[Enter Post Title Here] Soalan 44 letersi computer dalam PJJ 2000-2500 patah perkataan. Bandingkan teori pembelajaran pendidikan jarak seperti yang dimajukan oleh M. G. Moore, O. Peters dan Holmberg. Konsep Pengajian Jarak Jauh Pendidikan Koresponden seperti dalam pendidikan gaya pos merupakan salah satu sistem pengajian jarak jauh sejak zaman-berzaman. Dalam arus kemajuan sistem perhubungan dan komunikasi pengajian jarak jauh tidak sahaja bergantung sepenuhnya dengan kaedah ini tetapi turut menggunakan pendekatan media elektronik sebagai perantara atau penghubung antara pengajar dan pelajar. Para pelajar tidak berlaku secara bertatap muka dan proses pembelajaran ditentukan serta dikawal sepenuhnya oleh pelajar. Situasi seumpama ini memelukan semangat dan inisiatif yang tinggi dari pelajar itu sendiri. Ringkasnya bolehlah diibaratkan pengajar menyediakan bahan-bahan untuk memasak dan pelajar menetukan sendiri jenis, kaedah masakan dan bahan tambahan yang sesuai tetapi hendaklah menepati kreteria yang ditetapkan pengajar. Berbeza dengan kelas formal, pengajar akan menunjukan kaedah memasak sambil di diikuti oleh pelajar. Definisi PJJ global dan di Malaysia Berdasarkan dapatan dan analisis daripada definisi PJJ di dunian Keegan (1980) menyimpulkan bahawa PJJ hendaklah meliputi pemisahan antara pengajar dan pelajar dan dipengaruhi oleh organisasi pendidikan. Penggunaan media cetak menjadi instrument yang menghubungkan pelajar dan pengajar berdasarkan sukatan pelajaran yang ditentukan oleh organisasi. Ini dapat merangsang komunikasi dua hala di mana pelajar mendapat ganjaran atau
memulakan perbincangan. Beliau juga merujuk kepada struktuk teori perindustrian iaitu pemisahan radikal daripada struktur pendidikan yang lain. Merujuk kepada kesimpulan Md Noor Saleh, “PJJ di Malaysia bermaksud sebagi proses pendidikan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dan berantarakan maklumat dan pengajaran:merangkumi semua teknologi berasakan cetak, audio, video dan koputer, dan bentuk-bentuk lain pembelajaran: secara jarak jauh,dimana pelajar dan pengajar tidak berada ditempat yang sama” Ringkasnya PJJ di Malaysia dalah satu proses untuk mendapatkan ilmu dengan menggunakan segala bentuk medium penghubung melalui medium-medium perantaraan atau saluran sistem komunikasi semasa. Perbandingan diantara teori pembelajaran pendidikan jarak seperti yang dimajukan oleh M. G. Moore, O. Peters dan Holmberg. Setelah membaca dan memahami ketiga-tiga teori tersebut,, di dapati beberapa terdapat persamaan dan perbezaan Huraian mengenai perbandingan ini adalah berdasarkan teori perindustrian berbanding teori-teori lain memandangkan aplikasinya mirip kepada PJJ di USM. Autonomi dan kebebasan pelajar. Menurut M.G. Moore kaedah pembelajaran yang diamalkan mengutamakan autonomi palajar dan pengajar. Berdasarkan program pembelajaran telematiknya pelajar akan menggunakan pakar rujuk dan sumber sedia ada untuk membantu pelajar mendalami apa yang hendak dipelajarinya. Ianya mirip kepada tesis dimana pelajar menentukan apa skop yang hendak dikaji dan menjalankan kajian tersebut di mana hasil kajian itu nanti akan dinilai sendiri olah pelajar.