Fairytale

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fairytale as PDF for free.

More details

  • Words: 654
  • Pages: 5
4.2

PERKEMBANGAN DIRI DAN KELUARGA PERKEMBANGAN AYAH SAYA: MOHAMMAD YUNUS BIN MD. YUSOFF.

Melalui perbualan saya dan ayah saya, saya dapat mengetahui perkembangan ayah saya. Ayah saya dilahirkan di Sungai Udang, Melaka pada 26 Oktober 1961. Dahulu beliau menetap di FELDA Hutan Percha, Melaka dan beliau berkahwin dengan ibu saya pada 1986. Kemudian mereka berpindah ke Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, ketika di sini abang saya dilahirkan. Beberapa tahun setelah itu, mereka berpindah ke Klang, semasa di sini saya dilahirkan. Kemudian kami berpindah ke Shah Alam, Selangor, ketika di sini adik saya dilahirkan. Selepas 12 tahun menetap di situ, kami berpindah ke Lunas, Kedah kerana beliau dinaikkan pangkat. Bapa saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hutan Percha dan Sekolah Menengah Sains Selangor. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia sehingga mendapat ijazah. Setelah itu, beliau bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta. Kemudian beliau ditawarkan bekerja di Jabatan Ukur dan Pemetaan. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang sains pengurusan hingga ke peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia. Kini beliau bekerja sebagai Pengarah di Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah di Kulim.

PERKEMBANGAN DIRI IBU SAYA: MAIMUNAH BINTI ABDUL RAHMAN

Melalui perbualan saya dan ibu saya, saya dapat mengetahui perkembangan ibu saya. Ibu saya dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka pada 30 November 1963. Dahulu beliau menetap di Masjid Tanah, Melaka. Beliau berkahwin dengan ayah saya pada 1986. Selepas itu, ibu bapa saya menetap di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, semasa di sini abang saya dilahirkan. Kemudian berpindah ke Klang, semasa di sini saya dilahirkan. Beberapa tahun selepas itu, kami menetap di Shah Alam, Selangor dan ketika di sini adik saya dilahirkan. Selepas 12 tahun, kami berpindah ke Lunas, Kedah kerana mengikuti ayah saya berpindah ke sana. Beliau bersekolah di Sekolah Masjid Tanah, Melaka dan Sekolah Menengah Tun Ghaffar Baba, Melaka. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Perdagangan, Melaka. Kemudian beliau bekerja sebagai jurutrengkas di Kementerian Tanah dan Wilayah selama 8 tahun. Selepas itu, beliau meletak jawatannya untuk menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga sebagai suri rumah.

PERKEMBANGAN DIRI ABANG SAYA: AMIRUL MUSTAQIM BIN MOHAMMAD YUNUS

Melalui perbualan saya dan abang saya, saya dapat mengetahui perkembangan abang saya. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 13 Jun 1992. Dahulu beliau menetap di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur bersama ibu bapa saya. Kemudian, beliau berpindah bersama ibu bapa saya ke Klang. Ketika di Klang saya dilahirkan. Selepas itu, kami berpindah ke Shah Alam, Selangor. Semasa di sini adik saya dilahirkan. Setelah 12 tahun menetap di situ, kami sekeluarga berpindah ke Lunas, Kedah kerana mengikuti ayah kami berpindah ke sana. Abang saya bersekolah di Tadika Masjid Negeri, Shah Alam, Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, Kelantan, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas dan kini di Sekolah Menengah Teknik Kulim, Kedah.

PERKEMBANGAN DIRI SAYA: NUR SHAHIRAH BINTI MOHAMMAD YUNUS

Melalui perbualan saya dan ibu saya, saya dapat mengetahui perkembangan diri saya. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur pada 20 Januari 1995. Dahulu saya menetap bersama ibu bapa saya serta abang di Klang. Kemudian kami berpindah ke Shah Alam, Selangor, di sini adik saya dilahirkan. Setelah 12 tahun menetap di Shah Alam, kami berpindah ke Lunas, Kedah kerana mengikuti ayah kami berpindah ke sana. Saya bersekolah di Tadika Tunas Bestari, Seksyen 18, Shah Alam, Sekolah Rendah Agama Intergrasi, Seksyen 19, Shah Alam, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam, dan kini di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim, Kedah.

PERKEMBANGAN DIRI ADIK SAYA: MUHAMMAD AFNAN FAHMI BIN MOHAMMAD YUNUS

Melalui perbualan saya dan ibu saya, saya dapat mengetahui perkembangan adik saya. Adik saya dilahirkan di Kuala Lumpur pada 30 Ogos 1996. Kami sekeluarga menetap di Shah Alam, Selangor selama 12 tahun. Kemudian kami berpindah ke Lunas, Kedah kerana mengikuti ayah kami berpindah ke sana. Beliau bersekolah di Tadika Tunas Bestari, Seksyen 18, Sekolah Rendah Agama Intergrasi Seksyen 19 dan kini beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Kulim.

Related Documents