Hasil Kajian

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hasil Kajian as PDF for free.

More details

  • Words: 2,628
  • Pages: 18
NAMA BANGUNAN Saya telah ditugaskan untuk menjalankan kajian tentang bangunan bersejarah Saya telah memilih bangunan bersejarah, Muzium Sultan Abu Bakar, Istana Besar Johor. Nama Istana Besar Johor atau ‘The Grand Palace Of Johor’ telah digunakan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor iaitu sultan Johor yang ke-21 selain menjadi Bapa Johor Moden kerana bangunan ini merupakan istana dan pusat pemerintahan bagi negeri Johor pada masa itu. Seterusnya, nama Muzium Sultan Abu Bakar atau ’Royal Abu Bakar Museum’ digunakan semasa bangunan ini diishtiharkan sebagai muzium oleh Sultan Sir Mahmud Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi iaitu sultan Johor yang ke24 sebagai memperingati keunggulan dan kewibawaan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sri Maharaja Johor yang begitu besar ertinya kepada Kesultanan Johor dan seluruh rakyat negeri Johor. Nama muzium ini adalah sebagi sanjungan dan penghormatan tertinggi dan penghormatan tertinggi serta salah satu cara yang paling bermakna untuk mengabdikan nama dan identiti Almarhum Sulatan Abu Sir Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sri Maharaja Johor sebagai pengasas Kesultanan Melayu Moden, Bapa Pembangunan Johor Moden dan pembina Istan Besar Johor.

ASAL-USUL Istana Besar Johor merupakan salah sebuah bangunan terawal yang dibina di Tanjung Puteri yang sekarang lebih dikenali sebagai Johor Bahru. Sejak disempurnakan Pembinaannya pada 1 Januari 1866, ianya menjadi lambang keunggulan dan kadaulatan Kesultanan Johor serta menjadi pusat pemerintahan dan tumpuan perkembangan sejarah dan kebudayaan negeri Johor moden. Keunggulan Istana Besar Johor ini dapat memeperlihatkan kepada dunia bahawa Kesultanan Johor moden yang dibina oleh Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim mempunyai identiti kehebatan resam budaya dan keindahan adat istiadatnya yang tersendiri. Di sepanjang pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sri Maharaja Johor dan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Istana Besar Johor sentiasa meriah mencatatkan berbagai peristiwa penting dalam pergolakan sajarah negeri Johor. Ketuaketua negara, kerabat diraja dan orang-orang kenamaan dari negara-negara asing kerap mengadap Almarhum Sultan Sur Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim dan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar untuk menjalinkan persahabatan dengan Kerajaan Negeri Johor dan membalas lawatan rasmi Baginda ke negara mereka. Hingga ke akhir zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Istana Besar Johor berperanan seperti sebelumnya walaupun tempat persemayamam Baginda telah dipindahkan ke Istana Bukit Serene.

Sungguhpun keadaan yang sama masih berterusan di zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Mashur tetapi disebabkan disebabkan Istana Besar Johor telah lama dimamah usia, keadaan diluarnya kelihatan usang dan tidak lagi memperlihatkan keindahannya yang seperti dahulu. Lebih bekurun lamanya Istana Besar Johor melalui zaman-zaman kegemilangan dan kegemilangan sejarahnya yang tersendiri. Akhirnya, tanpa diduga, belaku satu perunahan diluar jangkaan apabila Sultan Sir Mahmud Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi menitahkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Istana Bukit Iskandar supaya Istana Besar Johor dijadikan Muzium DiRaja disamping terus mengekalkan peranan asalnya sebagai sebuah istana tempat melangsungkan segala adat istiadat kebesaran Kesultanan Johor Darul Ta’zim. Bermula pada tahun 1984, kerja-kerja pemulihan, pengubahsuaian dan menaik taraf bangunan Istana Besar Johor telah dilakukan agar ianya bersesuaian dengan keperluan dan konsep sebuah muzium DiRaja dan istana yang masih berperanan. Kini wajah barunya yang tersergam indah dapat memperlihatkan lagi seri kehebatannya dan menjadi mercu tanda yang sangat menarik di Johor Bahru. Kewujudan Muzium Sultan Abu Bakar dan pembukaannya kepada umum pada 11 Mei 1990 ini merupakan detik bersejarah yang akan memmberikan imej baru yang lebih hebat kepada Istana Besar Johor. Terdapat kira-kira lebih lima ribu jenis bahan koleksi yang kesemuanya dianggarkan kira-kira tiga puluh lima ribu buah ribu bahan tersimpan dalam bangunan ini.

PENGASAS Istana Besar Johor telah diasaskan oleh Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Temenggong Daeng Ibrahim yang telah Meletakkan nama dan bangunan Istana Besar Johor pada tahun 1864. Baginda telah mengilhamkan gaya Melayu-Inggeris dan mahukan istana ini dibina dengan pengaruh Renaissance. Kebanyakan perabot di istana ini telah ditempah khas dari England pada tahun 1866. Alat Kebesaran Negeri Johor juga yang tersimpan di dalam istana ini telah diilhamkan oleh Baginda sendiri. Pembinaan taman di istana ini telah dipantau sendiri oleh Baginda. Bangunan ini telah bertukar menjadi muzium diasaskan oleh Sultan Sir Mahmud Iskandar al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi pada jam 3.00 petang, 23 Februari 1982. Baginda telah menitahkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Istana Bukit Iskandar, Johor Bahru supaya Istana Besar Johor ini dijadikan sebagai Muzium DiRaja disamping terus mengekalkan peranan asalnya sebagai sebuah istana.

PEMBINAAN Istana Besar Johor telah dibina pada tahun 1864 dan siap sepenuhnya pada tahun 1866. Kosnya dianggarkan sebanyak 14 juta Riggit Malaysia. Istana ini telah dibina secara berperingkat oleh Wong Ah Fook. Pada peingkat pertama, Wong Ah Fook telah membina bahagian bangunan istana manakala pada peringkat kedua pula beliau telah membina bahagian Dewan Cina atau juga dikenali sebagai ’Council Chamber’. Menurut sumber pegawai Muzium Sultan Abu Bakar, arkitek yang bertanggungjawab ketika membina bangunan ini ialah Yahya Awaluddin manakala menurut buku Wong Ah Fook, Immigrant. Builder and Entrepreneur, bahawa arkitek bertanggungjawab dalam pembinaan istana ini ialah arkitek Eropah dan dibina oleh pekerja tempatan.

LOKASI Istana Besar Johor terletak dalam kawasan Taman Istana dan mudah untuk sampai dengan menggunakan Jalan Ibrahim atau Jalan Air Molek. Istana berhadapan dengan Selat Melaka. Disamping itu, istana ini terletak di sepanjang Jalan Tun Dr. Ismail, Johor Bahru. Istana Besar Johor ini beralamat Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor, 80500, Johor bahru, Johor darul Ta’zim, Malaysia. Bangunan berhampiran dengan Istana Besar Johor ini ialah Masjid Sultan Abu Bakar disebelah utara dan bangunan Pejabat Pos Besar serta bangunan Mahkamah Johor Bahru di sebelah selatan.

TUJUAN PENUBUHAN Istana Besar Johor ditubuhkan sebagai sebuah istana bagi negeri Johor pada suatu ketika dahulu. Disinilah tempat bersemayam Bapa Permodenan Johor, Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim dan kaum kerabatnya. Bangunan ini juga bertujuan sebagaitempat melangsungkan adat istiadat DiRaja seperti pertabalan, kemahkotaan, kemangkataan, peraturan mengadap, dan pelbagai lagi adat istiadat DiRaja. Disinilah tempat perkahwinan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Mashur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada 30 Ogos 1920. Disini jugalah tempat pertabalan Sultan Sir Ibrahim Al-Masyur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar sebagai Sultan Johor yang ke-23.

PERASMIAN Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeg Ibrahim telah mencemar duli telah meletakkan batu asasnya di tapak pembinaan Istana Besar Johor pada tahun 1866 sebelum lawatan pertama Baginda ke Eropah. Pada 11 Mei 1990, Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj Ibni AlmarhumIsmail AlKhalidi telah merasmikan Istana Besar Johor sebagai Mizium Sultan Abu Bakar.

SENIBINA Menurut maklumat yang telah diberikan oleh pekerja muzium, Istana Besar Johor mempunyai ciri-ciri senibina Barat dan diperindahkan lagi dengan unsur-unsur MelayuInggeris yang telah diilhamkan oleh Sultan Sir Abu Bkar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim. Menurut sumber internet pula, bangunan ini mempunyai reka bentuk yang menggabungkan senibina Melayu dan Inggeris yang diilhamkan oleh Dato’ Yahya Awaluddin. Bangunan ini juga depengaruhi dengan pengaruh Renaissance. Istana Besar Johor inni mempunyai dua bangunan iaitu bahagian bangunan istana dan bahagian bangunan Dewan Cina atau dikenali jiga sebagai ’Council Chamber’. Pada bahagian bangunan istana ini mempunyai dua tingkat dan terbahagi kepada tiga sayap iaitu Sayap Timur, Barat dan Utara. Pada Sayap Timur, terletaknya Dewan Santapan. Pada bahagian luar dewan ini, ada beranda yang berbentuk segi empat yang mengelilingi dewan ini. Pada Sayap Barat, di tingkat bawahnya terdapat bilik pameran seperti Bilik Peralatan Sajian, Bilik Senjata Melayu Tradisional, Bilik Tekstil dan Pakaian, Bilik Koleksi Perak, Bilik Plat Kebesaran Negeri dan Bilik Koleksi Keemasan. Di tingkat atasnya pula, terdapat Bilik Mesyuarat Majlis Jemaah DiRaja, Bilik Santapan DiRaja, Bilik Santapan DiRaja, Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Sultan, Biik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Sultanah, Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Putera DiRaja dan Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Puteri Diraja. Pada Sayap Utara pula, di tingkat bawah terdapat bilik-bilik pameran seperti Bilik Perburuan, Bilik

Cenderamata dan Bilik Piala. Di tingkat atasnya pula terdapat Bilik Singgahsana. Pada bahagian tengah bangunan ini terdapay Ruang Legar di tingkat bawah. Di tingkat atas pula terdapat Balai Mengadap Tetamu yang menganjur ke Selat Tebrau. Pada bahagian bangunan Dewan Cina atau’Council Chamber’ bentuknya kelihatan empat segi dan tengahnya terdapat pentas Pertabalan DiRaja. Pentas Pertabalan DiRaja ini dikelilingi oleh beranda yang berbentuk empat segi. Dewan ini dipanggil Dewan Cuna kerana di dalamnya terdapat ciri-ciri seni bina Negara China dan pada setiap tiang di dewan terdapat tulisan cina. Menurut catatan Florence Caddy yang merupakan salah seoarang tetamu istana ini pada tahun1880: ”Orang Melayu memanggilnya sebagai istana manakala orang Eropah memanggilnya Anglo-Indian. Ianya dibina oleh pekerja Cina dibawah kawalan arkitek Eropah. Dewan dan biliknya sangat besar dan berloteng. Tangganya diperbuat daripada batu marmar. Dewan di tingkat bawah dihiasi dengan potret keluarga DiRaja dan pasu-pasu Jepun yang tinggi nilainya yang dibawa pulang oleh Tuanku ketika melawat Jepun”

BAHAN BINAAN Istana Besar Johor ini dibina dengan menggunakan berbagai sumber seprti jubin seramik dari Eropah, batu marmar dari Itali, atap genting dari Cina, batu Granit dari Pulau Ubin, Singapura, batu-bata dari Singapura, dan kayu balak keras dari Hutan Johor yang dibekalkan oleh Kilang Papan Meldrun. Bahan yang jarang oleh manusia digunakan untuk membina istana ini yang dikenali sebagai ’Madras Chunam’. ’Mdras Chunam’ diperbuat daripada batu kapur, putih telur, dan gula kasar tanpa menggunakan pasir.

CARA PEMBINAAN Istana Besar Johor ini telah secra berperingkat. Wong Ah Fook yang bertanggungjawab dalam pembinaan istana ini. Pada peringkat pertama, bahagian bangunan istana dibina pada tahun 1864 dan siap pada awl tahun 1866. Pembinaan bahagian bangunan ini mengambil masa selam dua tahun untuk menyiapkannya. Istana Besar Johor ini dibina dengan kaedah yang istimewa kerana tiang dan dinding dan tiang istana ini dilepa menggunakan bahan yang unik iaitu ’Madras Chunam’ ’Madras Chunam’ akan dicampurkan dengan sebatian air dan hampas kelapa. Kemudian, ianya akan digaul dan dibancuh sehingga menjadi seperti plaster dan ditampal didinding dan tiang istana ini. Setelah ditampal, ianya akan ditunggu sehingga menjadi kering. Kemudian, ia akan digosok dengan batu bulat dan bedak batu untuk mendapatkan permukaan yang licin. Pada peringkat kedua, pembinaan bahagian Dewan Cina telah dibina. Sekali lagi Wong ah Fook bertanggungjawab dalam pembinaan bahagian dewan Cina ini. Dewan Cina ini siap selepas beberapa tahun pembinaan pada bahagian istana siap.

PENGUBAHSUAIAN Istana Besar Johor asalnya mempunyai beranda yang panjang di tingkat bawahnya. Ianya merupakan bangunan yang mempunyai kombinasi keterbukaan dan pengudaraan Banglo Tropika dengan ciri-ciri kebesaran Kebesaran Kediaman DiRaja. Walaubagaimanapun, Istana Besar Johor sekarang berbeza dengan Istana Besar Johor yang asal disebabkan oleh dua pengubahsuaian yang besar. Menurut sumber daripada pegawai Muzium Sultan Abu Bakar, pada tahun 1912, Sayap Timur istana ini telah diruntuhkan dan dibina Dewan Santapan. Menurut buku Wong Ah Fook pula, Immigrant, Builder and Entrepreneur, bahawa pada tahun 1918 sehingga 1919, Sayap timur Istana ini telah diruntuhkan dan dibina semula untuk dijadikan Dewan Santapan. Pengubahsuaian yang kedua berlaku pada tahun 1986 yangmelibatkan penggantian genting bumbung bewarna coklat kepada bunbung genting bewarna biru terang. Keseluruhan bangunan ini dicat semula dengan warna putih untuk memberikan ciri-ciri Mediterranean Palazzo. Di samping itu, bermula dari tahun 1984, kerja-kerja pemulihan pengubahsuaian dan menaik taraf terhadap bangunan ini dilakukan agar ianya bersesuaian dengan keperluan dan konsep sebuah Muzium DiRaja dan istana yang masih berperanan. Kini wajah barunya yang tersergam indah dapat memperlihatkan lagi seri kehebatan yang menjadi mercu tanda yang amt berharga untuk negeri Johor.

HIASAN DALAMAN Hiasan dalaman Istana Besar Johor ini berunsurkan Melayu-Inggeris. Kebanyakan perabot di istana ini ditempah khas dari England pada tahum 1866. Di dalam Bilik santapan DiRaja terdapat satu set meja makan yang dibuat pada tahun 1870. Kabinet yang menyimpan pelbagai jenis cawan ditempah khas dari Cina. Pada dinding bilik ini dihiasi dengan gambar-gambar Keluarga Diraja. Di dalam Bilik Mesyuarat Majlis Jemaah DiRaja terdapat satu set meja panjang berasal dari England. Terdapat juga kendi bertutup diperbuat daripada kaca gelap bersadur emas dan enamel yang berasal dari Turki. Pada dinding bilik bilik ini juga dihiasi dengan beberapa buah gambar Keluarga DiRaja. Di dalam Bilik Beradu Dan Persalinan Sultan, Bilik Beradu Dan Persalinan Sultanah, Bilik Beradu Dan Persalinan Putera DiRaja, dan Bilik Beradu Dan Persalinan Puteri Diraja terdapat sebuah katil yang besar sejak tahun 1860. Katil ini berukir indah. Setiap petak mengandungi hiasannya yang tersendiri. Kakinya berbentuk bulat, berukuran lebar 275 inci dan panjang 234 inci. Terdapat juga perabot yang laen seperti rak tuala bercirikan Melatu-Inggeris, almari pakaian bercirikan Melayu-Inggeris, meja berhias dan bangku ynag bercirikan Melayu-Inggeris dan sebagainya. Di dalam Balai Mengadap Tetamu, terdapat pelbagai set perabot seperti set perabot Kristal yang bearsal dari Perancis. Di sini juga terdapat lampu candelier yang dibeli pada kurun ke-19 di England dan beberapa buah potet Keluarga DiRaja yang digantung di dinding bilik ini. Bilik ini turut dihiasi dengan pelbagai jenis pasu dan arca yang berasal dari Cina.

Di dalam Dewan Santapan pula terdapat beberapa buah set meja makan yang mampu manampung lebih daripada seribu orang tetamu. Dewan ini dihiasi dengan lukisan Sultan Abu Bakar, Temenggong Daeng Ibrahim, Sultanah Helen Ibrahim, dan kaum kerabat DiRaja yang lain. Di bahagian tangga utama istana ini terdapat sebuah lukisan Sultan Sir Abu Bakr Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sri Maharaja yang kelihatan seolah-olah hidup kerana menggunakan teknik 3 D. Lukisan ini dilukis di atas kain kanvas. Di tangga utama ini juga dihiasi denganpelbagai jenis pedang yang digantung pada dinding dan beberapa buah pasu yang disusun kemas di tepi tangga ini. Di dalam Bilik Singgahsana pula terdapat sebuah pentasyang diatasnya diletakkan dua buah kerusi yang bewarna kuning berukiran harimau. Di sini juga terdapat beberapa buah kerusi untuk tetamu dan beberapa buah potret Kerabat DiRaja ynag digantung di dinding bilik ini.

KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG Ketika pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong daeng Ibrahim, Sri Maharaja hingga pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ibrahim , Istana Besar Johor merupakan tempat bersemayam sultan dan Kaum Kerabat DiRaja. Di sepanjang pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sri Maharaja, Istana Besar Johor sentiasa mencatatkan pelbagai peristiwa penting dalam pergolakan sejarah negeri Johor. Orang-orang kenamaan dari nagara asing seperti King Rama V dari Thailand dalam tahun 1896, Putera dan Puteri Higashi Fushini dari Jepun dalam tahun 1911, Putera Mahkota Carol dari Romania dalam tahun 1920, King Rama VI dan Ratu Thailand dalam tahun 1924, King Rama VII dan Ratu Thailand dalam 1928 dan ramai lagi kerap mangadap Sultan Sir Abu Bakar Ibni Amarhum Temenggong Daen Ibrahim, Sri Maharaja dan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Istana Besar Johor ini dijadikan sebagai tempat melangsungkan adat istiadat DiRaja. Peristiwa lain yang berlaku yang menjadi loiputan sejarah ialah penubuhan UMNO bagi menentang Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 dengan kebenaran daripada Sultan Johor, Dato’ Onn Jaafar telah mengadakan mesyuarat Kongres 1946 di Istana Besar ini dengan dihadiri oleh 29 persatuan negeri-negeri Melayu dengan 58 orang perwakilan dan 30 orang pemerhati.

Hingga ke akhir zaman pemerintahan Almarhum Sultan sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Istana Besar Johor berperanan seperti sebelumnya walaupun tempat persemayam Baginda telah dipindah ke Istana Bukit Serene. Sungguhpun keadaan yang sama masih berterusan di zaman pemerintahan Sultan Sir Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Masyur tetapi disebabkan Istana Besar Johor telah lama dimamah usia, kedaan di luarnya kelihatan usang dan tidak lagi menunjukkan keidahannya seperti dahulu. Bangunan ini telah dijadikan muzium pada semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ismail Al-Khalidi. Baginda menitahkan Istana Besar Johor ini sebagai Muzium diRaja di samping terus mengekalkan peranan aslnya sebuah istana tempat berlangsungsungnya segala adat istiadat kebesaran Kesultanan Negeri Johor. Pada masa sekarang, bangunan ini berfungsi sebagai tempat menyimpan khazanah dan koleksi keluarga DiRaja. Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ismail AlKhalidi telah menitahkan agar segala khazanah DiRaja Johor dismpan di dalam muzium ini didaftarkan dan dipelihara dengan sebaik-baiknya supaya dapat dijadikan sumber rujukan ilimiah kepada para penyelidik yang berkecenderungan untuk memahami dan menyelami sejarah Kesultanan Johor.

Related Documents

Hasil Kajian
May 2020 19
Hasil Kajian
May 2020 24
Hasil Kajian
April 2020 28
Hasil Kajian
June 2020 15
Hasil Kajian
April 2020 14
Hasil Kajian
May 2020 18