Geo Maahad Yan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geo Maahad Yan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,570
  • Pages: 18
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Geografi saya, Puan Siti Mawar Binti Hashim kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kerja Kursus Geografi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada pengetua sekolah, Ustaz Abdullah Bin Haron yang telah

memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan serta tunjuk ajar kepada saya ketika menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang turut membantu saya iaitu, Amri, Aiman, Azim dan Akram kerana sudi berkongsi maklumat yang berkaitan dengan Bukit Jalil dan juga yang telah sudi menjadi respondan saya dalam kajian ini.

Saya memilih tajuk, “Petempatan dan Perkembangannya di Bukit Jalil dan Dibandingkan dengan Singapura” untuk projek Kerja Kursus Geografi. Saya memilih kawasan Bukit Jalil ini kerana menepati tajuk kajian dan kawasan ini juga berhampiran dengan rumah dan sekolah saya. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah selama lapan minggu.

Negara yang dibandingkan dengan kawasan Bukit Jalil ialah Singapura. Saya memilih Singapura sebagai negara bandingan kerana negara tersebut terletak berhampiran dengan Malaysia, iaitu di hujung selatan Semenanjung Malaysia. Singapura adalah sebuah negara yang pesat membangun dengan pelbagai jenis kegiatan ekonomi dan juga merupakan sebuah negara yang berkeluasan kecil.

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut: Mengkaji jenis dan pola petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan dengan Singapura.  Menghuraikan faktor yang mempengaruhi petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan dengan Singapura.  Menjelaskan fungsi petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan dengan Singapura.  Menghuraikan masalah petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan dengan Singapura.  Mengenal pasti langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan dengan Singapura.  Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap Bukit Jalil.

Kawasan kajian saya ini ialah Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Saya memilih kawasan Bukit Jalill ini kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu kira-kira 20 km. Bentuk muka bumi di sekitar Bukit Jalil ialah kawasan tanah tinggi iaitu diantara 0-150 meter dari aras laut. Bukit Jalil terletak di sebelah utara. Ketinggian permukaan bumi di sini melebihi 1500 meter.

a) Pemerhatian

: Saya membuat pemerhatian tentang petempatan di Bukit Jalil.

b) Temu bual

: Saya telah menemu bual ayah, ibu dan abang saya iaitu, Encik Dahalan Yaacob, Puan Noraihan Salleh dan Encik Mohd Adib Safwan Dahalan yang telah memberi maklumat tentang Bukit Bukit.

c) Soal Selidik

: Saya menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat. Saya telah menyediakan satu set soal selidik untuk diajukan kepada 20 respondan di Bukit Jalil.

d) Rujukan

: Saya telah melayari internet untuk mendapatkan peta daerah Bukit Jalil dan peta negara Singapura serta maklumat-maklumat yang berkaitan.

8.1

Jenis dan pola petempatan

Kawasan kajian saya adalah di Bukit Jalil. Jenis petempatan di Bukit Jalil adalah petempatan bandar kerana penduduknya yang padat. Kepadatan penduduknya adalah lebih daripada 200 orang sekilometer persegi. Pola petempatan di kawasan Bukit Jalil ialah berpusat kerana setiap rumah dihubungkan dengan jalan raya untuk memudahkan pergerakan penduduk dan jumlah penduduknya juga agak padat.

Berbanding dengan Singapura jenis petempatanya adalah petempatan bandar. Ini kerana penduduknya yang sangat padat dan tidak sesuai dengan keluasan Singapura yang agak kecil jika dibandingkan dengan Malaysia. Pola petempatan di Singapura ialah berpusat kerana rumah dan bangunan banyak dibina rapat-rapat. Saya berasa amat bersyukur dan selesa tinggal di kawasan Bukit Jalil kerana kejadian yang berlaku di Singapura tidak terjadi di kawasan Bukit Jalil.

8.2

Faktor yang mempengaruhi petempatan

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi yang terdapat di Bukit Jalil adalah tanah tinggi. Melalui pemerhatian saya, sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan ini terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata. Keadaan bentuk muka buminya yang hampir rata memudahkan pembinaan petempatan di kawasan Bukit Jalil.

Di negara yang saya bandingkan iaitu Singapura, saya dapati bentuk muka buminya adalah tanah pamah tetapi terletak di kawasan kepulauan yang kecil dan kedudukannya terletak di antara Malaysia dan Indonesia. Selain itu, Singapura juga merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung Malaysia.

Saya sangat berbangga tinggal di Malaysia kerana di sini terdapat pulau yang luas dan bersih sama juga jika dibandingkan dengan Singapura pulaunya agak kecil tetapi kelihatan bersih.

Kegiatan ekonomi

Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Bukit Jalil ialah perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan yang dijalankan serta dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kedai menjual makanan, kedai menjual pelbagai barangan dan kedai yang menyediakan pelbagai perkhidmatan.

Di kawasan Bukit Jalil terdapat perniagaan yang menjual makanan seperti Restoran Seri Baiduri, AZM Catering, Kak Non Catering dan sebagainya, manakala perniagaan yang menjual pelbagai barangan ialah 7 Eleven, Watson dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga kedai yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kedai Hasnah Textile dan kafe siber.

Dari segi kegiatan ekonomi di Singapura pula terdapat banyak perniagaan yang dijalankan iaitu kedai menjual makanan, kedai menjual pelbagai barangan dan kedai yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Perniagaan di Singapura lebih maju daripada Bukit Jalil kerana penduduknya yang padat telah mempengaruhi kegiatan ekonomi.

Walaupun kegiatan ekonomi di Singapura lebih maju daripada Bukit Jalil tetapi saya tetap berbangga menjadi warganegara Malaysia.

Darjah ketersampaian

Darjah ketersampaian di Bukit Jalil adalah tinggi. Berbanding Singapura saya dapati darjah ketersampaiannya juga adalah tinggi.

8.3

Fungsi petempatan

Fungsi petempatan di kawasan Bukit Jalil ialah perniagaan kerana terdapat banyak kedai. Dibandingkan dengan Singapura, fungsi petempatannya ialah perniagaan kerana di sana terdapat pelbagai jenis kedai. Walaupun Bukit Jalil tidak semaju Singapura dari segi perniagaan tetapi saya sangat gembira tinggal di sini.

8.3

Masalah petempatan

Terdapat pelbagai masalah petempatan di kawasan Bukit Jalil. Antara masalah tersebut ialah kesesakan lalulintas dan pencemaran. Masalah kesesakan lalulintas berlaku pada waktu pagi dan petang. Ini kerana semua orang sibuk pergi dan juga balik kerja. Selain itu, masalah pencemaran pula terjadi disebabkan penduduk tidak menggunakan tong sampah dengan baik dan akan menyebabkan bau busuk.

Saya dapati Singapura juga mempunyai masalah yang tersendiri. Antaranya ialah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat tinggal. Masalah petempatan di Singapura lebih kurang sama dengan Bukit Jalil. Kesesakan lalulintas berlaku disebabkan jalan yang kecil dan sempit. Kekurangan tempat tinggal berlaku akibat kekurangan tanah untuk membina rumah yang baru. Keadaan ini berlaku disebabkan kepadatan penduduk Singapura.

Saya berasa amat bersyukur kerana penduduk di Bukit Jalil tidak mengalami masalah petempatan yang sama seperti di Singapura yang kekurangan tempat tinggal.

8.5

Langkah mengurangkan masalah petempatan

Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah petempatan di Bukit Jalil adalah seperti berikut. Bagi masalah kesesakan lalulintas, jalan raya haruslah dinaik tarafkan dan diperlebarkan. Pencemaran boleh dikurangkan jika pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang seperti mengenakan denda yang tinggi bagi orang yang membuang sampah.

Berbanding dengan Singapura, terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah petempatan ini. Masalah kesesakan lalulintas seperti sudah menjadi kebiasaan di Singapura, tetapi keadaan ini harus dielakkan. Ianya sama juga seperti keadaan di Bukit Jalil, melebarkan jalan raya harus digunakan sebagai alternatif utama dalam membantu menyelesaikan masalah. Bagi masalah kekurangan tempat tinggal pula, kita tidak dapat membantu sepenuhnya untuk menambahkan bilangan tempat tinggal. Jadi sebagai langkahnya, pihak kerajaan seharusnya membina rumah atas air.

Saya berasa berbesar hati kerana saya dapat mengurangkan masalah petempatan di Bukit Jalil dengan lebih mudah. Jika hendak dibandingkan dengan Singapura terdapat beberapa kesulitan untuk menangani masalah petempatan di Singapura.

Kajian yang telah dijalankan di Bukit Jalil di Kuala Lumpur ini telah memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengkaji jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu Bukit Jalil. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, perkembangan ekonomi dan sebagainya. Berdasarkan kajian yang saya jalankan, saya dapat menjelaskan fungsi petempatan di kawasan Bukit Jalil dan juga negara Singapura ianya tidak banyak persamaan. Di samping itu, saya dapat mengenal pasti masalah di kawasan Bukit Jalil dan negara Singapura serta mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah petempatan.

Akhir sekali, hasil dari kajian saya, saya ingin mencadangkan supaya penduduk di Bukit Jalil bersatu padu. Saya sebagai seorang warganegara Malaysia berasa amat bersyukur kerana mempunyai negara yang amam merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Jadual di bawah menunjukkan jenis kegiatan ekonomi di sekitar Bukit Jalil:-

JENIS PERNIAGAAN

BILANGAN

Kedai menjual makanan

10

Kedai menjual pelbagai barangan Kedai yang menyediakan pelbagai perkhidmatan Jumlah

6 3 19

Faktor mempengaruhi petempatan di Bukit Jalil

Bentuk Muka Bumi

Tanah Tinggi

Tanah Pamah

Perkhidmatan

Perniagaan

Buku Ilmiah Chong

Mui

Sen,

Azizan

Hj.

Abu

Samah,

2003.

Geografi

Tingkatan

2.

Malaysia : Percetakan Saufi. Abd

Rahim

Md

Noor,

2004.

Geografi

Tingkatan

3.

Malaysia : Cerdik Publication Sdn. Bhd. Orang Sumber Encik Dahalan bin Yaacob, 53 tahun, No 5222-5 Kuarters Guru Sekolah Sukan Bukit Jalil,57000 Kuala Lumpur. Puan Noraihan binti Salleh, 50 tahun, No 5222-5 Kuarters Guru Sekolah Sukan Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur. Encik Adib Safwan bin Dahalan, 27 tahun, No 3 Taman Sri Siantan, 57000 Kuala Lumpur. Internet http://maps.701panduan.com/?zoom=4&lat=3.11164&lon=101.64237&layers=BTT0T& keyWord=bukit%20jalil&area=All

http://www.dromoz.com/directory/place/?id=3593&p=bukit+jalil http://www.stayressingapore.com/images/singapore-map.jpg http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore http://en.wikipedia.org/wiki/Bukit_Jalil

Borang Soal Selidik

o Nama

: _________________________________________

o Umur

:(

) 18-30an

o Jantina

:(

o Bangsa

:( (

o Jenis pekerjaan

(

) 50 ke atas

) lelaki

(

) perempuan

) Melayu

(

) India

) Cina

(

) Lain-lain

:(

(

) kerajaan

) 30-50an

(

) swasta

(

) sendiri

o Jenis bentuk muka bumi di kawasan kajian: (

) rata

(

) tanah tinggi

(

) bukit-bukau

(

) paya

o Masalah yang dihadapi di kawasan Bukit Jalil: (

) kesesakan lalulintas

(

) pencemaran

(

) kekurangan tempat tinggal

(

) kekurangan infrakstrutur

Related Documents

Geo Maahad Yan
May 2020 4
Yan
May 2020 14
Yan
June 2020 10
Maahad Dinniyah
December 2019 32
Maahad Darussalam
May 2020 3