FONEM DAN MORFEM
Konsep Fonem Suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa. Contoh fonem:
-Parang-
•Perkataan yang terdiri daripada enam unit bunyi. •Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem. •Jika p diganti dengan b, parang akan menjadi barang. • Oleh itu, p dan b merupakan unit yang membezakan maksud ujaran.
Konsep Morfem Unit tatabahasa yang terkecil mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Contoh unsur-unsur bahasa:
ber-, ter-, ke-, me-, -nya, -kah, -lah, -pun, -an Unsur-unsur ini tidak boleh dikecilkan lagi dan tidak mempunyai makna. Tetapi punyai fungsi tatabahasa apabila digunakan. Contoh:
bertanya, menafikan, menekankan Oleh itu, unsur-unsur ini adalah morfem.