Essei Asignment Sdg

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Essei Asignment Sdg as PDF for free.

More details

  • Words: 652
  • Pages: 4
Kenapa kita perlu melakukan kerja amal.

Hari ini kita mendapati pelbagai perkara yang berunsurkan kerja amal berlaku di sekeliling kita. Kerja-kerja amal sering kali dikaitkan dengan organisasi yang besar dan organisasi yang bukan bermotifkan keuntungan. Pertubuhan seperti pertubuhan sosial, politik dan kerajaan juga banyak memainkan peranan dalam kerja-kerja amal. Kerja amal yang dilakukan tidaklah terhad di dalam negara sahaja malah melibatkan seluruh dunia. Kita sendiri juga pernah terlibat dalam kerja amal sama ada dalam keadaan sedar atau tak sedar. Sememangnya banyak sebab dan kebaikan apabila kita melakukan kerja amal. Terdapat banyak faedah yang kita akan dapat jika kita melakukan kerja amal. Kerja amal dapat merapatkan hubungan sesama masyarakat. Seperti yang kita tahu,negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan terdapat pelbagai bangsa. Jurang perbezaan antara pelbagai bangsa dapat dikurangkan dengan melakukan kerja amal seperti bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal. Melalui cara ini masyarakat dapat mengeratkan perhubungan antara mereka dan mampu membentuk masyarakat yang sihat dan bersatu padu. Memberi bantuan kepada negara luar juga merupakan salah satu kerja amal. Memberi bantuan ini perlu untuk membantu masyarakat luar negara yang memerlukan bantuan. Bantuan seperti memberi bekalan makanan kepada mangsa perang contohnya di negara-negara yang bergolak, kebuluran dan negara miskin dapat memberi kesan yang baik kepada kita malah dapat memberi menaikkan nama negara. Dengan ini negara akan dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Selain itu, kita perlu melakukan kerja amal sebagai tanda menghormati atau mengasihani orang lain. Perkara ini dapat dilakukan dengan membantu warga tua yang sudah tidak

mempunyai keluarga. Walaupun warga tua itu bukanlah ahli keluarga kita, tetapi perlulah kita membantu mereka kerana mereka amat memerlukan kasih sayang seperti kita. Dengan wujudnya rumah-rumah penjagaan warga emas, mereka dapat merasakan kehidupan mereka masih terbela dan merasakan masih ada yang menyayangi mereka. Oleh dengan itu, kita dapati kita memang perlu melakukan kerja amal. Ia dapat mengelakkan diri kita dari mementingkan diri sendiri. Malah dengan kerja amal yang dilakukan dapat memberi kepada kita balasan yang baik walaupun ada segelintir pihak yang melakukan kerja amal semata-mata hanya mahu popular atau menunjuk-nunjuk.

Dari mana datangnya kegembiraan.

Kegembiraan merupakan satu perasaan yang selalu diidam semua orang di dunia, hal ini kerana tiada seorang pun yang inginkan diri mereka dalam keadaan marah, sedih dan pelbagai perasaan yang negatif. Kegembiraan seseorang itu dapat kita kenali dari perlakuan, percakapan dan raut wajah mereka. Ia tidak perlu diberitahu kerana kita dapat mentafsirkan apa perasaan seseorang itu. Akan tetapi, kita tidak pula tahu dari mana datangnya kegembiraan seseorang itu. Salah satu faktor seseorang itu mendapat kegembiraan adalah dari keluarga yang bahagia. Sesebuah keluarga bahagia adalah keluarga yang tidak porak peranda. Keluarga yang bahagia ini mampu memberi anggota keluarga mereka gembira. Sebagai contoh, apabila ibu bapa mengambil berat terhadap anak mereka. Ini akan menyebabkan anak mereka merasakan dirinya dikasihi ibu bapanya. Sebaliknya jika ibu bapa mengabaikan anak mereka, maka anak tersebut mungkin menjadi seorang yang bermasalah. Faktor lain pula adalah apabila seseorang itu berjaya mendapatkan apa yang diingini. Sememangnya perasaan gembira itu muncul jika apa yang dihajati menjadi kenyataan. Sebagai contoh perasaan gembira bagi seorang mahasiswa universiti akan muncul apabila mendapat keputusan yang cemerlang. Keputusan cemerlang yang dikecapi mahasiswa adalah contoh punca dari mana datangnya kegembiraan itu. Mungkin sebelum ini mahasiswa begitu tertekan untuk menghadapi peperiksaan, tetapi akhirnya berjaya dengan keputusan cemerlang. Selain itu, perasaan gembira itu dapat hadir dari kepuasan seseorang itu melakukan kerja yang diberikan kepadanya. Sesuatu kerja yang mencabar, lazimnya amat menyukarkan seseorang itu untuk melakukan kerja tersebut. Namun begitu apabila kerja itu selesai dengan jayanya, perasaan gembira itu dengan sendirinya datang kedalam jiwa pekerja. Sebagai contoh, seseorang

yang bekerja dalam bidang pembinaan bangunan. Setiap hari pekerja tersebut berada di bawah terik matahari dan hujan. Selepas kerja pembinaan itu selesai, maka pekerja tersebut berasa gembira kerana tidak perlu lagi berpanas dan berhujan. Kesimpulannya, masih banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu gembira. Kegembiraan yang kita dapat biarlah berpanjangan. Untuk mendapatkan kegembiraan selalunya muncul apabila kita melakukan sesuatu yang sukar dan menyiksa diri.

Related Documents

Essei Asignment Sdg
May 2020 8
Sdg
July 2020 9
Sdg
June 2020 7
Asignment
May 2020 12
Ibm Asignment
May 2020 3
Ellipsoid Asignment
May 2020 5