FUNDEMENTAL DAN AQIDAH SYIAH IMAMIYYAH ITHNA ASYAIRAH
1- Aqidah Memperseketukan Allah Muhammad Bin Ya’kub al-Kulaini menyebutkan dalam Usul al-Kafi (bab bahawasanya bumi ini semuanya milik imam). “Dari Abu Abdillah a.s ia berkata: Bahawasanya dunia dan akhirat milik imam, ia letakkan menurut yang ia kehendaki, dan ia berikan kepada siapa yang ia kehendaki, boleh darinya bagi Allah.” (Usul al-Kafi, hal:259) Maka kesimpulan apakah yang boleh diambil oleh seorang Muslim di atas?. Pada hal Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
128. (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya dari hambahambaNya; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa".
Orang-orang Syiah menulis: “Ali berkata:…Sayalah yang awal dan sayalah yang akhir, sayalah yang zahir dan sayalah yang batin, dan sayalah yang mewariskan bumi.”
(Rijal Kasyi, hal: 138)
Aqidah ini juga batil seperti yang pertama, padahal Ali r.a tidak pernah mengucapkan hal tersebut sepertii itu. Ini tidak lain melainkan fitnah dan dusta yang dibuat-buat oleh mereka terhadap Ali r.a, dan mustahil beliau mengatakan yang mengatakan sedemikiaan itu kerana Allah berfirman:
3. Dia lah Yang awal dan Yang Akhir; dan Yang zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Maqbul Ahmad seorang ahli tafsir Syiah yang terkenal mentafsirkan surah al-Zummar ayat 69, “Dan terang benderanglah bumi(padang Mahsyar) dengan cahaya Tuhannya.” Ia berkata “ bahawasanya Ja’far al-Sadiq berkata: “Sesungguhnya Tuhan Bumi (Rabbul ardhi) dalam ayat di atas ialah imam orang Syiah. Ketika itu keluar cahayanya cukup terang, dan manusia tidak lagi memerlukan matahari dan bulan”
(Terjemah Maqbul
Ahmad, hal: 339) Perhatikanlah, bagaimana mereka menjadikan imam mereka sebagai Tuhan. Mereka mengatakan bahawa makna ayat “Binuuri Rabbina” (dengan cahaya Tuhannya) adalah imam, sebagai pemelihara dan pemilik (raja) bumi. Al-Kulaini menyebutkan dalam Usul al-Kafi: Berkata Imam Muhammad al-Baqir: “ Kami wajah Allah, dan kami mata Allah pada makhluknya, dan kami tanganNya yang terbuka penuh dengan kasih saying atas hamba-hambanya.” Al-Kulaini juga mengatakan: “Kami lidah (lisan Allah), kami wajah Allah dan kami mata Allah pada makhluknya.” Lihatlah bagaimana beraninya mereka menetapkan sifat uluhiyah( ketuhanan kepada diri mereka). Al- Kulaini juga menyebutkan dalam usul alKafi, bab: bahawasanya para imam itu mengetahui sesuatu yang telah terjadi, dan yang akan terjadi, dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi mereka. Dan juga di dalam Usul al-Kafi juga ( mereka para imam menhalalkan apa yang mereka inginkan, dan mereka mengharamkan apa yang mereka kehendaki, dan mereka tidak akan menghendaki melainkan apa yang Allah SWT kehendaki) (Usul al-Kafi:hal, 278)
Al-Kulaini juga mengatakan dalam usul al-Kafi, bab: bahawasanya Imam-imam itu mengetahui bila mereka akan mati, dan mereka tidak akan mati melainkan pada saat mereka telah tetapkan sendiri. Aqidah al-Badaa “ Al-Badaa” ertinya adalah: Nampak (jelas) setelah tersembunyi, seperti dalam firman Allah SWT:
47. dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai Segala apa jua Yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa Yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab Yang mereka tidak pernah fikirkan.
Atau bermakna : Timbulnya pendapat baru yang dahulunya belum ada seperti dalam firman Allah SWT:
35. kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.
“Al-Badaa” dengan kedua makna tersebut memberi pengertian bahawa ketidak tahuan itu (al-Jahlu) ada lebih dahulu, dan al-ilmu (mengetahui) itu sesuatu yang baru. Kedua sifat tersebut adalah mustahil bagi Allah SWT kerana ilmu Allah itu azali dan abadi sebagaimana firman AllahSWT:
59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata.
Orang-orang syiah berpendapat bahawa “al-Badaa” itu ada pada Allah SWT seperti dalam kalimat-kalimat di bawah ini, yang terdapat dalam maraji’ (kitab rujukan) mereka yang asasi. Muhammad Bin Ya’kub al-Kulaini menyebutkan dalam kitab usulnya, al-Kafi satu bab penuh tentang “al-Badaa” dengan riwayat yang banyak.Sebahagian sahaja yang akan disebut disini. Dari Zararah bin Ayun dari salah seorang di antara mereka a.s ia berkata: Tidaklah Allah disembah dengan sesuatu ibadah menyerupai (pahala) al-Badaa” Dalam riwayat Ibnu Abi Umair dari Hisyam bin Salim dari Abu Abdillah a.s “Tidaklah Allah diagungkan dengan sesuatu ibadah seperti pahala al-Badaa.” Dan dari Murazim Bin Hakim ia berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s ia berkata; Tidaklah seorang Nabi itu dianggap Nabi sehingga ia mengakui lima perkara bagi Alah, iaitu AL-Badaa, alsujud, al-Ubudiyah dan al-Ta’ah” “ Dari al-Rayyan bin al-Solat ia berkata: aku telah mendengar ar-Ridha a.s berkata: Tidaklah Allah untuk seseorang Nabi, melainkan ia haramkan khamar dan mengakui bagi Allah “al-Badaa” Sesungguhnya mereka telah berdusta dengan nama Allah atas yang demikian itu, dan berdusta atas nama imam-imam mereka itu- mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyyah. Aqidah: Imam Dua Belas Suci Dari Dosa
Al-Kulaini telah meriwayatkan: “ Berkata Imam Ja’far al-Sadiq: Kami almari pengetahuan Allah, kami penterjemah perintah (wahyu) Allah “kami kaum yang ma’sum, Allah menyuruh untuk taat kepada kami, dan melarang berbuat maksiat kepada kami. Kami adalah bukti nyata bagi manusia, antara langit dan bumi.” Al-Kulaini juga ada menyebutkan: “ Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Imam-Imam itu sama darjatnya dengan Rasulullah s.a.w, hanya mereka itu bukan Nabi, dalam batas perkahwinan mereka berbeza dari Nabi, tetapi dalam hal-hal yang lainnya mereka sama kedudukannya dengan Rasulullah S.A.W. Bab: Wajib Taat Pada Para Imam “ Dari Abu al-Sabah ia berkata: aku bersaksi bahawa aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Aku bersaksi bahawasanya Ali a.s adalah imam yang Allah wajibkan taat kepadanya, dan bahawasanya Hassan adalah imam yang Allah telah wajibkan taat kepadanya, dan bahawasanya Hussin adalah imam yang Allah telah wajibkan taat kepadanya, dan bahawasanya Ali bin Husin adalah Imam yang telah Allah wajibkan taat kepadanya,dan bahwasanya Muhammad bin Ali adalah Imam yang Allah telah wajibkan taat kepadanya
(Usul-al-Kafi,hal:109)
Al-Kulaini juga meriwayatkan: “Berkata Imam Muhammad al-Baqir: Hanyasanya Imam dating membawa perintah dari Allah SWT pada hari-hari kemuliaan kepada Nabi SAW dan kepada orang yang mendapatkan wasiat: Berbuatlah seperti ini dan seperti perkara ini,dan sesungguhnya mereka telah mengetahui perkara itu, perintahnya bagaimana mereka kerjakan Usul-alKafi,hal:154) Keyakinan mereka, Bahawa Al-Quran Yang Ada Sekarang Ini Telah Terjadi Padanya Penyimpangan Dan Perubahan
Orang-orang Syiah tidak percaya kepada al-Quran Yang Ada di tangan kaum Muslimin sekarang kerana tiga perkara 1) Kerana aqidah mereka terhadap sahabat Nabi SAW bahawa mereka itu semuanya pendusta “ Dan menurut I’tiqad/ kepercayaan mereka, bahawa berdusta itu adalah ibadah”. Jika semua sahabat Nabi SAW dan imam imam Ahlu al-Bait telah berdusta, maka siapa lagi yang menyampaikan al-Quran ini dari Rasulullah SAW dengan haq.? 2) Kerana menurut kepercayaan orang Syiah bahawa semua sahabat Nabi SAW itu telah berdusta, padahal merekalah yang meriwayatkan al-Quran al-Karim. Mereka tidak percaya kepada imam-imam Ahlul Bait. Bagaimana mungkin kaum Rafidhah dan Syiah itu percaya pada kesahan dan kesempurnaan al-Quran yang ada sekarang ini 3) Riwayat-riwayat yang benar menurut mereka adalah riwayat yang ada pada kitab-kitab mereka yang muktamad yang jumlahnya melebihi dua ribu riwayat (riwayat mutawatir menurut mereka) semuanya dengan tegas menyebutkan bahawa al-Quran yang ada pada kita sekarang ini telah diubah, dikurangi dan ditambah. Kita pun tidak mendapati satu riwayat yang sahih dalam semua kitab Syiah yang menunjukkan bahawa al-Quran yang ada pada kita sekarang ini sempurna dan lengkap, tidak ada yang diubah; seolah-olah darjat al-Quran al-Karim (yang ada pada kita) dari segi thubutnya lebih rendah daripada darjat hadith ahad (khabarul wahid) menurut orang-orang Syiah Jumhur ulama Hadith di kalangan Syiah meyakini adanya tahrif (penyimpangan) di dalam al-Quran seperti yang dikatakan oleh al-Hussin bin Muhammad Taqiyunnuri alTabarsi di dalam kitabnya “Fashlul Hithab” hal:32 Muhammad bin Ya’kub al-Kulaini mengeluarkan dalam Usul al-Kafi dengan bab (Bahawasanya al-Quran itu belum dihimpun seluruhnya melainkan oleh para Imam; mereka mengetahui ilmu al-Quran semuanya):
“ Dari Jabir ia berkata: Aku telah mendengar Abu Ja’far a.s berkata: Tidak ada seorang pun di antara manusia ini yang mengaku bahawa ia telah menghimpun al-Quran sesempurna yang Allah turunkan kecuali orang pendusta, dan tidak ada yang menghimpun dan menghafalnya sesempurna yang Allah turunkan kecuali Ali bin Abi Talib dan imam-imam a.s sesudahnya”