Berita China Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-16 14:25:22 Print Comment Tembok Besar China -------------------------------------------------------------------------------CRI Orang China berbangga kerana Tembok Besar projek yang paling besar dalam sejarah manusia. Tembok Besar itu berliku-liku, terletak di utara China dan mempunyai pemandangan alam yang unik, sehingga dikunjungi oleh ramai pelanconng China dan luar negara. Pada tahun 1087, Tembok Besar telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia. Tembok besar mulai dibina pada zaman Negara_Negara Berperang lebih 2000 tahun yang lalu, merupakan projek pertahanan pada zaman purba yang paling panjang dan paling besar di dunia. Sebelum Maharaja Qinshihuang menyatukan China pada tahun 221 sebelum Masihi,
banyak negeri di pelbagai tempat di China telah membina Tembok Besar. Setelah Dinasi Qin ditubuhkan, Tembok Besar di pelbagai negeri dihubungkan menjadi "Tembok Besar" tembok pertama yang sepanjang lebih 5 ribu kilometer. Sehingga Zaman Dinasti Han, Tembok Besar sepanjang 10 ribu kilometer. Tembok besar yang dilawati oleh pelancong kini adalah Tembok Besar yang dibina Pada Zaman Dinasti Ming lebih 700 tahun yang lalu. Lama-kelamaan, kebanyakan Tembok Besar yang dibina pada pelbagai Dinasti tidak utuh. Tetapi, Tembok Besar yang dipelihara dengan agak utuh ialah Tembok Besar yang dibina pada Zaman Dinasti Ming. Ia bermula dari Tembok Gerbang Jiayuguan Provinsi Gansu di barat China, sehingga ke Sungai Yalu di Provinsi Heilungjiang timur laut China, panjangnya lebih 6 ribu kilometer.
Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian Tembok Besar China Encik Dong Yaohui berkata: "Dalam catatan sejarah, Tembok Besar pada Zaman Dinasti Ming sepanjang 6350 kilometer". Projek utama Tembok Besar ialah tembok yang tinggi dan panjang, ia dibina di puncak yang gunung tinggi atau dataran yang bentuk buminya berbahaya, agar dapat mengadakan pertahanan yang baik. Di atas Tembok Besar, terdapat seratus buah tembok gerbang serta puluhan ribu buah stesen pengesan musuh dan menara pengawal. Pasukan yang mengawal di Tembok Besar akan menggagalkan serangan musuh dengan menggunakan tembok yang tinggi dan kukuh. Banyak pertempuran yang dahsyat dilancarkan di Tembok Besar. Tembok Besar juga telah mengalakkan pembangunan ekonomi China. Pada masa dahulu, penduduk yang menetap di utara China ialah etnik minoriti nomad, orang bangsa Han yang menetap di daerah tengah China membina Tembok Besar secara berterusan untuk melindungi hasil pertanian dan mencegah rompakan kaum nomad. Encik Dong Yaohui berkata: " Tamadun bangsa China dapat dikekalkan dalam jangka panjang, dan sistem pertanian dapat berkembang dengan cepat, Tembok besar telah memainkan peranan yang amat penting. Ia menjamin perkembangan tenaga produktif yang maju, dan juga menggalakkan perkembangan ekonomi di kawasan nomad, agar pertanian dan ekonbomi kaum nomad mencapai perkembangan yang besar.
Malahan kini, Tembok Besar bukan hanya sebagai kemudahan ketenteraan, ia menjadi salah satu lambang bangsa China. Ia telah menarik ramai pelancong asing. Tembok Gerbang Juyongguan Badaling di pinggir Bandar Beijing, Tembok Gerbang Jiayuguan di Provinsi Gansu serta Tembok Gerbang Huangyaguan Tianjin dn Tembok Gerbang Shanhaiguan Provinsi Hebei sudah menjadi destinasi pelancongan Tembok Besar yang terkenal di China dan luar negara. Tembok Besar Badaling yang terletak di utara Beijing dipelihara dengan paling utuh, satu tempat yang selesa untuk mendaki tembok besar dan menikmati pemandangannya. Tembok yang tinggi dan kukuh, kebanyakannya dibina dengan batu granit dengan berlatarbelakangkan gunung, ketinggiannya purata kira-kira 8 meter, terdapat sebuah stesen pengesan musuh yang terletak sejauh 200 meter antara satu sama lain. Pada setiap hari, terdapat ramai pelancong China dan luar negara yang melawat Tembok Besar. Encik Bernas dari Perancis berkunjung ke Tembok Besar buat kali kedua. Beliau berkata: "Ini adalah kali kedua saya melawat Tembok Besar. Ia merupakan salah sebuah tembok yang sangat megah dan paling besar di dunia. Saya berasa terharu dan amat gembira setelah datang ke sini dan tidak akan
melupakannya. Walaupun, pada musim sejuk, salji melitupi puncak gunung, tertapi hari tetap cerah. Saya berharap, jika anda berpeluang ke China, jangan lupa melawat Tembok Bersar, dan ia tentu akan meninggalkan kenag-kenangan yang manis. Dalam masa 10 tahun yang lalu, China melaksanakan projek perlindungan Tembok Besar, membaik pulih sebahagian runtuhan Tembok Besar. Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian Tembok Besar China Encik Dong Yaohui menjelaskan: "Sebagai ratifak yang istimewa, Tembok Bersar tidak boleh disimpan sama seperti bangunan purba yang lain, Oleh itu, kerja perlindungan Tembok Besar perlu kerjasama semua orang dan meningkatkan kesedaran di kalangan semua rakyat untuk melindunginya.