Esei Profesion

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Profesion as PDF for free.

More details

  • Words: 1,973
  • Pages: 8
ISU 11 :MEMBIMBING PELAJAR KEARAH PERKEMBANGAN INTELEKTUAL Menurut kajian yang kami jalankan sebanyak 100% setuju mengatakan bahawa guru perlu membimbing pelajar kearah perkembangan intelektual mereka. Sebagaimana yang sudah kita sedia maklum bahawa tugas guru sebagai pendidik bukan sekadar menyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya tetapi juga sebagai pembentuk tingkah laku, sahsiah, sikap, dan nilai pelajar-pelajarnya di samping membimbing palajar kearah keintelektual sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya dapat merialisasikan matlamat pendidikan Negara iaitu usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Disini guru harus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dalam melahirkan pelajar cemerlang dan sepadu dari pelbagai aspek terutamanya dalam melahirkan pelajar yang intelek. Dalam memperkembangkan intelektual pelajar, guru perlu mengetahui pelbagai cara atau teknik dalam pengajaran mereka khususnya dalam melahirkan generasi yana berintelek. Antaranya adalah dengan berkongsi ilmu pengetahuan guru dan pangalaman dengan pelajar-pelajarnya, segala ilmu yang ada pada guru perlulah di curahkan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran, pedagogi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran mereka. Selain itu, guru perlu mengembangkan kemahiran berfikir pelajar. Disini guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan yang ada untuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar, seperti dengan menggunakan teori-teori pembelajaran kognitif dan teori-teori pembelajaran konstruktivisme serta menggunakan pendekatan-pendekatan lain yang sepatutnya digunakan oleh guru mengikut situasi atau keadaan pelajar. Sebagaimana yang telah di cadangkan oleh ahli-ahli konstruktivis, kefahaman pelajar mengenai sesuatu maklumat dibina melalui proses penerokaan dan kajian pelajar mengenai sesuatu konsep dan mereka juga mengaplikasi kemahiran berfikir seperti menganalisis, mengintegrasi dan membuat refleksi serta membentuk kefahaman baru mengenai sesuatu konsep dengan mengintegrasi pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru. Dalam pembelajaran konstruktivisme peranan pelajar adalah aktif dengan menyelesai masalah dan berfikir secara kritikal. Oleh itu guru perlu membangkitkan kemahiran berfikir pelajar dengan pelbagai kaedah yang sesuai dengan potensi pelajar. Kebijaksanaan guru dalam mengaplikasikan teori-teori yang ada dalam pengajaran mereka akan melahirkan pelajar yang cemerlang serta intelek dari segi JERI( jasmani, emosi, rohani dan intelektual).

ISU 12 : MEMENUHI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR Menurut kepada kajian yang telah kami jalankan 67% setuju bahawa guru perlu memenuhi keperluan pelajar dengan beralasan bahawa ini akan menarik minat pelajar dalam pelajaran jika semua keperluan pelajar dipenuhi dan sekaligus proses pengajaran & pembelajaran (p&p) akan berjalan dengan lancar. Pendapat ini ada benarnya, pelajar akan belajar dengan baik jika tidak ada masalah yang dihadapi. Jika kita perhatikan kepada pelajar yang berisiko terutamanya, mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran kerana sesetengah keperluan mereka tidak dipenuhi. Contohnya dalam kelas yang bermasalah @ kelas yang terkebelakang, guru tidak memberi perhatian dan tidak mengambil berat keatas kelas-kelas ini. Ini merupakan salah satu penyebab kepada pelajar yang berisiko. Pada pendapat kami, jika perhatian dan kasih sayang guru diberikan secara adil dan sama rata dengan kelas-kelas lain, insyaallah pelajar berisiko dapat dikurangkan. Seterusnya akan melancarkan proses p&p dan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Disamping itu, 33% tidak bersetuju bahawa guru perlu memenuhi semua keperluan pelajar kerana pada pendapat mereka pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada guru dan tidak mahu berusaha sendiri serta tidak mahu berdikari. Pendapat ini ada benarnya juga, segala keperluan dipenuhi akan menjadikan pelajar itu malas untuk berfikir serta mengeluarkan idea atau pendapat mereka sendiri.contohnya dalam subjek matematik, pelajar perlu mengingati banyak formula-formula, jika pelajar tidak berusaha untuk mengingati formula-formula tersebut ini akan memberi masalah kepada guru dan kelas berkenaan. Guru hanya boleh memberi tunjuk ajar sekadar yang guru mampu, ini kerana masa atau tempoh pengajaran yang diberikan kepada guru adalah terhad. Sukar untuk guru memastikan semua pelajar-pelajarnya faham kesemua perkara yang diajarnya. Selebihnya pelajar-pelajar tersebut perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan kefahaman yang lebih. Contohnya dengan membuat banyak latihan yang ada dalam buku teks atau buku kerja tanpa suruhan guru..

ISU 13 : DAPAT PENILAIAN BERDASARKAN PENGAJARAN KITA Berdasarkan kajian yang kami jalankan 67% setuju para guru perlu mendapat penilaian berdasarkan pengajaran. Ini penting bagi seorang guru dalam meningkatkan tahap prestasi pengajaran mereka dan untuk mendapatkan pengajaran berkesan. Pengukuran dan penilaian guru ini dilihat melalui Model CIPP (context, input, process & product). Walaubagaimanapun, kebanyakan penilaian mengukur pembolehubah proses dan produk sahaja. Dari sudut produk misalnya, dengan melihat sama ada objektif-objektif pengajaran tercapai dan samaada bukti pelajar berjaya menerima pemyampaian guru tersebut. Produk pengajaran boleh dilihat dari segi pencapaian kognitif pelajar, pencapaian aspek sosio emosi seperti pembinaan esteem kendiri dan penyamaian nilai-nilai murni. Aspek social diukur dari sudut berjayanya kerja dan aktiviti pasukan dalam bilik darjah dan samaada pelajar memiliki tertib yang baik. Kesukaran menilai hasil pengajaran adalah ia mengambil masa yang panjang iaitu beberapa tahun kadangkala sehingga seseorang pelajar itu menjadi graduan. Di Malaysia, sekolah yang di markatkan sebagai sekolah dengan keputusan yang terbaik selalunya mengatakan bahawa pasukan guru-guru di sekolah tersebut berkualiti dan berkesan. Guru-guru tersebut dikatakan komited dan berwawasan, bekerja kuat, bekerjasama dan memahami keperluan pelajar mereka. Pengukuran dari sudut proses pula melibatkan tindak tanduk guru semasa pengajaran berlaku. Bagaimanakah guru berinteraksi dengan pelajarnya dan samaada guru mengambil berat menerangkan sesuatu konsep, cara guru bertanya untuk menimbulkan pelajar kreatif dan bagaimana guru menjelaskansesuatu konsep dan fakta dengan menggunakan pelbagai cara. Dalam proses pengajaran juga guru dulihat samaada berlaku adil dan tidak memperkecilkan pelajar dengan menggunakan istilah yang kasar seperti ‘bodoh’ ‘pemalas’ dan ‘tidak boleh diharap’. penyelia latihan mengajar juga mengkaji persekitaran dalam bilik darjah secara keseluruhannya samaada positifmdan menggalakkan pembelajaran atau bersifat negative yang menimbulkan ketegangan. Oleh kerana pengajaran bukan samaada dengan pembelajaran (teaching is not equal to learning), maka ada pendapat yang mengatakan bahawa produk pengajaran tidak melambamgkan pengajaran berkesan atau guru berkesan. Ini bererti bahawa kejayaan sesuatu pengajaran seperti pencapaian pelajar mungkin bukan bergantung kepada guru sahaja tetapi bergantung kepada pelbagai factor yang lain seperti kecerdasan dan minat pelajar dan persekitaran pembelajaran.

Pemarkatan kualiti pengajaran guru juga boleh dibuat oleh klien pengajaran iaitu pelajarpelajar sendiri. Ini kerana mereka merupakan stakeholder dimana guru bertanggungjawab. Terdapat tentangan kepada pelajar untuk menaksir keberkesanan guru mengajar kerana difikirkan pelajar masih mentah dan tidak berpengalaman atau pelajar sendiri boleh menunjukkan bias atau berat sebelah dalam memberi market tinggi kepada guru yang paling popular tetapi tidak berkesan. Walaubagaimanapun pemarkatan pelajar masih boleh diperolehi bukan untuk menjatuhkan guru tetapi untuk melihat satu pandangan klien yang penting dalam triangulasi. Dalam membuat penilaian dan pengukuran ada yang mencadangkan penggunaan pena dan pensil sebagaimana yang di buat oleh ETS (Education Testing Servise di USA). Pengukuran juga dilakukan dengan melihat prestasi guru seperti menggunakan skala pemerhatian dimana tingkah laku guru diukur melalui item-item generic yang menunjukkan kecemerlangan guru. Pengukuran juga di buat dalam bentuk data pencapaian pelajar. Sementara itu, ada juga yang mencadangkan penggunaan portfolio untuk mendokumentasikan kerja guru dan temubual. Temubual memberi maklumat yang kaya tentng pemikiran guru dan kefahaman mereka tentang pengajaran. Penilaian semasa guru melaksanakan pengajaran juga merupakan satu kaedah penilaian. Guru diperhatikan dalam konteks pengajaran samaada pada peringkat dalam perkhidmatan atau parperkhidmatan. Walaubagaimanapun, pengukuran yang digunakan ianya perlu menggambarkan pengetahuan dan kemahiran guru. Namun 33% tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa perlu mendapat penilaian berdasarkan pengajaran. Ini kerana mereka berpendapat bahawa keikhlasan dan kesungguhan guru berkhidmat mengatasi segala-galanya.

ISU 14 : MENERIMA RUTIN YANG BERULANG Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan 100% setuju menerima rutin yang berulang. Sudah menjadi lumrah kehidupan bagi seseorang guru dalam menghadapi kerja atau rutin yang berulang dalam kehidupan mereka. Profesion perguruan adalah profesion yang boleh dikatakan satu bidang pengkhususan. Ini kerana setiap mata pelajaran yang diajarkan oleh guru adalah berdasarkan silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Kesan daripada ini akan menjadikan seseorang guru itu jemu dalam memberikan pengajaran mereka. Tidak di nafikan bahawa guru jemu atau mengajar sambil lewa kerana mengajar perkara yang sama kepada pelajar-pelajar. Oleh itu dalam mengatasi masalah ini guru sendiri perlulah menjadikan diri mereka itu kreatif dalam mempelbagaikan dan memperkembangkan cara atau gaya dan bentuk pengajaran mereka. Nescaya dengan kepelbagaian ini akan menjadikan guru seronok untuk mengajar serta dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Selain itu, rutin yang berulang ini akan menjadikan seseorang guru itu mahir dan pakar dalam subjek pengajaran yang diajar mereka. Kesannya pelajar akan berpuas hati dan seronok untuk belajar, seterusnya akan mewujudkan satu pengajaran yang berkesan. Secara tidak langsung Falsafah Pendidikan Negara dapat direalisasikan, yang mana guru yang ingin di lahirkan adalah guru yang berkalibar, komited walau berbagai cabaran yang d tempuhi dan dilalui.

ISU 15: MEMASTIKAN KELAS DALAM PENGAWASAN Menurut kajian yang telah kami jalankan menunjukkan bahawa 100% setuju memilih skala 5 iaitu kawalan kelas sangat penting bagi seseorang guru. Salah satu yang menjadi tanda aras guru itu berjaya adalah mampu mengawal keadaan kelas terutamanya kelas yang paling bermasalah. Sebuah bilik darjah boleh di umpamakan sebagai sebuah masyarakat kecil dengan ahli-ahlinya terdiri daripada guru dan pelajar-pelajarnya. Banyak peristiwa berlaku serentak dan guru harus pandai mengendalikannya supaya proses P&P dalam bilik darjah menjadi lancar dan berkesan. Cabaran utama bagi guru ialah untuk menguruskan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Masalah pengurusan bilik darjah menjadi kritikal dengan pelbagai karenah yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang. Masyarakat kecil ini sebenarnya adalah satu masyarakat majmuk dimana ahli-ahlinya berbeza dari segi personality, intelektual, kemahiran social dan budaya. Ini memberi implikasi kepada wujudnya keperluan yang berbeza di kalangan pelajar. Ada juga pelajar yang mungkin lebih bersifat introvert dan ad pula yang bersifat ekstrovert. Ada juga palajar yang mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi sehingga boleh mencabar kewibawaan guru, dan ada pula yang memerlukan perhatian yang bersemuka untuk belajar. Kewujudan keperluan yang berbeza ini perlu di tangani oleh guru bagi menjayakan proses P&P yang dijalankan. Justeru, salah satu cabaran yang perlu ditangani oleh guru ialah memahami kepelbagaian pelajar serta keperluan-keperluan mereka yang perlu diambil kira dalam proses P&P. oleh itu, guru haruslah mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam memahami pelajar-pelajar dan keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses P&P dalam kelas tidak terganggu. Sehubungan dengan itu, guru juga harus melengkapkan diri dengan pelbagai teknik mengajar bagi memastikan pangajarannya berkesan. Contohnya dengan menggalakkan penglibatan pelajar. Adalah sangat penting untuk membangkitkan minat pelajar untuk memberi perhatian kepada pengajaran guru. Oleh itu, untuk menarik minat pelajar, guru hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh melibatkan penyertaan pelajar. Aktiviti lisan yang boleh di adakan guru seperti aktiviti menyanyi, berlakon, berbincang, bercerita dan membuat projek. Dari segi aktiviti fizikal pula, guru boleh menjemput pelajar kehadapan kelas untuk melukis, membuat demonstrasi. Perkara ini turut dipersetujui oleh Bandura (1986) yang mengatakan bahawa kebolehan guru ubtuk memotivasikan pelajar

memerlukan dia memahami perasaan pelajarnya terhadap dirinya, mengetahui perkara yang diminati pelajar dan mengenal pasti tugasan yang membolehkan pelajar mencapai pengalaman berjaya atau ‘sense of achievement’ untuk meninbulkan motivasi mereka dalam pembalajaran. Selain itu, dalam menjadikan proses P&P cemerlang dan berkesan guru juga harus pandai dalam menarik minat dan perhatian pelajar. Data kajian mendapati bahawa terdapat beberapa factor yang saling berkait dan mempengaruhi iklim bilik darjah dan mewujudkan kelas yang terkawal. Faktor-faktor tersebut menurut Myers dan Myers (1995) ialah ekologi, milieu, system social, dan budaya. Iklim bilik darjah yang sihat dan selesa tidak terbentuk begitu sahaja. Iklim yang sihat di bentuk oleh apa yang guru lakukan dan iklim di pengaruhi secara positif oleh perancangan dan pemikiran guru yang teliti iaitu teknik pengurusan dan organisasi bilik darjah. Iklim yang di pengaruhi secara negative atau positif oleh aktiviti harian guru dan pelajar. Factor ekologi ialah aspek-aspek fizikal bilik darjah termasuklah ruang bilik darjah keseluruhan , hiasan dinding, papan tulis, peralatan yang sedia ada dan sumber-sumber pembelajaran. Factor milieu ialah perasaan atau suasana interpersonal ataupun di sebut sebagai morale guru dan pelajar. Factor sistem social ialah peraturan formal atau tidak formal yang menjadi garis panduan perhubungan interpersonal di bilik darjah dan sekolah secara amnya. Ini termasuklah perhubungan guru-murid, muridmurid, pentadbir-guru, guru-ibubapa dan sebagainya. Pemboleh ubah yang penting bagi factor ini adalah komunikasi guru iaitu kecekapan guru berkomunikasi dengan pelajar-pelajar untuk menyampaikan maklumat. Factor budaya pula merujuk kepada nilai, system kepercayaan dan norma-norma yang wujud dalam bilik darjah di sekolah secara keseluruhannya. Pembolehubah yang termasuk dalam factor ini ialah ekspektasi, komitmen guru, penjelasan matlamat dan penggunaan pujian, kritikan dan pengajaran.

Related Documents

Esei Profesion
October 2019 41
Profesion
April 2020 30
Esei
June 2020 35
Esei
May 2020 38