Ekosistem

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ekosistem as PDF for free.

More details

  • Words: 2,417
  • Pages: 13
EKOSISTEM TANAH LEMBAB PENGENALAN Tanah lembab boleh diertikan sebagai suatu kawasan “marsh”, “fern”, paya gambut atau berair samada semulajadi atau buatan, kekal atau sementara dengan air yang statik atau mengalir (bergerak), air tawar, payau atau masin, termasuk kawasan marin yang kedalamannya tidak melebihi 6 meter pada waktu air surut (Ramsar, 1971). Ekosistem tanah lembab yang sentiasa ditenggelami air ini merupakan satu ekosistem yang sangat istimewa. Dalam ekosistem ini lantai hutan ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati, ini membuat permukaan tanah di kawasan ini lembut dan berlumpur. Namun pokok-pokok di sini hidup dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung, di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai hutan. Selain burung, ekosistem ini juga merangkumi haiwan lain seperti berbagai jenis ikan, udang, ketam, kerang, siput, mikro-organisma dan sebagainya.

APAKAH TANAH LEMBAB Tanah pamah atau tanah becak merupakan satu ekosistem berair, basah sepanjang tahun seperti sungai, tasik atau danau, rawa-rawa, muara sungai, delta lagoon, hutan bakau, lapisan rumpai laut, tanah gambut, hutan nipah, sawah padi dsb. Keseluruhan tanah lembab meliputi 60% daripada jumlah permukaan bumi. Fungsi tanah lembab ialah sebagai jambatan penghubung yang menghubungkan ekosistem akuatik (air) dan terrestrial (darat) melalui kitaran berlanjutan air yang dihadang melalui darat, laut dan atmosfera. Proses penting air ini membantu mengawal kualiti dan kuantiti air serta mengekalkan fungsi system ekologi. Fungsi tanah lembab tersebut mengujudkan kawasan hidupan bagi pelbagai jenis tumbuhan, haiwan vertebrata seperti ikan, katak, mamalia, burung dan haiwan invertebrata seperti siput, kerang, kepah, ketam dan lain-lain lagi. Definisi tanah lembab yang lain diterangkan sebagai satu kawasan semulajadi atau buatan manusia yang kekal atau sementara, berair mengalir atau statik, masin atau tawar dengan kedalaman pasang surut tidak melebihi 6 m.

HUBUNGKAIT SUATU EKOSISTEM BAKAU

1 2 3

4 Bahan Buangan 5

6 Detritus

9 8

10

Pemakan Detritus 11

7

Manusia

Karnivor Kecil (Tilapia) 12 13

14 Karnivor Besar (Ikan Yu) 15

16

17

JENIS-JENIS EKOSISTEM TANAH LEMBAB MUARA SUNGAI Kawasan muara sungai diertikan sebagai suatu kawasan di mana kawasan pendalaman bertemu dengan kawasan air laut. Ekologi di sini menunjukkan hubung kait sistem darat dan air laut. Air tawar berlumpur yang membawa nutrien akan disebarkan serta menyuburkan kawasan perairan dan “mudflat”. Kawasan muara sungai merupakan sistem penapisan dan pemendapan bagi lumpurlumpur sungai. Kawasan muara sungai menerima nutrien dari 3 sumber iaitu sungai-sungai, air laut dan sedimen di dasar. Kawasan muara sungai didiami oleh pelbagai sepsis tumbuhan dan haiwan. Ini termasuklah hutan paya yang dipengaruhi oleh air pasang surut dan hutan bakau yang mana menyumbang nutrient kepada kawasan muara sungai.

TANAH LUMPUR Kawasan ini menunjukkan variasi yang tinggi dari segi fauna di mana ianya berkurangan dari segi bilangan spesis tetapi beberapa spesis seperti molluska banyak terdapat di kawasan ini. Kawasan ini merupakan kawasan yang penting di waktu air surut kerana menjadi tempat persinggahan dan pemakanan bagi burung-burung serantau samada tempatan atau yang berhijrah.

Kawasan muara sungai dan mudflat adalah penting sebagai suatu tempat penting bagi kitaran hidup beberapa spesis mamalia marin seperti dugong dan ikan lumba-lumba. Ini merupakan kawasan pembiakan bagi spesis-spesis tersebut. Kawasan muara sungai juga menjadi tempat pembiakan dan pertumbuhan pelbagai spesis ikan marin, krustacea.

Kawasan muara sungai merupakan suatu kawasan yang penting untuk perusahaan perikanan dan menyediakan pelbagai hasil perikanan kepada manusia terutamanya ikan, ketam, udang, kerang, siput, mamalia marin, reptilia, dan sumber bukan haiwan seperti kayu, tanah pasir dan liat untuk industri pembinaan dan bekalan air untuk beberapa industri tidak berasaskan hidupan liar.

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

KAWASAN HUTAN PAYA AIR TAWAR Kawasan ini tersebar luas di atas tanah “alluvial” yang ditenggelami air tawar untuk jangkamasa yang panjang. Ini dikaitkan dengan paya perairan, tasiktasik air tawar, kawasan tanah rendah sungai-sungai. Kawasan tanah permukaan hutan paya ditenggelami air yang bernutrien tinggi dari prosesproses banjir yang mempunyai Ph yang tinggi ( > daripada 6). Keadaan yang kurang berasid dan nutrien yang tinggi menyebabkan produktiviti dari kawasan ini adalah tinggi. Hutan paya air tawar adalah lebih tinggi (ketinggian pokoknya) dan kepelbagaiannya adalah lebih tinggi daripada hutan paya tanah gambut. Kawasan ekosistem paya air tawar mempunyai jenis-jenis tanah yang berbeza dan tumbuhan vegetasinya. Jenis-jenis tumbuhan yang boleh dijumpai termasuklah pandan, nipah, “shrub” dan hutan. Kawasan hutan paya mempunyai pokok-pokok yang berketinggian 35 m, berliana dan tumbuhan epifit. Akar pokok-pokok ini akan berada di dalam air untuk jangkamasa yang panjang. Di dalam ekosistem yang mempunyai air bertakung yang panjang, akar-akar pokok telah mengadaptasikan dirinya untuk proses penukaran gas seperti akar banir, akar tegak, akar lelutut dan akar berjangkungan. Walaupun spesis hutan hampir sama dengan hutan tanah rendah dipterocarp, kepelbagaiannya adalah kurang. Pokok-pokok yang penting di dalam hutan paya air tawar termasuklah dari spesis

Campnosperma, Alstonia, Eugenia, Canarium, Kompassia, Callophyllum dan Melanorrhoea. Pokok sago dari spesis Metroxylon sagu boleh dijumpai di kawasan hutan paya air tawar. Dari segi kepelbagaian hidupan-hidupan liar di kawasan hutan paya air tawar, ianya adalah lebih tinggi dari hutan paya gambut. Primate seperti Macaques, Macaca fascicularis banyak dijumpai di sini.

KAWASAN HUTAN PAYA GAMBUT Hutan paya gambut boleh diertikan mempunyai tanah yang lebih daripada 65% kandungan organik. Kawasan paya gambut secara amnya adalah kurang nutrien kerana sumber airnya adalah daripada hujan dan oleh itu mempunyai kepelbagaian yang kurang berbanding dengan hutan paya air tawar. Pemendapan dan pengumpulan gambut kebiasaanya melebihi 50 cm kedalamannya dan rekod kedalaman yang pernah dicatit adalah 20 m di Kalimantan. Struktur permukaan gambut adalah ianya tegap, berfibrus dan mempunyai satu permukaan luar yang lembut diatas isinya yang lembut yang mempunyai kepingan-kepingan kayu dan sisa-sisa tumbuhan vegetasi yang lain. Kawasan paya gambut adalah berasid (pH 4 atau kurang) dan nutrien yang kurang terutamanya kalsium. Kebiasaanya sungai-sungai yang mengalir dari kawasan ini berwarna coklat seperti teh O. Pembentukan hutan paya gambut bermula di bahagian hulu kawasan paya bakau di mana sedimen-sedimen halus yang dibawa oleh sungai akan terperangkap di dalam akar-akar banir paya bakau. Selepas sesuatu jangkamasa yang lama, kawasan ini kurang ditenggelami air pasang surut dan kurang masin. Tumbuhan lain akan bertapak dan oleh kerana pengaruh air pasang surut dan kemasukan air tawar yang tinggi, tanah di sini senantiasa ditenggelami air. Mikro-organisma yang mana akan mengurai tumbuhan mati yang tidak dapat hidup di ekosistem ini dengan keadaan tiada oksigen, kandungan sulfat yang tinggi dan menyebabkan pengumpulan bahan-bahan organik. Lapisan gambut ini akan menutupi kawasan paya bakau.

KAWASAN EKOSISTEM SUNGAI Sungai-sungai boleh diklasifikasikan sebagai bentuk tadahan air yang bergerak (sungai) atau static (tasik). Secara amnya, rupa bentuk sungai di kawasan hulu adalah kecil, runcing dan airnya laju berbanding dengan sungai di kawasan hilir di mana ianya lebih luas dan lebih perlahan pengalirannya. Sungai-sungai boleh diklasifikasikan sebagai: 1) Sungai pergunungan Dijumpai pada ketinggian lebih daripada 1000 m, mempunyai air sejuk yang deras dan tumbuhan yang kurang, mempunyai tumbuhan tebing yang kurang dan kepelbagaian hidupan yang terdiri daripada seranggaserangga air dan beberapa spesis ikan. Serangga-serangga ini telah menyesuaikan diri untuk hidup dikawasan yang mempunyai nutrien yang kurang. Ikan-ikan di sini telah menyesuaikan diri untuk hidup di sungai yang deras dengan pengubahsuaian bentuk pelekap pada bahagian ventral badannya untuk tidak dihanyutkan oleh air sungai yang deras.

2) Sungai tanah tinggi Dijumpai di antara ketinggian 100 - 1000 m yang mempunyai air yang dingin dan, mempunyai kepelbagaian tebing sungai yang tinggi terdiri dari tumbuhan Aroids (contohnya, Piptospatha) di kawasan sungai kecil dan pokok legum, Saraca sp. di tebing sungai yang luas. Sungai-sungai ini menampung kepelbagaian hidupan yang tinggi termasuk serangga air. 3) Sungai tanah rendah deras Dijumpai dibawah ketinggian 100 m, ia mempunyai kawasan tebing sungai yang dilitupi oleh pokok-pokok tinggi yang memberi tempat teduh dan sumber nutrien (daun dan buah) kepada hidupan di dalam sungai. Kepelbagaian hidupan air adalah pelbagai dan kebiasaannya sungai adalah lebih luas. Ikan-ikan yang lebih besar dijumpai di kawasan ini. Kebiasaanya sungai ini mempunyai sedimen yang tinggi, dan pengubahsuaian oleh ikan-ikan di sini adalah berbentuk “barbell” ianya mempunyai organ deria yang penting untuk mengesan sumber makanannya. Komuniti ikan berubah dikawasan hilir sungai di mana spesis-spesis ikan Gobid, Julon-julong dan Buntal boleh dijumpai di kawasan air masin.

4) Sungai tanah rendah yang perlahan Dijumpai dikawasan tanah rendah yang rata di mana tahap ketinggian air dipengaruhi oleh hujan. Di dalam ekosistem yang tidak diganggu, dibawah kanopi hutan, sungai-sungai ini mempunyai kepelbagaian hidupan yang tinggi. Di dalam keadaan yang bergambut atau berasid, warna air adalah teh o dan kepelbagaiannya adalah kurang. 5) Sungai pasang surut air tawar Secara amnya, ia mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi dibahagian tebingnya dan dicirikan oleh spesis Pandanus, Eugenia dan pokok-pokok Palaquium. KAWASAN HUTAN PAYA BAKAU Hutan ini boleh dijumpai dikawasan pinggiran laut dan muara sungai. Hutan ini boleh dijumpai di dalam zon pasang surut di mana air pasang membawa air masin dari laut dua kali sehari. Satu ciri utama hutan ini adalah ia dipenuhi oleh lumpur. Hutan paya bakau adalah tanah lembab yang boleh dijumpai di iklim tropika. Tumbuhan paya bakau mempunyai spesis yang tahan kepada keadaan persekitaran yang berair masin dan berlumpur dan kebanyakannya terdiri dari pokok nipah iaitu Nypa fruticans. Kawasan paya bakau memberi perlindungan dan sumber makanan secara langsung atau tidak kepada pelbagai komuniti hidupan seperti burung, organism marin, ikan-ikan, molluska, siput, reptilia dan lain lain lagi.

Kawasan hutan paya bakau mempunyai kepelbagaian fauna yang tinggi dari spesis krustasia dan molluska dan merupakan kawasan pembiakan dan pembesaran pelbagai sepsis ikan dan udang. Spesis primate yang boleh dijumpai di kawasan ini termasuklah bangkatan, (Nasalis larvatus), Monyet kelabu (Presbytis cristata), Biawak (Varanus salvator) buaya (Crocodylus porosus) dan burung Pitta megarhyncha dan Cyornis rufigastra.

➢ Kepentingan Hutan Paya Bakau

Kawasaan hutan paya bakau mempunyai beberapa kepentingan kepada manusia termasuklah; • Melindungi tanah persisiran pantai daripada hakisan. • Mengitar semula nutrien. • Mengalih buangan toksik. • Membekalkan kayu bakar, arang dan kayu untuk pembangunan. • Menampung pelbagai hidupan tumbuhan dan haiwan. • Menyediakan kawasan pembiakan dan ekosistem bagi pelbagai spesisspesis ikan, udang, kerang, ketam dan cangkerang dan siput-siput. • Menyediakan kawasan makanan dan pembiakan bagi burung-burung yang berhijrah dan juga burung tempatan • Membantu mengawal banjir. ➢ Flora Hutan Paya Bakau Kebanyakan spesis pokok bakau yang terdapat di sini terdiri daripada keluarga yang berbeza tetapi secara amnya mempunyai ciri-ciri yang serupa seperti akar pernafasan dan tabiat percambahan biji secara vivapari. Spesisspesis pokok bakau yang biasa dijumpai terdiri dari genus Rhizophora, Bruguiera, Avicennia dan Sonneratia. Pokok-pokok ini merupakan ekosistem pelbagai spesis burung yang bertempat di situ dan burung yang berhijrah. 1) Avicennia (Api-api) Pokoknya kecil atau bersaiz sederhana dengan akar pernafasan kelihatan macam pensel. Daunnya berbentuk bujur dengan hujung yang tajam atau bulat. Bunganya berwarna jingga kekuningan. Buahnya berbentuk telur dengan hujung yang tajam dan dilitupi oleh bulu disebut tomentum. Batang pokok berbentuk silinder dengan liang pernafasan (lantisel). Pada kebiasaanya ia tumbuh berhampiran dengan air laut.

2) Sonneratia Pokoknya kecil ataupun sederhana. Akar pernafasan berbentuk gelendung. Daunnya tebal dan berair. Bunganya putih dan berbau masam, berkembang pada waktu senja dan layu pada waktu fajar. Buahnya keras, hijau dan berbentuk bola. Kebiasaanya ia tumbuh di kawasan berlumpur. Tumbuhan ini mudah dijumpai di hutan paya bakau.

.kosi

3) Rhizophora (Bakau) Pokok spesis ini mempunyai banyak akar jangkang. Daunnya bujur tajam di hujung, hijau kehitaman tetapi daun muda kemerahan. Batang berbentuk silinder dengan banyak lantisel. Bunga spesis ini berwarna kuning dan selalunya berpasangan. Warna buahnya perang dengan bahagian hujung berpanjangan. Ia tumbuh pada kawasan lumpur di muara sungai.

4) Bruguiera Pokok bakau spesis ini mempunyai akar banir dan akar pernafasan “Knee breathers”. Daunnya berwarna hijau gelap dengan hujung tirus. Buahnya berbentuk panjang dan tumbuh pada lumpur keras.

➢ Fauna Hutan Paya Bakau Hutan paya bakau merupakan satu kawasan yang penting bagi pembiakan dan tempat mencari makan bagi pelbagai hidupan termasuklah manusia. Hidupan-hidupan yang boleh dijumpai termasuklah:

1) Ikan Tembakul (Mud Skipper) Sejenis ikan yang paling kerap dijumpai di kawasan paya bakau. Ikan ini boleh bergerak di permukaan tanah/darat. Ia boleh bernafas melalui insang dan melalui kulitnya. Ia menyimpan sedikit air di dalam lehernya untuk membolehkan ia mendapat oksigen. Selepas beberapa minit, ikan ini mesti kembali ke air untuk bernafas. Ikan jantan selalu berlaga antara satu sama lain.

2) Ketam Masa yang paling sesuai untuk melihat krustacea ialah ketika air surut. Ketam ini akan keluar dari ekosistemnya di dalam tanah pada masa ini. Krustasia menjadikan lumpur, detritus dan bahan-bahan pokok sebagai makanannya. Ia menggali terowong di dalam lumpur yang juga melonggarkan dan mengudarakan tanah. Kelakuan ini amatlah penting bagi kesihatan hutan paya bakau.

3) Kelip kelip Serangga ini sentiasa terdapat di hutan bakau. Ia suka hinggap pada pokok bakau khususnya spesis Sonneratia pada waktu malam. Hujung abdomennya boleh mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip.

Ekosiste

m-Ekosistem Di

4) Udang karang Lumpur (Thalassina anomala)

Udang ini adalah sejenis udang yang amat pemalu. Ianya hanya akan keluar pada waktu malam. Ia boleh mencapai ukuran sehingga 30cm dan bekasnya boleh diperhatikan melalui timbunan tanah di sepanjang kawasan berair. Timbunan tanah yang berbentuk gunung berapi kecil boleh mencapai ukuran 45 - 60 cm tinggi.

5) Belangkas (“Horse Shoe Crab”) Belangkas merupakan sejenis haiwan purba yang masih boleh dijumpai sehingga kini. Ia sering diperhatikan bergerak dalam pasangan. Dua spesis yang biasa dijumpai adalah Carcinoscorpius rotundicauda (diameter sehingga 15 cm) dan Tachypleus gigas (diameter sehingga 25 cm) 6) Cangkerang (Siput/Sipur) Kumpulan ini boleh diperhatikan diwaktu air surut. Jenis yang biasa dijumpai adalah: a) Berungun adalah sejenis gastropoda yang terdiri daripada pelbagai saiz dan jenis. Haiwan ini memakan daun-daun pokok bakau yang luruh dan juga alga yang terdapat di atas permukaan Lumpur.

b) Tiram dan Kupang merupakan haiwan dwicengkerang yang berpaut pada sesuatu kawasan dan tidak bergerak bebas seperti berungun. Ia kebiasaanya dijumpai terlekat pada akar-akar pokok Rhizophora. Haiwan ini memakan plankton mikroskopik yang dibawa oleh air laut setiap hari.

7) Lotong Lotong berwarna kelabu tetapi hujung bulu kelihatan seperti perak pudar. Ianya mempunyai sepucuk bulu panjang pada kepalanya. Akan tetapi anak lotong berwarna jingga. Mamalia primat ini hidup di atas pokok-pokok secara berkelompok dengan 12 - 50 ekor sekumpulan. Lotong suka makan daun muda, pucuk dan buah tumbuhan.

8) Kera Kera sering dijumpai di hutan bakau. Kadangkala kera ini turun dari pokok dan menggali lumpur untuk mendapatkan ketam kecil sebagai makanan. Kera berwarna perang dan pandai berenang. Mereka hidup berkelompok dalam lingkungan 40 ekor sekumpulan.

9) Memerang Memerang kadangkala dijumpai dikawasan hutan paya bakau mencari makanan seperti udang, ikan, ketam dan penyu kecil. Terdapat 4 spesis memerang di Malaysia.

KESIMPULAN Memandangkan terdapat berbagai hasilan yang boleh didapati dari kawasan tanah lembab dan berlakunya perubahan daripada penggunaan secara tradisional kepada aktiviti-aktiviti pembangunan besar-besaran yang mengakibatkan perbalahan dalam penggunaan sumber oleh sektor-sektor yang berbeza maka satu sistem pengurusan yang lebih meluas dan disokong oleh rangka perundangan dan peraturan-peraturan tambahan adalah diperlukan. Kepentingan kawasan tanah lembab kepada semua seharusnya dihargai dan usaha-usaha memeliharanya perlu dijalankan.

RUJUKAN :

http://id.wikipedia.org/wiki/Hutan_Bakau http://www.sabah.gov.my/jhl/edu/Tanah Lembab.pdf http://memberstripod.com/-Zulkarnain_Zakaria/bakau.htm http://pkukmweb.ukm.my/-rsenr3/rsenr1/p612-619.pdf

Related Documents

Ekosistem
May 2020 32
Ekosistem
May 2020 35
Ekosistem
May 2020 35
Ekosistem
May 2020 28
Ekosistem
May 2020 32
Ekosistem Manusia.pdf
October 2019 38