ISI KANDUNGAN Bil.
Perkara
Muka Surat
1.
Pendahuluan
2
2.
Solat
3
Solat Dapat Mencegah Seseorang Dari Melakukan Fahsya’ 3.
5 Dan Mungkar
4.
Penutup
10
5.
Lampiran
11
6.
Rujukan
14
1
PENDAHULUAN
Amar ma’ruf nahi mungkar sangat sesuai digunakan sebagai bidalan di dalam tajuk yang akan dibincangkan ini. Di zaman globalisasi ini, pelbagai perkara berlaku tanpa diduga sebagai contoh perbuatan maksiat kian berleluasa. Sebagai seorang umat Islam, perkara seperti ini mestilah dihindari dengan berpegang teguh kepada lima rukun Islam yang penting. Salah satu padanya ialah solat. Solat amat banyak fungsinya dan ia juga dapat mengelakkan seseorang itu dari berkelakuan mungkar serta fahsya’. Ramai umat Islam pada masa kini telah jauh dari landasan yang telah ditetapkan. Solat dijadikan perkara yang terakhir di dalam hidup sesetengah masyarakat Islam. Oleh sebab itulah diri mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa mengetahui yang mereka telah jauh menyimpang dan meninggalkan solat yang sebenarnya senjata utama untuk mengelakkan perkara- perkara mungkar dan fahsya’ ini berlaku. Kewajipan ,menunaikan solat itu terlalu penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana ia termasuk dalam rukun Islam yang beerti tidak wujud keislaman seseorang itu tanpa mengerjakan solat. Perintah menunaikan solat adalah lebih berat daripada rukun-rukun Islam yang lain. Sebagai contoh puasa di bulan Ramadhan boleh ditangguhkan kepada bulan-bulan lain sekiranya terdapat keuzuran sedangkan solat wajib dilakukan walaupun mengalami sakit atau hilang upaya tetapi masih waras adalah wajib menunaikan Solat dengan cara duduk atau baring (mengiring atau menelentang ) atau menggunakan isyarat kelopak mata. Jika masih tidak mampu, ingatkan kelakuan solat dalam hati.
2
1.0 SOLAT
Solat dari segi bahasa ialah doa, istilahnya ialah ibadat yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Dalam solat terhimpun bermacam jenis ibadat yang tidak ada pada ibadat lain seperti bersuci, berdiam diri, mengadap kiblat, membaca ayat-ayat dari Al-Quran, rukuk, dan sujud. Ibadat solat suatu ibadat yang mendekatkan hubungan di antara seorang hamba dengan Tuhannya, sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud: “Sehampir-hampir se seorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud.” Saidina Umar r.a berkata, dalam kitab al-Muwatta', sesiapa yang memelihara solat dan tetap mengerjakannya, bererti dia memelihara agamanya dan mereka yang mensia-sia kannya, dia akan mensia-siakan kewajipan lain dalam agama. Menurut Sidi Ahmad bin Ata'illah dalam kitab at-Tanwir, solat amat besar kemuliaannya, malah keadaannya di sisi Allah amat berat dan kerana itulah Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.” Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai semulia-mulia amal, baginda menjawab, maksudnya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.” Berdasarkan hadith-hadith di atas jelas menunjukkan bahawa solat itu amat penting di sisi Allah s.w.t. Jika sempurna solat seseorang itu, maka sempurnalah segalanya. Solat ibarat tiang bagi sesebuah rumah, jika tiada tiang tersebut,runtuhlah rumah tersebut. Jika seseorang itu tidak mengerjakan solat, ia seolah-olah telah meruntuhkan Agama.
3
Solat ialah ibadat yang mula-mula difardukan. Solat ialah ibadat yang membuktikan keislaman seseorang Muslim kerana ia berkaitan dengan jiwa seseorang manusia. Allah s.w.t merintahkan solat lima waktu sehari semalam Solat merupakan pertalian terus-menerus antara hamba dengan Allah tanpa perantaraan sama ada orang biasa atau golongan ulama. Dalam hubungan ini sesorang manusia pada waktu menyembah Allah bebas daripada sebarang perantaraan kerana semua tempat yang suci di bumi boleh digunakan untuk melakukan solat kepada Allah dan menghubungkan secara langsung antara manusia dan Allah. Islam telah menyebut tentang kepentingan solat dalam pelbagai segi, diantaranya ia menjadi sesetengah sifat orang yang bertaqwa yang menurut arahan kitab suci Al-Quran dan mereka yang memperlengkapkan dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji itu adalah mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala seterusnya merekalah yang beroleh kejayaan. Al-Qurqn dari segi lain menjelaskan bahawa solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan atau keburukan dan membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat. Firman Allah: “dan dirikanlah sembahyang (dengan tetap), sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”.1
1
Surah Al-Ankabut ayat 54
4
2.0 SOLAT DAPAT MENCEGAH SESEORANG DARI MELAKUKAN FAHSYA’ DAN MUNGKAR
Fahsya’ adalah kekejian, tidak kira apa pun. Biasanya ia ditujukan kepada zina dan lainlain perbuatan haram yang berkaitan dengan seks. Mungkar pula adalah kejahatan dalam bentuk yang lebih umum. Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah SWT:
Yang bermaksud: "…. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."2 Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.”3 Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang tidak betul. Sembahyang yang tidak betul tidak dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah. 2
Surah Al-Ankabut ayat 45 Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas
3
5
Jika kita sembahyang dan masih melakukan perkara terkeji, bermakna sembahyang kita masih lagi tidak betul. Maka perbaikilah sembahyang kita melalui pembelajaran secara majlis ilmu dan boleh juga meminta guru-guru “check” sembahyang kita. Manakala sembahyang yang betul ialah sepertimana dalam Firman Allah: Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain). Semasa zaman pemerintahan Sayyidina Umar, ada seorang lelaki yang ingin sangat untuk melakukan hubungan seks dengan isteri orang lain. Setelah didesak, perempuan itu akhirnya bersetuju dan mengenakan syarat “Kamu hendaklah sembahyang 40 waktu berjemaah di belakang Amirul Mukminin Sayyidina Umar“. Maka setujulah lelaki tersebut dan dia melakukan sembahyang seperti yang disyaratkan. Setelah cukup 40 hari, perempuan itu menemui lelaki tersebut dan ” Aku tahu kamu sudah selesai 40 hari sembahyang, kalau begitu marilah kita….“ Lelaki tadi marah dan berkata “nak ke mana, kamu ini sudah gila agaknya“. (lelaki itu sudah benci kepada perkara mungkar) Perempuan tadi menemui Sayyidina Umar dan menceritakan perkara tersebut, maka kata Sayyidina Umar seperti dalam ayat di atas:
6
Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Sesungguhnya solat mempunyai banyak rahsia dan kelebihan, antaranya ialah solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”4 Apabila sesorang itu sentiasa mengingati Allah maka dia takut untuk melakukan fahsya’ dan mungkar. Dia sedar setiap perbuatannya sentiasa diawasi Allah. Seumpama seorang murid yang sedang menjalani peperiksaan. Apabila dia sedar dirinya diawasi pengawas, dia akan berasa takut untuk meniru atau sebagainya. Solat juga mengajar kita berdisiplin, menepati waktu dan menunaikan amanah. Apabila masuk waktu sesorang yang berdisiplin akan terus menunaikan amanah yang dipikul iaitu solat. Oleh itu, kita akan sentiasa berdisiplin dan amanah. Kita tidak melakukan perkara-perkara mungkar seperti pecah amanah dan membuang masa kerana kita telah dididik dengan solat supaya amanah dan berdisiplin. Oleh itu, terbuktilah solat dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan fahsya’ dan mungkar. Solat juga dapat mencegah seseorang itu daripada mencela keturunan. Ini kerana solat adalah tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan. Oleh itu sesiapa yang sentiasa menjaga solatnya akan selalu bersyukur dengan nikmat dan rahmat Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Ada dua jenis perbuatan manusia yang menyebabkan mereka kufur”(Akan nikmat Allah). Pertama mencela keturunan seseorang dan keduanya meratapi mayat.5 Sesungguhnya solat mendidik sesorang itu 4 5
Surah Taha:14 HR: Muslim
7
bahawa semua orang sama sahaja disisi Tuhannya. Yang membezakan mereka adalah taqwa. Jadi sesiapa yang menjaga solatnya akan dapat mencegah dirinya daripada mencela keturunan sesama manusia. Perbuatan mencela ini sebenarnya menyeret orang lain kepada isu yang tidak sepatutnya mereka terlibat dengannya. Ini akan mengacau-bilaukan masyarakat. Oleh itu solah dapat mencegah sesorang daripada melakukan perbuatan ini. Didalam solat, ada perbuatan sujud. Dari sujud itu kita diajar supaya sentiasa bersikap tawaduk iaitu rendah diri dan juga tidak sombong dan mengangkat diri sendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud “Janganlah kamu memuji-muji diri kamu bahawa kamu suci bersih dari dosa. Dia sahajalah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.”6 Dari Iyad bin Hammad beliau pernah berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku agar anda semua bersikap tawaduk iaitu rendah diri sehingga seseorang tidak akan melanggar hak seseorang yang lain dan sesorang tidak menyombong diri terhadap salah sesorang yang lain.”7Oleh itu solat dapat mencegah kemungkaran. Solat juga adalah tanda menghambakan diri kepada Pencipta Agong. Dan mengakui Dialah Tuhan yang Maha Agong. Tiada tuhan selain Dia. Jadi solat dapat mencegah seseorang daripada meminta pertolongan daripada yang lain selain Dia. Seseorang itu dapat meminta pertolongan dalam solat. Oleh itu solat dapat menghalang seseorang itu daripada mempercayai bomoh, tangkal dan sebagainya. Selain itu, solat juga dapat mencegah seseorang itu dari mengingkari perintah pemerintah. Apabila solat berjemaah, seseorang makmum itu haruslah mengikut semua 6 7
An-Najm:32 HR: Muslim, Abu Dawud, dan Lain-lain
8
pergerakan imam. Samalah juga dengan keadaan pemerintah dengan rakyatnya. Imam haruslah melakukan pergerakan yang mudah diikuti oleh makmumnya, contohnya tidak terlalu lama membaca surah. Begitu juga keadaan pemerintah, haruslah bertindak adil dan amanah. Oleh itu pemerintah yang menjaga solatnya dengan baik akan dapat mencegah dirinya dari perkara fahsya’ dan mungkar. Begitu juga keadaannya dengan rakyat.
PENUTUP 9
Telah banyak yang dikupas di dalam tajuk ini. Kesimpulannya di sini adalah solat tidak harus ditinggalkan tanpa sebarang keuzuran. Seseorang Islam yang meninggalkan solat secara sengaja hukumnya ialah berdosa besar dan jika tidak dibendung, hidup seseorang Islam itu akan merana serta bergelumang di dalam perbuatan mungkar dan fahsya’ tanpa pengakhiran.
Solat mampu membersihkan diri dari terjerumus ke dalam lembah kehinaan serta mencegah dari melakukan perkara keji dan mungkar. Solat juga mampu menenangkan hati dan membuatkan diri lebih hampir dengan Tuhan. Orang yang tidak mendirikan solat akan merasakan hidupnya seolah-olah tidak pernah tenang kerana jauh dari Tuhannya. Orang yang mendirikan Solat dengan penuh khusyu’ dan penuh keikhlasan kepada Allah s.w.t akan terpelihara dari melakukan perbuatan yang dimurkai Allah. Mereka akan mampu mengawal diri mereka dari terus melakukan dosa-dosa yang boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t.
Sebagai umat Islam, kita hendaklah mempelajari apa yang ada di dalam Islam dengan lebih mendalam lagi. Tajuk ini sesuai dijadikan rujukan kepada sesiapa yang sangat lemah di dalam pengetahuan tentang Islam. Terutamanya fungsi solat. Akhirnya, praktikkanlah di dalam kehidupan seharian dan segeralah bertaubat kembali ke pngkal jalan serta harus diingat ‘Solat Adalah Tiang Agama’ dan ‘Lakukan Segala Perintahnya dan Meninggalkan Larangannya’.
LAMPIRAN 10
11
12
13
RUJUKAN 1. MANUSIA DAN ISLAM JILID SATU Panel Penulisan Diketuai Oleh: DR. HARON DIN Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Cetakan Kelima 2002 2. AMAR MA’RUF NAHYU MUNKAR Meraih Kebaikan Mencegah Kemungkaran USTAZ BASRI IBRAHIM Cetakan Pertama: Oktober. 2000 3.Kajian Tentang Keimanan dan Keislaman Menurut Al- Quran dan Hadits A.Mudjab Mahali Diterbitkan oleh: Penerbit Pustaka Al- Husna, Jakarta Cetakan Pertama 1994 4. Pedoman Solat Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash Shiddieqy Thinkers Library Sdn Bhd Cetakan Keenam 1996 5. www.harianmetro.com 6. Utusan Online
14