Gigantic Movie Discription

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gigantic Movie Discription as PDF for free.

More details

  • Words: 1,318
  • Pages: 6
1

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

SEMESTER 1 SESI 2009/2010 Falsafah Sains dan Teknologi (DLHW 1722) TAJUK: Ulasan Filem GIGANTIC

DISEDIAKAN OLEH: FARIZUL MUIZ BIN ALIAS D050910021 DMF

DISEDIAKAN UNTUK: EN AHMAD RIDZWAN BIN MOHD NOOR

Ulasan penuh

2

Filem ini dapat diulas sebagai perubahan golongan muda yang menganggap bahawa dunia itu semuanya indah tidak perlu memikirkan sebarang masalah. Namun, setelah sekian lama

hidup

bersenang-lenang

mereka

sedia

menerima

perubahan

untuk

lebih

bertanggungjawab sebagai persediaan hidup untuk ke alam dewasa. Antara perubahan yang ingin dilakukan ialah seperti mengambil anak angkat dan mencari teman hidup yang sesuai. Menurut Kamus Dewan, perubahan yang berasal daripada perkataan 'ubah' membawa maksud lain, berbeza daripada sebelumnya. Perubahan membawa maksud peningkatan, perkembangan atau peralihan dari suatu tahap ke tahap yang lain. Maka perubahan zaman boleh dikatakan sebagai zaman yang berbeza dan mempunyai kelainan daripada zaman yang sebelumnya. Seseorang itu akan mengalami polar perubahan pemikiran apa bila menjelang dewasa

dan perkara ini terjadi secara semulajadi dalam kehidupan setiap individu. “

Pendapat carzo dan yanouzas ; Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan tidak dapat dielakkan apabila sudah tiba masanya”.( ms 46, Ainon Mohd & Abdullah Hassan ( 1994 ) , Teknik Berfikir : Konsep dan Proses , Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur).

Faktor- faktor seseorang itu berubah psikologi pemikiran adalah dirangsang melalui tekanan dalam hidup. Hal ini kerana, dengan tekanan yang dihadapi menyebabkan setiap individu melahirkan rasa ingin berubah. Contohnya apabila tertekan oleh desakan ibu bapa yang mahu anak mereka berfikiran lebih matang. “Tekanan pula boleh didefnasikan satu keadaan atau situasi dalaman atau persekitaran yang memerlukan penyesuaian ke atas organisasi. Sebarang bentuk tekanan cenderung untuk membangkitkan usaha berlebihan dan penerimaan aktiviti yang baru. ( goldenson, 1970 ). Appley dan Trumbull mendefinasikan tekanan sebagai suatu yang mempengaruhi gerak balas fisiologi dan tingkah laku terhadap ransangan yang tidak disukai. Setiap organisasi tidak boleh lari daripada tekanan kerja. Tekanan kerja terbahagi kepada dua iaitu tekanan positif dan tekanan negatif. Kesan tekanan kerja akan bertindak sebagai satu dorongan untuk meransang pekerja supaya berprestasi baik ( jaafar muhamad, 1997 ).”(www.wikipedia.com/perubahan).

Selain daripada tekan, perubahan juga berlaku akibat daripada pengaruh persekitaran. Dalam konteks pengaruh persekitaran merangkumi aspek-aspek pengaruh rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan, didikan agama dan gaya hidup. Perubahan ini

3

dapat dilihat sejak di bangku sekolah lagi. Boleh dikatakan hampir setiap manusia mengalami perubahan persekitaran. Contohnya apabila sesuatu komuniti itu berubah maka orang yang menyertai komuniti itu mengalami perubahan secara mendadak. “perubahan pemikiran secara mendadak akan berlaku apabila persaingan melalui persekitaran berlaku”. (Ms66 Jaafar Muhamad ( 1997 ) , Kelakuan Organisasi . Leeds Publications. Kuala Lumpur ). Di samping itu, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka.

Perubahan psikologi boleh merangkumi dalam aspek islam iaitu ‘hijrah’. Hijrah bukan sahaja merangkumi perpindahan dari segi fizikal malah kita haruslah meluaskan perspektif minda untuk perubahan akal dari segi mental. Perubahan berlaku sejak dahulu lagi demi memajukan sesuatu perkara. Kita boleh lihat contoh terbaik untuk umat islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam kehidupan remaja ke alam dewasa kehidupan Rasulullah s.a.w. sendiri baik semasa remajanya atau setelah dilantik sebagai rasul memperlihatkan kepada umat manusia bahawa baginda mempunyai akhlak dan keimanan yang tinggi yang telah membawanya ke maqam (kedudukan) manusia yang teragung. Pengiktirafan ini bukan sahaja dinilai oleh para sahabat baginda bahkan diakui sendiri oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud:“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat terpuji.”(Al-Qalam:ayat4).

Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu dan pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya membuka ruang yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa yang mereka inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian ke tahap di mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-aspek negatif yang dibawa dari kemajuan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu menjadikan keadaan dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka terjerumus ke lembah masalah sosial yang tidak mendatangkan faedah. Sekiranya perubahan yang diinginkan oleh remaja ialah peningkatan ilmu dan kualiti pemikiran, bersikap terbuka untuk mematangkan

4

pergaulan dan menambah pengalaman yang berguna, perubahan yang bakal berlaku pada remaja adalah perubahan yang berfaedah yang akan menjadikan remaja memiliki kualiti tersendiri apabila remaja memasuki alam dewasa nanti.

Perubahan - perubahan akan melibatkan 3 proses iaitu pencairan, pergerakan atau perubahan dan pembekuan semula. Peringkat pencairan adalah mencipta sebanyak mungkin motivasi untuk perubahan. Jika wujud perasaan tidak selesa dengan situasi sekarang, kita mungkin merasakan keperluan terhadap perubahan. Peringkat perubahan adalah peringkat perubahan itu sendiri. Perubahan yang berlaku melibatkan penerimaan maklumat baru, semua pihak didedahkan kepada konsep baru dan lebih telus atau melihat pada situasi dari sudut pandangan yang berlainan. Peringkat pembekuan akan menstabilkan perubahan itu. Sebelum ini berlaku pergolakan dan pergolakan itu perlu dibekukan atau dihapuskan. Perubahan banyak melibatkan kelakuan manusia. Jika perubahan tidak sejajar dengan sikap dan kelakuan orang lain, kemungkinan perubahan yang dibuat tidak menjadi atau tidak berkesan. Oleh itu pengukuhan kelakuan baru amatlah penting.(ms255, Zurina Hassan ( 1994) , Cabaran Wawasan 2020. Malindo Printers Sdn. Bhd).

Tanggungjawab

apabila

psikologi

berubah

adalah

bertitik

tolak

daripada

perkembangan individu itu dari segi fizikal dan psikologi yang mewujudkan pelbagai desakan. Selain itu individu itu juga berhadapan dengan kehendak dan jangkaan masyarakat terhadapnya. Desakan dalaman dan luaran ini mewujudkan satu situasi yang berkehendakkan individu untuk mempunyai perasaan untuk terus berjaya dan berubah. Remaja perlu bangga dengan dirinya, mengguna dan melindungi dirinya dengan berkesan dan memuaskan. Masyarakat banyak mengutamakan rupa fizikal dan pertumbuhan sebagai pengukur sama ada remaja itu cantik, lebih tinggi daripada rakannya atau adik beradiknya untuk mendapat pujian. Kerana masyarakat mengajar remaja menilai diri berasaskan rupa fizikal, maka adalah dijangkakan perkara ini menjadi punca kebanggaan, minat, keyakinan, keraguan, kegelisahan dan perasaan rendah diri di kalangan remaja. Menerima diri seadanya akan membawa kepada kebanggaan dan kepuasan diri. “jika seseorang itu merasa selesa dengan diri sendiri maka perkara di sekelilingnya akan selesa”.( ms10, Jas Laile Suzana Jaafar,(2000), Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur).

5

Emosi pula merangkumi tekanan yang dihadapi namun ia merupakan satu titik tolak untuk para remaja berubah setelah sekian lama kita lihat para remaja kelihatan amat hina di mata pada zaman ini. Remaja yang berjaya mengawal emosi mampu mengawal emosi orang yang berada di sekelilingnya. Dari perspektif islam sudah lama umat islam pada zaman dahulu telah ditindas oleh orang-orang khurish namun ia merupakan satu semangat pada mereka semua untuk terus berjuang dan tidak pernah mengalah walau apa pun yang terjadi. Hal ini kerana cinta akan agama yang menyebabkan tekanan menjadikan perubahan untuk berjuang.

Remaja harus mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa tetapi membina kasih sayang yang erat serta hormat terhadap mereka dan orang dewasa lain. Remaja yang gagal dalam tugas ini mempunyai tabiat bergantung kepada ibu bapa, tidak berupaya berfikir sendiri tentang perkara penting dan tidak tahu berinteraksi dalam persekitaran orang dewasa kerana masih lagi seperti kanak-kanak dari segi emosi. Hal ini kerana ibu bapa merupakan medium terbaik untuk menunjukkan perkara-perkara baik dan elok. Ibu bapa menjadi contoh sejak kecil lagi ibu bapa juga seharusnya menjadi ‘role model’ kepada anak-anak.

Kesimpulan Perubahan banyak berlaku di sekeliling kita namun untuk mencapainya memerlukan pengorbanan. Hal ini, tidak dapat dielakkan melainkan kita terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka. Cenderung untuk memilih jalan yang baik sentiasa terbuka dan diterima umum hal ini kerana setiap orang pernah mengalami perubahan mahupun cepat atau lambat. Jadi sama-samalah kita membuka minda dan berfikiran matang seperti minda kelas pertama supaya hidup lebih bahagia. Selain itu, seluruh manusia haruslah menghormati dan membantu kepada sesiapa yang mempunyai rasa ingin berubah walaupun hanya niat yang terlintas di hati. Dorongan dan bantuan haruslah diberi supaya mereka dapat terus mengekalkan perubahan yang dialami .

6

Related Documents

Pf Discription
July 2020 9
Company Discription
August 2019 25
Movie
November 2019 60
Movie
June 2020 35