Human Individual)

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Human Individual) as PDF for free.

More details

  • Words: 2,466
  • Pages: 16
TUGASAN INDIVIDU CCA 2023 Disediakan oleh: MOHAMAD ALIFF BIN MOHD YUSOF 129540

DISEDIAKAN UNTUK: CIK SYARIZAN BINTI DALIB 26 February 2009

1 | Page

Student’s name

Matric no. Mohamad Aliff B. Mohd Yusof

Lecturer’s name Subtopic 1. Introduction

s129540

Miss Syarizan bt. Dalib Full Mark Mark given 2

2. Theories/concepts

5

3. Application

7

4. Conclusion

3

5. Reference

3

Total

20

/20

2 | Page

Isi Kandungan

Pengenalan Tajuk……………………………………………………… 3 Penerangan Tajuk……………………………………………………...4-5 Pengenalan Teori……………………………………………………….6-7 Penerangan Teori……………………………………………………….7-8 Contoh Situasi…………………………………………………………..9-13 Kesimpulan……………………………………………………………..14 Rujukan…………………………………………………………………15

3 | Page

KOMUNIKASI KEMANUSIAAN

Komunikasi intrapersonal dan interpersonal dalam kumpulan kecil

Mengapa tajuk ini dipilih Saya memilih tajuk ini kerana perkara ini berlaku dengan kita sedari atau tanpa kita sedari sama sekali. Perkara ini relevan kerana berlaku komunikasi interpersonal dan intrapersonal dalam konunikasi kumpulan kecil. Terdapat perbezaan yang besar dalam komunikasi intrapersonal, interpersonal, dan juga komunikasi kumpulan kecil.Saya akan huraikan dengan jelas perbazaan antara ketiga-tiga jenis komunikasi ini. Malah saya akan terangkan bagaimana komunikasi ini akan mempengaruhi antara satu sama lain.Dan boleh mewujudkan masalah komunikasi. Dalam situasi yang saya cuba ajukan dalam tugasan ini wujud ketiga-tiga komunikasi yang diutarakan diatas. Saya akan cuba mengupas tajuk ini dan mengaitkan fungsi ketiga-tiga bentuk komunikasi ini.Dan saya akan berikan beberapa teori yang berkaitan dengan tajuk ini dan menjelaskan bagaimana teori ini berfungsi dan kelemahan yang wujud dalam teori ini.

Komunikasi

4 | Page

Mengikut DeVito komunikasi adalah ‘proses

seseorang(atau lebih) untuk menghantar dan

menerima mesej, berlaku dalam sesuatu konteks,memberikan kesan dan menghasilkan maklumbalas’ (DeVito,2003)

Komunikasi Kemanusiaan Komunikasi kemanusiaan adalah ‘proses menghasilkan perkongsian makna melalui interaksi sosial’ mengikut Shockley-Zalabak, 2002

MODEL KOMUNIKASI KEMANUSIAAN MENGIKUT DEVITO,2003

Komunikasi Intrapersonal Komunikasi intrapersonal atau komunikasi intraperibadi adalah pengunaan bahasa dan pemikiran dalaman bagi penyampai atau lebih mudah difahami sebagai komunikasi dengan diri sendiri. Ia tidak membabitkan komunikasi dengan orang lain. Individu menjadi pengirim dan penerima sendirinya,menyediakan maklumbalas kepada dirinya dalam proses dalaman yang berterusan.Diri kita sahaja yang terlibat dalam proses ini.

5 | Page

. Sebagai contoh, kita sedang berkata-kata pada diri kita apabila kita menghadapi sebarang konflik atau sebagainya. Komunikasi intrapersonal adalah cara anda untuk memproses maklumat atau informasi dan mempengaruhi diri dan komunikasi dengan orang lain. Contoh komunikasi intrapersonal  Mengelamun atau berkhayal  Berkata-kata dengan nada yang kuat (terhadap dari sendiri),membaca dengan

kuat,mengulang apa yang didengar,apa yang kita fikirkan,meningkatkan daya penumpuan,dan pengekalan.  Membuat pergerakan tubuh badan semasa memikirkan sesuatu,sebagai contoh,selain berfikir,badan

kita

juga

mungkin

bergerak,mungkin

meningkatkan

pemerhatian,membantu dalam penyelesaian masalah,dan membantu ingatan.

Komunikasi Interpersonal Dikenali juga sebagai ‘dyadic communication’. Komunikasi ini tidak hanya membabitkan komunikasi antara individu dengan individu lain. Ia juga boleh membabitkan dengan sekumpulan kecil individu lain. Menurut DeVito komunikasi interpersonal adalah ‘komunikasi antara dua individu yang melibatkan mesej personal dan intim’ DeVito,2006. Semuanya ini akan melibatkan kemesraan,kepercayaan,tolong-menolong,berkongsi keyakinan,serta tindakan secara spontan.Menurut Adler(1999)bahawa komunikasi interpersonal bolehlah dianggap sebagai satu proses transaksi berterusan dan biasanya melibatkan mereka yang berada pada satu suasana yang sama pengertian serta boleh boleh mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej antara mereka.

6 | Page

Menurut Beebe dan Redmond(1999),komunikasi interpersonal akan berlaku apabila seseorang melakukan interaksi secara serentak dengan orang lain dan saling mempengaruhi dengan tujuan mengawal proses komunikasi tersebut.Sebagai contoh,jika kita mempunyai seorang kawan yang baru dikenali kita harus berkomunikasi denganya agar kita dapat mengenalinya dengan lebih mendalam lagi. Hubungan yag baik akan terjalin apabila kita selalu berinteraksi dan memahami antara satu sama lain. Terdapat sepuluh teori yang berada di bawah komunikasi Interpersonal,menurut Griffin(2000)’Interaksi Makna(Coordinated

symbol(Symbolic

Management

of

Interactionism),Pengurusan

Meaning),Teori

Melampaui

Koordinasi

Jangkaan(Expectancy

Violations Theory),Teori Pengkaburan Interpersonal(Interpersonal Deception Theory),Kritikan Konstruktivisme(Constructivism),Teori Penembusan Sosial(Social Penetration Theory),Teori Pengurangan Ketidakpastian(Uncertainty Reduction Theory),Pandangan Interaksi(Interaction View),Perhubungan Dialek(Relational Dialecs),dan Teori Keadilan Sosial(Social Judgement Theory)’. Komunikasi kumpulan kecil Komunikasi kumpulan kecil lazimnya mengandungi lebih dari dua orang ahli dan wujud bersama dalam jangka masa tertentu. Menurut DeVito(1997),’kumpulan merupakan himpunan individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama.Kumpulan dibina atas persetujuan ahli-ahli kumpulan berdasarkan norma-norma tertentu’. Menurut Barker,Wahles dan Watson(1995), ‘komunikasi kumpulan kecil dapat dibezakan dengan komnikasi lain dalam tiga perkara, iaitu komunikasi kumpulan terdapat kesan pemerhati yang dapat mempengaruhi kandungan dan cara mereka berkomunikasi. Kedua,biasanya komunikasi dikalangan ahli akan akan menjadi lebih kompleks dengan pertambahan ahli baru.

7 | Page

Ketiga,akan berlaku pengaruh majoriti dan minoriti dalam kumpulan’. Oleh itu,bilangan merupakan factor penting dalam proses membuat keputusan. Kumpulan boleh dibahagikan kepada dua,iaitu formal atau tidak formal.Lazimnya.formal mempunyai struktur yang jelas,iaitu rangka organisasinya sendiri iaitu Pengurus,Penolong Pengurus dan seterusnya,mengikut rangka hierarkinya.Selain itu,kumpulan formal juga mempunyai peraturan tersendiri.Manakala kumpulan tidak formal pula tidak mempunyai sebarang struktur yang rasmi dan ketua yang dipilih adalah mengikut keadaan dan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Komunikasi kumpulan kecil ini mempunyai pelbagai kelebihan.Menurut Ezhar Tamam(1999) terdapat beberapa kelebihan jika bekerja secara berkumpulan berbanding dengan bekerja secara bersendirian.Antaranya ➢ Dengan berkumpulan kita akan memperoleh banyak maklumat dan pandangan dari ahli

kumpulan. ➢ Konsep berkumpulan juga membolehkan ahli kumpulan berkongsi maklumat serta bertukar-tukar pendapat sesama mereka. ➢ Kumpulan biasanya mempunyai daya kritis dan kreatif yang jauh lebih baik berbanding dengan daya pemikiran dan kreativiti seorang diri.Lebih banyak cara atau alternatif boleh dikenalpasti atau difikirkan apabila dilakukan secara berkumpulan. ➢ Dalam kumpulan juga kita boleh mengunakan pelbagai cara dan kaedah penyelesaian

yang proaktif dan berkesan untuk menyelesaikan masalah yang timbul malah dapat membuat keputusan dengan lebih kreatif dan inovatif. ➢ Proses pembelajaran juga akan menjadi lebih berkesan dan dan bagus sekiranya pelajar belajar dalam bentuk berkumpulan.Kefahaman lebih mudah untuk didapati, malah daya

8 | Page

ingatan juga akan menjadi bertambah baik melalui cara perbincangan dan menanyakan soalan jika tidak memahami sesuatu bahagian. TEORI YANG DIKAITKAN DENGAN TAJUK INI Teori Penembusan Sosial Teori ini telah diperkenalkan oleh Irwi Alman dan Dalmas Taylor(1973)menjelaskan bahawa komunikasi interpersonal adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat antara seseorang. Teori ini yang juga dikenali sebagai teori kulit bawang mengambarkan diri sebagai kulit bawang. Mempunyai banyak lapisan dari lapisan luar yang nipis,diikuti dengan lapisan-lapisan lain yang semakin ke dalam semakin kuat dan padat. Ini juga boleh digambarkan dengan gambaran,semakin lama kita berkenalan atau melakukan komunikasi interpersonal,maka kita akan lebih mengenali dan memahami isi hati dengan individu yang terbabit. Semakin banyak kita berkomunikasi dan semakin banyak yang kita ketahui mengenai pasangan kita,maka komunikasi akan menjadi lebih peribadi.Ini juga bermaksud,semakin lama kita mengenali kenalan kita maka semakin mendalam mengenai dirinya yang kita ketahui. Biasanya perkara luaran lebih mudah untuk diceritakan kepada orang yang baru dikenali,seperti nama,asal,dan minat mereka. Dan semakin ke dalam tembusan dirinya menjadi semakin sukar,seperti kulit bawang.Bahagian dalam kulit semakin sukar untuk ditembusi. Biasanya tembusan berlaku dengan dengan cepat pada peringkat awal perkenalan,namun akan menjadi semakin lambat setelah sampai ke lapisan yang lebih tengah atau dalam.Sebagai contoh,masalah peribadinya,kisah hidupnya,atau sikap yang tersembunyi dalam dirinya .Proses yang terakhir mungkin berlaku adalah kebalikan tembusan yang merupakan proses penarikan diri daripada satu lapisan ke satu lapisan seperti pada peringkat tembusan. Sebagai contoh,komunikasi interpersonal yang berlaku dalam komunikasi kumpulan kecil,saya akan cuba gambarkan dengan satu situasi,terdapat satu kumpulan pelajar yang 9 | Page

bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa tertentu.Mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.Di dalam kumpulan tersebut terdapat seorang lelaki dan empat orang perempuan.Pada permulaanya mereka hanya mengenali serba sedikit antara satu sama lain. Namun pertemua demi pertemuan membuatkan mereka rapat. Teori penembusan social menunjukkan kebenaranya pada tahap ini.Ini kerana pada permulaanya mereka tidak mengenali antara satu sama lain.Namun mereka berubah menjadi lebih rapat.Komunikasi interpersonal yang berlaku mungkin wujud antara lelaki tersebut yang mungkin ada menaruh perasaan terhadap salah seorang dari gadis tersebut.Pertemuan demi pertemuan dan semakin banyak mereka berkomunikasi akan membuatkan hubungan mereka lebih intim dan mesej yang disampaikan juga boleh menjadi kepada mesej personal. Ini sama sekali menunjukkan komunikasi kumpulan kecil yang biasanya adalah untuk mencapai matlamat telah berubah.Ini dapat ditunjukkan apabila komunikasi kumpulan kecil yang berbentuk formal apabila hendak mencapai sesuatu matlamat boleh berubah kepada hubungan yang personal dan intim apabila berlaku banyak komunikasi interpersonal antara ahli kumpulan. Begitu juga dengan komunikasi intrapersonal.Sudah pasti pada permulaan ahli kumpulan mula berkenalan mereka pasti mempunyai persepsi masing-masing antara satu sama lain.Keadaan

ini

berlaku

apabila

mereka

tidak

banyak

melakukan

komunikasi

interpersonal.Mereka hanya boleh mempunyai tanggapan mereka dari pandangan mereka yang pertama terhadap ahli kumpulan yang lain.Berkata-kata dalam diri mengenai rakan menjadi komunikasi intrapersonal mereka. Terdapat kelemahan dalam teori ini.Teori ini menerangakan bahawa tembusan lapisan ke bahagian dalam akan menjadi semakin sukar.Namun,pada pengalaman saya terdapat juga individu yang bersifat lebih terbuka dan mudah untuk didalami.Ini kerana saya mempunyai seorang kawan yang saya baru sahaja saya kenal semasa baru sahaja berada di UUM.Dia mudah 10 | P a g e

untuk menceritakan mengenai kisah hidupnya,pengalaman hidup,malah masalah yang dihadapinya. Pada pendapat saya,setiap individu mempunyai cara mereka yang tersendiri apabila mula untuk mendekati antara satu sama lain.Ada yang bersifat tertutup dan agak perahsia untuk berkongsi kisah hidup mereka dengan rakan yang baru yang dikenali.Namun terdapat juga golongan yang mudah untuk dikenali dan bersifat terbuka mengenai kisah hidup mereka.Mungkn kereka berasa lebih selesa untuk berkongsi masalah mereka dengan orang lain dan dapat membantu mereka mengurangkan kegusaran perasaan mereka apabila dapat berkongsi masalah mereka dengan individu lain. Teori Pengurangan Ketidakpastiaan Teori ini telah diperkenalkan oleh Charles Berger(1987).Teori ini memperkatakan dengan memberi fokus terhadap pengunaan komunikasi manusia bagi memperoleh pengetahuan selain membentuk persefahaman atau persamaan antara satu sama lain apabila saling berkomunikasi. Lazimnya,semasa kita berkomunikasi dengan seseorang kita berpotensi untuk mengetahui mengenai dirinya,berasal dari mana,dan pelbagai persoalan lagi yang timbul dalam fikiran kita. Teori ini menyebutkan bahawa jika kita pertama kali bertemu dan berkomunikasi dengan seseorang.maka kita akan berasa tidak pasti dan kebiasaanya akan berlaku dua jenis ketidakpastian,iaitu ketidakpastian perlakuan yang boleh diatasi dengan melalui cara-cara tertentu dan ketidakpastian kognitif yang boleh diatasi denganmencari maklumat yang kita mahukan.Teori ini juga mempunyai aksiom atau pernyataan yang diterima benar,tanpa perlu melalui proses ujian. Terdapat tujuh aksiom yang telah diperkenalkan oleh Berger(1987), I. Apabila tahap komunikasi verbal antara seseorang yang baru sahaja berkenalan meningkat,maka tahap ketidakpastian akan berkurangan. 11 | P a g e

II. Apabila tahap komunikasi bukan verbal meningkat,maka tahap ketidakpastian berkurangan.Kekurangan ketidakpastian menyebabkan bertambahnya komunikasi bukan verbal. III. Apabila tahap ketidakpastian tinggi,perlakuan mencari maklumat akan meningkat.Dan begitu juga sebaliknya, IV. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi dalam sesuatu hubungan,boleh menyebabkan kemesraan berkurangan. V. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi,akan menghasilkan kadar timbal balik yang

tinggi,begitu juga sebaliknya. VI. Apabila

berlaku,persamaan

antara

individu,ia

akan

mengurangkan

ketidakpastian.Sekiranya berlaku ketidaksamaan,ia akan meningkatkan ketidakpastian. VII. Apabila

tahap ketidakpastian yang tinggi akan menyebabkan kita kurang

meminati,manakala

kurangnya

ketidakpastian

akan

menyebabkan

kita

lebih

menyukainya.

Namun begitu teori ini terdapat juga kelemahanyaa apabila digunakan dalam komunikasi interpersonal kumpulan kecil.Dalam teori ini Charles Berger(1987) menyatakan ‘komunikasi antara sesama manusia untuk mewujudkan persamaan dan persefahaman’. Namun dalam keadaan tertentu teori ini tidak relevan.Ini kerana hubungan intim yang amat rapat boleh menyebabkan ketidak sefahaman timbul dalam komuniksai kumpulan kecil.Ini kerana dalam komunikasi kumpulan kecil,menurut DeVito(1997) ‘kumpulan merupakan himpunan individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama’. Namun boleh berlaku pertembungan antara komunikasi interpersonal dan komunikasi kumpulan kecil.

12 | P a g e

Sebagai contoh situasi bagi memudahkan pernyataan saya adalah, andaikan terdapat satu kumpulan pekerja yang bekerjasama untuk menyelesaikan satu tugasan dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan. Terdapat dua orang perempuan dan dua orang lelaki di dalam kumpulan tersebut. Kita andaikan watak wanita bernama Hasnah dan Jamilah,manakala watak lelaki pula adalah Haziq dan Hairul.Mungkin pada permulaan mereka bertemu mereka kurang berkomunikasi dan tidak mengetahui mengenai latar belakang diri masing-masing. Namun atas sebab tugasan,mereka sering bertemu.Berlaku banyak proses komunikasi pada tahap ini.Pada permulaanya komunikasi yang berlaku mungkin berbentuk formal dan lebih banyak berkisar tentang tugasan sahaja. Namun keadaan itu boleh berubah,apabila semakin kerap mereka bertemu komunikasi yang berlaku juga akan berubah dan lebih tertumpu kepada komunikasi Interpersonal dan menjadikan hubungan antara mereka lebih intim.Pada tahap ini mungkin mereka masih boleh menjalankan tugas yang mereka perlu selesaikan. Konflik akan mula berlaku jika terdapat antara anggota kumpulan lebih mengutamakan komunikasi Interpersonal atau hubungan intim berbanding tugasan yang perlu diselesaikan. Untuk lebih mudah difahami, kita andaikan hubungan interpersonal antara Hasnah dan Haziq menjadi semakin intim.Mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Pada permulaan perkenalan mereka berkomunikasi untuk mengurangkan ketidakpastian antara mereka.Dan apabila tahap ketidakpastian antara mereka kurang,lebih mudah untuk mereka untuk menjadi lebih intim. Masalah akan mula timbul apabila hubungan yang terlalu intim akan menyebabkan mereka lalai untuk menjalankan tugas yang perlu mereka selesaikan.Ini kerana komunikasi yang akan berlaku antara mereka berdua sudah semestinya akan lebih berkisar kepada mesej personal berbanding formal.Jika keadaan ini berterusan semestinya akan menimbulkan perasaan kurang senang pada Jamilah dan juga Hairul.Konflik antara interpersonal dan kumpulan kecil akan timbul pada tahap ini. 13 | P a g e

Dalam teori pengurangan ketidakpastian,Charles Berger menyatakan pada aksiom ke7‘Apabila tahap ketidakpastian tinggi akan menyebabkan kita kurang meminati seseorang itu,manakala

kurangnya

tahap

ketidakpastian

itu

akan

menyebabkan

kita

lebih

menyukainya’.Namun pernyataa ini sama sekali bercanggah dengan keadaan diatas.Kita boleh lihat bagaimana Jamilah dan Hairul berasa kurang senang atau tidak menyukai Hasnah dan Haziq walaupun mereka sering berkomunikasi interpersonal antara sesama mereka.Sudah semestinya tahap ketidakpastian antara mereka kurang.Namun masih wujud perasaan kurang senang dalam kumpulan tersebut. Dan keadaan ini akan menjadi semakin sukar jika Jamilah dan Hairul tidak menerangkan mengenai perkara ini kepada Hasnah dan Haziq.Mereka hanya berdiam diri atau hanya berkomunikasi dalam diri mereka sahaja. Selain itu terdapat juga kelemahan lain dalam teori ini. Dalam aksiom yang ke-3 Charles Berger menyatakan ‘Apabila tahap ketidakpastian tinggi,perlakuan pencarian maklumat akan meningkat.Manakala jika tahap ketidakpastian rendah,pencarian maklumat akan berkurangan’.Bagaimana jika individu yang terlibat tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai maklumat yang tidak pasti itu? Setiap manusia berbeza antara satu sama lain.Setiap mereka mempunyai ragam yang tersendiri.Kita ambil dari situasi diatas sebagai contoh,kita andaikan keintiman antara Hasnah dan Haziq sudah disedari oleh Jamilah dan Hairul.Namun mereka mengambil tindakan untuk mendiamkan diri.Keadaan ini jelas menunjukkan yang mereka tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai sebarang hubungan intim antara Hasnah dan Haziq.Jelas menunjukkan terdapat kelemahan dalam teori yang telah diperkenalkan oleh Charles Berger ini.

14 | P a g e

Rumusan Kesimpulanya,komunikasi ini adalah satu bidang yang tidak lagi mempunyai sebarang teori yang dapat menyokong kukuh terhadap setiap senario komunikasi yang berlaku di seluruh alam ini.Ini kerana komunikasi adalah satu proses yang melibatkan setiap perkara yang untuk setiap individu yang berada diatas muka bumi ini.Komunikasi sentiasa berubah-ubah. Pelbagai situasi yang timbul dan menimbulkan pelbagai konflik antara setiap disiplin yang wujud dalam proses komunikasi ini. Selain itu,bentuk komunikasi boleh berubah mengikut keadaan dan situasi yang berlaku semasa proses komunikasi berlaku. Sebagai contoh,komunikasi berbentuk formal dan berprotokol boleh berubah menjadi tidak formal mengikut situasi.Secara mudahnya,komunikasi sukar untuk dikawal.Pelbagai aspek lain yang boleh mempengaruhi proses komunikasi dalam sesuatu situasi.

15 | P a g e

BIBLIOGRAPHY Philip H. Siegel,James W. Smith,Joseph B. Mosca,Mentoring Relationship and Interpersonal Relationship,Leadership and Organization Journal,2001,22/3,114-125 Gerrard Macintosh,Customer Orientation and Relationship Quality,Journal of Service Marketing,2007,21/3,150-159 Philip Salem,The Seven Comunications Reasons Organizations Do Not Change,Corporate Communications:An International Journal,2008,13/33,333-348 Stewart L. Tubbs,Sylvia Moss,Human Communication Principle and Contexts,McGraw Hill,2008 Donnelon,Anne.Team Talk:The Power Of Language in Team Dynamics,Cambridge:Harvard Business Review(1996). Arygle,Michael,and M.Henderson.The Anatomy of a Relationship.London:Heinemann, 1985. Berko,R.M.,A.D. Wolvin,and D.R. Wolvin,Communicating:A Social and Career Focus,8th ed(Boston:Houghton Mifflin,2001).

16 | P a g e

Related Documents

Human Individual)
December 2019 13
Human
April 2020 30
Human
November 2019 41
Human
May 2020 16
Human
June 2020 19