Garis Panduan H1n1 Faq Ud1 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Garis Panduan H1n1 Faq Ud1 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 553
  • Pages: 4
GARIS PANDUAN AKTIVITI HALUAN DALAM MENGHADAPI WABAK PANDEMIK H1N1 DI MALAYSIA (FASA MITIGASI/PEREDAAN) KELAB KESIHATAN HALUAN : UPDATE 1/2009

FAQ (Frequently Asked Questions): 1. Apakah tindakan yang perlu dilakukan dalam rangka membendung wabak pandemik H1N1 ? Memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang betul seperti menutup mulut dengan saputangan atau tisu. Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, serta melambatkan jangkitan penyakit. Pada masa yang sama ia bertujuan untuk mengurangkan panik, supaya perkhidmatan utama seperti pengangkutan dan perniagaan dapat diteruskan.

2. Apakah jenis aktiviti Haluan yang boleh dijalankan? Program indoor : halaqah mingguan, usrah umum, seminar, forum, bengkel dsb. Program outdoor : rehlah. a. Siapakah yang tidak boleh hadir dalam aktiviti di atas? Ahli yang mengalami gejala-gejala seperti batuk, selsema, sakit tekak dan demam tidak boleh hadir. Ahli hendaklah berehat di rumah dengan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran. Mereka juga dinasihatkan memakai mask sekiranya perlu bergaul dengan orang lain (samada di rumah atau di tempat aktiviti). b. Program yang melibatkan golongan yang berisiko tinggi hendaklah dikurangkan seperti : i.

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun. 1

ii.

Individu berusia 65 tahun dan ke atas.

iii.

Wanita mengandung.

iv.

Mereka yang berpenyakit asma,

v.

Mereka yang berpenyakit pernafasan, kegagalan buah pinggang , penyakit

kardiovascular,

hepatik,

heamatologikal,

neurologik,

neuromuscular atau masalah metabolik seperti kencing manis. vi.

Mereka

yang

mengalami

daya

ketahanan

yang

rendah

(immunosuppression).

3. Apakah panduan untuk mereka yang mengalami gejala demam selsema?

Secara amnya, demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di klinik atau hospital jika anda mempunyai gejala- gejala berikut: 1. Sukar bernafas. 2. Batuk berdarah atau kahak berdarah. 3. Sakit dada berterusan. 4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya. 5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun deman berulang selepas tiga hari pulih. 6. Berkelakuan ganjil, celaru, sawan, kurang responsif kepada rangsangan. 7. Pening bila berdiri. 8. Kurang kencing.

4. Adakah aktiviti peringkat nasional, mass gathering ( >100 orang) boleh dijalankan? Boleh, dengan syarat semua langkah2 pencegahan dan kawalan bagi mengurangkan perebakan penyakit diamalkan seperti mengamalkan kebersihan diri,

2

kerap membasuh tangan dan menutup mulut dengan saputangan atau tisu bila batuk atau bersin. 5. Adakah ahli yang mengalami gejala ringan ( hanya batuk atau selsema sahaja) boleh menghadiri aktiviti? a. Adalah dinasihatkan agar beliau tidak menghadiri aktiviti pada masa berkenaan. b. Jika kehadiran beliau adalah penting dalam aktiviti tersebut, beliau boleh hadir dan dimestikan memakai mask, amalkan “social distancing” sekurang-kurangnya 1 meter, disamping menjaga langkah-langkah kawalan yang lain.

6. Apakah tanggungjawab pihak penganjur dan urusetia aktiviti? a. Sebelum aktiviti - Memperingatkan ahli supaya tidak datang jika mengalami gejala demam selsema. b. Di awal aktiviti atau semasa pendaftaran – kenalpasti ahli yang tidak sihat atau mengalami gejala demam selsema dan mengarahkan ahli supaya pulang. c. Semasa aktiviti – jika ada ahli yang mula mengalami gejala demam selsema , segera mengarahkan ahli supaya pulang atau mendapatkan rawatan.

7. Bilakah panduan ini akan disemak semula? KKH akan menyemak panduan ini selewat-lewatnya sebelum 15 Ogos 2009

Dicatat oleh

: Dr Ahmad Zabidin Zakaria

Disemak oleh :Dr Basir Towil Dibincangkan bersama : Dr Hamimah, Dr Wan Muhaizan, Dr Norazmi, Dr Nor Azian, Dr Roniyuzam, Dr Syed Haleem, Hj Yusman Nawazir.

3

Tarikh

: 31 hb Julai – 1 hb Ogos 2009.

4

Related Documents