Front Side Bus (FSB), Level 2 dan Level 3 Cache Monday, 02 January 2006 15:11 Front Side Bus merupakan salah satu dari computer bus, dan ia merupakan data bus bagi sesebuah CPU. Bus ini membawa data dan maklumat dari CPU ke lain-lain hardware seperti hard disk, RAM, dan computer bus lain seperti USB, PCI dan sebagainya. Bus moden masakini menjadi laluan ‘tulang belakang’ antara CPU dan chipset pada motherboard iaitu northbridge dan southbridge. Apabila menyebut mengenai Front Side Bus speed (atau FSB) ia sebenarnya merujuk kepada kelajuan CPU berinteraksi dengan RAM dan peripheral lain dalam sesuatu sistem komputer, contohnya 66Mhz, 100Mhz, 133Mhz sehingga melebihi 1000Mhz. Konfigurasi antara FSB dan clock multiplier pada CPU menentukan kelajuan sesuatu CPU. Katakan CPU komputer anda beroperasi pada 800Mhz, maka kemungkinan CPU anda beroperasi pada FSB sebanyak 100Mhz, dan clock multiplier diset pada 8. Makakelajuan CPU ialah 100Mhz didarab dengan 8 menghasilkan 800Mhz. Dengan memanipulasi clock multiplier dan FSB, maka anda boleh melakukan ‘overclock’ pada sistem komputer anda, iaitu menginjak naikkan kelajuan CPU anda dari kelajuan asal yang ditetapkan oleh kilang. Perubahan konfigurasi ini boleh dilakukan pada menu BIOS pada setiap sistem komputer. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, banyak syarikat pengeluar tidak lagi membenarkan overclock dengan mengunci/lock fungsi clock multiplier dari diubah pengguna. Overclock tanpa pengetahuan yang cukup mengenai spesifikasi motherboard dan CPU boleh menyebabkan kerosakan pada salah satu atau kedua-dua komponen tersebut. Level Cache (L2 dan L3 cache) CPU terkini kebanyakannya mempunyai L2 cache dan L3 cache yang disambungkan ke CPU melalui back side bus. Kelebihan Level cache adalah akses ke memori oleh CPU adalah lebih pantas berbanding dengan melalui FSB.