Fungsi Makna Imbuhan Pen- Analisis Rangka Rujuk Silang

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fungsi Makna Imbuhan Pen- Analisis Rangka Rujuk Silang as PDF for free.

More details

  • Words: 2,110
  • Pages: 33
FUNGSI MAKNA IMBUHAN AWALAN peN- : ANALiSIS RANGKA RUJUK Silang oleh : Nor Hashimah Jalaluddin Ahmad Harith Syah B. Md. Yusuf

Program Linguistik Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik Fakulti Sains Sosial & Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia 1

PENGENALAN 

PeN- merupakan imbuhan awalan kata nama dalam bahasa Melayu.



PeN- mendokong penanda semantik tertentu apabila digandingi dengan sesuatu kata dasar. Pengimbuhan yang berlaku akan membentuk kata nama terbitan.



Misalnya : peN- + sapuKK = penyapuKN peN- + besarKA = pembesarKN

 

2

samb… 

   

 

Terdapat 6 alomorf : pe(pelindung, perosak, perancang) pen(pencuci, penutup, penawar) pem(pembuka, pembesar, pembunuh) peny(penyambung, penyerang, penyunting) peng(penggerak, pengesan, pengadil) penge- (pengebom, pengecat, pengelap)

3

peN- : PANDANGAN PENAHU 

Pemerian penahu mengenai fungsi makna peN- lebih kepada penyenaraian dengan huraian berdasarkan struktur dan binaan, intuisi dan data tunggal.



Maklumat konteks tidak dimasukkan dalam analisis mereka.



Misalnya : ◦ Penyapu akan diberi makna sebagai alat untuk menyapu. ◦ Pencuri akan diberi makna sebagai orang yang mencuri 4

Samb… 

Pelita Bahasa Melayu (Za’ba, 1965, 2000) –

- 4 fungsi makna. 

The Morphology of Malay (Abdullah Hassan, 1974) – 5 fungsi makna



Tatabahasa Bahasa Malaysia (Arbak, 1981) - 7 Fungsi makna



Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu (Abdullah Hassan , 1993) – 7 fungsi makna



Nahu Melayu Muktahir (Asmah Hj.Omar , 1993) – 6 fungsi makna



Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu (Hashim Musa , 1993)

– 6 fungsi makna. 

Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al , 1993)

– 6 fungsi makna 

Nahu Melayu Moden (Abdullah & Liaw, 1994)

– 3 fungsi makna

5

Makna

Pelaku/ Orang yang melakukan sesuatu

Pelaku / PenjaOrang wat yang tugas gemar akan sesuatu

Orang/ benda yang memiliki sifat kata dasar

Penderita

Penyebab

Hasil UkuPerran buatan

Alat Abstrak

Penahu

Za’ba, 1965, 2000 Arbak, 1981

√ √

Abdullah, 1974

√ √ √

Abdullah, 1993





Asmah, 1993



√ √





√ √



√ √

Nik Safiah Karim et al., 1993







Abdullah & Liaw, 1994



Hashim, 1993





√ √



√ √ √

√ √ √









√ √











√ 6

peN- : Penilaian Semula 

Penahu hanya memeri makna berdasarkan data tunggal.



Sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi tidak pernah disentuh. Jika disentuh hanya sekadar menyatakan sebagai gabungan makna yang melibatkan dua fungsi makna.



Misalnya gabungan makna antara pelaku dan alat. Contohnya penapis (orang yang menapis dan alat yang digunakan untuk menapis). 7

Samb…



Penahu hanya menyenaraikan contoh yang mudah untuk diberi maknanya. Misalnya pelari, penulis, pembaca, dsb.



Data seperti penyebab, penghubung, penggerak dsb tidak dijadikan contoh semasa memeri makna imbuhan ini. MENGAPA?



Misalnya penyebab, bermaksud sesuatu yang menyebabkan.



Apa itu sesuatu yang menyebabkan?



Adakah yang menyebabkan itu adalah manusia, alat atau haiwan?

8

Samb… 

Contoh data :



“…kepada pihak luar dengan mendakwa mereka sebagai ***penyebab*** berlakunya krisis…” – Rujukan manusia



“... penyakit darah tinggi merupakan ***penyebab*** utama…” – Rujukan penanda abstrak

9

Samb… 

Za’ba (1965, 2000), Asmah(1993), Abdullah Hassan (1974, 1993, 1994) Hashim Musa (1993), Nik Safiah (1993) bersetuju menyenaraikan hanya tiga contoh data sahaja yang merujuk kepada fungsi makna abstrak.



Contoh yang diberikan : penyakit, pendapat dan penunjuk.



Persoalannya adakah fungsi makna abstrak ini hanya melibatkan tiga contoh terbabit sahaja ?



Data korpus (DBP-UKM) – daripada 25 contoh leksikal yang menerima imbuhan peN- dipilih dalam kajian ini, 12 contoh leksikal merujuk kepada fungsi makna abstrak. 10

Samb… 

Contoh data :



Imaginasi dianggap sebagai ***penghubung*** antara sedar dengan separuh sedar. Aktiviti berlaku dalam fikiran atau yang disebut sebagai daya ingatan.



Sudah tentu bukan agama Islam yang menjadi ***penghalang*** kepada kemajuan.



"Boleh aku ambil ideamu sebagai ***penutup*** kertas kerja aku?" 11

Rumusan



Para penahu hanya membuat penyenaraian fungsi makna berdasarkan data tunggal, struktur dan binaan serta intuisi.



Berlaku pertindihan makna.



Maklumat konteks tidak dimasukkan dalam penjelasan mereka.



Sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi tidak dihuraikan.



Fungsi makna yang diutarakan penahu sememangnya boleh digabungkan.



Misalnya pelaku/orang yang melakukan sesuatu, pelaku/orang yang gemar akan sesuatu, penjawat tugas dan penderita boleh disatukan menjadi fungsi makna manusia. 12

peN- : Perspektif Baru 

Kajian berfokuskan kepada fungsi makna imbuhan awalan kata nama peN-.



Data diambil daripada data korpus DBP-UKM yang berjumlah 5 juta patah perkataan.



Data dikeluarkan dalam bentuk konkordans. Penggunaan peNdalam konteks tertentu dapat ditentukan.



Pengaplikasiaan Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1985, 1995) yang mementingkan 3 gagasan utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses maklumat.



Konsep tambahan : konsep ad hoc (Barsalou,1987)



Menerapkan analisis berdasarkan Rangka Rujuk Silang (Kempson, 1986). 13

Rangka Rujuk Silang 

Rangka rujuk silang adalah sesuatu ujaran yang tidak mempunyai anteseden yang dapat mengaitkan ayat kedua dengan ayat pertama dalam satu wacana bagi membantu pendengar mentafsir ujaran tersebut. Anteseden yang diperlukan tidak wujud langsung sama ada daripada kandungan eksplisitnya mahupun gambaran visualnya (Kempson,1986).



Penganalisian rangka rujuk silang akan bergantung kepada proses pengenalan anteseden dan ini akan melibatkan konteks. 14

Konsep ad hoc 

Konsep ad hoc berusaha untuk menjelaskan proses bagi dua binaan konsep pragmatik yang kelihatan berbeza iaitu proses peluasan (broadening) dan penyempitan (narrowing) konsep.



Binaan konsep pragmatik yang pada awalnya dikomunikasikan oleh penutur sebagai mendukung makna atau konteks yang spesifik, setelah melalui proses penyempitan dan peluasan, berubah menjadi makna atau konsep yang bersifat ad hoc. 15

Pelindung

Data



…keberanian dan keikhlasan pasukan polis sebagai penjaga keamanan dan ***pelindung*** orang ramai semasa darurat… - rujukan manusia



…peralatan perladangan seperti jentolak (untuk membajak tanah), plastik ***pelindung***, baja dan benih. – rujukan alat/benda



…Islam yang menjadi payung dan ***pelindung*** tidak dapat tidak dilaksanakan kerana … - rujukan abstrak



Semasa berada di atas pokok ... Ekor tersebut juga digunakan sebagai ***pelindung*** dari musuh … - rujukan haiwan



Manggis juga boleh ditanam dalam bentuk pepagar (hedge) untuk membentuk sempadan kepada ruang-ruang tertentu, dijadikan tabir sebagai ***pelindung*** daripada … - rujukan tumbuhan

16

Pembunuh 

Tapi lelaki penipu, kejam dan seorang ***pembunuh*** bersiri yang terkenal … - rujukan manusia



…ada pengguna yang menganggap bahawa ubat ***pembunuh*** serangga Ridsect mempunyai bau … rujukan alat/benda



…30 peratus daripada kematian yang disahkan di negara ini disebabkan penyakit kardiovaskular dengan penyakit jantung koronari sebagai ***pembunuh*** utama. – rujukan abstrak



…pihaknya telah berkongsi maklumat dan data mengenainya dengan semua pihak yang terbabit dalam usaha mengesan virus ***pembunuh*** itu. - rujukan haiwan 17

Pengesan 

Selain beberapa pasukan ***pengesan*** dan pemusnah bom, satu pasukan pengurusan krisis … - rujukan manusia



…peralatan sokongan bagi tugas itu ialah lebih 20 set mesin X-Ray dan sejumlah alat ***pengesan*** bahan letupan dan logam. rujukan alat/benda



…selepas diperiksa dengan bantuan dua ekor anjing ***pengesan*** dadah, kenderaan itu … - rujukan haiwan 18

Analisis 

Kata dasar yang menerima imbuhan peNboleh menghasilkan sekurang-kurangnya dua rujukan makna atau lebih.



Pengelompokkan kepada beberapa pola mengikut fitur-fitur tertentu (menggunakan fitur binari [+] dan [-]).

Tiga fitur utama iaitu :  [+/- nyawa]  [+/- atribut]  [+/-keterangan] 

19

Boleh hadir sebelum dan selepas kata berimbuhan [+Atribut]

Membentuk frasa Mengubah makna (membina konsep ad hoc)

Hadir selepas kata berimbuhan Membentuk frasa

[+keterangan] Tidak mengubah makna Hanya menyatakan sifat khusus atau spesifik

20



Data yang diperolehi membolehkan empat pola dihasilkan untuk nilai fitur yang berbeza bagi menghasilkan fungsi makna tertentu bagi imbuhan awalan peN-. Berikut merupakan pola-pola terbabit :



Pola 1 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [-atribut], [+ nyawa] = Manusia



Pola 2 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [+/-atribut],[-nyawa] = Alat/benda



Pola 3 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [-atribut], [-nyawa] = Abstrak



Pola 4 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [+/-atribut],[+nyawa] = Haiwan&Tumbuhan 21

Pola 1 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [-atribut],[+nyawa] = Manusia Pelindung  …keberanian dan keikhlasan pasukan polis sebagai penjaga keamanan dan ***pelindung*** orang ramai semasa darurat… Pembunuh  Tapi lelaki penipu, kejam dan seorang ***pembunuh*** bersiri yang terkenal …

Pengesan  Selain beberapa pasukan ***pengesan*** dan pemusnah bom, satu pasukan pengurusan krisis … 22



Pelindung , pembunuh dan pengesan merujuk kepada manusia.



Melalui rangka rujuk silang, pelindung dapat dipautkan kepada pasukan polis. Leksikal yang dirujuk oleh kata yang menerima imbuhan itu merupakan anteseden kepada kata terbabit dalam membina konteks yang jelas bagi ujaran tersebut.



Pembunuh dan pengesan pula, pendengar hanya perlu menginterpretasikannya pada makna harfiah di peringkat logik iaitu manusia.



Kehadiran leksikal bersiri dan orang ramai dalam frasa“…pembunuh bersiri…” dan “…pelindung orang ramai…” bersifat keterangan ([+keterangan]) kerana kehadirannya hanya menyatakan sifat khusus dan tidak menghasilkan bentuk proposisi lain. 23



Bagi frasa “…pasukan pengesan…” pula, kehadiran leksikal pasukan sebelum pengesan sebenarnya telah menjimatkan usaha memproses maklumat. Di sini, pasukan tidak bersifat keterangan ([-keterangan]) sebaliknya kehadiran leksikal pasukan sebenarnya telah membolehkan kesan kognitif dibina cukup tinggi.



Ini kerana berdasarkan pengetahuan latar belakang manusia, pasukan biasanya akan digunakan bagi merujuk kepada sejumlah atau sebilangan orang yang bersifat tidak tentu. 24

Pola 2 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [+/-atribut],[-nyawa]=Alat/benda Pelindung  …peralatan perladangan seperti jentolak (untuk membajak tanah), plastik ***pelindung***, baja dan benih. Pembunuh  …ada pengguna yang menganggap bahawa ubat ***pembunuh*** serangga Ridsect mempunyai bau …

Pengesan  …peralatan sokongan bagi tugas itu ialah lebih 20 set mesin X-Ray dan sejumlah alat ***pengesan*** bahan letupan dan logam. 25

 



“…plastik ***pelindung***,…” “…ubat ***pembunuh*** serangga…” “…alat ***pengesan*** bahan letupan…”



Kehadiran leksikal bersifat atribut ([+atribut]) plastik, ubat dan alat yang masing-masing hadir sebelum kata pelindung , pembunuh dan pengesan membolehkan ia membentuk frasa yang merujuk kepada fungsi makna alat/benda.



Ditafsir dengan cara menggabungkan maklumat konsep atribut dan kata yang menerima imbuhan.



Penggabungan makna konsep atribut dengan makna konsep kata berimbuhan telah membina konsep ad hoc dengan cara menyempitkan kedua-dua makna konsep tersebut.



Serangga dan bahan letupan berfungsi sebagai keterangan ([+keterangan]) yang bertujuan menyatakan sifat khusus atau spesifik.



Tanpa leksikal yang berfitur [+atribut], bentuk proposisi yang dihajati tidak akan dapat ditafsir.

26

Pola 3 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [-atribut], [-nyawa] = Abstrak 

…Islam yang menjadi payung dan ***pelindung*** tidak dapat tidak dilaksanakan kerana …



…30 peratus daripada kematian yang disahkan di negara ini disebabkan penyakit kardiovaskular dengan penyakit jantung koronari sebagai ***pembunuh*** utama. 27



Dengan menggunakan rangka rujuk silang, pelindung dan pembunuh masing-masing dapat dipautkan kepada Islam dan penyakit jantung koronari.



Leksikal Islam dan penyakit jantung koronari ini merupakan anteseden kepada pelindung dan pembunuh yang menjadi sebahagian daripada konteks.

28

Pola 4 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [+/-atribut],[+nyawa] = Haiwan&Tumbuhan 

Semasa berada di atas pokok ... Ekor tersebut juga digunakan sebagai ***pelindung1*** dari musuh … - rujukan haiwan



Manggis juga boleh ditanam dalam bentuk pepagar (hedge) untuk membentuk sempadan kepada ruang-ruang tertentu, dijadikan tabir sebagai ***pelindung2*** daripada … rujukan tumbuhan



…pihaknya telah berkongsi maklumat dan data mengenainya dengan semua pihak yang terbabit dalam usaha mengesan virus ***pembunuh*** itu. - rujukan haiwan



…selepas diperiksa dengan bantuan dua ekor anjing ***pengesan*** dadah, kenderaan itu … - rujukan haiwan 29



Rangka rujuk silang membolehkan pelindung1 dapat dipautkan kepada ekor manakala pelindung2 dapat dipautkan kepada manggis.



Leksikal ekor dan manggis merupakan anteseden kepada pelindung1&2 tersebut.



Maklumat ensiklopedia yang tersimpan di dalam memori pendengar membolehkan anteseden ekor dan manggis tersebut diinterpretasikan dengan sempurna iaitu haiwan dan tumbuhan.



Ekor merujuk kepada haiwan kerana hanya haiwan yang mempunyai ekor dan tinggal di atas pokok manakala manggis merupakan sejenis buah atau tumbuhan yang berbuah.

30

 

“…virus ***pembunuh***…” “… anjing ***pengesan*** dadah…:



Bagi pembunuh dan pengesan, terdapat leksikal yang mendahuluinya yang berfungsi sebagai atribut ([+atribut]) iaitu virus dan anjing. Tanpa atribut, rujukan haiwan tidak mampu untuk diinterpretasikan.



Ditafsir dengan cara menggabungkan maklumat konsep atribut dan kata yang menerima imbuhan.



Penggabungan makna konsep atribut dengan makna konsep kata berimbuhan telah membina konsep ad hoc dengan cara menyempitkan kedua-dua makna konsep tersebut.



Leksikal dadah yang hadir selepas pengesan berfungsi sebagai keterangan ([+keterangan]) yang bertujuan bagi menyatakan maksud khusus atau spesifik.

31

Pengkategorian Semula peN-

MANUSIA

BUKAN MANUSIA

+Nyawa

[+nyawa]

-Atribut

[-nyawa]

+/- Keterangan

Organisma Hidup (Haiwan dan Tumbuhan) +/- Atribut +/- Keterangan

Alat / Benda +/- Atribut +/- Keterangan

Abstrak - Atribut +/- Keterangan

Kesimpulan 

Analisis sebelum ini telah menyatakan sebanyak 10 fungsi makna yang berbeza. Kajian ini menawarkan fungsi makna yang lebih ringkas dan padat dengan mengemukakan dua kategori iaitu manusia dan bukan manusia.



TR dan RRS telah berjaya menjelaskan fungsi makna peN- dengan baik dan berpada.



Data korpus mampu menawarkan kita kepada pemahaman yang lebih mendalam terutamanya bagi memeri imbuhan dalam bahasa Melayu. 33

Related Documents