Hari Istimewa N Mati

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hari Istimewa N Mati as PDF for free.

More details

  • Words: 598
  • Pages: 1
Hari, Istimewa & dot dot dot Setiap hari adalah hari yang istimewa…?? Kenapa? Ha… yang nie kena fikirkan sendiri. Tapi la kan…. Satu persoalan yang sering kita lupa nak tanya pada diri sendiri… ya.. hari keMATIan. Iaitu saat terakhir kita menyedut gas oksigen dan menghembuskan gas karbon dioksida keluar dari paru-paru kita di alam dunia yang fana lagi menipu ini. Malaikat pencabut nyawa Izrail mengelilingi dunia tujuh kali sehari untuk mencabut nyawa anak Adam yang telah sampai ajalnya. Mungkin giliran kita bukan hari nie… tapi mungkin juga esok… lusa, tulat, tonggeng… <pastikan amalan soleh kita cukup… itu aje. Yang penting kita dah bersedia, betul?> Apapun …. sebenarnya mati itu sendiri bukan berakhirnya sebuah penghidupan. Masih ada satu lagi destinasi “dunia’ yang sedang menanti. Hidup di ‘sana’ lebih kekal dan abadi… jauh sekali dari menipu daya manusia. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali dan pulang setelah lama ‘mengembara’. Umpama menjawab kertas soalan peperiksaan dan di akhirat kita akan mendapat keputusannya. Berjaya… masuk Jannah dan gagal…. Tapi kita sebagai hamba 4W1 yang beriman dan tunduk menyerah kepada 4W1 wajib tahu yang kita masuk ke Jannah dengan izin dan rahmat kasih sayang 4W1 dan dijauhkan dari seksa dan azab api neraka juga dengan izin dan rahmat kasih sayang 4W1. Bukannya sebab amal ibadah kita. Dunia yang fana lagi penuh dengan segala tipu daya ini sebenar-benarnya adalah tempat menyemai benih sementara akhirat tempat pula kita akan menuai kerana hakikat kehidupan itu sendiri ibarat seorang musafir dalam pencarian amal dan ilmu. Maka sayugialah kita sebagai manusia yang berakal, ‘mengemis’ lah di dunia supaya kita tidak ‘mengemis’ di akhirat. Biar sebesar gunung mana pun, biar sebanyak mana pun buih di lautan segala dosa yang kita lakukan, besar lagi keAMPUNan dan rahmat kasih sayang 4W1 kepada hamba-Nya yang bertaubat. Oleh itu BERTAUBATlah selagi nyawa tidak sampai lagi di halkum kita dan matahari belum lagi terbit di sebelah barat kerana pintu taubat masih lagi terbuka. Dalam satu hadis Qudsi Nabi SAW ada bersabda bahawa rahmat kasih sayang 4W1 mendahului kemurkaan-Nya. Yakinlah dengan sebenar-benar yakin sesiapa yang bersungguh-sungguh cintakan 4W1, maka 4W1 yang bersifat arRahim akan membalas cintanya. 4W1 tidak akan sesekali mensesiakan cinta hamba-Nya yang beriman. Ingatlah dengan sebenar-benar ingat yang kita diciptakan daripada Adam dan Adam daripada tanah. Bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur sepanjang masa atas penciptaan kita sebagai manusia sebagai makhluk 4W1 yang paling sempurna sifat kejadiannya. Apa yang ada disisimu seperti pangkat, harta, ilmu dan kedudukan tidak kekal lama dan akan lenyap habis tetapi pahala jualah di sisi 4W1 jualah yang kekal lagi abadi. Letakkan dunia di sisi tanganmu dan jangan sesekali ia di dalam hatimu. Kelak rosak binasa dirimu sebab sombong dan bongkak. Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk. Jangan diikutkan resmi lalang. Kenalilah semua arus tetapi jangan sesekali kamu hanyut kerana arah arus. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru 2009 dan Hari Ibu pada semua guru dan ibu di seluruh dunia. Berbahagialah wanita yang beriman yang bergelar ibu dan pada masa yang sama bergelar guru. Sungguh beruntunglah manamana lelaki yang menjadi suaminya. Setitik air mata ibumu yang tumpah tidak akan sesekali sama dengan semangkuk air mata gewemu, markamu atau makwemu. Fikirkan…!!! Tema hari Guru ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Ilmu sebagai suluh penghidupan, amalan sebagai jalan. So apa lagi maka suluhlah jalan amalan hidupmu dengan ilmu dunia dan akhirat …. Supaya anda tidak tersesat jalan dan teraba-raba seperti orang buta. Silap hari bulan terpelusuk jatuh dalam lubang, tak bangun-bangun. Memang sungguh haru. Tak dapek den nak nolong. P/s- Chaiyok… Chaiyok… Chaiyok. Gambatte..!!!! 4.0 is our target.!! ILmu KIMI’A’ itu M U D AH… Insya 4W1… A…!!!

Related Documents

Hari Istimewa N Mati
May 2020 21
Hari Istimewa
May 2020 51
Tanda 100 Hari Sblm Mati
December 2019 14
Mati
October 2019 39
Mati
November 2019 40