Hibernate Dan Biarkan Pc Anda Tidur

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hibernate Dan Biarkan Pc Anda Tidur as PDF for free.

More details

  • Words: 317
  • Pages: 1
Hibernate, Dan Biarkan PC Anda Tidur 22 February, 2008 (04:45) | istilah komputer, tips Windows | Oleh: Muhammad Khairul Ini satu fakta: saya tak pernah Shut Down PC saya. Ops, adakah itu bermakna PC saya terpasang 24 jam tanpa henti? Tidak sama sekali! Kalau saya biarkan ia terpasang saja sepanjang hari, dah tentu saya akan menyumbang kepada pembaziran elektrik. Dan membazir itu amalan syaitan, tak elok ^^ Saya tak Shut Down, tapi saya letakkan PC saya dalam mod Hibernate.

Apakah kelebihan Hibernate? Katakan anda buka pelbagai aplikasi dalam Windows; contohnya Microsoft Word, Firefox, Adobe Photoshop dan sebagainya. Dan anda tidak save lagi dokumen-dokumen dalam semua aplikasi tersebut. Apabila anda Hibernate komputer anda, ia akan terpadam, dan anda boleh menanggalkan plag eletrik. ON kan kembali PC anda, semua aplikasi tersebut masih terbuka, bersama semua dokumen yang anda belum save lagi tadi! Mudah kan. Proses ON kan semula PC juga lebih cepat jika anda Hibernate, berbanding dengan Shut Down.

Bagaimana Hibernate berfungsi? Dalam keadaan Hibernate, Windows akan terlebih dahulu menyimpan segala data anda ke dalam Hard Disk. Data ini kekal walaupun plag elektrik komputer ditanggalkan. Sebab itulah apabila anda ON kan semula PC, data tersebut masih ada. Berbeza dari mod Stand By, komputer hanya meletakkan data tersebut dalam RAM, dan data ini akan hilang sekiranya anda memutuskan bekalan elektrik.

Bagaimana Nak Hibernate PC? Klik Start Menu > Turn Off Computer. Pada paparan window yang keluar, tekan Shift dan butang Stand By akan bertukar kepada Hibernate. Anda juga boleh menetapkan butang Sleep pada keyboard anda (saya sendiri menggunakan cara ini). Ikuti langkah-langkah inidalam Windows XP: • • • • •

Right-click pada Desktop dan pilih Properties. Pada Display Properties, pilih tab Screen Saver. Pada bahagian Monitor Power, klik pada butang Power. Pada Power Options Properties, perhatikan bahagian Power buttons. Pada pilihan "When I press the sleep button on my computer:", pilih Hibernate dari drop-down menu tersebut. Klik pada butang OK.

Related Documents