Erti Sebuah Kasih

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Erti Sebuah Kasih as PDF for free.

More details

  • Words: 1,869
  • Pages: 4
ERTI SEBUAH CINTA KATEGORI :: CERPEN

Kisah ini adalah ribuan dari kisah cinta yang kalian pernah baca. Khusus untuk golongan remaja yang sedang hangat bercinta sewaktu di bangku sekolah. Aku adalah dari golongan pelajar yang boleh dikatakan dari segi akademik boleh tahan. Sebenarnya aku rasakan aku boleh melangkah lebih jauh lagi sekiranya aku bersungguh-sungguh belajar. Namun biasalah sebagai anak muda remaja tarikan untuk bermain api tetap ada apatah lagi jika semua kawan-kawan sekumpulan terlibat sama. Aku baru berpindah ke daerah itu, dari kota metropolitan. Dulu aku bersekolah perempuan, bila berpindah kedaerah ini aku meminta papa untuk mencari mendaftarkanku di sekolah perempuan. Tetapi tiada sekolah seperti berkenaan di daerah ini. Menjadi pelajar baru tentulah sesuatu yang sukar kerana sering menjadi tumpuan orang apatah lagi raut wajahku yang boleh membuatkan orang memandangku dua kali. Itu bukan keegoanku tetapi hakikat yang telah diperkatakan oleh ramai orang. Dan aku telah ditetapkan untuk duduk di kelas yang 3 terakhir . Bayangkanlah, aku dari kelas yang terbaik dahulu terpaksa duduk di kelas seperti itu aku bukan menghina tetapi selain sistem pengajarannya agak lembab kami tidak dapat bertukar idea tentang pelajaran dengan baik. Ini membuatkan aku agak bosan. Jadi sebagai penyelesaiannya aku mencari alternatif lain untuk menghiburkan diri. Melalui aktiviti sukan aku mendapat ramai kawan dan antara mereka aku rapat dengan 5 orang pelajar perempuan. Mereka gemar berpeleseran denganku kerana menurut mereka aku seorang yang easy going dan banyak pengalaman. Oleh kerana mereka semua itu adalah group yang memang dikenali ramai dan disenangi oleh guru-guru secara tidak langsung meningkatkan popularitiku. Dengan kedudukan kelas yang rendah membuatkan aku lebih menonjol dari yang lain, guru-guru sering memberi pujian dan contoh terhadapku. Rakan-rakanku yang berlima iaitu Zizie, Myra, Jaja, Yanty dan Biha semuanya mempunyai pasangan kekasih target mereka semua ahli sukan atau mereka yang berpengaruh di sekolah. Jadi tidak hairanlah mereka cuba memadukkan aku dengan seorang senior tingkatan 6 yang menjadi Penolong Ketua Pengawas. Aku sebenarnya tidak berminat ke arah itu lagi, tetapi usikan demi usikan yang kuterima serta cabaran mereka membuatkan aku terlibat sama. Tambahan pula Hezri menunjukkan respon yang baik. Jadi bermulalah episod cinta monyet aku walaupun tatkala itu aku hanya di tingkatan 4 dan dia berada di tingkatan 6 rendah. Bila saling menyayangi timbullah pula isu lain dalam perhubungan kami iaitu orang ketiga. Seperti adat orang bercinta, sementelah pula kami masih dibangku sekolah. Perasaan sayang itu sebenarnya lebih kepada rasa ingin memiliki seperti mereka yang lain dalam ertikata lain ‘copycat’. Bergaduh baik gaduh baik memang lumrah, boring sebenarnya tapi ia seperti trend jadi aku turutkan jua. Percintaan monyet itu kami teruskan jua walau kadangkala aku naik muak dengan itu semua tapi ia berterusan jua sehingga hampir 2 tahun. Namun aku tidaklah dikategorikan gadis yang setia pada cinta kerana aku merasakan bahawa aku masih muda dan disebabkan itu juga aku telah memasang spare part satu istilah yang umum bagi penuntut sekolah. Setelah kami mendapat keputusan SPM dan Hezri pula STPM kami masing-masing berjaya menempatkan diri di IPTA. Hezri telah ketahui aku curang kepadanya setelah rakan-rakannya memberitahu di saat kami sibuk mempersiapkan diri untuk mendaftarkan diri ke menara gading. Dek kerana geram dengan pengakuanku mengenai berita yang disampaikan oleh temantemannya adalah benar, Hezri telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaanku. Dia mengaturkan satu pertemuan denganku yang dia katakan sebagai pertemuan kali terakhir sebelum kami berpisah. Namun sebenarnya Hezri ada muslihat sebaliknya,

pada malam tersebut kami ditangkap basah oleh AJK masjid kerana didapati berada di dalam keadaan yang mencurigakan. Bayangkanlah masa itu, aku hanya terfikir tentang papaku. Seperti yang kuduga papaku mengamuk hebat dan memaksa Hezri bernikah denganku. Rupanya itu memang yang dipinta oleh Hezri kerana keegoannya, dia tak mahu aku terlepas ke tangan orang dan dia menganggap itu sebagai satu hukuman terhadap aku kerana bersikap tidak setia. Aku seperti orang yang kehilangan arah, namun kucuba terima hakikat itu walaupun rasa cinta aku padanya yang dulu ada kini bertukar menjadi sifar. Seminggu selepas kami diijabkabulkan, kami mendaftar di IPTA. Dia di Universiti Sains Malaysia manakala aku pula di Universiti Utara Malaysia. Kami saling berhubung pada mulanya seperti pasangan kekasih. Namun apabila sibuk dengan aktiviti perhubungan kami semakin renggang. Dan aku mendapat tahu dari rakan yang lain dia kini akrab dengan seorang penuntut wanita yang lain. Pelikkan… aku boleh merasa bahagia dengan perkhabaran itu dan aku sangat berharap perhubungan mereka menjadi kerana aku tak mahu menjadi berstatus isteri dalam usia yang begitu muda. Aku sangat berharap agar dia bisa melepaskan aku kerana aku jelas dengan niatnya mengambil aku sebagai isterinya. Pada saat ini baru aku merasakan apa yang aku lakukan dahulu adalah hanyalah untuk keseronokkan dan mengikut trend, tetapi menyebabkan aku terperangkap. Papaku kini selalu menasihatkan agar aku menjaga tingkah lakuku. Kawalan ketat terhadapku sekarang ini bila aku pulang ke rumah, dia tak mahu aku menconteng arang kemukanya lagi. Aku pasrah dengan kehendak Papa, aku tahu aku bersalah. Aku merahsiakan dari papa tentang niat buruk Hezri, padaku biarlah aku tanggung segala perbuatanku sendiri. Setelah melalui itu semua aku kini merasakan aku lebih matang dengan kehidupanku. Apabila aku pulang ke cuti semester, kami berdua akan berlakon seperti pasangan suami isteri namun papa menetapkan agar kami tidak mengandung semasa belajar. Dan sesungguhnya , kami belum lagi menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dari segi batiniah. Mungkin Hezri masih ada belas kasihan terhadapku. Hubungan kami sebenarnya semakin teruk kerana kami langsung tidak menghiraukan anatara satu sama lain dan dia bebas dengan caranya, aku langsung tidak menegahnya. Dia asyik bergayut dengan teman barunya manakala aku semakin hilang minat untuk bercinta jadi aku suka menumpukan kepada aktiviti lasak. Semasa di universiti aku tetap menjadi buruan pelajar lelaki terutamanya dari pelajar senior. Aku tahu kedudukanku walaupun hanya sebagai perkahwinan boneka tapi itu tetap sudah sah dari segi syaraknya. Aku hanya membiarkan sahaja usikan mereka, sehingga rakan-rakan sebilikku bertanya mengapa aku mengecewakan satu persatu lelaki yang datang mengetuk pintu hatiku. Bagiku biarlah ianya menjadi rahsiaku sendiri tak perlu dikongsi bersama mereka. Kehidupanku menjadi lebih complicated, bila Hezri menamatkan pengajiannya dan mula berkerja. Teman wanitanya seorang anak orang berada dan ternama meminta dia melamarnya. Hezri meminta pendapatku, aku merelakan dia tetapi biarlah dia melepaskan aku kerana aku tidak mahu mengecewakan Nora apabila dia mengetahui tentang kami. Tapi Hezri enggan melepaskan aku kerana menurutnya papaku akan berang nanti apabila mengetahui hal ini. Bagiku pula lebih baik kami berpisah dari kami terikat dengan ikatan perkahwinan yang tidak menjanjikan apa-apa. Aku akui kami tidak pernah mencuba untuk merapatkan ikatan ini setelah apa yang terjadi selama ini. Aku cuba mengangin-anginkan mengenai hal ini kepada papa dan tepat

sekali telahan kami. Memang papa berang dan mengancam akan melakukan sesuatu sekiranya terjadi perkara yang tak diingini pada perkahwinan kami. Aku semakin merasa diriku bersalah kepada papa dan adik-beradikku. Sememangnya aku anak yang tak berguna walaupun anak sulung tapi tak menunjukkan contoh teladan yang baik. Aku tahu ekoran dari peristiwa hitam itu papa terus mengawal ketat setiap gerak geri adik-adik aku yang lain. Nasibku dalam soal cinta mungkin agak malang tetapi dari segi akedemikku semakin melonjak dan aku dapat menghabiskan masa kreditku lebih awal dari yang ditetapkan. Aku mendapat tawaran ke luar negara bagi menyambung pengajianku. Aku terharu segala usahaku berhasil selama ini. Aku memohon kepada papa untuk merelakan aku pergi setelah berjanji kepada papa aku tidak akan melupakan tugas aku sebagai isteri apabila sekembalinya aku ke tanahair. Kepada Hezri aku mengizinkannya berkahwin dengan gadis pilihannya. Terserahlah kepadanya sama ada mahu merahsiakan perkahwinannya itu nanti dengan papaku atau tidak. Dan sebagai isterinya yang sah aku meminta keizinannya untuk pergi. Aku mahu lari dari ikatan yang memeningkan ini. Aku rela apa jua keputusan yang bakal diambil. Memang benar kata pepatah cina, perempuan yang cantik akan hidup menderita… seperti aku... rentetan dari peristiwa hitam itu, cinta dalam hidupku seolah-olah telah mati. ************ Dua tahun berlalu, barulah aku kembali ke tanah air, memang aku jarang mengirim berita kepada keluarga kerana aku mahu lari dari persoalan hidup. Aku sendiri mengagak bahawa Hezri pasti sudah berkahwin dengan teman wanitanya. Di lapangan terbang, aku disambut oleh Hezri, kepulanganku bersama dengan seorang teman sekuliahku dahulu. Sengaja aku menyuruh Hezri menjemputku kerana mahu menjaga hati orang tuaku. Aku bertanya bagaimana perkahwinannya dengan Nora. Dia hanya mendiamkan diri. Penampilannya ku lihat terdapat perubahan yang ketara, dia sedikit cengkung. Hatiku sedikit terusik. Aku memperkenalkan rakan sekuliahku, Azlan kepada Hezri, setelah berbual seketika Azlan meminta diri dan berjanji akan menghubungiku, Azlan sebenarnya tidak mengetahui hubungan aku dengan Hezri. Mungkin disebabkan dua tahun tidak bertemu aku dan Hezri rancak berbicara terutamanya menceritakan pasal kehidupanku di rantau orang. Hezri membawaku ke rumahnya sebelum kami bergegas ke rumah papa. Suasana di rumahnya lenggang. Jarak antara rumah papaku dan Hezri agak jauh juga. Di rumah papa, kami disambut dengan penuh kerinduan. Papa menyuruh mama memasak makanan kesukaanku. Malam itu perutku kekenyangan dengan pelbagai masakan istimewa mama yang kurindui. Tiba-tiba telefon berbunyi, dan ianya adalah untukku. Siapa lagi kalau bukan Azlan yang menelefonku. Aku jadi serba salah. Setelah berbual seketika, aku memutuskan untuk berhenti kerana tak mahu papa salah anggap. Kulihat Hezri hanya sedang mengerling ke arahku. Aku hanya tersenyum. Papa bertanya siapakah pemanggil tersebut dan apakah yang diingini. Aku menjawab sejujurnya dan mengatakan bahawa kawanku itu mahu aku berkerja dengan syarikat ayahnya. Memikirkan mengenai tawaran Azlan aku jadi keliru adakah patut aku menerimanya. Aku tak tahu, aku memang memerlukan pekerjaan tetapi tidak seawal ini. Sekurangkurangnya berilah masa untuk aku berehat seketika dahulu. Walaupun sudah seminggu aku berada di tanahair, namun tak pernah sekalipun aku menemui Nora.

Aku merasa hairan, tapi persoalanku terjawab apabila aku terlihat dirinya bersama seorang lelaki dalam keadaan yang sungguh mesra, ketika itu aku bersama dengan Azlan sedang minum di Coffee House. Dua hari kemudian, Hezri memanggil aku untuk datang berjumpa dengannya di pejabatnya. Ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Tepat waktu yang dijanjikan aku pun tiba. Hezri mempelawaku masuk ke biliknya dan menerangkan tujuan dia memanggil aku ke pejabatnya kerana dia tidak mahu berbincang di rumah. Dia kata dia dengan rela hati mahu melepaskan aku kerana tak sanggup lagi hidup begini, di dalam kepura-puraan. Terpulanglah padaku katanya, dia tak mampu lagi untuk menahan aku dari menyintai orang lain. Dia tak mahu menjadi batu penghalang antara aku dan Azlan. Sebelum dia beredar dia mengatakan bahawa dia tak mampu mencintai orang lain sebab itu juga dia tidak mengahwini Nora. Aku terkedu mendengar penerangannya. Malam itu aku menunggunya pulang untuk berbincang lebih lanjut perihal tadi. Namun dia tidak pulang. Keesokkan harinya aku menelefon kepejabatnya dan mendapati Hezri bertugas di Sarawak selama seminggu. Mungkin masa seminggu ini Hezri meminta aku memikirkan perkara itu. Aku menunggu Hezri di lapangan terbang sepertimana yang diberitahu oleh rakan sepejabatnya. Bila aku terlihat kelibatnya, aku terus pergi mendapatkannya dan mencium tangannya. Aku meminta maaf darinya dan untuk pertama kalinya aku dengan sesungguh hati mengucapkan kata, “ Hezri, Erlin sayang padamu”. Dia terkejut tapi terus menciumku. *************** Kini baru aku percaya akan ertinya cinta aku tak mahu sekali lagi aku mensia-siakan rasa cinta itu. Aku bahagia hidup bersama dengan Hezri dan tak mungkin aku berpaling lagi dari menyintai lelaki yang sesungguhnya menyintai aku sepenuhnya. Sesekali aku merasa kasihan apabila mengingati bagaimana Hezri begitu sabar menunggu cintaku. Nasihatku kepada remaja yang bercinta “Ingatlah Cinta Yang Hadir Sebelum Masanya Tidak Menjanjikan Kenikmatan Cinta Sejati”, jadi tumpukanlah kepada perkara-perkara yang terpenting dalam hidup anda.

“ …HEZRI ARSHAD & HANNY ERLINA … MENYEMAI CINTA SELAMANYA..” itulah katakata hikmah kami berdua.

Sekian.

Related Documents

Erti Sebuah Kasih
June 2020 8
Erti Sebuah Persahabatan
November 2019 31
Kasih
November 2019 58
Erti Persahabatan
November 2019 38
Erti Tamadun
June 2020 17