menukar agama mereka. Perkara ini tidak dapat dielakkan. Sesuatu tamadun itu akan bertembung di antara satu dengan yang lain. Masing-masing akan mendakwa bahawa tamadun mereka lebih mulia dan lebih rasional. Semua ini akan bergantung kepada masa dan akhirnya tamadun yang utuh, relevan dan fleksival akan terus berkekalan.
[sunting] Pertanian pindah Sebenarnya negara maju tidak sedar bahawa seperempat kegiatan penebangan hutan dilakukan oleh orang asli. Jika sekiranya kegiatan orang asli yang primitif ini dibiarkan maka seluruh hutan yang masih ada yang akan musnah. Rogelio A Maduro menyatakan bahawa kayu ditebang untuk memasak. Sejumlah 20 hingga 25 peratus lagi kegiatan menebang hutan adalah akibat dari pertanian primitif iaitu 'tebang dan bakar.' Bagi menangani masalah ini adalah lebih baik memajukan kehidupan primitif orang asli ini. Selagi ada orang yang menggunakan pembakaran hutan sebagai punca utama kesuburan tanah , selagi itulah hutan akan jadi mangsa. Orang asli akan menebang hutan bagi mmendapatkan kawasan tanah yang subur. Apabila kesuburan tanah berkurangan , mereka berpindah ke tempat yang lain pula. Kitalah yang salah jika kita tidak memberi mereka peluang untuk menukar cara pertanian primitif ini. Selain itu selagi ada orang yang mengunakan kayu bagi memasak makanan mereka dan mengeluarkan haba, kegiatan menebang hutan akan berterusan. Adalah lebih baik kita menyokong usaha kerajaan membina logi tenaga nuklear, membina ermpangan hidro elektrik dan sebagainya.
[sunting] Penan dan Gerakan Pencinta Alam Kaum Penan seramai 10,000 orang mendapat simpati berbanding 26 juta rakyat Malaysia yang lain. Mengapa mereka tidak menunjukkan simpati kepada orang asli di Australia, orang Maori di New Zealand dan orang Red Indian di benua Amerika.
Pencinta alam barat bersama dengan Bruno Manser mendakwa orang Penan di Sarawak hendaklah dibiarkan meneruskan cara hidup tradisional mereka, tanpa pemodenan dan pembangunan dan tanpa kemajuan kebendaan lain. Soalnya adakah tindakan ini merupakan jalan penyelesaian paling bijak dan bersesuaian dengan penemuan saintifik ?. Apa yang pasti Bruno bertanggungjawab menyebabkan orang Penan kembali ke Zaman Batu. Kini orang Penan menjadi militan, membantah, mengadakan sekatan , menentang pihak-pihak berkuasa seperti polis, tentera , majlis kemajuan daerah, kerajaan negeri dan sebagainya. Sebenarnya kaum Penan mendapat layan istimewa dari Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Malaysia. Kini hanya tinggal 400 orang Penan tinggal di dalam hutan dengan kegiatan memburu dan mengamalkan pertanian pindah. Sebuah kawasan di Baram , Sarawak telah diisytiharkan kepada kawasan rezab biosfera. Malangnya pencinta alam mendakwa kawasan seluas itu tidak mencukupi. Sebaliknya mereka mahu seluruh Malaysia diisytiharkan sebagai kawasan rezab Biosfera. Ada yang mengatakan biarkan orang Penan hidup bercawat di dalam hutan kerana mereka merupakan bahan artifak yang paling berharga untuk dikaji. Nampaknya orang Penan ini hendak dijadikan ' barangan pameran bernyawa' seperti di muzium. Bagi mengekalkan keaslian kehidupan primitif dan kuno ini, maka cara hidup mereka hendaklah dikekalkan. Apakah mereka mahu rakyat Malaysia kembali ke zaman batu ? dan membiarkan sahaja orang barat melawat kita sebagai 'Manusia Zaman Batu'. Ada juga yang mendakwa orang barat beriya-iya menentang membangunkan kehidupan Penan dan lain-lain dengan niat agar agama Islam tidak tersebar. Selama ini agama Kristian dapat hidup subur di Sabah iaitu di kalangan Kadazan kerana mereka dibiarkan oleh kerajaan.Jika mereka dimajukan oleh kerajaan, agama yang berkembang nanti adalah agama Islam Ketika para pencinta alam menentang pembalakan di kawasan tropika, satu perkara yang disembunyikan ialah 60 % hutan ditebang untuk dijadikan kayu api. Ia amat meluas di negara-negara yang miskin seperti India, Bangladesh , Brazil dan lain-lain. Perangkaan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan 83 % kayu yang ditebang di negara-negara di dunia ketiga digunakan sebagai kayu api. Apakah kita sanggup membiarkan penduduk miskin terus memasak makanan menggunakan kayu api. Sepatutnya pencinta alam ini memberikan pilihan alternatif. Sekurang-kurangnya mereka mengesyorkan kepada kerajaan negara maju agar menurunkan harga dapur gas, harga barangan elektrik dan sebagainya. Tidaklah keterlaluan jika kita katakan negara maju ingin menjajah sekali lagi melalui isu 'hijau'.
[sunting] Aktivis alam sekitar
Rogelio A Maduro melaporkan pada 5 Julai 1992, 8 orang pencinta alam menyerang dan merampas beberapa bot penarik balak dan kren di Sarawak sebagai membantah kegiatan membalak. Sungguhpun Malaysia menjadi sasaran utama ,kumpulan pencinta alam itu dengan jelas menyatakan bahawa Indonesia akan menjadi sasaran berikutnya ,diakhiri dengan Brazil dan India, negara yang terlalu kuat untuk dicabar. Kecaman terhadap industri pembalakan Malaysia pada 5 Julai 1992 dijalankan dengan penuh terancang oleh pencinta alam Britain yang diterbangkan dari sebuah pusat operasi yang dipanggil Rainforest Information Centre di Australia .Pencinta alam itu kebanyakannya ahli kumpulan Earth First. Kerajaan bertindak cepat dengan menahan mereka tetapi enggan bertindak tegas kerana hanya akan memburukkan persidangan alam sekitar yang diadakan pada September 1992 .Kelapan-lapan pencinta alam yang ditahan di Malaysia ialah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Anja Light dari Pusat Maklumat Hutan Tropika Sweden Angie Zelter dari Pertubuhan Earth First , United Kingdom Garsten Huettche dari Robin Wood, Jerman Jake Kreilick dari Earth First, Amerika Syarikat Deborah Witkin seorang anggota bebas dari Amerika Syarikat Ralf Schmitt dari Robin Wood, Jerman Nancy Rolfe dari Earth First,Australia
Pencinta alam itu membuat sekatan ke atas kapal membawa balak di Nantes, Peranchis,kepungan di pelabuhan Bremen, Jerman , tunjuk perasaan di mesyuarat Kumpulan Tujuh Negara Perindustrian (G-7) di London dan di Kedutaan Malaysia di The Hague dan London. Tindakan mereka itu berterusan sehingga 7 Oktober 1992 yang disytiharkan sebagai Hari Tindakan Antarabangsa bagi suku kaum Penan.
[sunting] Syarikat negara barat gagal bersaing Kebanyakan faktor mengapa tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada negaranegara sedang membangun ialah kerana faktor ekonomi. Sejak beratus tahun negaranegara maju membolot kekayaan yang dimiliki oleh negara- negara yang mereka jajah. Apabila kebanyakan negara telah merdeka, syarikat-syarikat barat ini telah menjadi syarikat gergasi dan masih meneruskan monopoli terhadap sumber asli di negara-negara sedang membangun. Tetapi keadaan itu telah banyak berubah. Syarikat-syarikat dari Jepun lebih berdaya saing berbanding dengan syarikat dari negara barat. Syarikat dari Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong telah menguasai kebanyakan industri perkayuan dan pembalakan di kawasan Asia Tenggara. Ini dikuti dengan negara-negara lain seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Contoh terbaik ialah kejayaan firma CASH Contruction and Suplies House Bhd dari Malaysia bersama dengan P.T. Barito dari Indonesia memperolehi kawasan konsesi
penebangan balak seluas 5.5 juta hektar di Kalimantan , Sumatera, Maluku dan Irian Jaya. Sebelum ini konsesi balak ini hanya dimonopoli oleh syarikat-syarikat dari barat dan Jepun sahaja. Syarikat lain ialah Lambda Holding yang menjalankan aktiviti pembalakan di Papua New Guinea dan akan dipasarkan ke Jepun dan China. Konsesi yang terlibat seluas 103,090 hektar dan bernilai RM70 juta. Mereka merasa tercabar kerana gagal menperolehi konsesi -kensesi sedemikian rupa. Lantas mereka membuat pelbagai tuduhan di media massa kononnya syarikat pembalakan dari Malaysia tidak mematuhi prosedur pembalakan.
[sunting] Talam dua muka Negara Barat bersikap talam dua muka dan tamak . Mereka sering berdolak dalik dalam pelbagai perkara isu alam sekitar. Tembelang mereka pecah apabila Dr Frank Notestein menyarankan Barat jangan membantu pembangunan ekonomi dan perindustrian di dunia selatan ( nregara-negara sedang membangun ) kerana pada akhirnya penduduk barat jadi kecil dan kekayaan serta kuasa orang barat akan merosot. Siapakah yang mempunyai idea buruk ini. Dr Frank Notestein adalah berbangsa Amerika dan pernah menjadi Ketua Bahagian Kependudukan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada masa kini, 30 % penduduk dunia berada di negara maju dan 70 % penduduk lagi tinggal di negara sedang membangun. Tapi 70 % harta dan kekayaan dunia dinikamti oleh negara maju. Anehnya penduduk Amerika Syarikat hanya 6 % dari penduduk dunia tetapi menggunakan seperempat minyak dunia. Begitu juga dengan persoalan mengapa hanya 7 buah negara sahaja yang kaya menyertai G7 atau mengapa 20 buah negara sahaja layak menyetai OECD. Negara-negara tropika amat perlukan kepada pembangunan ekonomi. Apa yang mereka boleh jual ialah sumber asli iaitu kayu balak tropika. Negara-negara tropika tidak mempunyai barangan perindustrian untuk dijual. Barangkali negara maju suka melihat penduduk di kawasan ini terus tinggal mundur dan kelaparan. Tidak mungkin negara-negara tropika bergantung kepada sumbangan negara barat, pinjaman dari tabung dunia dan MF. Semua sumber kewangan ini mempunyai niat yang tersembunyi. Kerajaan-kerajaan negara sedang membangun selalunya akan diugut jika menentang mereka. Melalui Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa IMF , nedara maju menekan dan mengugut akan menarik balik bantuan serta pinjaman yang diberikan kepada Dunia Ketiga jika gagal memmatuhi peraturan dan syarat-syarat mereka. Di manakah kejujuran mereka ?.
[sunting] Sekatan dan serangan
Negara barat terutama Amerika tidak lagi segan silu menyerang negara Nicaragua, Granada, Iraq , Afghanistan dan Iraq sekali lagi. Kini negara barat dapat satu lagi isu untuk meneruskan dasar kolonialisme. Kali ini mereka berpura-pura mengutamakan alam sekitar, tetapi sebenarnya mereka mahu negara membangun terus bergantung ekonomi dan kekuatan dari negara barat. Zaini Ujang menulis menyatakan bahawa sebahagian negara maju yang sedang tertekan dengan kemelesetan ekonomi dalam negeri, ditambah pula dengan kemunculan negara industri yang baru di rantai Asia Pasifik, akan cuba membendung pasaran barangan dari negara membangun. Alasan mereka, proses penghasilan barangan tersebut mencemarkan alam sekitar. atau tidak hjau. Sebagai pilihannya negara maju menganjurkan 'barangan hijau' yang boleh dihasilkan serta digunakan tanpa mencemarkan alam sekitar
[sunting] Sidang Bumi di Rio Apakah jalan penyelesaian kepada isu alam sekitar, perhutanan, pembalakan dan isu hutan tropika khususnya. Ada baiknya setiap negara mematuhi kerangka yang dikeluarkan di Persidangan Puncak Bumi di Rio Jeneiro. Malangnya masih banyak negara masih bertangguh dalam perlaksanaannya. Ini termasuklah kepentingan untuk menjimatkan kos pengeluaran barangan di sesebuah negara dan mendapatkan bahan mentah seperti petroleum. Negara membangun mengharapkan rancangan pembangunan diteruskan dengan kadar yang lebih cepat bagi mengurangkan beban kemiskinan rakyat. Sumber-sumber ekonomi mesti diransang dan dipelbagaikan ,khususnya sektor industri dan pertanian. Negara maju hendaklah membantu dengan pemindahan teknologi dalam pelbagai bidang. Jika sekiranya negara maju memindahkan teknologi penebangan balak, maka pembaziran hutan dapat dikurangkan. Begitu juga dengan teknologi pertanian yang dapat mengurangkan kadar penebangan hutan untuk kawasan pertanian. Contoh terbaik ialah sawah padi yang kecil di Jepun amat kecil keluasannya tetapi mampu menampung keperluan rakyatnya. Selain itu pasaran negara maju hendaklah dibuka seluas-luasnya kepada barangan dari negara membangun. Jika ada sekatan, barangan yang bermutu rendah ini tidak dapat bersaing di mana-mana negara dan pada akhirnya terpaksa menebang hutan. Berhubung dengan alam sekitar, negara membangun menegaskan kaedah pemuliharaan lebih sesuai berbanding dengan kaedah pengawetan. Pengawetan ialah kaedah penjagaan alam sekitar yang tidak langsung 'menjejaskan sebarang komponen ' alam sekitar. Dengan perkataan lain, kegiatan pembangunan tidak boleh dijalankan biar apa alasannya kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan alam sekitar secara kualitatif dan
kuantitatif. Pemuliharaan pula ialah kaedah saintifik bagi memastikan kegiatan pembangunan tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar, menerusi pelbagai langkah secara fizikal dan biologikal
[sunting] Pemindahan teknologi pembalakan Selagi lagi kita menyeru agar negara maju tidak hanya mengecam tetapi turut membantu menyelamatkan hutan tropika. Mereka boleh membuat kajian bagi memaksimumkan penggunaan kayu balak yang ditebang. Selama ini banyak kayu yang ditebang tidak digunakan sepenuhnya.Dahan dan ranting pokok mungkin boleh diambil untuk kegunaan lain. Bagi menjimatkan kos, jentera membelah kayu balak boleh dibawa ke dalam hutan. Kayu balak hendaklah diproses terlebih dahulu bagi menambah nilainya. Eksport kayu balak mentah hendak dilarang sama sekali. Malangnya negara maju enggan memindahkan teknologi terbaru kepada negaranegara membangun. Mereka mendakwa 'teknologi hijau ' dapat mengatasi masalah alam sekitar. Tetapi itu semua tenyata meleset. Tambahan pula dipersulitkan lagi dengan dengan soal hak cipta, harta intelektual , modal dan manipulasi politik. Adalah tidak mungkin mendesak Malaysia menghentikan sepenuhnya kegiatan pembalakan. Masih terdapat 74 % hutan di Malaysia berbanding dengan 2 % hutan di Amerika Syarikat dan 9.3 % hutan di Britain. Lagipun pembalakan di Malaysia dilakukan secara sistematik.
[sunting] Program penghutanan Malaysia mempunyai program perhutanan yang maju mengikut piawaian Dunia Ketiga dan berusaha menanam semula pokok di kawasan-kawasan yang telah dijalankan kegiatan pembalakan
[sunting] Penutup Hanya kebijaksanaan dapat menangkis segala amaran dan ancaman dari negara maju terhadap isu hutan tropika. Semua tembelang mereka akhirnya pecah di tangan mereka sendiri. Cubaan mereka meludah kita akhirnya terludah ke muka sendiri. Amat tepat jika Dr Mahathir menyeru negara maju jangan mengamalkan sikap talam dua muka.
[sunting] Rujukan •
•
Abdullah Samsuddin, Tesis Ilmiah : Industri Balak di Negeri Perak , Malaysia : Satu kajian Dasar dan Perlaksanaannya, Perpustakaan USM, Pulau Pinang,1987. Ahmad Badri Muhamad (Ed), Sumber Alam : Potensi dan Penerokaannya, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, 1992
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Hassan Ahmad, Kaca di Jendela, Dewan Masyarakat , DBP, Kuala Lumpur, Nov 1994 Kamal Ahmad, Alam Sekitar : Kita Harus Bersiap Hadapi Serangan, Berita Harian, Mei 1992 Kassim Ahmad, Mengenali Muslihat Komplot Penaja UNCED, Berita Harian, Mei 1992 Dr Mahathir Mohamad, Barat Patut Hentikan Sikap Talam Dua Muka, Berita Harian, 28.4.1992 Manja Ismail , Permulaan Ke Arah Kerjasama Lebih Erat, Berita Harian, 25.4.1992 Murtedza Mohamed,(ed), Sumber Alam , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991 Musa Ahmad ,Pendidikan Alam Sekitar, Dewan Masyarakat, DBP, Kuala Lumpur, Nov 1994 Norizan Muslim , Krisis Perhutanan Negara Dunia Ketiga , Dewan Masyarakat, Kuala Lumpur, Dis 1986 Ramli Abdul Samad, Bagaimana Membangun Alam Semulajadi, Dewan Masyarakat, DBP ,Kuala Lumpur,Mei 1992 Rogelio A Maduro,Pencinta Alam Bertindak Ganas, Berita Harian, 18.8.1992 Salmah Zainal Abidin dan Tham Weng Leong, Ancaman Alam Sekitar : Manusia, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd ,Kuala Lumpur, 1993 Shuib Tuasin, Alam Sekitar : Barat Galakkan pencemaran, Berita Harian, 7.5.1992 Theodore Rowland, Siri Khazanah ilmu : Iklim dan Cuaca,Penerbit Perisma Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1992 Tony Here, Siri Selamatkan Bumi Kita : Pemusnahan Hutan Hijau,Penerbitan Pelangi Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1992 Wan Hamidi Hamid, : Mengekang Eksploitasi GEF oleh Bank Dunia, Berita Harian, 4.5.1992 Wan Razman Juraimi , Konsortium Bersih Tumpahan, Berita Harian, 8.5.1992 Zaini Ujang, Sidang Bumi di Rio De Jeneiro-Sehangat Suria, Dewan Masyarakat, DBP,Kuala Lumpur, Mei 1992 Zaini Ujang, Rio Meriah ,UNCED Tidak Terarah, Dewan Masyarakat, DBP, Kuala Lumpur ,Julai 1992 Zaini Ujang, Deklarasi Kuala Lumpur : Memperjuangkan Nasib Dunia Ketiga. Dewan Masyarakat ,DBP, Kuala Lumpur,Jun 1992 Berita Harian, Jangan Peralatkan Masyarakat Penan, Berita Harian, 28.4.1992 Berita Harian , Polis Nafi Biarkan Bruno Manser Lari, 11 .12.1994 Berita Harian, Deklarasi KL : Piagam Tindakan Bersama, 30.4.1992 Berita Harian, Tindakan Sepadu Kawal Alam Sekitar, 15.3.1992 Berita Harian, Haramkan Senjata Kimia, 15.3.1992 Dewan Ekonomi , September 1994 Majalah 'Sekitar' , Volume 4, No 2, Ogos 1979.