Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
” HINDARI BAHAYA SKIM CEPAT KAYA ” (5 Disember 2008M / 7 Zulhijjah 1429H)
ُحمّدًا َعبْدُ ه َ ُ وَأَ ْشهَدُ أَنّ َسيّدَنَا م.َُأ ْشهَدُ َأ نْ ل إِلَ هَ إِلّ الُ وَحْدَ هُ لَ َشرِيْ كَ لَ ه ِحِبه ْ َصص َ ِهص و ِ حمّدٍ َوعَلَى آل َ ُِكص عَلَى سَصيّدِنَا م ْ َسصلّمْ وَبَار َ صصلّ و َ ّ اَل ّلهُم.َُسصوُْله ُ َور ُمص ْ ِهص َولََتمُوتُنّ إِلّ وََأْنت ِ اّتقُوا لَ حَقّ ُتقَات،ِ فَيَا ِعبَادَ ال،ُ َأمّاص َبعْد.ََأ ْج َم ِعيْنص .َّمسْ ِلمُون Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan takwa kita kepada Allah SWT dalam setiap waktu dan keadaan, dengan sentiasa melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan demikian kita akan beroleh kejayaan di dunia dan mendapat keredaan Allah SWT di akhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk "HINDARI BAHAYA SKIM CEPAT KAYA". Keinginan untuk cepat kaya dengan jalan mudah telah menghilangkan pertimbangan waras di kalangan segelintir masyarakat kita hingga sanggup 1
mengeluarkan duit simpanan mereka untuk melabur di dalam skim ini. Mereka bernafsu besar untuk menjadi kaya dan mendapat kemewahan dengan cara yang cepat tanpa perlu bekerja keras, tetapi akhirnya mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit hanya dalam sekelip mata. Keadaan ini sangat bertentangan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang melarang kita daripada terjebak dengan perangkap
syaitan dan nafsu jahat:
Maksudnya: " Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu". Ketika mengulas perkara yang sama, Nabi SAW dalam hadithnya mengingatkan kita bahawa Allah SWT akan menjadikan jasad yang memakan makanan dari sumber yang haram sebagai bahan bakaran api neraka. Sabda baginda:
ِحتٍ فَالنّارُ َأوَْلىْ ِبه ْ ُُكلّ َجسَدٍ َنبَتَ مِنْ س Mafhumnya: "Setiap jasad yang tumbuh dari sesuatu sumber yang haram, maka neraka lebih baik baginya". (Kitab Sh'ubul Iman) Muslimin Yang Dirahmati Allah, Skim Cepat Kaya yang seringkali dijalankan di Malaysia terdiri daripada dua jenis aktiviti iaitu, Pengambilan Deposit Secara Haram dan Urusniaga Matawang Asing Secara Haram. Ada di antaranya beroperasi melalui internet seperti FOREX, E-GOLD, SWISS CASH dan lain-lain lagi.
2
Skim Pengambilan Deposit Secara Haram dapat dipastikan melalui ciri-ciri berikut: Pertama: Penganjur skim cepat kaya tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989; Kedua: Penganjur skim cepat kaya biasanya menjanjikan pemulangan semula wang deposit berserta dengan faedah yang jauh lebih tinggai berbanding dengan tawaran institusi kewangan berlesen; dan Ketiga: Penganjur skim cepat kaya tidak melabur deposit yang diterima dalam sebarang perusahaan yang menguntungkan. Keuntungan yang di dakwa dibayar kepada para peserta sebenarnya adalah wang para pendeposit. Bagi Skim Urusniaga Matawang Asing Haram pula, boleh dipastikan melalui ciri-ciri seperti: Pertama: Pengendali tersebut menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga matawang asing dengan syarikat induk yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga matawang asing di luar negara; Kedua: Memudahkan urus niaga matawang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet; Ketiga: Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga membuat pelaburan; Keempat: Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan
3
Kelima: Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka. Muslimin Yang Dirahmati Allah, Mimbar yang mulia ini ingin menasihatkan bahawa amalan skim cepat kaya memberi kesan buruk sebagaimana berikut: (1) Kepada penganjur pengambilan deposit haram mereka boleh dihukum maksima penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda sebanyak RM10 juta ringgit dan denda sebanyak RM100, 000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan. Bagi kesalahan urusniaga matawang asing haram pula ialah hukuman maksima denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan mahkamah boleh merampas mana-mana matawang atau hartabenda yang digunakan dalam melakukan kesalahan tersebut. (2) Bagi pelabur pula, mereka akan mengalami kerugian besar dengan
kehilangan wang simpanan yang telah dikumpul sekian lama dan yang lebih menyedihkan ada yang menanggung ratusan ribu hutang bank yang dipinjam kerana semata-mata ingin melabur dalam skim yang kononnya cepat kaya itu. Kerugian yang mereka alami ini bukan sahaja dilihat dengan kehilangan wang simpanan yang telah dikumpul selama hayat tetapi juga kehilangan sahabat-handai, saudara mara dan juga anak isteri. Apabila wang yang disimpan selama ini adalah untuk masa depan anak-anak, atau untuk kegunaan di hari tua, ahkirnya hilang begitu sahaja hanya kerana gara-gara kerana ingin menjadi kaya dengan cepat, malah ada yang lebih menyedihkan adalah apabila ada yang sanggup membuat pinjaman bank semata-mata ingin melabur di dalam skim ini dan akhirnya terpaksa menanggung hutang sepanjang hayat sehinggakan terpaksa menjual segala benda untuk membayar 4
balik hutang. Begitulah sebahagian daripada kisah-kisah benar yang berlaku akibat gara-gara terpengaruh dengan skim cepat kaya ini. (3) Manusia menjadi malas berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh kerana terlalu yakin dengan skim cepat kaya ini. (4) Penganjur dan para pelabur skim cepat kaya dilaknat dan mendapat
kemurkaan Allah SWT disebabkan amalan yang bertentangan dengan syariat Islam kerana ada unsur penipuan (gharar). Muslimin Yang Dirahmati Allah, Mengakhiri khutbah, mimbar ini menyeru seluruh umat Islam di negara ini, agar tidak tertipu dan terpedaya dengan pelaburan-pelaburan yang melanggar hukum syarak dan undang-undang negara khususnya SKIM CEPAT KAYA dengan mengambil langkah lebih berhati-hati seperti menyemak dengan pihak berwajib pelaburan yang sah dan selamat.
5