Filem ‘Semerah Padi’ Mengelirukan Gambaran Hukum Sebat Dalam Islam Disiarkan pada Oct 03, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |
“Sebahagian masyarakat Malaysia terkeliru mengenai gambaran hukum sebat Islam disebab beberapa faktor. Salah satunya, filem P. Ramlee iaitu ‘Semerah Padi’. Di samping wujudnya unsur-unsur positif dalam filem berkenaan, tetapi cara hukuman Islam digambarkan amat tidak serasi dengan hakikat hukum tersebut. Cara kes dibicarakan, sehingga hukuman dijalankan menggambarkan hukuman sebat dan beberapa perkara lain kelihatan rakus dan kejam. Hukuman sebat dalam Islam tidak sampai mencederakan sedemikian rupa. Gambaran inilah yang ada dalam pemikiran sesetengah masyarakat, samada yang pro atau kontra, lalu beberapa tafsiran salah dibuat terhadap hukum-hakam jenayah peribadi tanpa menyentuh hak individu lain seperti zina dan minum arak. Berbeza dengan jenayah yang membabitkan ancaman kepada hak individu lain atau keselamatan awam seperti mencuri, merompak, membunuh, merogol dan yang seumpamanya. Jenayah peribadi seperti zina dan arak pendekatan Islam amat lunak dan membuka ruang pelepasan dan cuba menutup ruang pendedahan. Sebatannya juga tidak mencederakan, bahkan pada zaman Nabi s.a.w ada yang hanya disebat menggunakan kain sahaja. Bukan untuk mencedera dan memusnahkan, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran. Filem ‘Semerah Padi’ memberikan gambaran yang sebaliknya. Maka, walaupun filem ini telah lama, dalam suasana sekarang, hal ini perlu diingatkan. – dr mohd asri zainul abidin Sedutan Filem Semerah Padi