Bentuk muka bumi di Pekan Kudat dan perbandingannya dengan Bali Indonesia
senarai kandungan isi kandungan
muka surat
1. tajuk
1
2. senarai kandungan
2
3. penghargaan
3
4. pendahuluan
4
5. objektif kajian
5
6. kawasan kajian
6-8
-
peta kajian
9-11
7. kaedah kajian
12
8. dapatan kajian
13
-
bentuk muka bumi
-
potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan
14-15
manusia dan pembangunan kawasan kajian
16-19
-
halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia
20-21
-
kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
22-23
-
langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
24-25
9. bahan grafik
26-30
10. lampiran
31-46
11. rumusan
47
12. rujukan
48
13. penilian umum
49
PENGHARGAAN
Pertama sekali,saya ingin bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugas folio geografi ini. Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menjalankan tugas ini. Bantuan,tunjuk ajar dan dorongan ini telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya. Terima kasih kepada ibu bapa saya,JUNGKIN SALLEH dan CHRISNA MONOLINSING kerana membantu dalam menyediakan kemudahan bagi menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga kepada guru geografi saya, Encik Mohd Nazri Bin Mat Ali kerana memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada saya bagi menjalankan kajian ini. Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi kerjasama yang baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, terima kasih di ucapkan kepada rakanrakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya kerana memberi bantuan dan dorongan sepanjang proses saya menyiapkan folio ini.
PENDAHULUAN
Saya memilih tugasan ini kerana kawasan yang saya kaji terdapat ciri-ciri yang dikehendaki untuk dijadikan sebagai kawasan kajian.Kawasan yang saya kaji ialah Pekan Kudat. Negara perbandingan nya ialah bali Indonesia.
Saya memilih kawasan kajian tersebut kerana jarak antara kawasan kajian dengan sekolah saya sangat dekat. Ini memudahkan saya untuk membuat kajian. Saya telah memilih Bali sebagai Negara perbandingan saya kerana saya ingin mengetahui tempat-tempat yang menarik dibali.
Kajian yang dibuat ini memakan masa bulan Mac- Jun. Saya menggunakan maklumat dan data yang diperolehi untuk menulis laporan dengan lengkap.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya dapat mengkaji dan mengenalpasti di kawasan kajian saya iaitu di Pekan Kudat dan Negara perbanding dengan Negara bali Indonesia dari aspek :
•
Bentuk muka bumi dan ciri-cirinya
•
Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia.
•
Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia
•
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
•
Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
•
Saya berbangga terhadap keindahan dan keistemewaan pinggir laut Negara Malaysia
KAWASAN KAJIAN
Pekan Kudat Latar belakang kawasan kajian Kudat berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandarbandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir. Penduduk Kudat (anggaran 1991) adalah 56,000. Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra kadazan. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu. Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan kepulauan Sulu.Walau bagaimanapun 51% penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama islam ( Bajau Bannaran,Ubian, suluk, Sungai, Brunei,Bajau dan Kagayan ), ikuti bumiputera etnik Rungus 30% dan etnik Cina 19% Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran/Suluk iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat
Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini.Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu.Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau tekudat atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni. A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT. Walau Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun , selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhan Sandakan yang lebih selamat di timur Sabah.
Perletakan kawasan kajian
Kudat adalah sebuah bandar di Sabah, Malaysia timur, di utara pulau Borneo. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur.
Lokasi kawasan kajian Pekan Kudat ini terletak di pingir laut.
Jarak dari Bandar atau pekan terdekat Kudat terletak di utara Sabah, perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu ke Pekan Kudat mengambil masa tiga jam perjalanan melalui jalan raya sejauh 201.25 KM
Bali indonesia Pulau Bali adalah bahagian dari Kepulauan Sunda Kecil sepanjang 153 km dan selebar 112 km sekitar 3,2 km dari Pulau Jawa. Bali terletak di 8°25′23″ Lintang Selatan dan 115°14′55″ Lintang Timur yang membuatnya beriklim tropika seperti bahagian Indonesia yang lain. Di tengah-tengah Pulau Bali terbentang pegunungan yang memanjang dari barat ke timur dan diantara pergunungan tersebut terdapat gunung berapi iaitu Gunung Batur dan Gunung Agung serta gunung yang tidak berapi yaitu Gunung Merbuk, Gunung Patas, dan Gunung Seraya. Adanya pergunungan tersebut menyebabkan Daerah Bali secara Geografi terbagi menjadi 2 (dua) bagian yang tidak sama yaitu Bali Utara dengan dataran rendah yang sempit dan kurang landai, dan Bali Selatan dengan dataran rendah yang luas dan landai. . Gunung Agung adalah titik tertinggi di Bali setinggi 3.148 m. Gunung berapi ini terakhir meletus pada Maret 1963. Gunung Batur juga salah satu gunung yang ada di Bali. Sekitar 30.000 tahun yang lalu, Gunung Batur meletus dan menghasilkan bencana yang dahsyat di bumi. Berbeza dengan di bagian utara, bagian selatan Bali adalah dataran rendah yang dialiri sungai-sungai.
N
Sumber: http://www.sabah.edu.my/itls07013/images/photo/PetaKudat_NamaKg.jpg
DAPATAN KAJIAN
8.1: Bentuk Muka Bumi Dan Cirinya
Pekan kudat Kawasan kajian saya adalah di Pekan Kudat. Pinggir laut adalah salah satu bentuk muka bumi yang jelas kelihatan di Pekan Kudat. Di sepanjang pinggir laut, terdapat pelbagai bentuk muka bumi fizikal seperti pantai, pulau dan tanjung. Pulau-pulau di kudat antaranya ialah Pulau Banggi, Pulau Balambangan, Pulau Malawali dan Matunggong. Pantai-pantai di kudat sesuai untuk tempat berkelah bersama keluarga. Antaranya ialah pantai bak-bak dan pantai kelambuh. Manakalah bentuk muka bumi fizikal seperti tanjung adalah merupakan tempat perlancongan. Tanjung yang ada di kudat adalah Tanjung simpang mengayau. Di sepanjang pinggir laut ini juga terdapat kampung-kampung nelayan. Kampung nelayan di kudat adalah seperti kampung tanjung kapor, kampung air, pengaraban, kampung landing ayang dan kampung pantai muhibah.
Bali Indonesia
Manakalah Negara perbandingan saya ialah di Bali Indonesia. Bentuk muka bumi di bali adalah sama seperti di kudat iaitu pinggir laut. Pulau- Pulau Nusa Penida, Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan di wilayah Kabupaten Klungkung, Pulau Serangan di wilayah Kota Denpasar, dan Pulau Menjangan di Kabupaten Buleleng. Pantai di bali ini sesuai dengan perlancongan. Pantai tersebut ialah Pantai Kuta. Selain itu, di bali juga mempunyai tanjung dan teluk . Tanjung ini sangat sesuai untuk perlancongan. Tanjung dan teluk itu di sebut sebagai teluk Benoa dan tanjung Benoa
Unsur-unsur patriotisme Saya amat bersyukur dan berbanga dengan adanya keindahan bentuk muka bumi negara Malaysia.
8.2 Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan kajian
PEKAN KUDAT Perlancongan Perlancongan merupakan potensi di Pekan Kudat. Masa depan Kudat akan bergantung kepada pelancongan dan sedikit daripada perikanan dan pertanian. Ini adalah salah satu potensi yang menjadi harapan kepada Pekan Kudat Terdapat tempat-tempat yang menarik yang boleh di lawati di pekan kudat ini. Tempattempat menarik ini seperti pulau-pulau dan pantai-pantai. Contoh pulau-pulau yang menarik di Pekan Kudat ini seperti Pulau Banggi, Pulau Balambangan, Pulau Malawali dan Matunggong. Contoh pantai-pantai yang menarik seperti pantai bak-bak dan pantai kelambu. Selain itu terdapat tempat yang sesuai untuk perlancongan seperti simpang mengayau. Kawasan ini cukup dramatik ini menggambarkan penghujung barat laut tanah Borneo.Tanjung yang terletak di Kudat, kira-kira tiga jam setengah pemanduan atau sejauh 215 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Diterjemahkan sebagai ‘Simpang yang Berpanjangan’, Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan. Untuk sampai hujung di Simpang Mengayau, memerlukan sedikit tenaga untuk berjalan. Keindahan di Simpang Mengayau boleh di lihat apa bila berada di hujung di Simpang Mengayau tersebut. Kemudahan seperti pengangkutan dan penginapan juga di sediakan. Contoh kemudahan pengangkutan seperti kapal terbang, feri, bot, bas dan teksi. Pengangkutan seperti kapal
terbang ini beroperasi empat kali seminggu dari Kudat/Sandakan/Kota Kinabalu dengan menggunakan pesawat MAS dari jenis “Piper Cherokee” yang boleh membawa penumpang seramai 18 orang sekali penerbangan. Manakala pengangkutan seperti feri menghantar dari Pekan kudat ke Pulau Banggi. Pengangkutan seperti bas dan teksi menghantar kemana hendak pergi. Manakala kemudahan seperti penginapan juga di sediakan seperti hotel dan resort. Terdapat hotel-hotel yang murah seperti Hotel Green Garden Borneo, Hotel Ria dan Hotel Kinabalu.Marina Resort merupakan penginapan yang mahal yang terdapat di pekan kudat ini. Selain itu, ada juga tempat untuk rekreasi seperti di esplanade sidek. Aktiviti riadah yang boleh di lakukan di esplanade sidek ini seperti jogging. Manakala aktiviti seperti pantai yang boleh di lakukan di esplanade sidek ini seperti memancing.
Perikanan Nelayan-nelayan ini kebanyakannya tinggal berdekatan dengan pinggir laut,ini kerana iya berdekatan dengan tempat mereka mencari rezeki. Tempat perkampungan nelayan dipekan kudat terletak di kampung tanjung kapor, kampung air, pengaraban, kampung landing ayang dan kampung pantai muhibah.
Jenis-jenis pengangkutan laut yang sering nelayan gunakan untuk pergi kelaut adalah seperti bot, sampan, dan bot besar. Manakalah jenis alat tangkapan yang nelayan gunakan untuk menangkap ikan ialah pancing jaul,pukat tangsi,pukat rantau,bintur ketam,pancing, bubu laut dan pukat tiga lapis.Aktiviti yang di lakukan seperti menjemur ikan masin.
BALI INDONESIA Perlancongan Bali sesuai untuk perlancongan kerana banyak tempat-tempat yang menarik. tempat menarik seperti Pantai Kuta. Pantai Kuta ini banyak dikunjungi oleh para pelancong dari negara luar. Aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Kuta seperti meluncur di pantainya yang indah. Di Giar adalah tempat nombor satu di Bali. Segala sesuatu yang berkaitan dengan seni atau berkaitan seni walaupun sedikit, pasti berasal dari sini. Masyarakatnya mempunyai budaya sekaligus tradisi untuk menghasilkan karya seni, termasuk lukisan, patung, aksesori dan hiasan rumah.Yang paling diminati para pelancong, baik dari dalam mahupun luar negara, biasanya berupa barang kerajinan perak. Di Giar, kerajinan perak Celup dan lukisan Ubud memang ketara. Jika orang dewasa mencari lukisan, anak-anak pula mencari cincin atau gelang perak. Kualitinya juga bagus. Hotel-hotel murah yang terdapat di Bali Indonesia ini adalah hotel Barong Hotel Poppies Lane,Villa De Daun,Hotel Padma Legian,Hotel Kuta Lagoon Resort Legian,Hotel Maharani Kuta,Matahari Bungalow Legian, Yulia Beach Inn Kuta dan Adi Dharma Hotel. Walaupun hotel-hotel tersebut murah, hotel-hotel ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri.
Perlabuhan Perlabuhan di bali sangat penting untuk perlancongan. Terdapat beberapa tempat pelabuhan yang ada di bali. Seperti Pelabuhan Celukan Bawang, Pelabuhan Benoa, dan Pelabuhan Buleleng .Perlabuhan Celukan Bawang merupakan salah satu pelabuhan yang lokasinya paling baik di Bali dibandingkan tempat lainnya. Keistimewaan pelabuhan ini disebabkan keberadaannya dilindungi palung laut cukup dalam sehingga tidak mudah tersedimentasi sehingga dinilai lebih sesuai untuk tempat bersandar kapal pesiar. Selain itu Pelabuhan Benoa ini berjarak 6 km dari Pusat Kota Denpasar sekarang sudah tertata dengan baik berupa sarana dan prasarananya sehingga memungkinkan kapal-kapal pesiar baik dari atau luar negeri untuk berlabuh menaikkan dan menurunkan penumpangnya. Oleh kerana itu Pelabuhan Benoa dijadikan Pelabuhan Pariwisata Internasional disamping Pelabuhan Padang Bai di Karangasem. Kemerosotan pelabuhan buleleng mencapai puncaknya ketika pembangunan Pelabuhan Celukan Bawang 40 km arah Barat Singaraja.Namun sejak Tahun 2005 bekas Pelabuhan Buleleng ini telah ditata oleh Pemerintah Daerah Kabupaten Buleleng dengan penataan taman serta bekas dermaga kayu yang sudah usang diperbaharui dilengkapi dengan sarana restauran terapung. Unsur-unsur patriotisme Kita
seharusnya bersyukur dengan sumbangan bentuk muka bumi kepada
pembangunan Negara Malaysia.
8.3 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia
Pekan Kudat Di pekan kudat, halangan berbatu menganggu kegiatan manusia. Halangan berbatu ini banyak menganggu kegiatan aktiviti perikanan dipingir laut. Nelayan yang menggunakan bot kecil ini sukar berlabur di pinggir pantai di sebabkan batu-batu yang besar dan banyak. Selain itu batu-batu ini merosakkan sampan , kerana sampan ini di tingalkan berdekatan batu-batu. Kemungkinan sekali, nelayan-nelayan meningalkan sampan mereka kerana dengan adanya batu-batu besar mereka tidak mungkin dapat menaikkan sampan-sampan mereka. Halangan ini juga menganggu aktiviti memancing dan memukat kerana halangan batu ini menyebabkan jala atau pukat tersangkut Selain itu halangan berbatu ini juga telah mencacatkan permandangan di pinggir laut apabila air surut. Oleh itu permandangan di pinggir laut kelihatan tidak cantik dan tidak indah untuk di pandang. Selain itu halangan berbatu ini sangat membahayakan untuk aktiviti pantai seperti mandi-manda, berkelah dan aktiviti berjalan-jalan di siring laut. Selain itu batu-batu besar ini menyebabkan sampah-sampah tersangkut dikawasan batu tersebut. Ini akan menyebabkan kebersihan pantai akan terjejas apabila air suru.
Bali Indonesia Ini merupakan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia di Bali, Indonesia. Halangan seperti berlumpur berlaku di Bali. Ini mengakibatkan ekosistem terganggu dan ikan tidak dapat membiak. Ikan yang semakin berkurang akan menyebabkan hasil lautan pupus. Selain itu nelayan juga sukar berlabur dipingir laut kerana adanya banyak lumpur. Aktiviti seperti di pantai-pantai juga menyebabkan terjejasnya perlancongan. Ini di sebabkan permandangan di laut juga menjadi kelihatan tidak cantik kerana air laut nampak kotor dan keruh
Unsur-unsur patriotisme Berbangga dengan bentuk muka bumi di pekan kudat ini. Disamping itu haruslah bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dengan bentuk muka bumi.
8.4 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Pekan kudat Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar mengakibatkan pencemaran air dan perubahan landskap. Pencemaran air berlaku di pantai dan pinggir laut ini tercemar disebabkan oleh penduduk-penduduk kampung yang berdekatan dengan laut atau pantai. Seperti tanjung kapor, kampung air,pengaraban, kampung landung ayang dan kampung pantai muhibah. Penduduk kampung ini membuang sampah kedalam laut.ini menyebabkan pencemaran air berlaku. Selain itu penduduk di kawasan itu mengunakan laut sebagai tempat untuk mereka membuang sisa-sisa pepejal dan demestik. Ini mempengaruhi perlancongan di kudat. selain itu aktiviti seperti perikanan juga menyebabkan pencemaran air. Seperti minyak yang tumpah daripada bot-bot nelayan. Ini boleh menyebabkan ikanikan mati.
Selain itu , kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar mengakibatkan kepupusan flora dan fauna . Sisa-sisa toksik atau bahan buangan dari kilang telah menyebabkan pencemaran air berlaku di sekitar kawasan kilang-kilang. Hal ini kerana, semua sisa-sisa toksik akan di salurkan ke sungai-sungai. Akibat daripada kejadian ini,hidupan di dalam air akan terancam. Seterusnya,lama-kelamaan semua hidupan di air akan terjejas dan mengalami kepupusan flora dan fauna.
Bali Indonesia
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di bali, Indonesia ialah ekosistem terganggu. Kesan kegiatan manusia seperti ini banyak menyebabkan kepupusan sumber hidupan di laut. Aktiviti seperti penangkapan hidupan laut ini sering dilakukan oleh nelayan-nelayan kecil.Ini adalah untuk menyara kehidupan mereka yang kekurangan . Hal ini akan menyebabkan sumber hidupan laut berkurangan dan seterusnya menyebabkan kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga berlaku akibat sikap manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak bertangungjawab untuk membersihkannya. Seperti pelancong-pelancong yang masuk dari Negara bali. Mereka menganggap bahawa bali bukanlah Negara mereka sendiri. Selain itu mereka hanya ingin mendapatkan keuntungan seperti pekerja-pekerja di kilang-kilang, dengan membuang sisa-sisa kilang ,logam dan bahan kimia ke dalam laut. Hal ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran air tetapi menyebabkan kepupusan hidupan laut.
Unsur-unsur patrotisme Kita seharusnya menjaga alam sekitar dan bertanggungjawab memelihara alam sekitar
8.5 langkah mengurankan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Pekan kudat
Langkah untuk mengurankan kesan pencemaran air dengan membuat gotong royong di setiap perkampungan yang berdekatan dengan pinggir laut. Aktiviti ini dilakukan sekali untuk sebulan. Selain itu langkah yang dapat mengurangkan kesan pencemaran air, adalah seperti membuat undang- undang yang ketat. undang-undang ini hanya di lakukan kepada penduduk yang tinggal di setiap pinggir laut. Undang-undang yang boleh di buat seperti mengenakan denda ataupun memindahkan penghuni rumah tersebut jauh dari kawasan laut.
Langkah untuk mengurankan kepupusan flora dan fauna dengan membuat kempen. Kempan yang dijalankan mengingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.
Bali Indonesia
Langkah untuk mengelakkan ekosistem terganggu dengan Langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar juga telah di lakukan oleh Negara bali. Langkah yang utama di lakukan ialah dengan memberi pertolongan kepada orang-orang yang tidak mampu dan orang-orang yang sering menangkap ikan .selain itu kempen untuk nelayan-nelayan kecil,seperti memberi sedikit pendidikan untuk lebih mengetahui tentang flora dan fauna yang akan pupus
Untuk langkah mengelakkan pencemaran air kawasan pinggir laut di bali tercemar akibat sikap manusia, dengan cara membuat papan tanda disetiap pinggir laut. Papan tanda meingatkan kepada orang-orang yang datang supaya tidak membuang sampah merata-rata tempat. Selain itu langkah seperti penyediaan tong sampah,dengan adnya tong sampah ini pelancong akan lebih senang untuk mencari tong sampah. langkah mengelakkan pencemaran air dengan menguatkuasakan undang-undang terhadap kilang atau kapal yang mencemarkan air.
Unsur-unsur patriotisme Bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar di Negara malaysia
Borang Temu bual (perikanan)
Nama – Johari Ansalah Jantina – Lelaki No.Ic – 650702-12-6025 Nama tempat-kampung tanjung kapor Jenis pekerjaan- Nelayan
Alat digunakan -pukat tangsi -bubu laut -pancing
jenis tangkapan -ikan tenggiri -sotong dan udang
Borang Temu bual (perlancongan)
Nama – Tiresiah Monolinsing Jantina – perempuan No.Ic – 870713-49-5744 Nama tempat- Marina Resort Jenis pekerjaan- perhotelan
Aktiviti yang boleh dilaku di kawasan kajian -
bermandi-manda di kolam renang
-
melihat permandangan di waktu senja
keistimewaan kawasan kajian -
sesuai untuk tempat penginapan
-
bersih
Rumusan
Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang saya dapat bina kita mestilah tahu apakah bentuk muka bumi dan potensi bentuk muka bumi di tempat kita. Dengan adanya bentuk muka bumi contohnya di pinggir laut. Negara berpotensi untuk maju. kerana dengan adanya bentuk muka bumi tersebut, negara berpotensi untuk menjalankan kegiatan seperti perlancongan, perlabuhan dan perindustrian. Seharusnya kita berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai. Terdapat pelbagai kesan kegiatan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contohnya seperti pencemaran air.dengan ini, sifat bertanggungjawab dan sifat untuk berkerjasama sesama penduduk dapat mengelakkan berlakunya pencemaran air. Akhir sekali, mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah diambil. Dengan adanya langkah-langkah tersebut, ini dapat mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut. Saya berbangga terhadap keindahan dan keistemewaan pinggir laut di tempat saya. Ini memberikan saya semangat untuk membuat kerja kursus ini. Saya berharap agar kawasan yang saya duduki ini semakin berkembang dengan lebih pesat.
Rujukan
1. alamat laman web hotel bali,http://www.hotelmurahbali.com/villa_murah_dibali.html kudat,http://ms.wikipedia.org/wiki/Kudat 2. Temu ramah Johari Ansalah, 44 tahun , kampung tanjung kapor , kudat , sabah.
3. buku ilmiah Yang Shing Shii, S.L. Kang, 2008, Referens Ekselen PMR geografi. Selangor, vital Star Sdn.Bhd
penilaian umum
Folio geografi 2008 Folio geografi 2008 Folio geografi 2008 Folio geografi 2008 Folio geografi 2008