[HOTD] madu November 14th, 2006 Hadist riwayat Abu Said Al-Khudri ra., ia berkata: Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw. lalu berkata: Saudaraku merasa mual-mual perutnya. Rasulullah saw. bersabda: Minumkanlah madu! Setelah orang itu memberi minum madu kepada saudaranya, dia datang lagi kepada Nabi saw. dan melapor: Aku telah meminumkannya madu tetapi dia malah bertambah mulas. Kejadian itu berulang sampai tiga kali. Pada kali yang keempat Rasulullah saw. tetap bersabda: Minumkanlah madu! Orang itupun masih saja melapor: Aku benar-benar telah meminumkannya madu tetapi dia malah bertambah mulas, maka Rasulullah saw. bersabda: Maha benar Allah (dalam firman-Nya, surat An-Nahl ayat 69) dan ada yang tidak beres dengan perut saudaramu itu. Akhirnya Rasulullah saw. sendiri yang meminumkannya madu dan saudara orang itupun sembuh. Links: [madu: khasiatnya menuRut aL-quR’an dan hadis] http://tualangkedah.tripod.com/madu.htm [madu - ibu makanan, minuman dan ubatan] http://www.jomklik.org/forum/viewtopic.php?p=3732&sid=3b565b9e5ddb2b0e3cc70f4e18b7ab 5c [membOngkaR semula misteRi dan Rahsia daRi al-quRan dan hadith] http://dinaluzriq.blogspot.com/2005/07/membongkar-semula-misteri-dan-rahsia.html [Rahsia pemakanan genius-genius islam] http://ahmadtaufik.wordpress.com/2006/10/16/rahsia-pemakanan-genius-genius-islam/ [bagaimana caRa pengObatan yang peRnah dicOntOhkan Oleh ROsulullah] http://www.syariahonline.com/new_index.php/id/11/cn/2846 [kisah sesenduk madu] http://miharuyouth.wordpress.com/2006/08/28/kisah-sesenduk-madu/ [keajaiban daRi alam semulajadi] http://www.geocities.com/azmi_brc/Nature/Lebah/firman.htm [kuRma,kismis dan madu] http://adneen.blogdrive.com/archive/73.html -perbanyakamalmenujusurga-
http://tualangkedah.tripod.com/madu.htm
MADU : Khasiatnya Menurut AL-Qur'an dan Hadis
•
Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.
Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda : Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" ( Hadis riwayat Abu Daud) Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur. Firman Allah dalam surah an-Nahl:
(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah) Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan
vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga. Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup. Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar." Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanakkanak damit yang baru lahir. Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.
http://www.jomklik.org/forum/viewtopic.php?p=3732&sid=3b565b9e5ddb2b0e3cc70f4e18b7ab 5c MADU - Ibu Makanan, Minuman Dan Ubatan -------------------------------------------------------------------------------Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, "Demi Allah yang aku dalam genggaman-Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang
ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar daripadanya." Masih ramai yang tidak menyedari khasiat madu lebah dan kepelbagaian kegunaannya dalam kehidupan seharian manusia. Tidak kurang juga yang menganggap fungsi madu lebah hanya satu iaitu enak sekiranya dimakan bersamasama dengan roti, manisan ataupun dicampur ke dalam minuman. Sedangkan di dalam Islam itu sendiri ada menyatakan bahawa madu dianggap sebagai ibu makanan, minuman atau ubatan. Sekiranya diimbas kembali sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak dari zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun sebelum Masihi. Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom. Malah sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah di dalam perubatan amatlah masyhur dan ini bertepatan dengan firman Allah subhanahu wa taala di dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa´ (penawar) kepada manusia. Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa madu mempunyai keistimewaan tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan. Di samping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga. Oleh itu, kita sebenarnya digalakkan untuk mengambil madu setiap pagi sebelum mengambil sebarang makanan. Pengambilan madu sebelum bersarapan akan menghilngkan kahak dan mencuci perut daripada cairan yang kotor dan mengelakkan berlaku sekatan pada usus. Madu lebah yang dicampur dengan limau nipis dipercayai dapat menghindari masalah kedinginan serta dapat digunakan untuk merawat batuk dan sakit tekak. Rasulullah sendiri gemar mengamalkan minum madu yang dicampur dengan air sebelum baginda mengambil apa-apa makanan. Pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri, baginda telah menganjurkan pengambilan madu untuk mengubati sakit perut akibat daripada cirit-birit. Dalam hal ini Rasulullah menyuruh mengambil madu dalam jumlah yang lebih banyak kerana madu dapat bertindak menyingkirkan apa-apa yang terdapat di dalam perut dan usus. Terdapat satu punca lain penyakit cirit-birit dan ia terjadi apabila lendir melekat pada usus besar dan mengganggu proses penyerapan. Penyakit ini dikenali sebagai ´cirit-birit licin´ dan madu boleh menyingkirkan lembapan berlebihan tersebut dengan memaksa lendir keluar dan menyingkirkannya ke bawah. Jika selepas pengambilan dos pertama dan kedua,
penyakit masih tidak berkurangan pengambilan madu perlu diteruskan dengan sebaik-baiknya madu dicampur dengan air panas. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju dengan hal ini dan inilah sebabnya mengapa mereka mengatakan bahawa tubuh perlu dipaksa menjalani pembersihan perut dengan cara ini. Terdapat juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah melalui hadis terkenal daripada Abu Hurairah, berkata Rasululah yang bermaksud, “ Sesiapa yang mengambil madu tiga kali sebulan, dia tidak akan mendapat apa-apa bencana yang besar”. Madu juga dapat melembutkan rambut dan menjadikannya tumbuh dengan lebat dan kelihatan lebih cantik. Apabila madu digunakan sebagai ubat mata ia dapat menambahkan daya penglihatan. Madu juga boleh digunakan sebagai pembasuh mulut, dapat melindungi kesihatan gusi dan memutihkan gigi. Menjilat madu semasa perut kosong boleh menghilangkan selera makan dan melancarkan saluran-saluran yang tersekat pada hati, buah pinggang dan pundi kencing. Satu fakta yang menarik ialah, madu dapat membantu mengurangkan ketegangan tubuh badan dan boleh digunakan untuk merawat gigitan anjing gila. Selain itu madu juga boleh digunakan untuk mengubati keracunan dari cendawan serta boleh digunakan untuk mengawet daging sehingga dapat bertahan selama tiga bulan. Malahan madu juga baik untuk meningkatkan daya hafalan. Apabila dicampur madu itu dengan sedikit air ia akan menyerap masuk ke dalam darah dalam tempoh tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Lihatlah betapa besar dan agungnya ciptaan Allah s.w.t, serangga yang kecil mampu mengeluarkan penawar yang amat tinggi khasiatnya yang berfungsi sebagai ubat dan mampu mencegah pelbagai penyakit. Bukankah dengan kebesaran ini mampu meningkatkan lagi tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap Allah Yang Maha Pencipta.
http://dinaluzriq.blogspot.com/2005_07_01_dinaluzriq_archive.html “Membongkar Semula Misteri dan Rahsia dari Al-Quran dan Hadith” "Membongkar Semula Misteri dan Rahsia dari Al-Quran dan Hadith” (Penawar yang disebut didalam Al-Quran dan Al-Hadith) .. Apa tue??.. Keistimewaan lebah telah diabadikan oleh Allah SWT, didalam Al-Quran yang bermaksud:
“Daripada perut Lebah itu kelurlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar (ubat) bagi manusia” – An-Nahl :69 Manakala tentang HABBATUS SAWDA’ pula Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Tetaplah kamu berubat dengan Al-Habbtus Al-Sawda’ ini, kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap jenis penyakit,kecuali mati” ( HR A-BUKHARI) ANALISIS PAKAR PERUBATAN MODEN MENUNJUKKAN MADU DAN HABBTUS SAWDA’ MEMPUNYAI KEKUATAN PENYEMBUH YANG MENAKJUBKAN. ADALAH TIDAK MEMERANJATKAN BAHAWA MADU SAWDA’ BANYAK MEMBERI PERTOLONGAN UNTUK MERAWAT, MERINGANKAN, MEMPERBAIKI ATAU MENYEMBUH PELBAGAI JENIS PENYAKIT :- ANGINA (sakit pada hati/ jantung)- kesakitan yang perit dan menyucuk-nyucuk pada dada, selalunya disebabkan oleh ketidak cukupan bekalan oksigen yang dibekalkan pada otot jantung. - MASALAH PEREDARAN DARAH – anemia, arteroskloerosis, tekanan darah tinggi,tekanan darah redah, masalah jantung, varikosvein dan strok. - MASALAH PERNAFASAN- asma, pneumonia, bronchitis dan batuk berkahak - MASALAH SAKIT PUAN- fibroid, menopause,gangguan peredaran darah haid, jangkitan kulat/ keputihan, masalah ketika hamil, ketidaksuburan dan alahan. - MASALAH BUAH PINGGANG- batu karang, bengkak buah pinggang, jangkitan pundi kencing dan kegagalan fungsi buah pinggang. - MASALAH SEKSUAL- kelemahan fungsi seksual, mati pucuk, dan kurang ransangan - MASALAH KULIT- insomnia, gangguan selera makan, tekanan dan ketegangan. - MASALAH TULANG / SENDI- gout, arthritis dan reumatima - MASALAH PENGHADAMAN- sembelit,direa, ulser, ketidakhadaaman dan gastik - MASALAH MENTAL- meningkatkan/ meransangkan prestasi mental, membekalkan nutrien dan sebatian bagi menyempurnakan perjalanan fungsi otak dan kecergasan minda. - MASALAH UMUM- kencing manis, alergi, migraine, kelesuan, sinus atau resdung, buasir dll. - MASALAH PEROKOK- menghindarkan penyakit barah yang disebabkan oleh NIKOTIN yang mrngganggu peredaran darah dan debaran jantung. - BRONKITIS- radang paru-paru, bengkak pada tiub udara di kerongkong. "Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan dia menurunkan ubat baginya” (ibnu majah) Kebesaran wahyu Ilahi telah terbukti apabila para ahli sains dari pelbagai negara termasuk dari AMERIKA yang berkupul di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 september 1993 di China mengakui bahawa Madu Lebah mengandungi Glukosa dan Fraktosa yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia menyerap masuk ke dalam darah di dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Di persidangan yang sama, para ahli sains telah memberitahu para perwakilan bahawa : Madu Lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5 dan vitamin C disamping pelbagai zat logam seperti magnesium, potaasium, kalsium, soium, klorin, blerang, dan zat besi. Para saintis dan pakar-pakar dari Poland telah memberitahu persidangan trsebut berhubung keberkesanan Madu Lebah di dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Sakit Puan. AL-HABBATUS SAWDA’ Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segalapenyakit kecuali mati”. Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr. Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Al-Habbah Al-Sawda boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati Al-Habbah Al-Sawda’ mengandungi BETASITOSTEROL. Ia adalah bahan untuk ANTI KANSER yang berkesan. The Journal of American Scientist melaporkan, al- Habbah al-Sawda’ bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikulT) DAN bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan. Al-Allamah al-Imam Syamsudin Abu Abdullah bin Abu Bakar al-Dimisgiy yang lebih terkenal dengan panggilan Ibnu Qayyim al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yng cukup terkenal “ZAD AL-MI’AD FI HUDA KHAYRI AL-IBAD”. Jika al-Habbah al-Sawda dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Memeperlancarkan keluarnya kencing, darah haid, dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak al-habbah al-sawda’ ke atas anggota badan. , insyaallah akan sembuh dari lumpuh. Doktor Abu Ali al-Husain bin Abdullah bin Sina yang lebih terkenal dengan Ibnu Sina dalam kitab besarnya, : “Al-Qanun fi al-Tibb” sebagai berikut : Al-Habbah al-Sawda’ boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini ia juga bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing, caranya ialah al-Habbah al-Sawda’ dicampur dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari” Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa al-Habbah al-sawda’ mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid. --------------------------------Kini kekuatan dan penyembuh yang disebut dalam Al-Quran dan al-Hadith serta pengiktirafan dari pakar-pakar perubatan dari pelbagai Negara di seluruh dunia telah dijadikan produk kesihatan yang merupakan satu kejutan dalam bidang perubatan moden, iaitu MADU SAWDA’ atau MASAD yang berfungsi : - sebagai ubat bagi manusia - sebagai makanan kesihatan yang bernilai tinggi - sebagai minuman kesihatan yang berkhasiat - sebagai penawar ksihatan bagi segala penyakit - sebagai kuasa penyembuh yang menakjubkan ------------------------------------Kita tidak menafikan pelbagai jenis “supplement” yang dijual dan digunakan oleh kebanyakan orang. Ada yang berkesan dan ada juga yang tidak memberikan sebarang kesan. Sekadar ingin mengajukan persoalan: “ Apakah kita tidak mempercayai ‘supplement’ yang disebut oleh Allah dan Rasulullah ini??”…Tepuk dada, Tanya Iman.. Ada orang menyebut, “Produk madu macam ni, boleh bertahan lama ka..”..(maksudnya,adakah tidak akan habis...) - kalau soalan macam ni, nak tanya balik, “Susu tepung keluaran New Zealand tu habis tak? Pernah dengar tak ada laporan kes, kanak-kanak atau keperluan susu tepung dunia kehabisan… - Fikir renungkanlah bersama…kalau susu lembu yang Allah tidak sebut secara terus di dalam alQuran pun tidak pernah kering, inikan pula madu lebah yang disebut oleh Allah malah terbukti keberkesanannya ..
- Percaya Al-Quran?..percaya Hadis?..So??! .... Hhmmm kalau tak jugak, doa-doalah semoga Allah tidak matikan lebah-lebah tu yee.. (Ppsstt… lebah sekor dua ka.?..;p ) Sekiranya diteliti kajian-kajian yang telah dilakukan sekarang semuanya telah terbukti apa yang Allah SWT dan Rasulullah SAW sebut. Kajian tersebut juga telah dijalankan oleh pakar-pakar perubatan Islam silam. Teori yang dinyatakan mereka telah terbukti keberkesanannya. Cuma sekarang, perlu di bongkarkan semula sahaja!!... Nah! Bayangkan..rahsia dan misteri kehebatan gabungan MADU dan HABBATUS SAWDA' ini..! Perkara yang Allah dan Rasulullah sudah janji.. Kuasa Allah, sememangnya manusia tidak mengetahui. Yakinlah padaNya. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web syarikat MENJARO (MENtal , JAsad, ROhani): http://www.menjaro.com.my (Laman web masih di ‘upgrade’ lagi)-sila lawati selalu..). So saya nak memperkenalkan Produk yang mempunyai kuasa penyembuh yang ‘sukar dijelaskan’ bagi segala penyakit .. Segala penyakit? Ya, segala penyakit..kenapa??..tak pecaya??!.. Lemah jantung, darah tinggi, kanser, lelah/ athma, diabetes, mati pucuk dan lain-lain lagi.. So kalau sesiapa yang nak cuba dahulu (samada untuk diri sendiri, diberikan kepada ibu bapa atau saudara mara yang mempunyai masalah kesihatan, malah yang sihat sekalipun), untuk mendapatkan produk secara terus, atau mengetahui keistimewaan menjadi ahli, bagi yang berada di UIAM atau disekitarnya, boleh hubungi no ni : 019-4270694 atau ingin mendapatkan maklumat secara detail berhubung produk atau ‘bagaimana menjana pendapatan’ bersama MENJARO boleh hubungi : Mat Ishak : 012-4085540 Marhaizan : 012-4090985 Satu lagi keluaran “Muslim Product”! MASAD : West Malaysia : RM49.60 (AHLI : RM 37.20) East Malaysia : RM53.60 MAHER : West Malaysia : RM53.00 (AHLI : RM 39.75) East Malaysia : RM57.00 MAS-Cafe: West Malaysia : RM 18.00 (AHLI : (RM 14.40) East Malaysia : RM 21.00 Sabda Rasulullah SAW, “Sembilan persepuluh dari setiap rezeki Allah itu terdapat dalam perniagaan”. p/s: Rasanya akan ada yang kata, : “Ni nak promote barang dalam blog dialah ni..”..Emm..mungkin juga, sebab ini adalah salah satu usaha kita..yang nak bagi rezeki adalah Allah..tapi that’s not the subject matter..apa yang penting, ‘kita membantu orang lain supaya Allah membantu kita’. Ramai pesakit yang sembuh dengan mengamalkan produk ni malah masih terus mengamalkannya..Alhamdulillah.. Jadi, terpulang kepada anda..
Antara lain, seperti yang disebut oleh Rasulullah “Ballighu ‘anni walau ayah”- Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat. So, secara tidak langsung, ayat Allah kita bacakan dan Hadis Rasulullah kita sebarkan… Disamping menginsafi hakikat kejadian diri kita yang serba lemah berbanding Khaliq yang Agung..
http://ahmadtaufik.wordpress.com/2006/10/16/rahsia-pemakanan-genius-genius-islam/
Rahsia Pemakanan Genius-genius Islam October 16th, 2006 Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan : 1. Madu Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2. Kismis Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan
kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari. 3. Susu Segar Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w 4. Telur Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru. 5. Halia Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi. 6. Limau Oren Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan. 7. Buah Delima Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.” 8. Daging Burung Merpati Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya. 9. Otak Ayam Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya. 10. Daging Ayam erbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11. Daging Biri-biri enambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan. 12. Hati Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13. Kekacang Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14. BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan. 15. ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. 16. KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula. 17. BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18. BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja. 19. LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20. BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan. 21. MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. 22. SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori
http://www.syariahonline.com/new_index.php/id/11/cn/2846 Konsultasi : Masalah Umum Bagaimana Cara Pengobatan Yang Pernah Dicontohkan Oleh Rosulullah Pertanyaan: Assalamu�alikum wr.wb 1. pak, Ustadz saya ingin tahu tentang pengobatan yang pernah rosulullah saw. dan bagaimana tentang syar'inya tentang pengobatan-pengobatan alternatif yang ada sekarang ini. 2. Pak, Ustadz bagaimana fenomena tentang penangkapan syetan dalam tubuh manusia yang ada sekarang ini. apakah sesuai dengan tuntunan Rosulullah atau tidak seperti dengan cara menangkap syetan dari jari kaki pasien. mohon jawaban dari bapak ustadz, terima kasih . wasalam Ika Sayuti Jawaban: Assalamu `alaikum Wr. Wb. Al-Hamdulillahi Rabbil `Alamin, Washshalatu Wassalamu `Alaa Sayyidil Mursalin, Wa `Alaa `Aalihi Waashabihi Ajma`in, Wa Ba`d
Para ulama tidak semuanya sepakat atas sistem pengobatan nabawi yang dijadikan bagian dari syariat Islam. Sebagian dari mereka mengatakan bahwa apapun detail yang dilakukan oleh Rasulullah SAW merupakan bagian dari syariat dan memiliki nilai hukum tersendiri. Namun sebagian lainnya mengatakan bahwa Rasulullah SAW adalah seorang nabi yang membawa hukum dan syariat dari Allah SWT kepada manusia agar mereka menjalankannya, bukan sebagai seorang dokter yang menyembuhkan. Kalau pun beliau diriwayatkan pernah melakukan pengobatan atau penyembuhan, maka tidak bernilai tasyri` atau memiliki nilai hukum syariah. Tetapi lebih kepada ilmu pengetahuan manusia yang ada di masa dan lokasi tertentu yang boleh dikerjakan atau ditinggalkan. Menurut mereka, t idak semua perbuatan dan perkataan Rasulullah SAW yang ada di dalam hadits-haditsnya merupakan tasyri` berkaitan dengan syariah yang bernilai ibadah. Di antara mereka yang memisahkan sunnah nabi ini antara lain adalah Imam Waliyullah Ad-Dahlawi (wafat 179 H), juga Al-Qarafi, Syaltut, Rasyid Ridha dan lainnya. Dalam kitabnya Hujjatullah Al-Balighah seperti dikutip al-Qaradawi, Ad-Dahlawi mengatakan bahwa sunnah (perkataan dan perbuatan) nabi itu terbagi menjadi dua klasifikasi : a. Sunnah dalam konteks penyampaian risalah yang diistilahkan dengan Tasyri`. Tasyri` adalah berupa ibadah yang memerintahkan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah baik hukumnya wajib atau mandub (sunnah). Dalam hal ini Allah berfirman : �Apa yang diberikan Rasul maka ambillah dan apa yang dilarangnya, maka tinggalkanlah (QS Al-Hasyr : 7) Di antara yang termasuk sunnah ini adalah hal-hal yang berkaitan dengan akhirat, surga, neraka, ketentuan ibadah, hudud, qishash, munakahah dan seterusnya. b. Sunnah bukan dalam konteks penyampaian syariat. Dalil yang mereka gunakan adalah sabda Rasulullah SAW, �Sesungguhnya aku hanyalah manusia, bila aku perintahkan sesuatu mengenai agama kalian, maka peganglah dan bila aku perintahkan sesuatu mengenai pendapatku pribadi, maka aku hanya manusia. (HR Muslim). Di perkara yang masuk dalam klasifikasi ini adalah masalah kedokteran/medis nabi, kebiasaan nabi dalam model pakaian, hal-hal berkaitan dengan adat suatu daerah, penegasan untuk mengingatkan masyarakat dan sebagainya. Contoh yang berkaitan dalam hal ini adalah perintah Nabi : �Peliharalah kuda hitam yang di dahinya ada bintik berwarna putih. (HR Ahmad). Dan juga hadits Nabi : �Sebaik-baik yang kalian gunakan untuk bercelak adalah itsmid (batu bahan celak), karena dia menjernihkan mata (HR Tirmizy). Kedua perintah di atas tidak bernilai tasyri` karena tidak berkaitan dengan ajaran agama tetapi berkaitan dengan pengalaman beliau untuk masalah keduniaan.
Bila mengacu pada pendapat kedua di atas, maka pengobatan seperti yang dikerjakan Rasulullah SAW tidak termasuk tasyri` atau tidak berkaitan dengan hukum-hukum syariat baik wajib atau sunnah. Namun kita tetap boleh melakukannya. Bahkan bila motivasi melakukannya adalah untuk ittiba` dan tabarruk (mengambil barakah) dari Nabi SAW, lebih utama. Pengobatan Alternatif Dalam pengobatan dapat dibagi menjadi dua yaitu pengobatan yang dihalalkan dan yang diharamkan. Pengobatan yang dihalalkan adalah segala macam pengobatan yang tidak bertentangan dengan Syariah, al:
1. Pengobatan nabawi, yang secara jelas teksnya disebutkan dalam Al-Qur�an maupun hadits, seperti pengobatan dengan madu, habah sauda� (jinten hitam ) air zamzam, ruqiyah dengan membacakan alqur�an bagi orang yang kesurupan dan kemasukan jin dll. 2. Pengobatan secara medis, yang secara ilmiyah dapat dipertanggung-jawabakan 3. Pengoabatan secara tradisional, seperti dengan jamu (dengan bahan yang halal dan tidak merusak), refleksi, dan obat-obatan tradisional yang lainnya (dengan bahan yang halal dan tidak merusak).
Sedangkan pengobatan yang haram adalah pengobatan yang menyimpang dari Syariah, seperti menggunakan sihir, dukun, meminta bantuan jin dll. Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab, Wassalamu `Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.
http://miharuyouth.wordpress.com/tag/islam-is-me-way/
Kisah Sesenduk Madu Posted in Emails From Me Friends, Islam Is Me Way at 11:55 am by miharuyouth Ada sebuah kisah yang simbolik yang cukup menarik untuk kita hayati. Kisah ini adalah kisah tentang seorang raja dan sesenduk madu. Alkisah, pada suatu ketika seorang raja ingin menguji kesedaran warganya. Raja memerintahkan agar setiap orang pada suatu malam yang telah ditetapkan mebawa sesenduk madu untuk dituangkan ke dalam sebuah bejana yang telah disediakn di puncak bukit di tengah kota. Seluruh warga kota pun memahami benar perintah tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakannya. Tetapi dalam fikiran seorang warga kota (katakanlah si A) terlintas suatu cara untuk mengelak, ‘ Aku akan membawa sesenduk madu penuh, tetapi bukan madu. Aku akan membawa air. Kegelapan malam akan melindungi dari pandangan pandangan mata seseorang. Sesenduk air tidak akan mempengaruhi bejana yang kelak akan diisi madu oleh seluruh warga kota’.
Tibalah waktu yang telah ditetapkan. Apa kemudian terjadi? Seluruh bejana ternyata penuh dengan air. Rupanya semua warga kota berfikiran sama dengan si A. Mereka mengharapkan warga kota yang lain membawa madu sambil melepaskan diri dari tanggungjawab. Kisah simbolik ini dapat terjadi, bahkan mungkin telah terjadi dalam pelbagai masyarakat manusia. Dari sini wajar jika agama, khususnya Islam, memberikan petunjuk-petunjuk agar kejadian seperti di atas tidak terjadi. “Katakanlah ( hai Muhammad), inilah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah disertai enggan pembuktian yang nyata. Aku bersama orang-orang yang mengikutiku.. ( Yusuf:108) Dal redaksi ayat diatas tercermin bahawa seseorang harus memulai dari dirinya sendiri disertai dengan pembuktian yang nyata, bau kemuadian dia melibatkan pengikut-pengikutnya. “Berperang atau berjuang di jalan Allah tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri, dan bangkitkanlah semangat orang-orang mukmin (pengikut-pengikutmu)…(Annisa’:84) Perhatikanlah kata-kata “tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri”. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Mulailah dari dirimu sendiri, kemudian susulkanlah keluargamu.” Setiaporang menurut beliau adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya, ini bererti bahaa setiap orang harus tampil terlebih dahul. Sikap mental demikianlah yang dapat menjadikan bejana sang raja penuh dengan madu bukan air.
http://www.geocities.com/azmi_brc/Nature/Lebah/firman.htm KEAJAIBAN DARI ALAM SEMULAJADI
FIRMAN DAN HADIS Anda tentu sedia maklum ALLAH S.W.T telah memberi kelebihan kepada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya. Firman ALLAH di dalam AL-QURAN. Surah AN-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:- Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Hendaklah engkau membuat sarang di gunung-ganang, di pokokpokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang di dirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalanjalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluar minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan ALLAH) bagi orang-orang yang mahu berfikir"
DARI HADIS NABI S.A.W, RIWAYAT MUSLIM Daripada Abu Said Al'Kudri r.a katanya, Seorang lelaki telah datang kepada RASULLULAH S.A.W lalu ia berkata. "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air". Sabda RASULLULAH S.A.W, "Minumlah madu kepadanya" Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada RASULLULAH S.A.W, "Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah". RASULLULAH S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W terus menyuruhnya supaya meminum madu. Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya RASULLULLAH, namun sakitnya bertambah juga. Sabda RASULLULLAH S.A.W, "ALLAH MAHA BESAR, perut saudaramu itulah yang dusta. Lalu diminumnya juga madu, maka sembuhlah saudaranya.
http://adneen.blogdrive.com/archive/73.html Aug 22, 2006 Kurma,Kismis dan Madu
Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. 1) KURMA Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". 2) KISMIS Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa". 3) MADU Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70
Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".