Fikir

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fikir as PDF for free.

More details

  • Words: 954
  • Pages: 4
Iman dan Amal Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah taufik dan hidayahNya, kita masih hidup. Setiap makhluk yang dicipta Allah, akan melalui kematian. Kejayaan manusia dalam agama sejauh mana manusia dapat taat perintah Allah, ikut sunnah Nabi Muhammad Salallahu a'laihi wasallam. Tiada Tuhan yang Disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Salallahu a'laihi wasallam pesuruh Allah. Sahabat nabi yakin dengan Allah. Dan kehidupannya ikut cara baginda Salallahu a'laihi wasallam. Dalam kehidupan mereka tiada apa yang perlu dipilih sebaliknya telah menetapkan dengan nekad bahawa kehidupan mereka tanpa ALLAH dan Rasulullah Salallahu a'laihi wasallam adalah rugi buat di dunia mahupun di akhirat. Di dunia mereka dapat sakinah; dapat ketenangan dan akhirat tempat yang pasti. Dan rugilah sekiranya akhirat tidak diendahkan ketika berada di dunia yang tidak kekal. Mereka usaha bersungguh-sungguh setiap masa dan keadaan mereka agar bersedia untuk Allah dan Rasulullah Salallahu a'laihi wasallam. Kerana apa? Kerana membawa kejayaan di dunia dan akhirat. Adakah perkara yang mereka usaha itu ada nilai, sampai pada mata dan pandangan orang yang tidak mengalaminya mengatakan susahnya hidup mereka. Ketenangan atau sakinah tak dapat diukur atau digambarkan dengan keadaan susah atau senang; keadaan miskin atau kaya; keadaan dipenjara atau dibebaskan; keadaan dirumah atau dimana-mana sahaja. Mereka sahabat nabi sentiasa berusaha demi untuk kesejahteraan dan ketenangan jiwanya agar sentiasa berada paling hampir dengan Allah. Boleh kah kita menghampiri seseorang dengan keadaan tenang sedangkan seseorang itu benci dan tidak suka pada kita.? Walaupun kita dekati atau

menghampirinya, mungkin dimarahi, dimaki, diherdik, dibiarkan, diabaikan, tidak dihormati, dihina, dicampak atau lain-lain perkara dibencinya. Tenang adalah satu nikmat yang dikecapi oleh seseorang. Dan ianya pasti hanya melalui zikir. Iaitu berhubung dengan Allah. Bolehkah seseorang itu hampir dengan Allah Subhanahuwata’ala dengan keadaan tenang sedangkan dia menyegutukan Allah? Sahabat paling risau bimbang dan takut kalau mereka tergolong dalam golongan munafik. Kerana munafik menyegutukan Allah. Tidak seperti mukmin; taat. Dunia ini medan, alam kubur dan seterusnya akhirat adalah keputusan samada syurga, neraka sementara atau dalam neraka kekal selama-lamanya, na’uzibillah Jadi usaha yang mereka pentingkan adalah terhadap Iman dan Amal. Tak menentu keadaannya. Kena usaha agar menjadi satu ketetapan bahawa penting dan penting bagi mereka untuk diusahakan dan tiada penangguhan atas perkara ini. Iman dan Amal penting untuk masa depan kita, tabunglah ia demi untuk masa kita di akhirat. Apa kah iman dan Amal yang telah diusahakan oleh para sahabat? Untuk perkara iman, jelas dan nyata sekali, dakwah adalah salah satu asas dalam pembinaannya. Kerana jelas sekali, iman adalah asas dalam agama; Apa ! Agama; (Iman adalah tonggak kepada Ibadat, Akhlak, Muamalat dan Muasyarah) Iman lah menghasilkan mutu kepada ibadat, akhlak, muamalat dan muasyarah seseorang. Tanpa atau kurangnya Iman segalanya ibarat tiada berasas. Agama ditegak oleh Dakwah (seru); manakala Dakwah adalah ditegak oleh ziarah; Dan ziarah dilaksanakan manusia yang beradab.

Siapakah mereka yang telah melalui semua itu?; Nabi Muhammad Salallahu a'laihi wasallam dan para sahabat. Sepanjang usaha mereka; pelbagai kesan berlaku pada sekitarannya; namun itu bukanlah asas mereka; sebaliknya diri mereka berada paling hampir dengan ALLAH melalui amalan yang ALLAH sendiri sukakan… iaitu ziarah. Allah telah letakkan segala adab dalam setiap amalan adalah menjadi kesukaan Allah. Dan adablah menyebabkan manusia itu hampir dengan Allah. Nabi Muhammad Salallahu a'laihi wasallam dan para sahabat jelas; bahawasanya ALLAH sahaja yang dapat mengubah sesuatu kaum itu; walaupun usaha ziarah adalah asas dalam mengubah seseorang manusia itu daripada tidak mengenali manusia; kenal akan dirinya manusia, kenal ALLAH dan ciptaanNya. Usaha, usaha, usaha, usaha,,,,, bukan ubah…ubah adalah kerja ALLAH. Nabi dan para sahabat akan putus asa sekiranya mereka rasa mereka boleh ubah, sebaliknya usaha ziarah tersebut adalah amalan kesukaan ALLAH, mereka buat sahaja tanpa soal, bererti tidak melihat kesan; tetapi kesan tersebut menyebabkan mereka telah berusaha dengan amalan yang disukai ALLAH seterusnya iaitu amalan fikir akan manusia lain agar dekat dengan ALLAH hasil daripada perasaan sayang mereka sesama insan. Berfikir itu pun kesukaan ALLAH, namun bab ubah mengubah bukan asas mereka; sebab mereka sedar ALLAH sahaja yang dapat mengubah seseorang daripada mencintai dunia atau lain-lain makhluk kepada cinta kepadaNya. Sahabat hanyasanya melalui amalan mereka berusaha… Amalan berfikir, amalan ziarah dan pelbagai amalan… adakah amalan tiada adabnya? .. tentunya ada; samada adab zahir ataupun yang batin. Ziarah adalah suatu bentuk usaha dan penentuNya adalah ALLAH. Dan ziarah ini kesukaan ALLAH, ;dan jelas bagi Nabi Salallahu a'laihi wasallam dan para sahabat… kalau mereka amalkan bererti ALLAH sukakan mereka dan ALLAH menghampiri mereka. Dan kesan samada manusia yang diziarah berubah atau tidak; bukanlah kerja mereka bahkan kerja ALLAH; Kisah Abu Talib; bapa saudara nabi? Bagaimana perasaan nabi; sedih ; Allah suka akan Nabi dan Nabi adalah maksum; namun soal atau bab hidayah ALLAH itu Maha Adil. Nabi berusaha melalui amalan ziarah dan Allah menentukan; Walaupun sesetengah ulama menyatakan bahawasanya pintu hidayah melalui dakwah; dan hidayah keputusan ALLAH; ALLAH telek hati manusia yang di ziarah; orang yang

amalkan ziarah ALLAH menyukainya namun manusia yang diziarah ALLAH telek hati mereka; sekiranya tiada keinginan; ALLAH buat keputusan atas tidak memilihinya; sebab itu sesetengah Ulama menyatakan apabila sahabat menziarahi sahabat… mereka beradab sesama mereka. Jelasnya ALLAH suka kedua-dua pihak; yang diziarah dan yang menziarah. Bila ada datang dan dibantu… Hijrah dan Nusrah ; maka rahmat mencurah-curah. Ketenangan di sana; sini; Allah nak lihat mereka lakukan atau mereka amalkan; agar mereka hampir dengan Allah sentiasa. Jadi untuk kita juga hampir dengan ALLAH; perjalanannya sama. Kalau dipersoalkan juga; Iblis lebih arif dalam mempersoalkan pelbagai soalan kerana Iblis hanya jelas dengan ibadat dan (taklim wa Taklum) ilmu sematamata. Suasana ajar mengajar memang jelas oleh Iblis. Mereka tiada menyeru dan berkhidmat. Mereka suka disanjung atau diutamakan. Sebab setiap yang angkuh akan memperlekehkan yang samada tiada nilai atau direndahkan nilainya. Tidak seperti nabi-nabi dan para sahabat. Keseluruhannya bermula dengan DAKWAH, TAKLIM wa TAKLUM, IBADAT dan KHIDMAT adalah nadi kepada hati seorang Mukmin; apa yang ada pada Mukmin….. TAAT….

Related Documents

Fikir
May 2020 3
Fikir Dan Zikir
May 2020 15