Ensiklopedia Istilah Seni Melayu

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ensiklopedia Istilah Seni Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,483
  • Pages: 7
Ensiklopedia Istilah Seni Melayu

Teater (Theatre) 1.Tempat persembahan, dan, perhubungan abstrak yang wujud antara pelakon dengan penonton. 2.Sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal, dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audien atau penontonnya. 3. Seni drama yang sedang dipertontonkan, iaitu keberkesanan pementasannya; sebagai persembahan teater yang baik atau buruk dalam kraf teatemya. Teater absurd (Absurd Theatre) Bentuk teater yang mempunyai gaya persembahan surealis, pergerakan kegiatannya di barat dimulakan oleh dramatis seperti Samuel Backett dan Eugene Ionesco sekitar tahun 1950-an. Teater alam sekitar (Environmental theatre) Pengolahan produksi teater yang mengutamakan pengisahan drama menyangkut alam sekitar serta aspek-aspek kemanusiaannya; bahkan hingga set dan propnya juga cuba dikawal dalam suasana yang sarna. Di Malaysia pengusaha teater berkenaan yang berkesan pengolahan produksi demikian ialah Krishen Jit, sebagai contoh persembahan drama-drama arahannya seperti Skin Trilogy tahun 1995, Work- The Malaysian Way tahun 1996, dan Family tahun 1998. Teater arena (Theatre-in-the-round) Pengolahan produksi teater atau persembahan drama yang dilakukan di atas pentas berkonsepkan arena. Mak yong adalah satu bentuk drama tari tradisional Melayu yang persembahannya dibuat dalam bentuk teater arena. Lihat arena dan pentas arena. Teater fitrah Bentuk drama yang pertama diperkenalkan oleh dramatis Noordin Hassan di Malaysia. Pengolahan drama dan penyampaian persembahan teatemya diolah supaya menepati konsep fitrah dalam keagamaan Islam. Para watak drama itu hanya manusia yang semula jadi sebagai hamba Allah mempunyai kelemahan dan kekuatan sebagai insan dalam melalui kehidupannya di dunia ini. Dalam

pembentukan teater fitrahnya, Noordin tidak mengutamakan konsep wira dan wirawati, sebaliknya jika ada pun watak utama hanya sebagai manusia biasa yang mengalami suka duka dalam dramanya. Teater fizikal (Physical theatre) Pengolahan produksi teater at au persembahannya yang mengutamakan pergerakan dan perilaku watak, sehingga watak lebih mengisi ruang pentas lakon. Dalam teater fizikal set dan prop hanya digunakan dengan kadar yang minima cukup tujuan perlambangan maksudnya sahaja. Teater kanak-kanak (Children's theatre) 1. Persembahan teater yang khusus untuk menghibur golongan kanak -kanak. 2. Kegiatan berteater yang hanya menggunakan pelakon kanak-kanak lazimnya untuk tujuan maksud yang pertama tadi. Teater keliling (Travelling theatre) Kumpulan teater yang bergerak dari tempat ke tempat untuk membuat persembahannya kepada penonton. Pada tahun-tah 1880-an hingga 1940-an bentuk lakon Melayu yang merupakan perusahaan secara teater keliling ialah drama bangsawan dima2 kumpulan-kumpulan teaternya bergerakmelalui sistem towkay sebagai penerbit penajanya. Teater pengarah (Director's theatre) Kaedah pengolahan pengerjaan teater yang bersifat profesional kerana pembahagian kerja dilakukan dengan jelas sen penanggungjawaban mengikut bahagian diberi kebebasan dengan pemantauan keseluruhan dilakukan oleh pengarah eksekutif perusahaan teater itu. Dalam kaedah kerja teater pengarah setiap bahagian kepimpinannya ditakrif sebagai pengarah, umpamanya pengarah lakon, pengarah kostum dan rias. pengarah set dan prop, pengarah muzik dan latar bunyi, pengarah pentas, pengarah urusan dan seumpamanya dengan pengarah produksi atau pengarah eksekutif menjadi pemimpin peneraju produksi teater itu. Dikir Satu kaedah bernyanyi, biasanya dalam kumpulan. Terdapat beberapa jenis dikir mengikut rentak dan lagunya, seperti dikir rebana, dikir maulud, dikir berendoi.

Dikir barat

Satu bentuk seni permainan rakyat kalangan kaum lelaki yang terdapat di Kelantan. Dikir barat dimainkan melalui peralatan muzik, nyanyian, dan gerak aksi yang diadunkan sebagai gubahan untuk bertukar-tukar sindiran berkenaan hakikat sosial semasa, dan dilakukan dengan tujuan mengisi waktu lapang dengan berjenaka. Dikir berendoi Satu bentuk seni rakyat utara Malaysia khasnya Kedah dan Perak, yang bertujuan untuk meraikan sesuatu kelahiran dalam keluarga. Bayi yang masih dalamjangka umur dua minggu itu akan melalui aeara naik buai dan s'empena aeara itu diadakan majlis kenduri kendara kecil dan didengarkan kepada para tamu lagulagu yang bersifat mengajar berkenaan menghormati ibu bapa dan beramal saleh. Masyarakat Islam lazimnya mengambil kesempatan pada waktu ini untuk menunaikan aqiqah untuk anak itu. Dikir laba Satu bentuk lagu beramai yang terdapat di Kelantan, dan dinyanyikan oleh kaum lelaki. Kandungan dikir laba lazimnya bersifat ajaran agama. Dikir maulud Satu bentuk lagu beramai yang dinyanyikan sambil berarak dan dinyanyikan oleh kaum lelaki dan wanita. Dikir maulud dijalan¬kan pada musim perayaan menyambut ulang tahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad saw. Wayang Penggayaan persembahan lakon yang dipamerkan atau dita¬yangkan. Dalam tradisi wayang Melayu, terdapat jenis wayang yang menggunakan boneka seperti wayang kulit dan wayang golek; terdapat juga yang menggunakan pelakon manusia seperti wayang orang; dan ada juga yang bersifat rakaman seperti wayang gambar. Wayang gambar Satu aktiviti seni hiburan yang bersifat industri kerana tayangan gambar perlukan sebuah bangunan khas, dipanggi1 panggung wayang, untuk keselesaan penonton. Disebut juga sinemaskop (Indonesia: bioskop).

Wayang golek Tradisi persembahan cerita me1alui boneka yang dicipta khas supaya menampilkan rekaan patung tiga dimensi, dengan penyampaian gaya teatrikal. Wayang golek ialah tradisi lakonan yang didaya kreatifkan oleh rakyat Negara Indonesia. Wayang kulit Satu bentuk seni persembahan tradisional yang menggunakan prinsip kelir dan permainan bayang-bayang daripada pantulan cahaya ke atas boneka di bahagian belakang kelir; iaitu di bahagian pemain. Penonton akan menonton bayangbayang yang tercipta atas kelir yang sedang mereka hadapi di depan mereka. Di Indonesia, permainan wayang kulit melihat dari belakang kelir, iaitu menonton kelir dan dalang serta pemain muzik yang duduk membelakangi penonton. Kaedah permainan wayang kulit menggunakan pergerakan boneka-boneka oleh kemahiran seorang dalang dengan diiringi oleh permainan muzik jenis tabuh seperti gendang, gong, cing (alat muzik gamelan bagi Indonesia) dan pemuzik alat utama, sama ada rebab atau serunai, yang duduk paling hampir dengan dalang. Wayang wong Persembahan lakon yang digayakan oleh manusia tetapi mengambil cerita dan busana daripada tradisi wayang kulit, iaitu daripada repertoire Hikayat Seri Rama dan Mahabharata dari India, serta kisah Hikayat Pandawa Lima dari tradisi pengkisahan Pulau Jawa. Bentuk seni persembahan ini bersifat drama tari dan mula diperkenalkan di Jawa Tengah, dalam kraton Yogyakarta. KRITIK - Esei atau artikel yang menyorot secara kritis sesebuah hasil seni, biasanya dengan tujuan untuk menentukan sifat-sifat yang dimilikinya dan menuntut mutunya menurut suatu ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau sering digunakan. KRITIKAN - Cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengelas, menghurai dan menilai karya kesenian. Kaedah digunakan untuk mendapatkan kesan positif dan ilmiah. Kritikan seni memiliki definisi dan fungsi yang berubahubah mengikut tuntutan zaman. Kritikan kini turut menekankan hak apresiasi dan penghayatan seni. KRITIKAWAN

- Orang yang mengerjakan kajian kritikan. KRITIK ATAS KRITIK - Melakukan peninjauan semula terhadap sesebuah hasil kritikan seni yang dihasilkan oleh kritikawan lain. KRITIKAN ARISTOTELIAN - Kritikan yang lebih menekankan karya atau teks daripada sejarah atau moral untuk mencari nilai di dalamnya. Kritikan ini bersifat logika, kehakiman dan formal. KRITIKAN BANDINGAN - Kritikan menggunakan kaedah bandingan sama ada dalam konteks intra atau supra, antaradisiplin, temalogi dan lain-lain. KRITIKAN BARU - Kritikan yang menumpukan perhatian kepada karya seni sebagai objek tersendiri; melihat kesenian sebagai seni bukan sebagai sejarah, falsafah, psikologi dan sebagainya. KRITIKAN KRESENDO - Kritikan bersifat membunuh bakat kreatif. Kritikan ini tidak berusaha mengadunkan ilmu dan seni dalam kritikan tetapi menjadikan tulisannya kasar dan penuh dengan hujah yang sengaja dicari-cari dari luar sesebuah karya kreatif. KRITIKAN EKSISTENSIALISME - Kritikan kontemporari yang menolak sahnya persoalan-persoalan kritikan tradisi, dan mengkaji sesebuah karya seni dari segi bagaimana cara ia meneroka persoalan-persoalan kewujudan dan dari segi kewujudan kepada pembaca. KRITIKAN EKSPRESIF Kritikan yang mengkaji sesebuah karya seni terutama dari segi hubungannya dengan diri artisnya sendiri. KRITIKAN FORMAL - Kritikan yang menilai sesebuah karya seni dari segi ciri-ciri jenis atau genre itu digolongkan.

KRITlKAN IMPRESIONIS - Kritikan yang cuba menyampaikan apa yang dilihat dan dirasai oleh kritikawan daripada sesebuah karya seni. KRITIKAN KEHAKIMAN - Kritikan yang mencuba dengan teliti dan setepat-tepatnya menggunakan ukuran-ukuran umum dan kriteria yang objektif bagi menganalisis, mengelas, menilai dan mendefinisi karya-karya seni. KRITIKAN KESENIAN - Merupakan suatu seni yang mengutuk, memuji yakni termasuk penganalisisan, penjelasan dan pentafsiran karya-karya seni. KRITlKAN MIMETIK - Kritikan yang melihat karya kesenian sebagai satu peniruan, refleksi atau gambaran tentang alam dan kehidupan manusia. KRITlKAN MITOS - Kritikan yang meneliti unsur-unsur dan pengertian beberapa tiap induk serta bentuk-bentuknya dalam sesebuah hasil seni. KRITlKAN MORAL - Kritikan yang menilai kesenian dari segi moral dan mengukurnya berdasarkan beberapa prinsip etika. KRITlKAN OBJEKTIF - Kritikan ini melihat kesenian terpisah daripada bahan-bahan lain yang di luarnya. iaitu kesenian adalah kesatuan yang lengkap dan boleh berdiri sendiri. KRITlKAN ONTOLOGI - Kritikan yang lebih menumpukan perhatian kepada unsur-unsur intrinsik. KRIT1KAN PLATONIK - Kritikan yang melihat sesebuah karya kesenian dari segi nilai-nilai ekstrinsiknya, iaitu dari segi kegunaannya, bukan dari segi tujuan seninya semata-mata.

KRITlKAN PRAGMATIK - Kritikan yang menganggap bahawa sesebuah karya seni itu dicipta dengan tujuan untuk mencapai kesan-kesan tertentu kepada pembaca. KRITlKAN PRAKTIS - 1 Menilai sebuah karya seni sama ada secara keseluruhan at au hanya sebahagian daripadanya sahaja. 2 Menggunakan teori atau pendekatan tertentu memperkatakan sebuah karya seni. KRITlKAN SEJARAH - Kritikan yang melihat kesenian dalam konteks sejarah dan sosial pada waktu karya itu dihasilkan. KRITIKAN SENI - Suatu seni yang menegur atau memuji secara kehakiman sesuatu karya kesenian. Pada peringkat lebih kemudian, isinya bertukar menjadi seni penghayatan atau apresiasi seni. KRITlKAN TEKS - Satu kajian pelbagai naskhah daripada sesebuah karya untuk menentukan kesahihannya dengan menggunakan pelbagai kaedah ilmiah. KRITlKAN TEORITIS - Menilai prinsip-prinsip atau konsep-konsep seni yang kadangkala dikaitkan dengan proses pengkaryaan. Beberapa teori digunakan dalam kritikan ini.

Related Documents

Istilah
November 2019 49
Istilah
June 2020 44