HIASI DIRI DENGAN SIFAT MALU. Awda penonton muslimin muslimat yang dirahmati Allah…. Alhamdulillah..Kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kitani dan kita juga bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bersama pada pagi ani bagi sama-sama berkongsi ilmu dan maklumat khususnya tentang tajuk hari ani iaitu HIASI DIRI DENGAN SIFAT MALU. Insya Allah pada kesempatannya kali ini, saya akan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan sifat malu itu daripada segi pandangan Islam dan apakah pula kelebihan bagi orang yang memiliki sifat ini serta beberapa perkara yang berkaitan tentang tajuk ini. Awda penonton muslimin muslimat yang dirahmati Allah…. Sesungguhnya agama Islam itu memerintahkan umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan dan kemungkaran. Islam juga menyeru kita untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia dan terpuji yang dengan perbuatan tersebut akan dapat mendatangkan kebahagiaan dalam kehidupan kita sama ada di dunia mahupun juga di akhirat kelak. Dan antara akhlak yang dituntut supaya kita memilikinya ialah sifat malu. Di dalam kitab “Syarah Shahih Muslim”, Imam Nawawi Rahimahulluh ada menyebutkan bahawa sifat malu itu ialah : salah satu daripada akhlak yang mulia lagi terpuji dan ia melahirkan perasaan untuk meninggalkan perkara-perkara yang buruk ataupun jahat dan menegah daripada mengurangkan hak seseorang yang patut menerimanya. Ertinya, sifat malu itu sebenarnya ialah rasa malu untuk melakukan kejahatan atau perkara yang boleh mengurangi atau menggangu hak-hak orang lain yang sepatutnya diterimanya. Contohnya, rasa malu untuk membuang sampah merata-rata dan seumpamanya. Dari sini boleh kita fahami bahawa sifat malu itu boleh dijadikan sebagai sukat-sukat atau sebagai tanda aras bagi segala tingkah-laku kitani sama ada dari segi percakapan, perbuatan dan segala tindak tanduk yang kita lakukan seharian. Ini kerana sifat malu ini berkait rapat dengan keimanan seseorang. Ertinya, iman seseorang itu tidak akan lengkap jika sekiranya dia tidak 1
memiliki sifat malu. Perkara ini ada dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda :
والياء، وأَدنَاهَا ِإمَا َطةِ الَذَى عَنِ ال َطرِيق، أَفضَُلهَا قول لإله إل ال،ً" اليان بِض ٌع َوسَبعُو َن شُعَبة ) (أخرجاه ف الصحيحي."شُعبةٌ من اليان Maksudnya: “Iman itu mempunyai lebih dari tujuh puluh cabang, yang paling utama atau tinggi ialah ucapan La ilaha Illallahu dan yang paling rendah ialah menghapuskan atau menghilangkan perkara yang menyakiti/memudharatkan daripada jalan/tempat laluan dan sifat malu itu adalah salah satu daripada cabang keimanan” (Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim) Ya awda, dari hadis tadi jelas kepada kitani, bahawa sifat malu itu merupakan perkara yang amat penting kerana ia berhubungkait dengan iman. Oleh itu, bagi mereka yang memiliki sifat malu ini dia sebenarnya telah memiliki kelebihan-kelebihan tertentu antaranya: 1. Dia telah memperolehi kebaikan atau kebajikan. Perkara ini telah dijelaskan oleh nabi saw melalui hadis baginda yang berbunyi:
قال النب صلى ال عليه وسلم "الياء ل يأت إل: عن عمران بن حصي رضى ال عنه قال ) ( اخرجاه ف الصحيحي."بي ." "الياء كله خي: وقال Maksudnya: “Dari Imran bin hasin r.a. berkata, Sesungguhnya telah bersabda Rasulullah saw : “Sifat malu itu tidak datang melainkan dengan kebaikan”. Dan sabda Nabi: “Sifat malu itu adalah semua perkara baik”.
2
Berdasarkan hadis ini, orang yang bersifat malu itu pastinya akan sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan kerana dia akan merasa malu untuk melakukan kejahatan walaupun sekecil manapun bentuk kejahatan tersebut. 2. Sifat malu ini adalah salah satu akhlak dari akhlak para Nabi sepertimana Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
.) (سنن الترمذى." اليا ُء والتّعطر والسواك والنكاح:"أَربَ ٌع مِن ُسنَ ُن الُرسَلِي Maksudnya: “Empat perkara yang merupakan kebiasaan para Rasul ialah sifat malu, .”berharum-haruman, bersiwak dan bernikah
3. Ia adalah akhlak Islam. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi saw yang berbunyi :
) ( موطأ مالك و سنن ابن ماجه. وخلق السلم الياء،إنّ لكل دين خلقا Mkasudnya: “Sesungguhnya setiap agama itu mempunyai budi pekerti dan budi pekerti Islam ialah sifat malu”. Dari hadis ini, sewajarnya bagi kitani yang mengaku sebagai muslim ini hendaklah menghiasi diri kitani dengan sifat malu kerana ia merupakan antara ciri-ciri muslim yang sebenar. 4. Sifat malu boleh membantu kita agar sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah swt dan dapat mengelakkan daripada melakukan maksiat kepada Allah swt. Hal ini ada dijelaskan dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang berbunyi:
صحيح البخارى."َل ِم النُّب َوةِ الُولَى إِذَا َل تَستَحِ فَافعَل مَا شِئت َ " ِإ ّن مِمّا أَد َر َك النّاسُ مِن َك Maksudnya: “ Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah: Apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki”. Ulama menyebutkan ada 2 pendapat tentang penjelasan hadis ini : 1. Ia merupakan satu ancaman ertinya apa yang dilakukan sesukahati pasti akan dibalas Allah.
3
2. Ia merupakan satu suruhan ertinya jika perkara tersebut tidak memalukan diri sendiri, Allah dan orang lain, maka lakukanlah seperti yang engkau kehendaki. 5. Sesungguhnya kelebihan yang paling agung yang dikurniakan Allah kepada orang yang bersifat malu ini ialah dia akan dimasukkan kedalam syurga Allah yang luasnya terbentang antara langit dan bumi dan inilah sebesar-besar ganjaran atau kurniaan yang bakal kitani terima jika benar-benar memiliki sifat malu. Perkara ini telah disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
) (رواه الترمذى."لفَاءُ ف النار َ لفَاءِ وا َ والبَذَا ُء من ا،الياء من اليان واليان ف النة Maksudnya: “ Sifat malu itu adalah daripada iman, dan iman itu tempatnya adalah di syurga. Manakala mengeluarkan kata kesat itu daripada kekasaran/kejahatan dan kekasaran/kejahatan itu tempatnya dalam neraka”. Daripada kelebihan-kelebihan yang disebutkan tadi, ia sebenarnya mendorong kitani supaya kitani berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri kitani dan cuba untuk menghiasi diri dengan sifat malu secara berterusan tanpa mengira waktu dan keadaan. Ertinya, apapun yang kitani lakukan, di manapun kitani berada dan siapapun yang bersama kitani, sifat malu perlu ada dan perlu kekal bersama diri kitani. Perkara ini memerlukan didikan dan bimbingan yang berterusan lebih-lebih lagi kepada remaja-remaja yang kurang faham tentang sifat ini. Kadang-kadang ada sesetengah remaja kalau disuruh azan atau qamat, inda ia mau dan menjadikan malu sebagai alasan. Jika disuruh untuk menghantar kad jemputan atau menghadiri jemputan, inda mau dengan memberi alasan malu. Sifat malu yang seperti ini adalah sebenarnya malu yang tidak bertempat dan ia adalah tersasar daripada sifat malu yang dituntut di dalam Islam. Sebenarnya malu yang sebenar itu hanyalah kepada Allah swt sahaja bukannya kepada manusia. Sesungguhnya Hanya Allah lah yang sebenar-benarnya yang paling utama untuk kita merasa malu. Nabi saw pernah bersabda
4
yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah saja yang berhak kita malu daripadanya”. (Hadis Riwayat at-Tarmizi) Awda penonton muslimin muslimat yang dirahmati Allah…. Sesungguhnya Nabi saw pernah menjelaskan tentang pengertian malu yang sebenar itu ialah malu kepada Allah swt. Diriwayatkan, Nabi saw pernah bersabda kepada para sahabat di dalam satu perkumpulan dengan katanya “Malulah kamu kepada Allah sebenar-benar malu”. Lalu kami menjawab: “Wahai Nabi Allah, Sesungguhnya kami benar-benar malu kepada Allah dan segala Puji-pujian Semata-mata kerana Allah”. Baginda saw pun bersabda: “Bukan begitu, tetapi malu kepada Allah sebenar-benar malu ialah Engkau memelihara kepala dan apa yang ada di atasnya dan engkau memelihara perut dan apa… dan engkau mengingati mati dan bala dan barangsiapa menghendaki akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia dan barangsiapa yang melakukan perkara tersebut, maka ia telah malu kepada Allah sebenar-benar malu”. Maka jelas disini sifat malu itu bukanlah kita malu terhadap manusia bahkan kita sepatutnya malu kepada Allah semata-mata kerana Allah ada berfirman yang mafhumnya : “Sesungguhnya Allah melihat apa-apa yang kamu lakukan”.
Awda penonton muslimin muslimat yang dirahmati Allah…. Lazimnya, sifat malu ini sering dikaitkan dengan orang-orang perempuan atau wanita. Memang Islam sendiri meletakkan wanita sebagai orang yang sepatutnya bersifat malu. Perkara ini ada disebutkan di dalam Firman Allah Taala :
Yang Tafsirnya: Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya. Dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian Yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah Engkau bimbang Engkau telah Selamat dari kaum Yang zalim itu ". (Surah alQasas, ayat: 25)
5
Pada ayat tadi, disebutkan sifat malu itu dalam 2 bentuk: 1. Ia datang berjumpa kepada Nabi Musa dengan berjalan dengan malu-malu tanpa bergegas, megah dan mempersonakan. 2. Perkataan yang diucapkannya kepada Nabi Musa itu ringkas dan mudah difahami tanpa mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengannya Diriwayatkan dari Saidina Umar al-Khattab r.anhuma. : “Wanita itu datang kepada Nabi Musa dengan meletakkan tangannya di atas mukanya, Kemudian Nabi Musa pun berdiri bersamanya dan berkata: Engkau berjalanlah dibelakangku dan tunjukkanku jalannya dan aku akan berjalan di hadapanmu. Sesungguhnya Kami tidak melihat punggung wanita (yakni dengan berjalan di belakang) Walapun kisah ini menekankan keutamaan sifat malu itu pada wanita, akan tetapi tidaklah bermaksud golongan lelaki tidak perlu bersifat malu. Bahkan kita semua dituntut untuk memiliki sifat malu sepertimana yang dicontohkan oleh Nabi saw. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Said al-khudri r.a.
dia
berkata: “ ٍSesungguhnya Rasulullah saw itu lebih pemalu dari seorang anak dara dan jika baginda melihat sesuatu yang dibencinya maka kami mengetahuinya dari air mukanya”. Awda penonton muslimin muslimat yang dirahmati Allah…. Sesungguhnya sifat malu itu tidak menegah seseorang itu untuk bertanya tentang perkara-perkara yang berkaitan tentang agamanya, maksudnya kita tidak perlu malu jika hendak bertanya sesuatu yang berkaitan tentang hukum-hukum agama kerana khuatir akan tohaman orang lain atau takut dianggap nda pandai. Perkara seperti ini harus dielakkan sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Apatah lagi perkara yang ditanyakan itu merupakan asas-asas agama seperti mandi wajib, berwuduk dan
6
sebagainya. Perkara ini telah dicontohkan oleh Para sahabat Nabi saw antaranya: Diriwayatkan seorang perempuan bernama Ummu Sulaim r.anha datng berjumpa Rasulullah saw lalu ia berkata: “Sesungguhnya Allah tidak malu dari menyatakan kebenaran/perkara hak. Maka adakah wajib bagi seorang perempuan mandi apabila ia telah bermimpi?”. Maka dijawab oleh Nabi saw dengan sabdnya: “ Jika ia nampak/mendapati terkeluar air maka wajib ia mandi”. Jika sesorang itu tidak mampu untuk bertanya disebabkan oleh malu banar, maka dia buleh mewakilkan orang lain untuk bertanya bagi pihaknya atau melalui telepon atau mengirim surat dan sebagainya. Perkara ini telah dilakukan oleh Syadina Ali bin Abi Talib r.a. ia menceritakan bahawa Aku ada seorang lelaki yang keluar mazi dan aku malu untuk bertanya kepada Rasulullah saw disebabkan kedudukan anaknya fatimah r. anha. Maka aku menyuruh al-Miqdad bin al-Aswad untuk bertanya kepada baginda. Maka dijawab Baginda : “Basuhlah kemaluan itu dan berwuduklah”. Awda penonton muslimin muslimat yang dirahmati Allah…. Sebagai kesimpulan, Dalam usaha kita untuk mencari keredaan Allah swt, maka sewajarnya kita berusaha menanamkan sifat malu ini di dalam diri kitani dan berterusan memeliharanya. Ini kerana ia dapat membantu kitani menghindari segala kemungkaran yang ditegah oleh Allah swt. Kita juga perlu faham bahawa sifat malu itu sepatutnya hanyalah kepada Allah swt semata-mata dan ia secara tidak langsung memelihara diri kita di kalangan manusia umumnya. Kita dilarang bersifat malu dalam mempelajari agama kerana perkara ini boleh menyebabkan kita berterusan berada di dalam kejahilan dan ini
7
menyebabkan diri kita sukar melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Semoga Allah memberi kita rahmat dan kemuliaan di dunia dan di akhirat melalui sifat malu ini.
8