GRAF GARIS : PANDUAN MELUKIS GRAF GARIS 1. Bagi memudahkan kerja melukis, sediakan jadual yang menunjukkan jenis-jenis pemboleh ubah, nilai atau data-datanya. 2. Lukiskan garis bagi paksi menegak dan paksi mengufuk mengikut kadar kepanjangan yang sesuai dan tandakan titik-titik skala yang sesuai pada garis paksi itu. Ini perlu diberi perhatian kerana ia akan menentukan kesesuaian saiz graf yang akan terhasil. Pastikan juga sama ada graf tersebut memerlukan satu atau dua skala yang berbeza ataupun tidak. 3. Tentukan bahawa paksi mengufuk adalah untuk pemboleh ubah bebas (seperti masa, umur, tahun dan sebagainya), manakala paksi menegak mewakili pemboleh ubah yang bergantung kepada faktor lain, iaitu berkaitan dengan kunatiti atau nilai. 4. Paksi menegak haruslah dimulakan dengan nilai sifar dan ketinggiannya mestilah melebihi sedikit daripada nilai maksimum bagi pemboleh ubah yang berkenaan. 5. Gunakan tanda-tanda titik(bukan pangkah atau bulatan) untuk menandakan nilainilai dalam graf. Kemudian, buatkan garisan untuk menghubungkan titik-titik itu. Garis itu mestilah halus dan tajam, tidak terlalu besar atau tebal supaya tepat dan kelihatan kemas. 6. Berikan tanda garisan yang berbeza sekiranya graf garis itu berupa graf garis banyak atau bandingan. Elok juga kalau dilukis dengan warna yang berbeza. 7. Sediakan petunjuk untuk menyatakan jenis-jenis pembolah ubah yang diwakili oleh garis-garis dalam graf. Jangan lupa untuk mencatatkan unit ukuran atau ukuran nilai pada paksi, misalnya RM juta, ‘000 tan metric, AS$ dan sebagainya. 8. Berikan tajuk yang sesuai dan sumbernya sekali. Tajuk mestilah ditulis dengan ‘Title Case’, di atas carta, manakala sumber di sebelah kanan di bawah carta.