Geo 2009 Di Pekan Jaya Gading

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geo 2009 Di Pekan Jaya Gading as PDF for free.

More details

  • Words: 2,088
  • Pages: 20
Pekara

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian

Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan

Lampiran Rujukan

Muka Surat

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya ialah: 1) Tuan Pengetua Puan Aluwiyah bt Osman kerana memberi keizinan kepada saya untuk melaksanakan Kajian Geografi Tempatan. 2) Guru geografi saya, Puan Hamsiah bt Baim kerana memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan folio ini. 3) Ibu saya, Noora binti Ghazali kerana memberi dorongan kepada saya sehingga selesai folio ini. 4) Bapa saya, Mohd Dasir bin Omar kerana memberi bantuan kewangan 5) Ketua kampung Pekan Jaya Gading kerana memberi kerjasama kepada saya dalam memberi penerangan. 6) Ahli kumpulan saya seramai empat orang ahli yang telah membantu dalam mencari maklumat secara berkumpulan. 7) Penduduk Pekan Jaya Gading yang telah menjadi responden saya dalam kajian ini.

1

Nama saya Mohammad Hafiz Bin Mohd Dasir. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran geografi,saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan.Saya telah memilih tajuk Petempatan Pekan Jaya Gading serta kawasan sekitarnya dan perbandingannya dengan Negara Canada. Saya memilih negara ini kerana ciri iklimnya yang berbeza dengan negara kita, tempat tinggal yang berlainan dan cara hidupnya berlainan dengan petempatan Pekan Jaya Gading. Saya memilih Pekan Jaya Gading kerana berhampiran dengan tempat tinggal saya yang memudahkan saya mendapatkan maklumat. Saya memilih St.lawrence, Canada untuk perbandingan kerana disana terdapat juga banyak kemudahan dan aktiviti perniagaan untuk dibandingkan dengan aktiviti di negara kita.

Saya diberi tempoh menjalankan kerja kursus ini selama lebih kurang selama sepuluh minggu bermula pada minggu ini iaitu 6/3/09.

2

Kami menjalankan kajian ini untuk



Menyata dan menghuraikan jenis dan pola petempatan diPekan Jaya Gading dan St. Lawrence, Canada



Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Pekan Jaya Gading dan St Lawrence, Canada



Menjelaskan fungsi-fungsi petempatan di Pekan Jaya Gading dan St Lawrence, Canada



Menghuraikan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Pekan Jaya Gading dan St Lawrence, Canada



Mengenalpasti masalah petempatan di Pekan Jaya Gading dan St Lawrence, Canada



Menyata dan mengamalkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme dalam kehidupan saya dan masyarakat.

3

Kawasan yang saya jalankan ini ialah di Pekan Jaya Gading. Pekan ini dahulunya sebuah penempatan kecil dan kini telah menjadi sebagai Pekan Jaya Gading. Bentuk muka

bumi pekan ini ialah tanah pamah dan beralun yang berpotensi sebagai pusat petempatan, pertanian dan perniagaan. Banyak kilang, stesen minyak,pasaraya, dan bank dibina untuk memajukan kawasan Jaya Gading. Lokasi Pekan ini dari arah bandar Kuantan ialah dari baratdaya. Jarak mutlak dari Kuantan ialah kira-kira 16km. Perjalanannya lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki teksi dan kos tambangnya ialah RM5.00 dari bandar. Lokasi kawasan kajian saya adalah seperti rajah di sebelah. Jumlah penduduk secara kasar yang terdapat di kawasan pekan ini ialah lebih kurang 10 000.Rata-rata penduduk di kawasan ini bekerja sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, buruh dan bekerja sendiri.

4

Antara kaedah yang saya gunakan ialah: Kaedah Pemerhatian;

Saya telah menjalankan kaedah pemerhatian di kawasan kajian saya sebanyak tiga kali. Saya telah menjalankan pemerhatian keatas jenis bentuk muka bumi, jenis pola peta petempatan, fungsi-fungsi petempatan dan masalah petempatan.

Soal Selidik: Saya telah menjalankan kaedah soal selidik dan menemu bual 20 orang responden (Rujuk di helaian lampiran) untuk mengetahui jenis bentuk muka bumi, jenis pola peta petempatan, fungsi-fungsi petempatan dan masalah petempatan.

Temu Bual: Saya telah menemu ramah Tuan Hj Samad iaitu pengerusi dikampung Jaya Gading untuk mengetahui fungsi-fungsi petempatan dan masalah petempatan dan cadangan mengatasi masalah petempatan

Rujukan; Saya telah menggunakan kaedah rujukan melalui buku Geografi tingkatan 2&5 dan internet untuk mencari bahan-bahan yang di perlukan untuk kajian saya.

5

1)Jenis dan pola petempatan di kawasan Pekan Jaya Gading & St.Lawrence

Kawasan Pekan Jaya Gading merupakan kawasan petempatan luar bandar. Terdapat dua jenis pola petempatan di kawasan ini iaitu pola berjajar dan berpusat.

Kawasan St.Lawrence merupakan kawasan luar bandar. Terdapat dua jenis pola petempatan iaitu berjajar dan berpusat.

a) Pola Petempatan Berjajar Petempatan ini dikatakan berjajar kerana petempatan ini yang selari dengan Jalan Jaya Gading iaitu Pekan Jaya Gading sepanjang Jalan Gambang. Rajah petempatan berjajar

Rajah 1: Petempatan Berjajar

6 B)

Pola Petempatan Berpusat Pola Petempatan Berpusat ialah seperti di kem tentera udara/darat, Taman Seri

Mahkota Aman, Taman Seri Mahkota Jaya. Kawasan kem ini telah disediakan oleh kerajaan.Terdiri daripada kuaters tentera, kedai, Sekolah Pangkalan Tentera, Padang Golf, tasik Padang Polo.

Manakala bagi petempatan di Taman Seri Mahkota Aman, Taman Seri Mahkota Jaya terdiri daripada rumah teres, ters dua tingkat, rumah kedai.Kemudahan awam pula ialah seperti masjid, pondok telefon, tadika, sekolah agama rakyat, bank, rukun tetangga, stesen minyak.

Rajah petempatan berpusat

Rajah 2: Petempatan Berpusat

-Saya bersyukur dan berbangga kerana kawasan petempatan Pekan Jaya Gading dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduk.

7

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Pekan Jaya Gading dan St. Lawrence D

C





Ketersampaian Kemudahan Pengangkutan -Jalan raya, Lebuhraya, Lapangan kapal terbang

Dasar Kerajaan Industri Kecil Sederhana

A Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan dikawasan pekan Jaya Gading dan St. Lawrence

B

• • • •



Bentuk Muka Bumi Tanah pamah yang rata

Kegiatan Ekonomi Perkhidmatan Perniagaan Perindustrian Pertanian

Rajah 3: Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan

8

A) Bentuk Muka Bumi •

Kebanyakan petempatan luar bandar terletak dikawasan tanah pamah. Keadaan bentuk muka bumi yang rata, beralun dan luas memudahkan pembinaan petempatan perindustrian, perkhidmatan, pertanian dan lain-lain.



Kawasan Pekan Jaya Gading, Taman Seri Mahkota Aman merupakan kawasan tanah pamahyang memudahkan pembinaan petempatan, kawasan Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, lapangan terbang, bangunan pejabat, kuaters, dan sebagainya.

B) Kegiatan Ekonomi •

Pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perindustrian, dan pertanian telah mempengaruhi penduduk di kawasan Jaya Gading.



Pada awalnya Taman Seri Mahkota Aman merupakan kawasan pertanian kelapa sawit pada tahun 1992. Dan sekarang tanaman kelapa sawit telah dibersihkan untuk digantikan dengan taman perumahan.



Aktivii pertanian sebahagian besarnya dijalankan oleh penduduk di kampungkampung Jaya Gading dengan tanaman sayur, buah-buahan.



Kegiatan perniagaan dan perindustrian ( kilang elektronik, IKS ) di Pekan Jaya Gading mengalakkan pembukaan dan perkembangan taman-taman perumahan. Kebanyakkan pekerja-pekerja kilang tersbut tinggal di kawasan perumahan di sekitarnya



Selain itu, terdapat juga perkhidmatan iaitu pusat perkhidmatan pejabat pos.perkhidmatan klinik, perkhidmatan bank, dan lain-lain mengalakkan petempatan penduduk di sekitar Pekan Jaya Gading.

9

C) Darjah Ketersampaian •

Ketersapaian bermaksud mudah untuk sampai kesesuatu tempat. Pertempatan Pekan Jaya Gading ini terletak berhampiran dengan jalan raya Kuantan-Gambang. Selain itu, kawasan ini terletak kira-kira 10kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah dan kira-kira 8kilometer dari Lebuh Raya Pantai Timur.



Oleh itu, penduduk dikawasan ini tidak menghadapi masalah dari segi pengangkutan sama ada ke Bandar Kuantan atau Bandar-bandar lain seperti Jerantut, Rompin dan Pekan. Pengangkutan darat yang di sediakan ialah bas express dan perkhidmatan udara juga seperti Mas, Firefly, dan Air Asia

Nilai Dan Unsur Patriotisme •

Saya dan penduduk di Pekan Jaya Gading bersyukur kerana bentuk muka bumi di kawasan ini sesuai untuk kegiatan ekonomi. Saya juga berbangga kerana kawasan ini maju seperti kawasan lain.

1 3) Fungsi Ptempatan

a) Perniagaan • Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan oleh penduduk di kawasan Pekan Jaya Gading Bil Jenis Perniagaan Jumlah(buah) 1 Kedai makanan/minuman 17 2 Kedai runcit 12 3 Kedai Perabot 3 4 Kedai Telekomunikasi 8 5 Bengkel 4 6 Kedai Menjahit Pakaian 4 Jadual : Jenis perniagaan di Pekan Jaya Gading Sumber: Pemerhatian

Perniagaan di Pekan Jaya Gading 25

Bilangan

20 15 10 5

n tP ak ai a

el Ke da i

M

en ja hi

Be ng k

as i un ik

Te le ko m

Pe ra bu t

Ke da i

Ru nc it Ke da i

Ke da i

M

ak an an

/M

in um

an

0

Jenis Perniagaan Graf bar:Jenis Perniagaan di Pekan Jaya Gading

1 •

Terdapat juga pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan di St. Lawarence antaranya:

Bil Jenis Perniagaan 1 Makanan/Minuman 2 Kedai Runcit 3 Kedai Perabut Jadual : Jenis Perniagaan di St Lawrence Sumber: Pemerhatian

Jumlah 23 14 11

Bilangan 25

Bilangan

20 15 10 5 0 Makanan/Minuman

Kedai Runcit

Kedai Perabut

Jenis Perniagaan Graf Bar: Jenis Perniagaan di St. Lawrence

1

Kedai makanan menjual makanan untuk sarapan pagi. Ia di kunjungi oleh pekerja kilang, tentera dan penduduk setempat. Harga makanan yang di jual tidak seberapa mahal berbanding di tempat yang lain. Kedai makanan ringan pula menjual makanan-makanan kesukaan kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis makanan yang di jual. Kedai runcit menjual keperluan asas penduduk Pekan Jaya Gading. Terdapat juga pasar tani pada sebelah pagi. Ia membekalkan ikan-ikan dan sayur-sayuran yang segar kepada pengunjung mahupun penduduk di Pekan Jaya Gading. Bengkel di Pekan Jaya Gading berfungsi bagi memudahkan pengunjung atau penduduk menghantar kenderaan yang rosak untuk di baik pulih semula. Kedai perabot pula menyediakan perabot yang menarik. Ia juga memudahkan penduduk di Pekan Jaya Gading untuk membeli dan mempebaharui perabot di rumah mereka. Saya dan penduduk kampung Jaya Gading berbangga kerana perniagaan di Pekan Jaya Gading berkembang maju seperti di tempat-tempat yang lain.

1 4) MASALAH PETEMPATAN DI PEKAN JAYA GADING DAN DI LEMBANGAN ST.LAWRENCE

Pekan Jaya Gading Pencemaran sampah : Masalah petempatan di Pekan Jaya Gading ialah mengenai pencemaran sampah. Banyak punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya ialah penduduk tidak membuang sampah di tempat yang di sediakan kerana tong sampah yang disediakan telah di rosakkan. Selain itu, pekerja-pekerja alam flora juga tidak mengutip sampah mengikut jadual. Kesannya akan mendatangkan penyakit kepada penduduk kampung Jaya Gading. Kesesakan lalu lintas : Kesesakan lalu lintas di Pekan Jaya Gading boleh menyebabkan pekerja lewat untuk sampai ke tempat kerja. Apabila penduduk hendak membeli barangan dapur mereka akan meletakkan kenderaan mereka di mana-mana sahaja kerana tiada kekosongan di tempat letek kenderaan yang di sediakan. Masalah keselamatan di kedai/rumah : Masalah kecurian sering berlaku di Pekan Jaya Gading. Ia melibatkan kedai dan rumah penduduk. Selain itu, terdapat juga kecurian lain yang berlaku seperti pecah rumah dan merompak kedai-kedai.

1

Lembangan St. Lawrence, Kanada Tumpahan minyak dari kapal :

Sungai St. Lawrence adalah laluan kapal – kapal dagang yang berulang- alik ke tasik – tasik Besar. Oleh itu, terdapat tumpahan minyak yang menyebabkan pencemaran air dan memusnahkan ekosistem hidupan laut. Kesan daripada tumpahan minyak ini akan mencatatkan keindahan Sungai St. Lawrence. Kawasan padat : Kawasan Lembangan St. Lawrence adalah kawasan yang sedang berkembang dari segi perindustrian. Oleh itu, banyak kawasan telah digunakan untuk pembangunan sektor ini sekaligus mengurangkan kawasan untuk pembinaan rumah.

1 5) Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Masalah Petempatan Pekan Jaya Gading Pekan Jaya Gading

Masalah pencemaran sampah : Langkah-langkah yang perlu diambil ialah dengan menyediakan lebih banyak tong sampah. Pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan tong sampah yang tahan lasak. Bagi pekerja alam flora, mereka perlu perihatin ketika bekerja dan patuhi jadual pengutipan sampah. Penduduk juga haruslah bergotong-royong membersihkan tempat kediaman. Kesesakan lalu lintas : Langkah yang harus diambil ialah mengadakan satu tempat khas untuk meletak kenderaan. Selain itu, untuk mencepatkan perjalanan dan menjimat masa kita boleh menumpang kenderaan jiran atau rakan sekiranya hendak pergi ke Pekan Jaya Gading. Masalah keselamatan di kedai/rumah :

Menubuhkan rukun tetangga (KRT) dan (SRS) di setiap kampung. Waktu meronda dan berjaga pula hendaklah di tetapkan dengan rapi. Antara waktu untuk bertugas ialah pada pukul 11.00 malam hingga 3.00 pagi.

1 Lembangan St. Lawrence, Kanada Tumpahan minyak :

Masalah tumpahan minyak dari kapal boleh ditangani dengan menyedut minyak yang ditumpahkan oleh kapal menggunakan pam penyedut minyak. Cara ini akan membantu mengurangkan pencemaran air sekaligus menyelamatkan ekosistem laut daripada musnah. Kawasan padat : Kekurangan tempat membina kawasan perumahan boleh diatasi dengan membina rumah flat. Rumah flat yang dibina tidak memerlukan kawasan yang luas kerana ia dibina bertingkat- tingkat dan akan menjimatkan keluasan tanah yang akan digunakan.

1

Saya bersyukur kehadrat ilahi kerana berjaya menyiapkan kursus geografi PMR ini. Saya telah mendapati jenis petempatan di Pekan Jaya Gading iaitu jenis petempatan luar Bandar. Di Negara Canada pula ialah bandar. Pola petempatan di Pekan Jaya Gading pula berjajar dan berpusat dan di Negara Canada sama seperti di Pekan Jaya Gading . Faktorfaktor yang mempengaruhi petempatan di Pekan Jaya Gading ialah bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi ,darjah ketersampaian dan dasar kerajaan. Fungsi petempatan utama ialah perniagaan, peridustrian dan perkhidmatan. Bagaimanapun, terdapat beberapa masalah petempatan seperti pencemaran sampah, kesesakan lalu lintas dan keselamatan manakala masalah di Lembangan St Lawrence ialah kejadian tumpahan minyak dari kapal dan kawasan yang padat Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan untuk mengatasi masalah telah telah di kemukakan. Saya dan penduduk di kawasan Pekan Jaya Gading perlu mengamalkan sikap bekerjasama, tolong-menolong dan bersatu padu demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk.

1

1. Buku Teks Tingkatan 2 dan 5

2. Buku Rujukan Chong Mui Seng, Ulangkaji Total PMR, 2005, Sasbadi Sdn. Bhd L.H. Yong & Shaari Sulaiman, Kertas Model Aktual PMR , Sasbadi Sdn. Bhd

3. Internet http//:www.

1

Related Documents

Jaya
May 2020 26
Pekan Film.docx
December 2019 23
Pekan Efektif
June 2020 44
Geo
June 2020 38
Geo
November 2019 68