PENDAHULUAN… Nama saya Mohammad Ameroul Ashraf Bin Fariduddin.Saya belajar di tingkatan I Harmoni Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam. Untuk memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan. Saya telah menjalankan KGT ini selama minggu. Saya memilih tajuk Tumbuhan-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar. Saya telah memilih Hutan Lipur To’Kun sebagai kawasan Kajian Geografi Tempatan saya. Sebab utama saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian ialah kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya.Masa perjalanan ke hutan lipur ini hanya 15 minit.Hutan Lipur ini tidak dikenakan sebarang bayaran masuk. Melalui kajian ini saya dapat mengetahui jenis-jenis hidupan liar dan tunbuhan –tumbuhan yang terdapat di sana.Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang bilangan pengunjung yang pergi ke sana dan aktiviti yang mereka lakukan di Hutan Lipur To’ Kun.
PENGHARGAAN…
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada waktu yang ditetapkan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran geografi saya Pn. Tan Lay Hoon yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Penolong Kanan Petang, Puan Hamidah Bt. Zamhari yang telah memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini sehingga selesai. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu En. Fariduddin B. Ismail dan ibu saya Pn. Noreha Bt. Ariffin yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Kepada rakan-rakan saya, Azree, Fitrie, Nik Harith dan ramai lagi terima kasih atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama.
OBJEKTIF KAJIAN…
Tujuan saya menghasilkan folio ini adalah untuk: 1. Mengkaji bilangan pengunjung ke Hutan Lipur To’ Kun pada masa tertentu. 2. Mengkaji daya tarikan utama Hutan Lipur To’ Kun. 3. Mengenal pasti beberapa spesies pokok dan haiwan liar di Hutan Lipur To’ Kun. 4. Mengkaji tujuan pengunjung yang datang ke Hutan Lipur To’ Kun.
KAEDAH KAJIAN. Dalam menghasilkan folio ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian.Antaranya ialah: 1. Menemu bual beberapa orang pengunjung. 2. Pemerhatian tentang taburan pengunjung di hutan lipur. 3. Bancian bilangan pengunjung yang datang.
4. Melayari laman-laman web yang berkaitan.
KAWASAN KAJIAN…
Hutan ini terletak di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih kurang 23 km dari bandar Butterworth. Terletak di kawasan berbukit-bukau pada ketinggian 457 meter dari aras laut dan meliputi keluasan 37 hektar ini amat sesuai untuk kegiatan riadah. Hutan Lipur To’ Kun terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit Mertajam iaitu melalui jalan ke Kulim. Di antara daya tarikan hutan lipur ini termasuklah sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan seperti paku-pakis, pokok bunga-bungaan hutan, epifit serta ramarama, burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan lipur ini terletak kira-kira 7 kilometer daripada rumah saya.Saya selalu mengunjungi hutan lipur ini jadi saya dapat menjalankan kajian dengan lebih teliti lagi.
Hutan Lipur Cherok To'Kun Hutan Lipur Cherok To'Kun mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti Seraya dan Meranti rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini termasuklah
sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan seperti paku-pakis, pokok bungabungaan hutan, epifit serta rama-rama, burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit Mertajam (Cherok To'Kun) iaitu melalui jalan ke Kulim. Ciri-ciri istimewa hutan lipur ini termasuklah:Perkelahan Kawasan berkelah yang selesa dengan pondok-pondok rehat, meja dan bangku telah disediakan untuk kemudahan pengunjung. Perkhemahan Sebuah tapak serta kemudahan asas seperti tempat memasak, kawasan unggun api, bilik air serta bekalan air dan elektrik memenuhi keperluan riadah yang sangai popular ini. Merentas Denai Hutan Para pengunjung yang gemarkan aktiviti cabaran fizikal bolehlah merentas denai hutan. Ini juga membolehkan para pengunjung mempelajari dan mengenali pokok-pokok hutan asli di sini sambil merehatkan minda. Kolam Mandi Sebuah kolam mandi, yang merupakan salah satu tarikan utama hutan lipur ini, mengalualukan kedatangan para pengunjung yang meminati kegiatan sukan air. Penginapan Untuk kemudahan para pengunjung dari jauh mahupun tempatan yang ingin merasakan suasana malam dalam persekitaran hutan, sebanyak enam buah 'chalet' yang setiap satu dilengkapi dengan bilik mandi, siap untuk kegunaan anda Cherok Tokun dari segi istilah nama ini memang pelik, tetapi apalah pada nama. Terdapat nama tempat yang lebih ganjil di seluruh dunia. Ianya amat subjektif sekali tetapi Cherok Tokun mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan menarik. Terdapat beberapa keistimewaan di Cherok Tokun yang tidak terdapat di tempat lain. Kedudukannya yang starategik di kaki bukit Bukit Mertajam memberikannya suhu yang sederhana dan nyaman. Kampung ini mempunyai infra yang lengkap dan ianya mempunyai sebuah dahan air 'reservoir' bagi membekal air kepada Keretapi Tanah Melayu dan pengaliran air minuman ke Ampangan Mengkuang. Hutan tropika dengan tumbuhan asli di Bukit Mertajam membolehkan kita menikmati tumbuhan liar dan udara nyaman. Jabatan Hutan telah menyediakan hutan rekriasi "Hutan Lipur Cherok Tokun". Yang paling istemewa inilah kampung Sdr Anwar Ibrahim.
Nama Cherok Tokun adalah synonemous dengan nama Sdr Anwar dan disebut di manamana jua di dalam ucapanya di dalam semua ucapan di dalam dan juga di luar negara, semenjak zaman ABIM dan Belia. Kini Cherok Tokun memainkan peranan utama memperjuangkan reformasi bagi menegakkan keadilan terhadap kezaliman yang telah diperlakukan kepada Sdr Anwar Ibrahim, anak watan kampong ini. Sejak tarikh hitam 2hb September 1998 apabila Sdr Anwar dilucutkan jawatan, di'aibkan, dipecat dari UMNO dan seterusnya dipukul oleh Rahim Noor dan akhir-akhir ini ternyata diracun masyarakat Cherok Tokun telah membulatkan tikad keluar beramai-ramai daripada UMNO serta membubarkan 2 cawangan UMNO di Cherok Tokun. Apabila Parti keADILan National dilancarkan 2 cawangan keADILan telah ditubuhkan. Kami penduduk Cherok Tokun akan meneruskan perjuangan untuk mengenengahkan suara Sdr Anwar melalui Galeri Cetusan Rasa yang telah dibuka mulai 20hb September 1999.
SEJARAH Mengikut dari cerita orang lama yang tinggal di kampung ini, nama Cherok Tokun diberi nama sempena nama seorang tua Siam yang terkenal di tahun 1880 bernama Kun yang tinggal di cherok kaki Bukit Mertajam. Kehebatan orang tua ini di dalam berbagai bidang telah menjadikan nama beliau mashur pada masa itu. Kehebatan Tok Kun menjadi buah mulut orang ramai ketika itu untuk pergi ke cherok berjumpa Tok Kun. Akhirnya tempat ini dikenali dengan nama Cherok Tokun. Kampung Cherok Tokun terdiri dari tiga buah kampung iaitu Tokun Bawah, Tokun Atas dan Teluk Bukit. Kampung Cherok Tokun terletak 3 km dari pekan Bukit Mertajam dan luasnya kampung ini ialah lebih kurang 8 km persegi. Hutan ini terletak di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih kurang 23 km dari bandar Butterworth. Terletak di kawasan berbukit-bukau pada ketinggian 457 meter dari aras laut dan meliputi keluasan 37 hektar ini amat sesuai untuk kegiatan riadah
ISI KANDUNGAN....
BIL 1.
TAJUK PENGHARGAAN
2.
OBJEKTIF KAJIAN
3.
KAEDAH KAJIAN
4.
LAPORAN KAJIAN
5.
RUMUSAN
6.
LAMPIRAN
7.
RUJUKAN
MUKASURAT