Haqiqat Jin

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Haqiqat Jin as PDF for free.

More details

  • Words: 4,874
  • Pages: 23
Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

ISI KANDUNGAN TAJUK

HALAMAN

Abstrak

2

Pengertian Jin

3

Asal Usul Kejadian Jin

4-5

Pembahagian Jin

6

Bolehkah Manusia Melihat Jin?

6-7

Bolehkah Manusia Bercakap Dengan Jin?

7-8

Jenis dan Tugas Jin

8-9

Jin Boleh Menyamar

10

Tempat Tinggal Jin

10 - 11

Adakah Jin Mati

12 - 13

Adakah Jin Makan dan Minum

13 - 14

Jantina Jin

14 - 15

Jin Berkahwin dan Beranak-Pinak

15 - 16

Masa Jin Berkeliaran

16

Mana Lebih Dahulu, Jin Atau Manusia

17 - 18

Bolehkah Jin Ditangkap

19

Kesimpulan

19

Bibliografi

20

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

1

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

HAQIQAT JIN Oleh Saiful Rijal bin Haji Awang Damit 09sk006 Sarjana Muda Perguruan Ugama Usuluddin 2009/ 2010 Semester 1 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam

Abstrak Kertas ini sedikit sebanyak membedah alam jin untuk mendedahkan hakikat sebenar kejadian, kehidupan dan kegiatan jahat mereka. Walaupun kebanyakan orang Melayu mempercayai kewujudan jin, tetapi jarang ada yang tahu secara mendalam tentang hakikat sebenar makhluk Allah ini. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat menjadi benteng yang kukuh membendung akidah umat Islam daripada dicemari unsur-unsur syirik.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

2

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Pengertian JIN Dari segi bahasa “Jin” adalah kata jama’ yang menunjukkan jenis (Ismu Jinsin) bentuk tunggalnya (mufradnya) “Jinni”. Perkataan jin berasal daripada bahasa Arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu Jim dan Nun yang bererti sesuatu yang tersembunyi sebagaimana firman Allah di dalam AlQuran:





Maksudnya : “Apabila waktu malam sudah mulai gelap, dia (Ibrahim) melihat bintang” (Surah al-An’am : 76) Tiap-tiap perkataan yang beriringan daripada huruf jim dan nun maka maknanya tersembunyi, tidak kelihatan, yang tertutup atau yang gelap pekat. Jin itu digelarkan dengan nama sedemikian kerana ia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata zahir. Dari segi istilah Jin adalah suatu macam makhluk yang termasuk dalam golongan ruh yang berakal yang juga diberi perintah taklif (menjalankan syari’at agama) beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagimana halnya dengan bangsa manusia, hanya saja mereka itu tidak mempunyai bahan-bahan kebendaan sebagaimana yang dipunyai oleh manusia dan oleh sebab itu lalu tertutup dari pancaindera. Jadi mereka itu menurut keasliannya tidaklah dapat dilihat oleh mata, tidak dapat diketahui bentuk hakikinya dan mereka itu mempunyai kekuasaan untuk menjelmakan diri dalam bentuk lain yang kasar. Menurut pandangan Syed Sabiq di dalam bukunya Al-Aqaid Islamiah1, katanya jin itu suatu jenis roh yang berakal yang mempunyai kehendak. Mereka adalah mukallaf sebagaimana menusia, tetapi mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri yang membentuk diri mereka.

1

Al-Aqaid Islamiah – Syed Sabiq m/s 133

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

3

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Asal-usul kejadian jin Al Qurthubi menyatakan : Ulama berselisih tentang asal usul jin. Ismail meriwayatkan dari Hassan Albashri : jin adalah keturunan Iblis sedangkan manusia adalah keturunan Adam. Di antara kedua golongan ini ada yang beriman dan ada yang engkar (kafir). Keduanya sama-sama menerima pahala dan hukuman. Mereka yang beriman dari kedua golongan ini adalah wali Allah, sedangkan yang engkar adalah kafir dan dialah syaitan. Ad Dhahhak meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa jin adalah keturunan Aljaan. Mereka bukan syaitan. Ada yang beriman dan ada pula yang engkar dan kafir. Syaitan adalah keturunan Iblis. Mereka tidak akan mati sebelum iblis dan kelak akan mati bersamanya. Menurut Al-Quran, Allah s.w.t. mencipta jin daripada api yang panas. Dalam Al-Quran terdapat dua istilah api yang dijadikan jin itu. Ada yang dikatakan nar al-samum dan ada pula dikatakan marij. Marij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat panas bahangnya atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama mengatakan “Al-Marij” ialah api yang sangat terang dan mempunyai suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat pula mengatakan “Al-Marij” api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan al-samum iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samum yang telah sebati dengan Marij itulah Allah telah ciptakan jin, iaitu dari sel atau daripada nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendakiNya. Menurut suatu hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud menyatakan bahawa angin Samum yang dijadikan jin itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samum yang sangat panas. Asal kejadian jin ialah campuran “Jisim Syafaf” iaitu campuran api dan angin dan “Nurani” iaitu roh, akal, nafsu dan hati sesuai dan sepadan dengan kejadian jin. Oleh itu jelas sifat-sifat api itu juga ada pada jin. Api bersifat ringan, terdiri daripada campuran berbagai warna dan ia tiada berbentuk yang tetap; boleh memanjang, memendek, lentok ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dari segi faktanya jin dikatakan bergerak pantas; boleh terbang di udara dan menyelam di air. Jin juga diketahui ada berbagai-bagai warna. Ia boleh mengubah bentuk tubuh badannya; memanjang, memendek, bulat, lonjong dan sebagainya. Jin diizinkan oleh Allah untuk menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w. mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Rupa bentuk jin yang asal selepas dicipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan RasulNya sahaja yang mengetahuinya. Menurut setengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia. Selain itu jin mempunyai beberapa kelebihan seperti tidak dapat dilihat oleh manusia, dapat masuk ke dalam bumi dan mempunyai umur yang panjang. Semua kelebihankelebihan itu adalah hasil permintaan jin yang diperkenankan oleh Allah ketika awal-

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

4

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

awal jin diciptakan. Daripada Ibn Abbas r.a. : “Allah menciptakan pemimpin jin daripada nyalaan api. Kemudian dikatakan kepada jin yang baru dicipta itu : ‘Mintalah sesuka hatimu.’ Maka jin pun berkata : ‘Aku meminta agar aku dapat melihat tetapi aku sendiri tidak boleh dilihat, aku meminta agar dapat masuk ke dalam bumi dan aku meminta supaya dipanjangkan usia dan menjadi muda lagi sebelum mati.’ ” Jin dicipta daripada api iaitu lebih dahulu daripada manusia sebagaimana firman Allah s.w.t. :



  

 (Surah al-Hijr:27)

Oleh itu jelaslah penciptaan manusia adalah kemudian, tetapi tidaklah dapat diketahui secara tepat berapa tahunkah jaraknya penciptaan antara dua makhluk ini. Ibn Bashar AlQurasyi di dalam kitabnya Al-Mubtada daripada Abdullah bin Amr bin Al-As. Katanya: “Allah mencipta jin ini sebelum Adam selama dua ribu tahun.” Pendapat lain ada yang mengatakan 40 tahun. Walau bagaimanapun jumlah tersebut tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana tiada dalil atau nas daripada Al-Quran atau Hadith Rasulullah.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

5

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Pembahagian Jin Ibn Abid-Dunya di dalam kitabnya “‫ ” مكائد الشطان‬menyebut mengenai pembahagian jin ini dengan merujuk sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam alMustadrak:

‫الجصن على ثلثصة اصصناف صصنف لهصم اجنحصة يطيرون فصي الهواء وصصنف حيات توكلب‬ ‫وصنف يحلون ويظعنون‬ Maksudnya “Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan ketiga ada yang tinggal setempat dan yang berpindah-pindah.” Bolehkah manusia melihat jin? Kita boleh melihat jin kalau ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat bentuknya yang asal sebagaimana Firman Allah Ta’ala :

 Maksudnya : “Syaitan dan bangsanya boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka.” (Surah al-A’raf:27) Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan “Kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”2 Al-Imam al-Syafi’I r.a. mengatakan sebagaimana yang didengar oleh al-Rabi’ yang meriwayatkan oleh al-Baihaqi r.a. di dalam kitab Manaqib al-Syafi’i, “Barang siapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia sebagai seorang Nabi. Melihat jin dalam bentuknya yang asli hanyalah merupakan hal yang khusus bagi para Nabi sahaja. Setelah datang perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w. untuk berdakwah kepada jin dan membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada mereka. Allah Ta’ala telah mendatangkan serombongan jin dari negeri Nushaibain dan mengumpulkan mereka untuk berdakwah kepada mereka. Seorang sahabat Abdullah bin Mas’ud mengikuti bersama-sama baginda. Setelah sampai di luar kota Mekah Rasulullah memasuki sebuah kampung yang bernama 2

Fathul – bari 4/571

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

6

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Al Hajun. Baginda berhenti dan memerintahkan Ibnu Mas’ud untuk duduk seraya berpesannya: “Janganlah engkau pergi (meninggalkan tempat ini) sebelum aku datang kembali kepadamu.” Nabi pergi dan mulailah membacakan ayat-ayat Al-Quran. Aku hanya berdiam diri sambil melihat makhluk-makhluk yang nampak seperti burung geruda menggelepar turun dan berjalan, serta mendengar suara hiruk pikuk, sehingga aku merasa khuatir dan cemas terhadap diri Nabi yang sedang dikerumuni oleh makhluk-makhluk yang nampak kehitaman dan tidak jelas, menghalangi pandangan antara aku dengan baginda sehingga suara baginda tidak terdengar lagi, lalu makhluk-makhluk itu nampak terpisah-pisah seperti awam dan kemudian pergi meninggalkan baginda. Walau bagaimanapun kita boleh buat satu kesimpulan bahawa sesesorang itu dapat melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli. Atstsa’labi meriwayatkan dari Tsabit bin Quthbah, katanya: “Kita sedang dalam perjalanan ketika kita melihat seekor ular berlumuran darah. Seorang di antara kami mengambil ular (yang telah mati) itu, lalu menguburkannya. Tidak lama kemudian datang rombongan bertanya kepada kami: “Apakah ada di antara kamu orang yang telah mengubur Amar?” Kami kembali bertanya: “Siapakah Amar itu?” Amar yang kamu kubur di tempat itu”, katanya: “Ketahuilah, dia adalah salah satu di antara serombongan jin yang pernah mendengar bacaan Al-Quran dari Nabi Muhammad s.a.w. Ketika perang terjadi di antara dua golongan jin Islam dengan jin kafir, maka dia telah gugur di dalam peperangan itu.” Bolehkah manusia bercakap dengan jin? Sesungguhnya para rasul, nabi-nabi, wali-wali Allah, orang-orang soleh dan sebagainya boleh berhubung dengan jin, berbincang dan bercakap, juga boleh mengeluarkan jin dari jasad manusia melalui kekuatan zikir dan kekuatan rohani serta menundukkan mereka melalui kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Dan ini terbukti melalui al-Quran dan as-Sunnah. Sebagaimana Firman Allah Ta’ala :

  

 









09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

 7

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) telah diwahyukan kepadaku bahawasanya, telah mendengarkan sekumpulan jin (akan al-Quran) lalu mereka berkata, sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran yang menakjubkan memberi pimpinan ke jalan yang benar, kerananya kami beriman dan tidak akan mempersekutukan Tuhan kami dengan sesuatu pun.” (Surah al-Jinn:1-2) Peristiwa ini pernah terjadi antara Nabi kita Muhammad s.a.w. dan golongan jin yang beriman. Begitu juga perbualan antara Nabi Allah Sulaiman dengan jin Ifrit sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran :

   



Maksudnya : Berkata Ifrit ( yang cerdik ) daripada golongan jin ; “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai.” (Surah al-Naml:39) Al-Tabrani dan Abu Naim menjelaskan di dalam kitabnya al-Dalail riwayat daripada Ibn Mas’ud. Seorang lelaki keluar kemudian bertemu dengan jin, tiba-tiba jin itu berkata: “Apakah engkau boleh bergumpal atau berlawan denganku? Kalau engkau boleh mengalahkan aku, akan ku ajarkan satu ayat kalau dibawa ketika engkau masuk ke dalam rumah syaitan tidak akan masuk.” Maka berlawanlah kedua mereka. Akhirnya jin itu dapat dikalahkan. Maka jin itu berkata: “Engkau baca ayat al-Kursi, kerana kalau dibaca syaitan akan keluar dari rumah itu.” Ditanya orang siapakah gerangan orang itu? Siapa lagi kalau bukan Umar Ibn Khattab.

Jenis dan tugas Jin Ada ulama telah membahagikan jin ini kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada bidang tugas dan kerja-kerjanya.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

8

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

1. Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum. 2. ‘Ifrit adalah golongan jin tetapi mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah Ta’ala sebagaimana firman-Nya:

   



Maksudnya: Berkata ‘Ifrit (yang cerdik) daripada golongan jin: “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya (dan) dapat dipercayai.” (Surah al-Naml : 39) 3. Syaitan adalah ketua segala anasir yang membuat kebinasaan, kafir, fasik, sombong, enggan sujud kepada Adam a.s dan dia dikutuk dan dilaknat. 4. Al-Marid sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat.

 “Mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang derhaka.” (Surah An-Nisa’ : 117) 5. Al-Awamir, kerana ia lama tinggal di rumah manusia. Mereka tinggal di rumahrumah keluarga baik dan juga keluarga jahat. Merka suka mengusik. 6. Al-Arwah ialah sejenis jin yang suka menggangu kanak-kanak.3

3

Alamul Jin Wal Malaikah Bainal Hakikah Walkhayal oleh Hamdi Ad-Damardasa 27-28

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

9

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Jin boleh menyamar Jin merupakan makhluk yang boleh merupakan dirinya dalam berbagai-bagai bentuk sama ada berbentuk manusia, binatang, ular, kala jengking, lembu, unta, kambing, kuda, baghal, keldai dan burung.4 Ibn Hisyam menjelaskan dalam sirahnya bahawa jin/syaitan menyamar sebagai seorang syeikh yang datang dari Najd apabila orang Quraisy bermesyuarat di Dar Al-Nadwah mengenai keputusan yang sepatutnya hendak dibuat terhadap Rasulullah s.a.w. sama ada dibunuh, dipenjarakan atau dihalau keluar. Al-Qadhi Abi Ya’la, mengatakan bahawa syaitan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah bentuk kejadian mereka melainkan dengan ilmu yang diajarkan kepada mereka oleh Allah maka ia boleh mengubah diri mereka daripada suatu bentuk ke bentuk yang lain melalui sihir yang ada pada mereka. Tempat tinggal Jin Ramai bertanggapan bahawa jin tinggal di hutan-hutan belantara sehingga disebut orang kalau tempat itu agak terpencil maka dikatakan tempat jin bertandang. Sememangnya, jin suka tinggal di temapt-tempat yang kotor dan bernajis, seperti bilik air, tandas dan tempat pembuangan sampah, tempat-tempat runtuhan dan tinggalan orang, padang-padang pasir, tempat yang banyak berlakunya perkara syubhat dan maksiat, pasar-pasar dan tanah perkuburan. Kebanyakan yang tinggal di bilik air dan tandas ialah jin kafir yang merasa seronok dengan bau yang busuk kerana memang jasad mereka itu busuk. Anas bin Malik r.a. berkata: “Iblis telah bertanya pada Allah dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediamanku.” Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.” Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah beri anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?” Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah pasar, pusat beli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis maksiat.” Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab suci untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?” Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.” Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?” Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan 4

Al-Fatwa oleh Ibn Taimiyah 19/44

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

10

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

dusta.” Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk meraka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku” Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.” Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusanMu dari para Rasul dan juga Nabi, siapakah yang menjadi utusanku?” Firman Allah: “Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan aku.” Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?” Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.” Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?” Firman Allah: “Perangkap bagimu ialah wanita.” Selain itu, jin juga tinggal di kampung-kampung, di gunung-gunung dan lembah-lembah, di laut-laut sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang disebut oleh Abusy-Syeikh di dalam kitabnya “‫”العظمة‬

‫اختصصم الجصن المسصلمون والجصن المشركون فسصالوني ان اسصكنهم فاسصكنت المسصلمين الجلس واسصكنت‬ ‫الجن المشركين الغور‬ Maksudnya : Telah berlaku pertengkaran antara jin Islam dengan jin musyrikin, maka mereka memohon kepadaku untuk menempatkan mereka, secara berasingan. Maka aku letakkan jin Islam di kampung-kampung dan gunung-ganang dan aku tempatkan jin kafir di antara gunung dan laut.” Termasuk juga tempat-tempat yang disukai oleh jin/syaitan ialah tempat di antara cahaya matahari dan tempat teduh. Maksudnya di antara dua kawasan itu, dan dalam hal ini baginda Rasulullah s.a.w. melarang kita duduk di tengah-tengah kawasan itu.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

11

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Adakah Jin mati? Jin itu seperti makhluk-makhluk yang lain juga hidup dengan melakukan aktiviti mereka dan akhirnya menemui ajal mereka. Kemudian di padang mahsyar akan dihimpunkan dan akan dihitung segala amalan mereka. Firman Allah Ta’ala :

 

 





Maksudnya: “Setiap makhluk termasuk apa sahaja di muka bumi ini, (baik di atas mahupun di dalam bumi, di udara, di dalam sungai, laut dan di atas langit) kesemuanya akan menghadapi kematian dan kebinasaan. Melainkan Zat Allah Ta’ala baginya segala peraturan dan hukum dan kepadanya kamu akan dikembalikan.” ( Surah Al-Qasas:88 ) Jin juga boleh mati dibunuh. Abu Said Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah membunuh satu jin yang menyamar sebagai seekor ular. Jin juga mati terbakar setelah berusaha mencari berita dari langit sebagaimana Firman Allah Ta’ala :

5







Maksudnya : “Kecuali syaitan-syaitan yang memasang telinga (untuk mendengar AlQuran) mereka akan diikuti oleh sinar api yang terang.” ( Surah Al-Hijr : 18 ) Ibn Qutaibah meriwayatkan, katanya, “Ada seorang daripada Bani Ka’ab menyampaikan kepadaku, katanya, “Aku datang ke kota Basrah untuk menjual kurma. Tetapi aku tidak mempunyai tempat untuk bermalam kecuali sebuah rumah yang ku lihat dipenuhi dengan sarang labah-labah. Aku bertanya kepada beberapa orang di sekitar rumah tersebut, “Mengapakah rumah ini tiada penghuni?” Mereka menjawab, “Rumah ini ada pemiliknya” Lalu aku bertanya kepada pemiliknya, “Bolehkah kamu menyewakan rumah ini kepadaku?” Orang itu menjawab, “Selamatkanlah diri kamu. Di dalam rumah ini terdapat jin ‘Ifrit yang telah menjadikan rumah ini sebagai tempat tinggalnya. Dia akan membunuh sesiapa sahaja yang memasukinya.” “Sewakanlah ia kepadaku dan biarkan malam ini aku bersama dia. Mudah-mudahan Allah ta’ala menolongku menghadapinya.” 5

Umdatul – Qari Syarah Sahih Al-Bukhari lil Aini 10/19

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

12

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

“Terserahlah pada kamu,” lata pemilik itu. Maka aku pun bermalam di rumah itu. Ketika tiba waktu malam, datang kepadaku jasad makhluk yang sangat hitam, matanya dengan sinar merah laksana bara api. Dia memiliki bayangan gelap dan mula menghampiriku. Aku membaca ayat kursi seluruhnya. Ketika bacaanku tiba pada Firman Allah yang bermaksud: “… dan Dia (Allah) tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.” Lalu makhluk itu tidak dapat berkata apa-apa lagi kepadaku. Aku mengulangi bacaan tersebut beberapa kali sehingga bayangan gelap itu akhirnya hilang. Pada keesokan harinya, aku menemui di tempat makhluk yang menghampiriku itu kesan sesuatu yang terbakar dan menjadi bara. Kemudian aku mendengar suara, “Engkau telah membakar ‘Ifrit yang sangat besar. Aku bertanya, “Dengan apa aku membakarnya?” Dia menjawab, “Dengan Firman Allah yang berbunyi: “… dan Dia (Allah) tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.” Adakah Jin makan dan minum? Ulama mempunyai berbagai-bagai pandangan dalam hal ini, ada yang mengatakan :1. Kesemua jin tidak makan dan tidak minum. 2. Setengah jin makan dan ada setengah di kalangan mereka yang tidak mahu kepada makanan. 3. Kesemua jin makan dan minum. Walau bagaimanapun pendapat yang lebih kuat mengatakan bahawa golongan jin makan dan minum. Sebagaimana firman Allah Ta’ala :

  

 



 

 

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

13





      

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

 Maksudnya : “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kedua-dua Syurga itu mempunyai pohon-pohon dan buah-buahan. Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan? Di dalam kedua Syurga itu terdapat segala macam buahbuahan yang berpasangan.” ( Surah Ar-Rahman : 46-52 ) Dalam ayat ini menunjukkan sesungguhnya Allah Ta’ala menyediakan kepada hambahamba-Nya yang taat sama ada jin ataupun manusia dua Syurga. Jin dan manusia keduaduanya masuk Syurga dan berseronok padanya menunjukkan yang jin itu makan dan juga minum, kerana di dalam Syurga itu ada makan dan minum sebagai balasan Allah Ta’ala kepada mereka selain daripada balasan yang lain. Adapun makanan jin adalah sama dengan apa yang kita makan, baik biji-bijian, daging seperti yang kita makan mahupun tulang-tulang yang kita buang setelah kita makan dagingnya. Kita juga dilarang beristinjak menggunakan tulang dan najis binatang yang sudah kering kerana keduanya adalah makanan jin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

‫فلتستنجوا بهما لنها طعام اخوانكم‬ Maksudnya : “Jangan kamu beristinjak dengan keduanya (tulang dan najis binatang) kerana keduanya adalah makanan saudaramu (jin).” ( Riwayat Muslim, Tirmizi dan Ahmad ) Cara mereka makan pula berbeza-beza :1. Mereka hanya mencium sahaja. 2. Mereka makan seperti biasa iaitu mengunyah dan menelan. Jantina Jin Terdapat dua jenis jin iaitu jantan dan betina. Firman Allah Ta’ala :



09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

14

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

 



Maksudnya: “Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Surah al-Jinn:6)

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

15

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Firman Allah Ta’ala :

   Maksudnya: “Dan setiap benda Kami jadikan berpasang-pasangan semoga kamu beringat.” (Surah al-Dzariyat:49) Di dalam hadis pula disebut iaitu baginda Rasulullah s.a.w. apabila masuk tandas, baginda membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan jantan dan betina” Bentuk tubuh mereka ada yang pendek, ada yang tinggi dan ada bermacam-macam warna iaitu putih, merah, biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan jin Islam yang fasiq mempunyai rupa yang hodoh dan menakutkan. Manakala jin Islam yang soleh mempunyai rupa paras yang elok. Menurut setengah pendapat, tinggi jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan berumur sangat panjang dan ada berumur seribu tahun. Kepantasan jin bergerak adalah melebihi kelajuan cahaya dalam satu saat. Memandangkan jin adalah terdiri daripada makhluk yang kecil dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil boleh diduduki oleh berjuta-juta jin. Jin berkahwin dan beranak-pinak Umumnya ulama bersepakat mengatakan bahawa jin berkahwin dan beranak-pinak sebagaimana firman Allah Ta’ala :



 



Maksudnya : “Patutkah kamu mengambil dia dan kaum keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu?” (Surah al-Kahfi:50)

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

16

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Ayat ini menunjukkan bahawa mereka berkahwin dan beranak pinak. Al-Qadhi A.Jabbar menjelaskan bahawa maksud zurriyyah itu ialah anak-anak dan keluarga.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

17

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Al-Zamakhsyari di dalam kitabnya al-Kasysyaf menghuraikan sabda Rasulullah s.a.w. :

‫ان الجن يتوالدون كما يتوالد ادم وهم اكثر عددا‬ Maksudnya : “Sesungguhnya jin beranak-pinak, sebagaimana anak Adam dan mereka (jin) mempunyai lebih ramai bilangan.” (Riwayat Ibn Abi Hatim daripada Qatadah) Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan baligh. Berbeza dengan jin, di mana apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka jin perempuan akan terus mengandung dan beranak. Anak jin yang baru lahir itu pula akan terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat. Masa jin berkeliaran Syaitan dan jin ini rajin bertebaran apabila malam semakin menjelang atau pada waktu senja. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Jabir r.a. : Maksudnya : “Apabila malam telah hampir menjelang atau pada waktu senja, tahanlah anak-anak kamu (jangan izinkan mereka keluar) kerana ketika itu syaitan bertebaran. Setelah berlalu satu jam kemudian lepaskanlah mereka, tutuplah pintu, berzikirlah kepada Allah, tutup semua bejana kamu, sebutlah nama Allah dalam semua keadaan umpamanya kamu terserempak dengannya dan padamkan lampu-lampu kamu semuanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadith di atas bermaksud bahawa jin dan syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, lelaki dan perempuan, sama ada yang dewasa atau kanak-kanak.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

18

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Mana lebih dahulu, jin atau manusia? Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa jin dicipta terlebih dahulu berbanding manusia. Ini jelas melalui firman Allah Ta’ala :





 







  

 

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kepada Adam (penghormatan), maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” (Surah al-Baqarah:34) Iblis termasuk di dalam kelompok jin, ini adalah berdasarkan peristiwa kenabian Nabi Adam a.s. yang menunjukkan bahawa jin dicipta terlebih dahulu. Firman Allah Ta’ala :





 Maksudnya : Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab Iblis: “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah.” (Surah al-A’raf:12) Iblis enggan sujud ketika ia diperintahkan berbuat demikian disebabkan katanya api lebih mulia daripada tanah. Kononnya ia mengetahui kelebihan api daripada tanah. Hal ini menunjukkan bahawa ia dicipta terlebih dahulu.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

19

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

20

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman :









  



Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas.” (Surah al-Hijr:26-27) Ini menunjukkan dengan nyata bahawa jin dicipta sebelum kejadian Adam a.s. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan firman Allah Ta’ala :

 





Maksudnya : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah al-Dzariyat:56) Dalam ayat ini disebut perkataan JIN terlebih dahulu menunjukkan bahawa jinlah yang diciptakan terlebih dahulu. Yang menjadi perbincangan ialah berapa lamakah jarak di antara dua makhluk itu. Ibn Kathir di dalam kitabnya al-Bidayah Wan Nihayah juz 16 mengatakan jaraknya ialah selama dua ribu tahun. Begitu juga al-Syibli di dalam kitabnya Akmal Marjan7 mengatakan jaraknya ialah dua ribu tahun manakala setengahnya mengatakan bahawa 40 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh yang sebenar tidaklah diketahui kerana jarak yang disebutkan itu menurut ijtihad belaka yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah maka kita serahkan sahaja kepada Allah Ta’ala yang Maha Mengetahui segala-galanya.

6 7

Al Bidayah Wan-Nihayah 1/65 Akamul Marjan m/s 21

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

21

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

Bolehkah jin ditangkap? Ternyata di dalam sejarah bahawa Nabi Allah Sulaiman a.s. telah memenjarakan puakpuak jin yang degil ke dalam sebuah botol tembaga yang kecil dan dicampakkan jauhjauh ke tengah lautan. Al-Aqili di dalam kitabnya al-Dhuaf al-Kabir daripada Abu Said baginda Rasulullah bersabda: Maksudnya: “Nanti pada tahun 135, berpuak-puak syaitan akan keluar setelah mereka dikurung oleh Nabi Allah Sulaiman a.s. di Semenanjung Arab. Sembilan persepuluh akan ke Iraq dan sepuluh peratus akan ke Syam.” Al-Allamah Abdul Baqi al-Zarqani di dalam kitabnya al-Aslah al-Muhirah HauladDunya-Wal-Akhirah mengatakan tidak ada sebarang untuk mengurung jin bagi mereka yang diberi kuasa atau kelebihan oleh Allah. Sekiranya kepada Nabi dikira mukjizat dan kepada wali sebagai karamah. Kesimpulan Walaupun tidak dapat dilihat tetapi ia sebenarnya wujud. Malah ia sentiasa berlegar di sekitar kehidupan kita. Hakikatnya jin juga mempunyai kehidupan yang hampir sama seperti manusia makan minum, kahwin, beranak pinak, mati dan sebagaimana. Cuma bezanya ialah asal usul kejadian mereka, cara kehidupan mereka, alam mereka dan kelebihan yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka seperti kekuatan dan sebagainya. Syaitan adalah sejenis makhluk yang berasal daripada jin. Jin ada yang baik dan ada yang jahat maka setiap jin yang jahat disebut sebagai syaitan. Bahkan manusia yang jahat juga sebenarnya adalah syaitan. Firman Allah:



 

 

Maksudnya: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap nabi musuh daripada syaitan manusia dan syaitan jin.” (Surah al-An’am:112) Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri kita dengan senjata pertahanan untuk berhadapan dengan mereka dan senjata yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

22

Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin

BIBLIOGRAFI Al-Quran Al-Karim. Al-Quran dan Terjemahannya. 1415H. Kerajaan Saudi Arabia: Mujamma’ Al Malik Fahd Li Thiba At Al Mush-haf Asy-Syarif. Dato’ Hj Ismail Kamus. 2006. Jin - Hakikat dan Pengubatan. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd. Dato’ Hj Ismail Kamus. 2001. Jin - Rasukkan dan Pengubatannya. Selangor Darul Ehsan: Malindo Communications Sdn Bhd. Haji Abd Rahman Sulaiman. 2001. Iblis, Syaitan dan Jin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Mohd Safri Zainal Abidin. 2002. Perangkap Jin dan Syaitan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Sayid Sabiq. 1974. Aqidah Islam. Bandung, Indonesia: c.v. Diponegoro - Bandung. Amiruddin Faatih. 1999. Penerokaan Roh Ke Alam Ghaib. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah

23

Related Documents

Haqiqat Jin
June 2020 40
Haqiqat
July 2020 5
Jin
June 2020 23
Yu Jin
May 2020 20
Kuliah Jin
July 2020 16
Mengusir Jin
May 2020 11