Folio Form 2 (mengkaji Komposisi Peduduk Di Taman X Serta)

  • Uploaded by: Seetharam Narayanan
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Form 2 (mengkaji Komposisi Peduduk Di Taman X Serta) as PDF for free.

More details

  • Words: 949
  • Pages: 11
Senarai kandungan TAJUK

MUKA SURAT

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian

Hasil Kajian Rumusan Rujukan

1

Penghargaan

Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik.Namun demikian,saya dapat melaksanakanya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights,Puan Wan Saberina Bt Wan Musa yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Vicky Singam, guru Geografi tingkatan 2A8,Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights,Bukit Idaman ,Selangor.Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya.Terima kasih kepada ayah dan ibu yang memberikan dorongan dan galakan kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Selain itu,ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada kawan saya,Davinesh yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini serta kepada penduduk Taman Desa Bakti.Ribuan terima kasih kepada penduduk Taman Desa Bakti yang telah memberikan kerjasama kepada saya semasa sesi temu bual.

Sekian Terima Kasih

2

Pendahuluan Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi,murid Tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan.Kajian ini dijalankan selepas waktu sekolah.Muridmurid diberi peluang untuk memilih tema kajian masing-masing.Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang dipelajari di tingkatan 2. Saya telah memilih tajuk Taburan dan Komposisi Penduduk di Taman Desa Bakti serta kakitanganya dengan Jenis Pekerjaan Penduduk.Kami menyiapkan kajian ini dalam masa dua minggu.Kemudian,saya pun menulis laporan lengkap tentang kajian ini secara berasingan atau secara individu seperti yang disyaratkan.

Objektif Kajian Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut: (a)Memerhatikan dan mengkaji komposisi penduduk di kawasan kajian. (b)Mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian. (c)Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di kawasan kajian.

3

Kawasan Kajian Taman Desa Bakti terletak di negeri Selangor, iaitu di Daerah Gombak, lihat Peta lakar 1.Kawasan ini di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS).Keluasan Taman Desa Bakti ialah 1,460,085.6 meter persegi.Kawasan ini telah dimajukan oleh Selayang.Properties.Sdn.Bhd sekitar tahun 1976 hingga 1978.Kawsan perumahan ini terletak di sebelah barat laut pusat bandaraya Kuala Lumpur.Kedudukanya ialah kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar.Perjalanan dengan menaiki bas awam dari Taman Desa Bakti ke pusat bandar mengambil masa kir-kira 30 minit jika tiada kesesakan lalu lintas.

4

Tambang bas ialah RM2.00.Bagi murid sekolah yang memakai pakaina seragam sekolah, tambang bas yang dikenakan ialah RM0.80. Bagi membina kawasan perumahan, syarikat pemaju telah menebang pokokpokok getah dan menimbus sebuah lombong bijih timah di kawasn ini.Oleh itu, kawasan ini kelihatan hampir rata dan sangat sesuai untuk petempatan.Beberapa buah bukit di hujung kawasan perumahan ini menjadikan pemandangan di sekitarnya sungguh indah. Kawasan bukit tidak dijejaskan. Di kawasan Taman Desa Bakti terdapat rumah bertingkat. Berhampiran dengan kedai, taman permainan dan klinik.

5

Kaedah Kajian Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut: A)Pemerhatian Saya membuat pemerhatian tehadap taburan dan komposisi penduduk di Taman Desa Bakti. B)Temu Bual Saya mengumpulkan maklumat tentang kawasan Taman Desa Bakti daripada pegawai di Majlis Perbandaran Selayang serta mengumpulkan secara lisan dengan menemu bual 20 orang penduduk tempatan. C)Rujukan Keputusan Saya membuat rujukan di Majlis Perbandaran Selayang untuk mendapatkan maklumatl lanjut tentang kawasan Taman Desa Bakti.

Hasil Kajian Taman Desa Bakti merupakan kawasan perumahan yang agak padat penduduknya. Penduduk di sini bebilang kaum iaitu Melayu, India, Cina. Antara 20 orang penduduk yang saya temu bual, adalah kaum Melayu, kaum Cina, dan 3 kaum India. Secara pemerhatian, saya mendapati taburan penduduk mengikut kaum adalah sekata di seluruh kawasan perumahan ini. Saya telah menemu bual 20 orang penduduk. Kesemuanya sudah bekerja dan berumah tangga. Bidang pekerjaan mereka adalah sektor perkhidmatan. Mereka terlibat dalam bidang perniagaan, perdagangan dan sektor awam (kerajaan). Terdapat 6 orang yang mengusahakan perniagaan sendiri dan 3 orang yang bekerja dengan kerajaan (2 orang Pegawai Polis) dan seorang pembantu penyelidik di Institut Penyelidikan Getah Malaysia.

6

Dari segi jenis pekerjaan pula, 4 ornag daripada mereka adalah pengurus (2 pengurus syarikat dan 2 pengurus bank). Terdapat seorang penolong pengarah, seorang kontraktor,seorang jurutera dan seorang juruterbang.Yang selebihnya adalah daripada pelbagai jenis pekerjaan yang lain. Rujuk Jadual 1.

7

Terdapat perkaitan sesuatu kaum dengan jenis pekrjaan yang dilakukan oleh penduduk di Taman Desa Bakti. Kebanyakan penduduk cina yang ditemu bual menceburi bidang perniagaan. Sebanyak 4 daripada 8 orang penduduk cina yang ditemu bual ini adalah perniaga. Hanya seorang Melayu dan seorang India yang menceburi bidang tersebut. Kebanyakan penduduk yang ditemu bual ini bekerja di Kuala Lumpur atau kawasan-kawasan yang berhampiran seperti bandar Sri Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Bulah. Ada juga yang bekerja di kawasan Taman Desa Bakti sebagai perniaga, di KLIA, sepang sebagai juruterbang. Mereka ini sudah lama tinggal di Taman Desa Bakti, iaitu di antara 5 hingga 18 tahun.

Rumusan Penduduk di Taman Desa Bakti terdiri daripada pelbagai kaum. Dari segi kaum, jumlahnya kelihatan tidak jauh berbeza. Kebanyakan mereka tinggal di rumah teres dan bercampur gaul anatara satu dengan yang lain. Mereka hidup aman dan bersatu padu. Mereka hidup berjiran dan hormat-menghormati.Mereka menjalankan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Ada yang bekerja makan gaji dan ada yang mengusahkan perniagaan sendiri. Penduduk di Taman Desa Bakti agak padat. Di sini terdapat pelbagai kemudahan awam untuk memenuhi keperluan para penduduk. Jalan Raya yang ada dapat menghubungkan kawasan ini dengan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. Sebagai kesimpulanya, melalui kajian ini saya dapat memahami, komposisi dan jenis pekerjaan penduduk di Taman Desa Bakti dengan lebih jelas. Saya berbangga kerana dapat hidup di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dalam aman damai yang mencari rezeki dengan pelbagai cara yang tersendiri.

8

Rujukan •

• • • •

Selayang Properties Sdn.Bhd Pejabat Daerah Gombak Majlis Perbandaran Selayang Internet Buku Teks Geografi Tingkatan 2

9

SEK.MEN.KEB IDEAL HEIGHTS BUKIT IDAMAN 68100 BATU CAVES Nama : Jantina:

lelaki perempuan

Kaum :

Melayu Cina India

Jenis Pekerjaan: Jenis pekerjaan Kerajaan Swasta Sendiri

Tandakan

Namakan

10

NPYDB

J

K

PEKERJAAN

TEMPAT

NAMA

PEKERJAAN

TEMPAT

TT

11

Related Documents


More Documents from ""

Atm_ellapugazhum
April 2020 26
Atm_kelaamal
April 2020 32
Florida_low
April 2020 33
Bheema
April 2020 32
Dhaam Dhoom
April 2020 32