Tajuk kajian
Tajuk Kajian:
NAMA :SYED
MUHAMMAD IRFAN BIN SAIYID JAMALUDDIN
KELAS:3 DINAMIK NAMA GURU:EN KHAIRIL
Senarai Kandungan
___________________________________________ Bil 1
Tajuk Tajuk kajian
2
Senarai Kandungan
3
Penghargaan
4
Objektif kajian
5
Kaedah kajian
6
Hasil kajian
7
Rumusan
8
Lampiran
9
Rujukan
M/S
-2Penghargaan
___________________________________________
Saya, SYED MUHAMMAD IRFAN dari kelas 3DINAMIK ,mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua, PN ZAITON BINTI ZAINAL, yang telah memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru sejarah saya,EN KHAIRIL,yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar hingga kajian ini selesai.Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya,SAIYID JAMALUDDIN dan NORMAWATI BINTI ABDUL KARIM yang telah memberi dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya RASUL,MUIZ,ZAFRAN,ANIS,HAJAR.ZARRA,AFNAN,DAN RAMAI LAGI,dan banyak lagi kerana menolong saya dari segala aspek dan tunjuk ajar sekiranya saya membuat apa-apa kesilapan ketika menjalankan kajian
ini.
Objektif Kajian
__________________________________________ Objektif kajian ini adalah untuk:
•
Mengetahui secara mendalam tentang permainan gasing
•
Asal usul permainan gasing
•
Jenis-jenis gasing
•
Cara permainan gasing
•
Pertandingan gasing
•
Cara membuat gasing
•
Proses permainan gasing
Kaedah Kajian
__________________________________________
1.Kaedah Melayari Laman Web Saya telah mendapat mengumpul maklumat melalui internet yang membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang permainan tradisional gasing masyarakat kita seperti cara-cara bermain gasing, asal usul permainan gasing dan sebagainya. Melalui internet juga saya dapat mengambil berberapa gambar berkaitan permainan gasing . 2. Pemerhatian Saya dan beberapa orang rakan telah memerhati beberapa orang bermain gasing.Kami telah mendapat pelbagai maklumat melalui pemerhatian ini. 3.Kaedah Penyelidikan Perpustakaan. Saya dan beberapa orang rakan saya telah pergi ke salah sebuah perpustakaan yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk mencari beberapa sumber penting tentang permainan gasing .Antaranya majalah, Buku Ilmiah, surat khabar dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan permainan gasing. Saya telah fotostat beberapa lampiran seperti buku ,surat khabar dan majalah yang berkaitan dengan permainan gasing
Hasil Kajian
___________________________________________
NAMA PERMAINAN
Nama permainan tradisional yang dipilih oleh saya adalah ‘Gasing’. Gasing adalah satu permainan tradisi masyarakat melayu sejak berkurun lagi. Gasing tidak mempunyai nama lain, tetapi ia mempunyai pelbagai jenis bentuk. Terdapat beberapa jenis gasing yang popular di beberapa buah negeri di Malaysia.
LATAR BELAKANG
ASAL-USUL …
Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin kedua-duanya dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri, mereka telah mengisi masa lapang dengan berbagai-bagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan adalah bermain gasing.
Permainan gasing diterima dan diubahsuai dari semasa ke semasa dan kekal sehingga hari ini. Gasing sesuai dimainkan oleh kaum lelaki. Bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa, malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Gasing
Hasil Kajian
memangkah dikenali oleh segenap lapisan masyarakat Melayu diseluruh negara. Hanya asal-usul permainan ini belum dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini. Terdapat berbagaibagai cerita yang berbeza tentang asal usul permainan ni mengikut daerah dan kampung. Ini menjadikan faktor mengapa permainan gasing antara negeri berbeza antara satu dengan yang lain.
Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450 masihi. Permainan ini dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab.. permainan gasing telah pun bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Dari Melaka, gasing diperkenalkan ke negeri-negeri Melayu dan menjadi permainan popular. Kini gasing kekal sebagai warisan budaya Masyarakat Melayu. ‘Gasing’ mendapat nama daripada singkatan perkataan “kayu” iaitu ‘ka’ dan sing daripada perkataan ‘pusing’. Peredaran masa telah menyebabkan perkataan ‘kasing’ membentuk perkataan ‘gasing’.
Terdapat cerita mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, licin dan agak leper. Ia pula mudah dipusingkan dengan tangan.Buah yang ligat dan lama pusingannya di kira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan untuk menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama kelamaan, timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu.. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat berpusing, ia disebut ‘gah’ yang bermakna tegak dan kuat. Daripada istilah ini lah dikatakan bermulanya permainan gasing. Menurut seorang tua dari Kulim, Kedah, permaianan gasing berasal daripada permainan
-7-
Hasil Kajian
‘laga telur’ yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya lagi, kanak-kanak begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya.
Seorang pemain gasing veteran yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Apabila dilemparkan alat ini, ia akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Permainan itu akhirnya diminati oleh masyarakat. Alat tersebut kemudian telah direka bentuk sedemikian rupa sehinggalah seperti bentuk gasing yang terdapat pada hari ini.
Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya dalam kalangan masyarakat.
Pada dasarnya, pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati diseluruh Malaysia. Kalau dahulu, gasing hanya dimainkan dipertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada
dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk serta hanya
-8Hasil Kajian
peraturan dan cara mengendalikan juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua dalam setiap permainan.
Berdasarkan perbezaan ini, usaha menyeluruh dan serius telah dilakukan untuk
menyatukan permainan ini. Daripada persamaan permainan seperti memusing, memangkah, dan membela uri, peraturan yang hampir memenuhi keperluan permainan gasing telah dibuat. Kini, permainan gasing telah memasuki era baru iaitu berbentuk sukan dan kesenian . kesenian mengekalkan ciri-ciri permainan tradisional dan sukan sebagai pilihan kepada peminat sukan.
Kaedah permainan gasing adalah sama iaitu memusing,memangkah dan membela uri. Hanya yang membezakannya ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Daripada perbezaan ini, muncul pula bentuk permainan yang berlainan dan dimainkan pula dengan cara yang berbeza sedikit.
Di nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan, peperangan, dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentukbentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajah oleh kerajaan lain. Gasing timah dan gasing leper kelantan tidak terdapat di negeri lain selain negeri Kelantan. Kesan pengaruh kerajaan ini masih terdapat dalam cara hidup rakyat negeri tersebut. Terdapat beberapa persamaan yang jelas diperlihatkan dalam permainan gasing terutamanya dari segi reka bentuk, saiz dan cara bermain.
-9Hasil Kajian
Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain. Persamaan khusus ini menjadi faktor yang membezakan bentuk dan gaya permainan antara negeri-
negeri di Malaysia. Selain Malaysia, permainan gasing ini turut terdapat di negaranegara lain di Asia seperti di Jepun, Taiwan, China, dan Vietnam. Benua-benua di Afrika dan Eropah juga tidak ketinggalan untuk menyertai permainan tradisional ini.
Di negara-negara seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium juga permainan yang menyerupai permainan gasing. Hanya yang membezakannya ialah permainan ini dimainkan di pesta-pesta tertentu dan oleh pemain yang tertentu sahaja. Tidak seperti di negara kita, ia terbuka kepada semua peminat untuk bermain gasing. Permainan gasing juga wujud di negara-negara lain juga masih belum membangunkan permainan ini secara menyeluruh.
Tentang bagaimana gasing boleh berkembang sehingga ke merata dunia agak sukar untuk diterangkan kerana belum ada lagi kajian yang khusus dilakukan tentang perkembangan permainan ini. Berdasarkan beberapa persamaan dan ciri-ciri yang nyata, dipercayai bahawa permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hampir semua tamadun. Di Malaysia, gasing dimainkan dengan meluas dan banyak pertandingan diadakan diperingkat kampung, mukim, daerah, dan negeri. Cara permainannya berlainan antara daerah,mukim, dan negeri.
Pada masa itu, gasing hanya dimainkan halaman rumah dan digelanggang sendiri. Gelanggang yang mereka gunakan tidam mempunyai ukuran yang seragam. Para pemain
-10Hasil Kajian
pula menyediakan peralatan sendiri seperti mencari kulit terap sebagai tali, memintal dan
mencari kayu di sekeliling kampung. Pemain menggunakan kayu jenis yang terbaik untuk membuat gasing. Bukan sekadar kayu serpih atau tunggul balak sahaja.
Bentuk permainan gasing ketika itu banyak dinamakan dan dipengaruhi oleh ketua kampung di sesebuah kampung. Para pemain akan mengikut bentuk dan peraturan yang akan ditetapkan oleh ketua-ketua mereka. Jadi apabila menghadapi sesuatu pertandingan yang besar atau agak rasmi, banyaklah gasing yang diperlukan dan terpaksa diubahsuai untuk memenuhi kehendak pertandingan.
NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN INI …
Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ini adalah negeri Kelantan. Terdapat Gelanggang Seni di Kota Baharu, Kelantan. Di situ terdapat pertunjukan wau, gasing dan lain-lain lagi. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma kepada para pengunjung dan hanya di buka pada hari isnin, rabu dan sabtu. Gelanggang Seni ini telah menjadi pusat perkembangan Negeri Kelantan. Ia juga telah ditubuhkan sejak tahun 1978. Gasing timah dan gasing leper kelantan hanya terdapat di negeri Kelantan sahaja.
Terdapat pelbagai jenis gasing di setiap negeri. Antaranya ialah gasing talar, gasing piring dan gasing berembang popular di negeri Johor. Manakala gasing bakal, gasing lang laut, gasing penyek dan gasing tempayam terdapat di negeri Selangor. Di Kedah pula, permainan gasing amat popular dalam kalangan masyarakat. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, terdapat bentuk-bentuk yang berbezadan dinamakan dengan gasing lundu,
-11Hasil kajian
gasing pontianak, gasing borneo, gasing kundasan, gasing limbang kadazan, gasing bajau dan gasing Brunei. Gasing begelan berbentuk agak leper dan diperbuat daripada kayu jenis ringan. Ia popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing toyol pula dimainkan di Melaka, Selangor, dan negeri Sembilan.
Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Gasing pangkah mempunyai kesenian tersendiri di mana menggandingkan kepakaran pembuat dan pemain.
Permainan gasing pangkah telah bertapak di negeri Melaka sejak abad ke-15 lagi. Sememangnya ia mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah gasing itu. Pelbagai jenis gasing pangkah yang terdapat di negeri Melaka antaranya ‘gasing bulat’ atau ‘gasing tunjang’, ‘gasing botol’ atau ‘gasing jantung’ manakala ‘gasing leper’ pula dikenali sebagai ‘gasing pereng’ atau ‘gasing merempang’.
Kelantan, salah satu negeri yang mempopularkan permainan gasing
-12Hasil kajian
KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT …
Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dalam kalangan orang Melayu. Permainan gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Orang dewasa telah memajukan seni permainan ini. Bagi kanak-kanak, mereka lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina kerana saiznya yang kecil dan mudah dipermainkan.
Permainan tradisional seperti gasing kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda disebabkan pengaruh arus pembanggunan yang menghasilkan lebih banyak permainan yang baru. Bagaimanapun, perubahan masa turut mempengaruhi permainan gasing pangkah yang mana beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat golongan muda untuk menyertainya di samping menjadikan permainan itu lebih mencabar.
Selain Malaysia, permainan gasing ini turut terdapat di negara-negara lain di asia seperti di Jepun, Taiwan, China dan Vietnam. Benua-benua di afrika dan eropah juga tidak ketinggalan. Di negara-negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium juga terdapat permainan yang menyerupai permainan gasing.
Orang Melayu adalah salah satu kaum yang mempopularkan permainan gasing
-13-
Hasil kajian
TUJUAN DIMAINKAN …
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.
ALAT – ALAT YANG DIGUNAKAN …
Pembuat gasing Melayu tradisional telah mengalami dan menjalankan pelbagai cubaan ketika membuat gasing sehinggalah terciptanya berbagai-bagai peralatan yang membantu kerja ini. Pada mulanya, tukang gasing membulat gasing hanya dengan menggunakan kayu bulat sahaja. Mereka menarah kayu itu sehingga terbentuk gasing. Gasing yang dibuat begini tidak tahan lama kerana mudah pecah dan sukar dibaik pulih. Mereka mencuba pula bongkah kayu yang lebih besar, tua, keras dan liat.
Cara melarik gasing pada zaman dahulu hanya menggunakan peralatan yang terdapat
-14-
Hasil Kajian
disekeliling sahaja, umpamanya dengan menggunakan busar. Tetapi, pelarik busar ini hanya boleh melarik kayu jenis kecil sahaja dan untuk melarik kayu yang lebih besar, mereka akan menghadapi masalah. Apabila kerja membakal selesai dan kayu telah dilarik menjadi gasing,simpai dipasang bagi mengelakkan gasing mudah pecah, retak dan mempercepatkan kayu kering. Kemudian dibentukkan turap dan temin sebagai alat perlindungan bahagian kepala dan patak gasing.
Pada masa sekarang , kaedah ini sudah tidak memerlukan masa yang terlalu lama. Melalui bantuan peralatan moden, kerja membakal sudah boleh dipercepatkan dengan menggunakan gergaji mesin atau gasing hanya dilarik daripada kayu-kayu seperti beroti atau kayu untuk membuat tiang.
Tukang gasing Melayu tradisional menggunakan peralatan biasa yang mudah ditemui di kebanyakkan kedai dan dimiliki oleh tukang kayu lain. Peralatan ini seperti pembaris, kertas kaca, sesiku, penggarik, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit, pemutar skru, tukul, gerudi, player, gunting, pahat, andas, kapak, mesin pelarik, acuan, gergaji dan lain-lain lagi.Sebelum memulakan kerja-kerja membakal dan melarik, tukang gasing perlu memilih kayu. Kayu yang akan dijadikan gasing mestilah daripada jenis kayu keras, liat, dan kuat.
-15-
Hasil Kajian
CARA DIMAINKAN …
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-
1)Melilit Tali
2)Melilit Gasing
3)Memusing Gasing
4)Memangkah Gasing
5)Mengangkat Gasing
-16-
Hasil Kajian
Melilit di jari kelingking
Melilit di lengan
1) Melilit Tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi
-17-
Hasil Kajian
akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.
-18-
Hasil Kajian
Cara melilit gasing
2) Melilit Gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu
gasing. Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan
-19-
Hasil Kajian
pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.
-20-
Hasil Kajian
3) Memusing Gasing Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.
Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara melakukan teknik pusingan sorong tarik.
Bagi pusingan sentap(rujuk gambarajah di bawah), gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat
.
-21Hasil Kajian
4) Memangkah Gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
•Pangkah totok.
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
Pangkah totok
-22Hasil kajian
•Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.
Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.
-23Hasil Kajian
•Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.
Cara melakukan pangkah layang
-24Hasil Kajian
•Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
Cara Melakukan Pangkah Terbang
-25Hasil Kajian
5) Mengangkat Gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.
-26Rumusan
_____________________________________________________ _ Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan tradisional melayu.
Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta.Selepas kajian dijalankan,saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu.Andai rakyat Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang mendalam,ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormat antara kaum.
Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.
-27Lampiran
_______________________________________
GASING -28Lampiran
GASING
-29Lampiran
KELANTAN-Negeri yang mempopularkan permainan gasing
-30Rujukan
_______________________________________ Internet “Warisan Budaya Malaysia” http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm “Permainan Gasing – Melayu Online” http://culture.melayuonline.com/?a=c3d3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx= “Pengambilan gambar” http://www.flickr.com/
Buku atau Majalah “Penerbit Femina – Gasing & Congkak” “Dewan Bahasa & Pustaka – Gasing dalam masyarakat melayu” “Mingguan Malaysia – Bersaing di gelanggang gasing” “Berita Harian – Gasing pangkah kembali popular”
Orang Sumber Nama : Pak Ishak Bin Abdul Majid NO.KP:570315 – 03 – 5769 Pekerjaan:Pereka gasing
-31-