Gerakerja Kokurikulum Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua murid harus ada perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan juga rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah juga bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu. Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:
menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid. memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-murid. mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam sekolah dan di antara sekolah-sekolah. membina dan meningkatkan disiplin murid-murid. membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan menggembirakan. membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.