Folio Kkg

  • Uploaded by: Larania Indhiyra
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Kkg as PDF for free.

More details

  • Words: 1,802
  • Pages: 18
ISI KANDUNGAN

TAJUK i. Penghargaan

ii. Pendahuluan

iii.Objektif Kajian iv. Kawasan Kajian v. Kaedah Kajian vi.Hasil Kajian

vii.Rumusan viii.Lampiran

HALAMAN

ix.Rujukan

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t , Terlebih dahulu disini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Jaimis binti Saiman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu, Sabah kerana telah memberi kebenarandan sokongan untuk menjalankan Kerja Kursus Geografi ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada Cik Anita bt. Mutalib, guru Geografi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan untuk menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Selain itu, ucapan penghargaan juga tidak lupa diberikan kepada rakan-rakan sekelas atas kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat untuk hasil kajian. Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada penduduk awam dan semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Jasa dan budi baik mereka akan dikenang sepanjang zaman. Di bawah ini saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda penghargaan daripada saya, Pulau Sipadan jauh ke tengah, Gunung Kinabalu indah niannya, Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

PENDAHULUAN

Saya Siti Norezan binti Samsuddin pelajar tingkatan 3 Hambali, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu memilih tajuk petempatan dan perkembangannya di kawasan sekitar Bukit Padang berbanding dengan negara Thailand. Saya memilih kawasan ini kerana kawasan ini kerana ianya terletak berhampiran dengan kawasan sekolah dan ini memudahkan lagi saya untuk membuat kajian atas faktor jarak yang dekat. Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengambil masa selama 8 minggu. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di lapangan secara berkumpulan. Disamping itu, saya telah melakukan perbandingan petempatan dan perkembangan di kawasan kajian dan perbandingan di negara Thailand. Saya memilih negara Thailand kerana negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi petempatan dengan negara kita dan juga saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang negara ini dari segi petempatan. Hasil daripada maklumat yang diperolehi telah saya gunakan untuk melakukan kerja kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Bukit Padang dan Jepun sebagai negara perbandingannya.

Menyatakan faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian.

Dapat mengkaji fungsi petempatan di kawasan kajian.

Mengenal pasti masalah petempatan yang berlaku di kawasan kajian.

Mengambil langkah-langkah penyelesaian mengurangkan masalah petempatan.

Memupuk nilai dan unsur patriotisme dalam diri terhadap kawasan kajian.

KAWASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan di Bukit Padang yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Bandar Kota Kinabalu. Jaraknya dari sekolah saya adalah kira-kira 3 kilometer. Keluasan kawasan kajian saya ialah kira-kira 18 hektar dan bilangan penduduk di sini lebih kurang 1500 orang. Jika menaiki bas dari Bandar Kota Kinabalu ke Bukit Padang tambangnya ialah RM1.00

dengan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Dari sekolah saya pula, tambangnya ialah 50 sen dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kawasan ini mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Iklim di kawasan kajian ialah panas dan lembap sepanjang tahun. Bandar Bangkok dalam bahasa Thailand ialah Krung Thep atau Krung Thep Maha Nakhon. Bandar Bangkok adalah ibu kota dan kota terbesar di Thailand. Kota ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya, dekat Teluk Thailand. Bangkok adalah salah satu kota dengan perkembangan terpesat, dengan ekonomi yang dinamis dan kemasyarakatan yang progresif di Asia Tenggara. Kota ini sedang berkembang menjadi pusat regional yang dapat menyaingi Singapura dan Hong Kong, namun masih mempunyai masalah dalam sektor infrastruktur dan sosial sebagai akibat perkembangannya yang pesat. Kota ini juga mencatat sebagai salah satu kota di dunia dengan laju penambahan konstruksi gedung pencakar langit tercepat.

PETA KAWASAN KAJIAN (BUKIT PADANG)

PETA KAWASAN KAJIAN (THAILAND)

U

Bangkok,Thailand.

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti :

Pemerhatian Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti cirri-ciri bentuk muka bumi, sumber-sumber semulajadi, dan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan kajian.

Temubual saya telah menemubual penduduk awam untuk mengumpulkan maklumat.

Rujukan Saya telah merujuk kepada bahan media seperti buku, internet dan sebagainya.

Soal Selidik Seramai 5 orang responden yang terdiri daripada pelbagai kaum di kalangan penduduk tempatan dipilih untuk melengkapkan borang soal selidik.

HASIL KAJIAN BUKIT PADANG

1. JENIS PETEMPATAN I.

Petempatan Bandar :

Jenis petempatan di kawasan kajian, iaitu Bukit Padang adalah petempatan bandar. Di sekitar kawasan kajian terdapat jumlah penduduk yang ramai dan kepadatan penduduk yang tinggi

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN i. Bentuk Muka Bumi: Kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan kajian saya, Bukit Padang terletak di kawasan tanah pamah. Ekoran itu, kerja-kerja membangunkan dan membina jalan-jalan raya serta bangunan lebih mudah dilakukan. ii. Jenis Tanih: Di kawasan kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan Bukit Padang mempunyai tanah yang subur dan menjadi tumpuan penduduk untuk membina petempatan. iii. Kegiatan ekonomi: Kegiatan ekonomi di kawasan kajian merupakan kawasan tanah terancang dimana terdapat pelbagai kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh RMK-9.

iv. Tahap ketersampaian: Tahap ketersampaian bagi kawasan kajian, Bukit Padang tahapnya adalah tinggi. Hal ini demikian kerana, banyak pengangkutan awam seperti bas, teksi dan sebagainya yang disediakan untuk memudahkan ke kawasan kajian telah disediakan. Selain itu, jalan-jalan raya juga dibina bagi memudahkan perjalanan para penduduk.

3. POLA PETEMPATAN I.Pola berselerak:

Hasil dari kajian yang telah saya lakukan, kawasan kajian, Bukit Padang merupakan pola petempatan berselerak. Hal ini demikian kerana, kawasan kajian merupakan sebuah kampung dan kebanyakan penduduk mempunyai tanah masing-masing. Hal ini, menyebabkan pola petempatan berselerak. 4. FUNGSI PETEMPATAN I.

Ekonomi:

Hasil daripada kajian yang dilakukan di Bukit Padang fungsi petempatan kepada ekonomi adalah dalam sektor perkhidmatan adalah lebih menggalakan berbanding dengan sektor perindustrian dan pertanian. Hal ini demikian kerana, banyak projek pembinaan yang dijalankan di kawasan bagi meningkatkan lagi sektor pembangunan. II. Sosial: Hasil daripada kajian yang telah dilakukan di kawasan kajian,Bukit Padang fungsi petempatan kepada aspek sosial menyebabkan kebanyakan penduduk memilih untuk mementingkan aspek pendidikan. 5. Masalah yang dihadapi I.

Penipisan ozon.: Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan ozon. Ini disebabkan kebocoran saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah, bank, dan sebagainya.

II. Jenayah: Masalah jenayah seperti mencuri, semakin meningkat di kawasan kajian. Hal ini demikian kerana, kebanyakan kes kecurian ini sering berlaku di kawasan yang sunyi, kurang berpenduduk dan ketika penghuni rumah sedang tidur.

III.Peparitan: Masalah peparitan sering berlaku di kawasan kajian, terutama sekali ketika hujan. Hal ini demikian kerana, air tidak dapat mengalir dengan lancer akibat dari sikap penduduk juga yang suka membuang sampah-sarap ke dalam parit menyebabkan ia tersumbat.

6. Cara mengatasi masalah I. Kempen: Mengadakan kempen untuk kesedaran penduduk tentang penipisan ozon yang semakin meningkat. Hal ini dapat mengurangkan pelepasan gas CFC ke udara dan juga meningkatkan kesedaran terhadap penduduk bahayanya pelepasan gas CFC ke udara. II. Menguatkuasakan undang-undang: Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang bagi kes-kes jenayah yang berlaku. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan kajian. III.Poster: Penyebaran poster tentang akibat atau kesedaran yang berlaku akibat dari pembuangan sampahsarap ke dalam parit juga akan dapat mengurangkan masalah perparitan daripada terus teruk.

BANGKOK, THAILAND 1. Jenis petempatan I. Petempatan Bandar: Terdapat banyak pembangunan yang terdiri di sekitar kawasan Bangkok, Thailand. Kawasan perumahan dikelilingi oleh pelbagai bangunan seperti sekolah-sekolah, perpustakaan, medan selera, serta macam-macam lagi.

2. Faktor yang mempengaruhi petempatan I. Bentuk muka bumi: Bentuk muka bumi di kawasan Bangkok, Thailand adalah tanah rata dan luas. Ekoran itu, banyak pembinaan bangunan dan prasarana yang lain boleh didirikan di kawasan tersebut menyebabkan Bangkok, Thailand menjadi tumpuan penduduk dan menjadikan ia maju. II. Ketersampaian:

Tahap ketersampaian bagi kota Bangkok, Thailand amat tinggi. Hal ini demikian kerana, banyak alternatif untuk ke kawasan tersebut disediakan seperti pengangkutan awam, bas, kereta, teksi dan sebagainya. Selain itu, pembinaan jalan-jalan raya juga memudahkan perjalanan ke kota tersebut. III.Kegiatan ekonomi: Kegiatan ekonomi bagi kawasan Bangkok, Thailand merupakan pusat pelabuhan serta pusat pelancongan. Bangkok juga merupakan pusat kegiatan ekonomi bagi Negara Thailand.

3. Pola petempatan I. Pola berjajar: Pola petempatan bagi kawasan Bangkok, Thailand adalah pola petempatan berjajar.

4. Fungsi petempatan I. Ekonomi: Fungsi petempatan terhadap ekonomi kawasan Bangkok, Thailand adalah menyebabkan ekonomi kawasan tersebut tertumpu kea rah aspek perindustrian, perkhidmatan dan juga pelancongan. II. Sosial: Fungsi petempatan kepada aktiviti sosial di kota Bangkok,Thailand adalah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk yang lebih besar dalam bidang perindustrian dan juga perkhidmatan. Hal ini menyebabkan kebanyakan penduduk di kawasan tersebut bekerja dalam sektor tersebut sebagai kerani, pengurus, pembantu hotel dan sebagainya.

5. Masalah yang dihadapi

I.

Pencemaran:

Asap-asap kenderaan yang sentiasa banyak pada setiap masa telah menimbulkan masalahpencemaran udara seperti jerebu yang teruk. Ini boleh mengakibatkan

banyak

penyakit yang akan berjangkit kepada penduduk sekitar kawasan tersebut. II. Pulau haba:

Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak banggunan pencakar langit menyebabkan berlakunya pulau haba. III. Kepupusan sumber:

Penebangan hutan yang dilakukan untuk pembinaan kawasan pelancongan menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

6. Cara mengatasi masalah I. Kempen: Melancarkan kempen-kempen serta program-program untuk kesedaran masyarakat agar mengetahui bahayanya pencemaran udara yang berlaku yang akan mengakibatkan penipisan ozon serta jerebuhal ini berkemungkinan besar dapat mengurangkan pencemaran ini dari terus meningkat. II. Mengadakan hari penanaman pokok hijau kebangsaan: Melalui hari penanaman pokok hijau kebangsaan dapat memberi ruang kepada penduduk di kawasan kajian untuk member kesempatan membantu daripada berlakunya pulau haba di kawasan tersebut. III.Poster:

Penampalan atau pengedaran poster kepada penduduk tentang kepupusan sumber di kawasan tersebut haruslah dikenalkan agar masalah kepupusan sumber seperti flora dan fauna dapat diatasi.

Jadual (Masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Padang) Sumber : Penduduk Tempatan

Perkara

Bilangan

Perparitan Penipisan ozon Jenayah ( mencuri ) Lain-lain

7 orang 6 orang 5 orang 2 orang

Graf masalah yang dihadapi penduduk Bukit Padang Sumber : Penduduk Tempatan

Carta pai masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Padang Sumber : Penduduk Tempatan



Hasil daripada dapatan kajian ini membuatkan saya berasa sangat bertuah kerana dilahirkan di negara Malaysia

RUMUSAN Jenis petempatan di Bukit Padang merupakan bandar. Mempunyai bentuk muka bumi yang baik untuk membuat kerja pembinaan menyebabkan kawasan tersebut berkembang maju seperti bandar-bandar yang lain. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah berselerak. Fungsi petempatan bagi kawasan Bukit Padang banyak tertumpu kepada sektor pembangunan. Di kawasan Bukit Padang juga mempunyai beberapa masalah seperti masalah perparitan, penipisan ozon, kecurian dan sebagainya. Ekoran itu, saya telah membuat kajian cara untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu, dengan menguatkuasakan undang-undang, menampal posterposter dan sebagainya. Jenis petempatan Bangkok, Thailand merupakan sebuah Bandar. Mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan luas menyebabkan banyak bangunan-bangunan didirikan di kawasan tersebut. Hal ini demikian menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk dan semakin pesat membangun dan menjadi sebuah Bandar yang penting bagi Thailand. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah pola petempatan berjajar. Fungsi petempatan bagi kawasan Bangkok, Thailand banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti perindustrian, perlancongan dan juga perkhidmatan. Namun begitu, kawasan Bangkok, Thailand juga

mempunyai beberapa masalah seperti pencemaran udara, pulau haba, kepupusan sumber dan sebagainya. Oleh yang demikian, beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah tersebut, antaranya, menampal poster-poster, mengadakan kempen-kempen serta programprogram yang sesuai.

 Melalui dari kajian ini menyebabkan saya lebih bangga menjadi rakyat Malaysia.

RUJUKAN Rakan-rakan sekelas Guru matapelajaran Geografi, Cikgu Anita Mutalib Penduduk-penduduk tempatan Bukit Padang Laman web rasmi : 1. http://alifbatha.blogspot.com/search?updated-min=2008-0101T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2009-0101T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=4 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok 3. http://nurinazul94-nurin.blogspot.com/2008/04/pola-petempatan-di-malaysia.html

Related Documents

Folio Kkg
April 2020 14
Kkg
May 2020 21
Kkg
May 2020 20
Kkg Mimi
May 2020 24
Kkg Penjas
October 2019 29
Folio
June 2020 24

More Documents from ""

Folio Kkg
April 2020 14