Ekonomi_completed.docx

  • Uploaded by: MAzrol MAli
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ekonomi_completed.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,443
  • Pages: 17
1

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penentu permintaan isi rumah ke atas barang dan perkhidmatan di Malaysia. Kajian ini telah dilaksanakan oleh tiga orang pelajar daripada Jabatan Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia bagi memenuhi keperluan kursus JTW109 - Ekonomi untuk Pengurusan 1. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua sumber maklumat iaitu melalui data sekunder yang boleh diperoleh daripada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Ekonomi, buku-buku rujukan ekonomi dalam pasaran dan sebagainya serta melalui data primer iaitu kaedah temu bual dan borang soal selidik. Pengkaji telah menemu bual beberapa individu dalam proses mendapatkan maklumat di mana borang soal selidik telah diedarkan kepada 15 orang responden dalam kalangan penduduk di negeri Pulau Pinang. Data yang diperoleh di analisis menggunakan peratusan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Hasil kajian ini mendapati bahawa berlakunya perubahan pada arah aliran permintaan isi rumah ke atas barang dan perkhidmatan di Malaysia pada tahun 2018 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Selain itu, melalui analisis yang dilakukan oleh pengkaji dapat dinyatakan bahawa pendapatan seisi rumah majoriti tidak dapat menampung pembelian serta pembiayaan bagi barangan dan perkhidmatan dengan sepenuhnya. Secara ringkasnya dapat di tafsirkan bahawa statistik harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada hari ini melebihi peratusan pendapatan keseluruhan seisi rumah.

2

PENDAHULUAN Secara umum, dapat dikatakan bahawa definisi Ekonomi adalah bidang kajian sains yang berkaitan dengan pengurusan sumber daya individu, masyarakat, dan sumber daya negeri untuk memperbaiki kebajikan kehidupan manusia. Di dalam ekonomi sememangnya wujudnya aktiviti perniagaan yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan. Manakala di dalam perniagaan ini pula akan terdapatnya konsep asas perniagaan. Antara konsep asas yang paling pentingnya ialah barang dan perkhidmatan. Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian dan sebagainya. Manakala perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan sebagainya. Secara ringkasnya barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia namun apabila di tambah pula dengan kegiatan ekonomi Malaysia sekarang yang kurang memberangsangkan ini sudah pastinya akan menimbulkan kesan kepada masyarakat di Malaysia dalam membelanjakan wang ringgit mereka. Oleh hal demikian, penyelidik diarahkan untuk menjalankan beberapa kaedah kajian bagi mengumpul maklumat bagi menerangkan dengan lebih terperinci tentang faktor penentu permintaan isi rumah ke atas barang dan perkhidmatan di Malaysia. Tugasan ini telah dijalankan oleh tiga orang pelajar daripada rancangan Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM). Kami sekumpulan diarahkan untuk menjalankan sesi temubual bersama ketua keluarga berkenaan tajuk kajian. Kami menjalankan kajian terhadap segelintir masyarakat di Pulau Pinang. Menerusi pandangan dan pendapat daripada temubual yang dijalankan ianya sudah pasti dapat membantu kami sekumpulan dalam menyiapkan tugasan ini dengan lebih sempurna dalam menghuraikan faktor penentu permintaan isi rumah ke atas barang dan perkhidmatan. OBJEKTIF KAJIAN •Mengenal pasti apakah faktor penentu permintaan isi rumah ke atas barang dan perkhidmatan di Malaysia. •Mengkaji pendapat masyarakat terhadap ekonomi Malaysia serta nilai harga bagi barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia.

3

KAEDAH KAJIAN Dalam menyiapkan tugasan ini, kami sebagai Penyelidik telah menggunakan kaedah yang empirik serta bersistem bagi mendapat sumber maklumat yang tepat. Kami sekumpulan mencari maklumat melalui Keratan Akhbar, Sumber Jabatan Statistik Malaysia, Laman Sesawang dan Buku bagi membantu melengkapkan isi kajian kami dengan lebih sempurna. Di samping itu, kami juga sekumpulan turut menjalankan kajian dengan mengadakan sesi temubual serta membuat kajian soal selidik bersama ketua keluarga bagi membantu kami melengkapkan kajian ini. Kajian ini dijalankan terhadap 15 orang ketua keluarga. Di dalam borang yang disediakan terdapat dua bahagian iaitu di Bahagian A merupakan Maklumat Demografi manakala di Bahagian B pula ialah Soalan Soal Selidik dan Soalan Temubual. Di Bahagian A, setelah kajian dijalankan terhadap semua responden, Penyelidik telah berjaya mengumpulkan maklumat bilangan responden yang menjawab soalan di maklumat demografi. Contoh borang soal selidik dilampirkan di bahagian lampiran. Dibawah ini adalah graf yang menunjukan keputusan soal selidik;

4

ANALISIS Analisis telah dilakukan setelah soal selidik dan kajian dari sumber-sumber tertentu, disimpulkan dengan 6 faktor yang mempengaruhi perbelanjaan dan perkhidmatan bagi isirumah ialah; 1. Pendapatan 2. Harga Barang 3. Citarasa 4. Promosi 5. Dasar kerajaan 6. Lain-lain 1.ANALISIS FAKTOR : PENDAPATAN Melalui maklumat daripada data skunder dan primer yang diperoleh, keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita merujuk kepada menilai tahap pencapaian ekonomi di Malaysia. Kayu ukur jumlah KDNK per kapita pada setiap tahun berguna dalam konteks perbandingan pencapaian ekonomi antara negara, namun ianya tidak mencerminkan kesejahteraan ekonomi setiap penduduk di negara tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan daripada rakyat di negara ini tinggal di sesebuah kediaman bersama keluarga atau secara berkumpulan di mana kanak-kanak mahupun orang dewasa yang tidak bekerja pula ditanggung oleh ahli isi rumah lain yang berperanan atau bertanggungjawab sebagai pencari nafkah. Seterusnya isi rumah ini membuat peruntukan secara bersama untuk perbelanjaan makanan dan keperluan hidup yang lain. Oleh hal demikian, pendapatan isi rumah wajar diberi perhatian dalam menilai peningkatan ekonomi penduduk dalam sesebuah negara tersebut. Namun, nilai purata pembelanjaan boleh dipengaruhi oleh taburan pendapatan isi rumah yang tidak sekata atau tidak stabil. Ini kerana jika terdapat segelintir isi rumah yang berpendapatan terlalu tinggi atau rendah, ianya akan melonjakkan atau mungkin menurunkan nilai purata pembelanjaan yang diperoleh dalam sesebuah keluarga atau kumpulan. Walaupun peningkatan pendapatan di peringkat keseluruhan menunjukkan perkembangan yang positif, namun tahap pendapatan bagi setiap kumpulan masyarakat adalah tidak sekata mengikut statistik yang dilakukan oleh kerajan. Pendapatan isi rumah di bandar lazimnya lebih tinggi berbanding pendapatan isi rumah di luar bandar. Di samping itu, pendapatan isi rumah yang mempunyai ketua

5

keluarga wanita terutamanya ibu atau bapa tunggal biasanya adalah lebih rendah berbanding pendapatan kumpulan masyarakat yang lain. Perbezaan pendapatan mencerminkan sistem perbelanjaan yang berbeza. Bagi golongan masyarakat yang berpendapatan tinggi akan berbelanja lebih secara mutlak bagi setiap kumpulan perbelanjaan berbanding golongan masyarakat yang berpendapatan bawahan. Namun demikian, golongan berpendapatan tinggi menghabiskan peratusan yang lebih rendah pendapatan mereka untuk makanan dan keperluan asas yang lain. Perkara ini dapat di lihat dengan lebih jelas apabila pengkaji telah menerima beberapa maklum balas daripada responden ke atas ujian atau temu bual yang dijalankan dalam proses pengumpulan maklumat. Rata-rata responden untuk kajian ini adalah berpendapatan bawahan dan sebilangannya daripada golongan berpendapatan tinggi. Pengkaji mengambil keputusan untuk mempelbagaikan ciri-ciri demografik dari segi pendapatan untuk melihat keputusan kajian yang berbeza-beza. Kajian yang melibatkan faktor dari segi pendapatan seisi rumah ini telah dijalankan di mana 12 orang daripda 15 orang responden memberi keterangan bahawa apabila terdapatnya pendapatan individu di dalam sesebuah keluarga yang telah bekerja meningkat, ianya akan berlaku perubahan dari segi mutu pembelian barang dan perkhidmatan. Pernambahan bilangan ahli keluarga yang bekerja sedikit sebanyak mampu untuk meringankan beban dan membantu dalam kewangan seisi rumah. Responden menyatakan bahawa amat penting untuk setiap ahli keluarga yang sudah tamat belajar atau meningkat umur dewasa untuk bekerja dan mencari sumber pendapatan bagi membantu atau menyokong dari segi kewangan dalam sesebuah keluarga. Hal ini kerana responden peka dengan ekonomi pada hari ini tidak lagi serupa atau sama dengan ekonomi terdahulu di mana dapat di lihat berlakunya perbezaan dari segi harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Perkara ini mendorong ke semua responden sebagai ketua keluarga mengatur keperluan dan kehendak yang lebih penting terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan untuk seisi rumah. Manakala, terdapat 9 orang responden yang mempunyai ahli keluarga yang lain melakukan kerja sampingan bagi menampung pendapatan keluarga. Hal ini kerana pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan seharian. Terdapat beberapa responden yang melakukan kerja sambilan hanya untuk membuat simpan ketika kecemasan kerana pendapatan yang sedia ada sebagai buruh atau gaji kasar yang dalam kumpulan sederhana hanya mampu untuk menampung barangan dan perkhidmatan terpenting dahulu. Responden telah meluahkan bahawa dengan

6

melakukan kerja sambilan ini, mereka mampu untuk menambah pendapatan keluarga walaupun dalam jumlah yang sedikit. Perkara ini telah membuatkan responden berkecenderung untuk menghadkan pembelian barangan dan perkhidmatan untuk mengurangkan kos kehidupan seharian. Pada masa yang sama, kesejahteraan ekonomi isi rumah tidak seharusnya diterjemahkan dari sudut pendapatan semata-mata. Analisa dari segi pola perbelanjaan juga perlu ditekankan. Contohnya, peratusan perbelanjaan untuk perumahan dan utiliti adalah agak sekata bagi isi rumah di setiap kelas pendapatan. Namun, perbelanjaan untuk makanan pula berbeza. Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,000, membelanjakan sebanyak 30.4% daripada jumlah perbelanjaan bulanan mereka untuk makanan. Manakala isi rumah berpendapatan paling tinggi membelanjakan hanya sebanyak 9.9%. Jika diperhatikan, kadar kenaikan harga bagi makanan adalah lebih cepat berbanding kadar inflasi keseluruhan. Ini bermakna, isi rumah berpendapatan rendah akan lebih terkesan dengan kenaikan harga makanan. Di sebalik itu, kumpulan berpendapatan tinggi pula berkeupayaan untuk berbelanja lebih bagi pendidikan serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan. Peratusan ini dapat di lihat dan sama seperti yang dipaparkan di halaman rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia. Melalui kaedah kajian yang dijalankan ini, pengkaji dapat membuat analisis bahawa faktor pendapatan bagi sesebuah keluarga menjadi penentu dalam permintaan isi rumah ke atas barangan serta perkhidmataan.

2.ANALISIS FAKTOR: HARGA BARANG Seperti mana yang telah diketahui, kerajaan tidak melaksanakan kawalan harga ke atas semua barangan kerana Malaysia mengamalkan Sistem Ekonomi Terbuka iaitu harga pasaran akan dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Persaingan yang sengit dalam kalangan peniaga akan menyebabkan penurunan harga barangan kerana pengguna mampu untuk memilih peniaga yang menawarkan harga yang lebih rendah. Namun jika terdapat monopoli dalam kalangan peniaga, harga barangan akan dimanipulasikan kerana kurangnya pesaing. Di Malaysia, terdapat mekanisma penetapan harga secara campur tangan langsung oleh pihak kerajaan yang dipanggil mekanisma harga ditadbir. Mekanisma ini dilaksanakan kepada dua kumpulan barangan iaitu kumpulan barangan pertama dan kumpulan barangan kedua. Kumpulan

7

barangan pertama ialah barangan seperti beras, tepung, daging, gula, gas dan bahan api iaitu harga runcit barangan berkenaan akan ditentukan oleh pihak kerajaan. Manakala kumpulan barangan kedua pula ialah barangan yang memerlukan kelulusan kerajaan sebelum harga barangan tersebut diubah. Sebagai contohnya, barangan dalam kategori bekalan air, elektrik, tembakau, dan perkhidmatan pengangkutan. Namun, penetapan harga melalui kuasa pasaran dilihat sebagai alternatif yang lebih berdaya saing. Ini adalah kerana, pengguna akan menjadi lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka kerana harga sesuatu barangan atau perkhidmatan itu akan sentiasa berubah. Situasi ini akan menuntut sikap pengguna supaya lebih berjimat cermat dan menghargai sumber yang terhad serta dengan sendirinya dapat memupuk sikap tidak membazir Disamping itu, isu kenaikan harga barang juga secara langsung menyumbang kepada kos sara hidup yang lebih tinggi. Secara teorinya semakin tinggi kos sara hidup, semakin kurang kuasa beli pengguna tersebut. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar dan keadaan ini akan menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu yang akan memberi kesan kepada kuasa beli dan juga kualiti hidup mereka. Kesan dan kadar inflasi yang tinggi akan memberikan impak negatif kepada pengguna di Malaysia terutamanya apabila masalah inflasi ini menyumbang kepada kenaikan harga barangan keperluan harian seperti gula, minyak masak dan tepung. Inflasi juga menyumbang kepada masalah ekonomi sampingan seperti penyeludupan dan penyorokan produk keperluan harian dalam pasaran, Apabila dikaitkan dengan inflasi, pengkaji telah mendapati bahawa 13 orang responden telah menyuarakan masalah inflasi ini memberi kesan buruk terhadap perbelanjaan keluarga dalam kehidupan seharian. Oleh kerana harga barang yang ada kalanya tidak menentu akibat daripada salah satu sebab terdapatnya peniaga yang bersikap tamak serta sering mencari alasan untuk menaikkan harga barang, beberapa orang responden tidak membuat senarai belanjawaan ketika berbelanja. Demi mengaut keuntungan yang lumayan, terdapat peniaga yang mengambil kesempatan dengan menyorokkan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung. Mereka enggan menjual barangan keperluan tersebut lalu menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna yang beranggapan stok barangan tersebut telah habis di pasaran. Apabila ini berlaku peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut untuk mengambil untung secara berlebihan. Oleh

8

kerana masalah ini, responden lebih gemar dan merasa lebih mudah untuk tidak menetapkan apaapa senarai belanjawaan walaupun ianya menyebabkan kerugian bagi pihak responden. Secara keseluruhannya, peningkatan harga barang adalah realiti yang harus diharungi oleh penduduk sesebuah negara terutamanya penduduk yang berpendapatan sederhana dan rendah. Peningkatan harga barang adalah tidak sejajar dengan peningkatan dalam kenaikan gaji kerana hampir keseluruhan gaji responden diperuntukkan untuk membeli keperluan barangan harian, membayar sewa rumah atau pinjaman perumahan dan kenderaan. Salah sorang responden menyatakan gaji minimum untuk dirinya menampung seisi rumah adalah tidak mencukupi kerana hanya seorang daripada ahli keluarga yang bekerja. Tambahan pula, terdapat salah seorang daripada ahi keluarga responden yang mempunyai masalah kesihatan dan kurang upaya. Walaupun responden menerima bantuan daripada pihak kebajikan, untuk tanggani masalah kewangan dalam membeli barangan harian amat sukar. Kemungkinan implikasi negatif ini akan terus menjadi barah kepada masyarakat kita pada hari ini kerana ibu bapa sibuk mencari nafkah sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik anak di rumah. Walau bagaimanapun, pengguna perlu melihat semula gaya hidup mereka dan bersedia untuk melakukan perubahan besar kepada gaya hidup mereka mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka dalam berbelanja. Kebimbangan responden sebagai pengguna dalam penetapan harga melalui kuasa pasaran ialah apabila berlaku kenaikan harga yang melampau atau tidak rasional. Kenaikan harga jualan akibat daripada peningkatan kos pengeluaran bukanlah sesuatu perbuatan yang salah. Namun, kenaikan harga tersebut perlulah setara dengan struktur kos sesuatu barangan berkenaan.

3. ANALISIS FAKTOR : CITARASA Definasi bagi citarasa mengikut kamus dewan ialah rasa seperti sedap (lazat), kegemaran, pilihan, kecendurangan, keinginan atau pandangan yang tertentu. Pada awal abad kedua puluh satu, sebuah buku yang ditulis oleh ahli akademik, falsafah dan muzik, Karol Berger iaitu yang dipanggil "Teori Seni", dia mencetuskan beberapa soalan utama yang membentuk sikap kita terhadap citarasa dan keputusan moral. Beliau menegaskan bahawa: "keengganan untuk mendiskriminasi antara suara yang didengar, untuk membandingkan dan menilai mereka bukan sahaja tidak praktikal, ia juga

9

salah dengan alasan yang lebih mendalam. Ia adalah satu bentuk objektif estiktika di mana kita membenarkan suara yang kita dengar untuk menghiburkan kita, tetapi bukan untuk menentang anggapan kita yang paling asas dan dengan itu mengubah hidup kita ". Citarasa adalah berbeza mengikut negara, etnik, budaya setempat dan juga kedudukan kewangan individu atau isirumah. Kajian ini menjurus kepada faktor citarasa kebanyakan rakyat Malaysia dalam mempengaruhi perbelanjaan barangan dan perkhidmatan. Mengikut soal selidik yang dilakukan terhadap 15 responden, antara soalan yang diajukan antaranya “Perbelanjaan seisi keluarga ada kalanya tidak menentu kerana ianya berdasarkan faktor-faktor ekonomi negara. Adakah apabila terdapatnya pendapatan individu di dalam sesebuah keluarga yang telah bekerja meningkat ianya akan berlaku perubahan dari segi mutu pembelian barang dan perkhidmatan? Keputusannya 12 dari 15 orang responden atau 80% mengatakan ya, ini boleh disimpulkan bahawa citarasa pada segi mutu pembelian meningkat seiring dengan pendapatan. Sebagai contoh citarasa pada barangan import meningkat walaupun kos pembeliannya lebih mahal berbanding barangan tempatan. Selain pendapatan meningkat, faktor yang mempengaruhi citarasa terhadap barangan import adalah anggapan ianya lebih berkualiti atau bermutu dan tahan lama, lebih banyak pilihan, memberi kepuasan dan lambang status dan taraf hidup. Ledakan jualan dalam talian juga memainkan peranan dalam mengubah majoriti rakyat Malaysia dalam faktor citarasa dalam perbelanjaan kerana memberi pilihan yang banyak dan pembelian yang lebih mudah. Mengikut rekod,syarikat terbesar jualan dalam talian Alibaba telah mencatat jualan sebanyak RM125 bilion dalam acara beli-belah ‘Single's Day’ pada tahun 2018. Ini membuktikan jualan dalam talian mempunyai pengaruh yang besar dalam menentu perubahan citarasa isirumah dalam perbelanjaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2016, peratusan tertinggi bagi pemilikan peralatan isirumah ialah barangan telefon bimbit iaitu 97.9% dan kereta sebanyak 84.7%. Tidak dinafikan, ianya adalah salah satu keperluan asas pada waktu ini, tetapi faktor citarasa terhadap dua barangan tidak boleh diketepikan memandangkan persaingan yang sengit antara pengeluar dalam penghasilan produk yang terbaru dan tercanggih. Sebagai contoh, dalam satu laporan yang dikeluarkan sebuah firma penganalisis pasaran, keuntungan sebelum cukai daripada penjualan telefon pintar seluruh global dianggarkan mencecah $9.4 billion setakat suku ketiga pada 2016. Dengan pelbagai jenama dunia telefon bimbit pintar

10

dan juga kereta meningkatkan citarasa penduduk dunia dan rakyat Malaysia khasnya dan ini memberi kesan terhadap perbelanjaan isirumah.

4. ANALISIS FAKTOR : PROMOSI Definasi bagi promosi ialah kenaikan pangkat, naik pangkat (upacara), segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb); mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. Sebagai contoh promosi harga adalah strategi yang biasa untuk menarik pengguna dan meningkatkan jualan. Promosi harga adalah "mengurangkan harga kuantiti tertentu atau meningkatkan kuantiti yang tersedia pada harga yang sama, sehingga meningkatkan nilai dan membuat insentif ekonomi untuk membeli" (Raghubir dan Corfman, 1999). Syarikat biasanya menggunakan promosi pengguna untuk meningkatkan percubaan, menarik untuk tukar jenama, mendorong pembeli yang sensitif kepada harga, menggalakkan penggunaan ulang atau memberikan nilai tambah (Huff dan Alden, 2000). Oleh itu, adalah penting untuk memahami kesan jangka panjang promosi harga, termasuk pengaruh mereka terhadap penilaian produk pengguna dan tingkah laku pembelian ulang. Penilaian produk positif dapat membantu mengekalkan pengguna dan menggalakkan pembelian berulang, sementara penilaian negatif dapat mengurangkan tingkah laku pembelian pengguna apabila promosi berakhir. Promosi di dalam talian adalah yang paling hebat dilakukan pada masakini. Dengan pelbagai web yang menawarkan barangan dengan harga promosi memberi impak kepada corak pembelian pengguna dan mempengaruhi perbelanjaan isirumah kerana kaedah pembelian yang mudah dan berkesan. Perusahaan e-Commerce terkemuka di Asia Tenggara, Lazada, melancarkan Festival Belanja 11.11 iaitu salahsatu bentuk promosi, dengan rekod baru pada tahun 2018 iaitu, lebih dari 20 juta pembeli di Asia Tenggara yang mendapatkan penawaran dari website dan aplikasi Lazada. Di samping itu, kesan kenaikan harga promosi dalam industri perkhidmatan makanan mungkin berbeza daripada kategori produk lain kerana produk tersebut termasuk ciri-ciri tidak ketara dan ketara. Sebagai contoh, McDonalds telah memperluaskan konsep "McCafe" mereka dengan memperkenalkan pilihan makanan dan minuman ala kopi dengan harga yang murah, pesaingnya Starbucks telah melancarkan pelbagai aktiviti promosi berkaitan harga untuk menarik pelanggan

11

baru dan sedia ada. Aktiviti ini termasuk diskaun pada menu set sarapan pagi dan pakej hadiah percutian, promosi bersama kedai serbaneka, kad kesetiaan dengan mata bonus dan, paling berjaya, tawaran untuk "membeli satu, dapatkan satu percuma". Yang terakhir ini telah menghasilkan aliran pengguna yang signifikan dan berjaya menarik pelanggan baru. Ia juga meningkatkan jumlah jualan dan menarik perhatian pengguna. Ini dibuktikan dengan statistik perbelanjaan untuk makanan dan minuman oleh isirumah mencatatkan peratusan kedua tertinggi selepas pinjaman perumahan sebanyak 18% pada tahun 2016. Contoh kaedah promosi yang lain adalah penawaran diskaun kuantiti, di mana harga unit menurun dengan pembelian kuantiti yang lebih besar, adalah strategi umum yang digunakan oleh peruncit untuk meningkatkan jumlah jualan mereka. Contohnya, kedai pakaian mungkin menawarkan diskaun pada baju yang kerap dijual pada harga Rm25 sebagai "Beli 4, dapatkan 30 peratus diskaun" atau "dengan pembelian Rm100 keatas, dapat 30 peratus diskaun". Dari perspektif peruncit, pembelian tambahan pengguna bukan sahaja akan mengimbangi margin keuntungan yang lebih rendah untuk item diskaun, tetapi juga boleh meningkatkan keuntungan keseluruhan. Pengguna cenderung membeli lebih banyak unit apabila mereka melihat bentuk promosi sebegini dan ini memberi kesan kepada perbelanjaan mereka.

5. ANALISIS FAKTOR : DASAR KERAJAAN Dasar kerajaan merupakan antara satunya faktor berlakunya permintaan isi rumah terhadap Barang dan Perkhidmatan. Kerajaan telah memperkenalkan sistem cukai terhadap Barang dan Perkhidmatan bermula dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan pada tahun 1970 dan pada tahun 2015 pula diganti dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Dalam usaha perlaksanaan GST,

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika dalam

pembentangan Bajet 2014 yang berlangsung di Parlimen pada 25 Oktober 2013 telah mengumumkan pelaksanaan GST (Goods and Services Tax) atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015. GST akan menggantikan cukai kepenggunaan yang sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST). Antara kebaikan GST ini ialah ianya dapat mengurangkan kos perniagaan dimana melalui SST, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun, melalui GST, peniaga memperolehi manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah atau

12

barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah. Di samping itu, GST juga dapat menjadikan harga lebih berpatutan kepada pengguna. Hal demikian kerana GST dapat menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding SST. Di samping itu, kadar GST yang telah ditetapkan bagi Negara Malaysia ialah 6 peratus dengan kadar 6 peratus itu, negara akan memperoleh RM23 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama pelaksanaan GST, manakala dalam tempoh setahun pula ia akan mencecah RM32 bilion dan seterusnya mencatat sedikit lebihan apabila ditolak BR1M dan pengurangan cukai kepada individu dan syarikat. Antara salah satu pakej bantuan GST kepada rakyat Malaysia ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM300 pada tahun pertama pelaksanaan GST, tambahan BR1M kepada RM650 bagi yang berpendapatan kurang RM3,000 dan BR1M sebanyak RM450 bagi yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM 4,000. Namun pada 1 Jun 2018 GST dimansuhkan dan pada 1 September 2018, SST iaitu cukai lama dikembalikan semula disebabkan Barisan Nasional (BN) sudah lagi tidak memerintah Negara Malaysia namun diganti pula dengan Pakatan Harapan (PH). Perlaksanaan SST pula ianya melibatkan cukai terhadap Jualan dan Perkhidmatan. Di mana Kadar cukai jualan untuk barangan kini 5 peratus, manakala 10 peratus atau pada kadar lain ditentukan oleh kerajaan. Sementara itu, Kadar Cukai Perkhidmatan adalah enam peratus dan akan dikenakan ke atas perkhidmatan makanan dan minuman, insurans, perkhidmatan komunikasi, kelab swasta, hotel dan lain-lain.’ Melalui cukai yang telah dikenakan oleh masyarakat negara Malaysia pada hari ini ianya telah menyebabkan berlakunya permintaan daripada isi rumah terhadap Barang dan Perkhidmatan di Malaysia. Penyelidik telah menjalankan kajian terhadap 15 orang Rakyat Malaysia di sekitar Negeri Pulau Pinang pada tahun 2019 ini. Penyelidik mendapati sistem cukai yang telah dijalankan di Malaysia ini iaitu GST dan SST secara kasarnya tidak mampu meringankan beban Rakyat. Hal demikian kerana menerusi soal selidik dan temu bual yang yang dijalankan kajian mendapati bilangan responden yang mengatakan pelaksanaan SST pada tahun 2019 ini membawa perubahan terhadap Barang dan Perkhidmatan ialah sebanyak 3 orang manakalah bilangan responden yang mengatakan perlaksanaan SST tidak ada sebarang perubahan iaitu ianya masih sama seperti semasa pelaksanaan GST ialah sebanyak 12 orang. Jumlah tersebut dapat dilihat melalui Graf 1

13

pada soalan ke 4. Ini bermaksud dasar kerajaan dalam mengenakan cukai barang dan perkhidmatan terhadap rakyat sememangnya memberi beban terhadap rakyat. Antara faktor yang menyumbang kepada tiadanya perubahan harga (price stickiness) adalah rantaian pembuatan dan perkhidmatan yang dimonopoli atau dimanipulasi oleh peniaga, di samping kenaikan kos operasi kepada peniaga, kesan daripada kenaikan kos bahan, dasar gaji minima, kejatuhan nilai ringgit, dan seumpamanya. Ternyata, GST dan SST bukanlah sistem cukai terbaik untuk menambah hasil kerajaan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Kesimpulan yang dapat Penyelidik katakan disini pentingnya semua pihak untuk mengkaji dan menilai alternatif selain GST dan SST yang boleh dilaksanakan di Malaysia.

6.ANALISIS FAKTOR : LAIN-LAIN Faktor penentu permintaan isi rumah terhadap Barang dan Perkhidmatan di Malaysia bukan sahaja dari segi pendapatan, harga barang, citarasa, promosi dan dasar kerajaan malah termasuk juga dari segi keperluan khas dan musim. Dari segi keperluan khas, masyarakat di Malaysia sudah pastinya memerlukan perbelanjaan kesihatan iaitu dengan menggunakan perkhidmatan seperti Hospital dan Klinik. Di Negara Malaysia ini terdapat dua sektor iaitu Kerajaan dan Swasta. Jadi Pengguna berhak memilih mengikut pilihan mereka. Penyelidik mendapati berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap segelintir Rakyat Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 2019 ini, Penyelidik mendapati ramai masyarakat lebih memilih perkhidmatan kesihatan sektor Kerajaan berbanding Swasta. Hal demikian kerana, Encik Ayob yang telah ditemubual berkata, sektor Kerajaan lebih murah berbanding sektor Swasta dan tidak memerlukan perbelanjaan yang begitu banyak seperti sektor Swasta. Katanya, walaupun terpaksa menunggu lama tetapi pilihan ini lebih baik memandangkan ekonomi Malaysia yang kian merosot ketika ini. Namun, bukan hanya Encik Ayob sahaja yang berkata sedemikian namun terdapat lagi individu lain yang turut mengatakan perkara yang sama. Buktinya dapat dilihat melalui Graf 1 soalan 3 yang menunjukkan bahawa ramai responden lebih memilih sektor Kerajaan berbanding Swasta. Ianya dapat dilihat bahawa Kerajaan mencatatkan sebanyak 13 orang manakala Swasta pula hanya mencatat sebanyak 2 orang sahaja. Namun, sektor Swasta bukanlah tidak bagus perkhidmatanya ianya cepat dan pantas tanpa menunggu lama tetapi dengan hanya masalah kewangan yang agak banyak yang perlu dibelanjakan serta masalah ekonomi sahaja yang menyebabkan ramai terpaksa memilih

14

kemudahan kesihatan daripada sektor Kerajaan. Selain itu, di samping keperluan khas, musim juga merupakan antara salah satu sebab berlakunya permintaan terhadap Barang dan Perkhidmatan. Hal demikian kerana apabila tibanya musim perayaan misalnya Perayaan Hari Raya, pelbagai barangan dan pakaian perlu disediakan untuk isirumah dan ini meningkatkan perbelanjaan. Hal ini secara tidak langsung dapat membebankan rakyat kerana terpaksa menghabiskan wang ringgit terhadap kehendak serta keperluan bagi menyambut perayaan walaupun harga meningkat. Kesimpulannya, Kerajaan perlulah peka terhadap masalah masyarakat dalam perbelanjaan mereka seperti bantuan perayaan atau diskaun tol bagi mereka dapatkan menjimatkan kos.

KESIMPULAN Setelah disenaraikan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbelanjaan dan perkhidmatan isirumah, kajian ini diharapkan memberi input kepada pengkaji, pelajar, pensyarah, kerajaan dan masyarakat dalam menyimpulkan serba sedikit dalam membuat keputusan dalam perbelanjaan kerana semua peringkat perlu memainkan peranan bagi mewujudkan negara Malaysia yang berorintasikan negara maju dan masyarakat yang peka kepada persekitaran dalam belanjawan isirumah. Kesan-kesan yang negatif dapat dikurangkan seperti inflasi pada negara atau kuasa membeli yang kurang apabila masyarakat dan kerajaan bersama-sama memberi sumbangan dari segi idea, tenaga dan dasar yang jelas bagi membangunkan Malaysia kearah negara yang mempunyai pendapatan tinggi dan moden. Pendidikan perlu dititikberatkan oleh pihak kerajaan supaya masyarakat kini dan masadepan dapat berdikari tanpa mengharapkan subsidi dari kerajaan kerana pendidikan akan membentuk masyarakat yang bijak mengatur kewangan dan merancang belanjawan isirumah. Semoga usaha ini diberkati Allah S.W.T dan ilmu yang boleh dimanfaatkan dan disampaikan kepada generasi-generasi pada masa depan. Alhamdulilah. Sekian, terima kasih.

15

RUJUKAN E-BOOKS Promote the price promotion: The effects of price promotions on customer evaluations in coffee chain stores Author(s):Hui-Chun Huang (Department of Restaurant and Institutional Management, Shih Chien University, Taipei, Taiwan, Republic of China) Cultural education organizations and flexible individualization of taste Author(s):Marcin Poprawski (Institute of Cultural Studies, Adam Mickiewicz University of Poznan, Poznan, Poland) Buy four get 30% off: how consumers respond to missing a quantity discountAuthor(s):Wen-Hsien Huang (Department of Marketing, Department of Marketing, National Chung Hsing University, Taichung City, Taiwan , Taichung City, Taiwan) LAMAN SESAWANG Izwaashura Sadali, (2018), SST Akan Kembali Dilaksanakan Mulai 1 Sept Ini. Bahan diakses pada 5 Mac 2019, daripada https://paultan.org/2018/05/30/sst-akan-kembali-dilaksanakan-mulai-1-sept-ini-pm/ Shahir Sulaiman, (2018), Selamat Tinggal GST, Selamat Kembali SST. Bahan diakses pada 5 Mac 2019, daripada http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7603-selamat-tinggal-gstselamat-kembali-sst Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, (2018). Indeks Harga Pengguna Malaysia Ogos 2018. Bahan diakses pada 7 Mac 2019, dari https://www.dosm.gov.my/indeks-harga-pengguna-malaysia-ogos-2018/ Farahaini Mohd Hanif, (2015). Kenaikan Harga Barang Di Malaysia. Bahan diakses pada 7 Mac 2019, dari http://www.mkm.edu.my/images/awam/penerbitan/dimensi_koop/dimensikoop46/ kenaikan-harga-barang-di-malaysia.pdf

16

Alibaba catat rekod jualan baharu Terima RM125 bilion dalam acara beli-belah Single's Day13 Nov. 2018 AKHBAR -Nadia Hamid, (2018 Mei 18). GST Sifar Peratus, Harga Barang Turun Lebih 6 peratus. BH Online. Bahan diakses pada 7 Mac 2019, daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/427214/gst-sifar-peratus-hargabarang-turun-lebih-6-peratus -Muhammad Hisyam Mohamad.(2014). Peranan pengguna dalam menangani masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 7 Mac 2019, daripada http://www.beritaharian/com.my/ekonomi/perananpengguna-dalam-menangani-masalahkenaikan-harga-barangan-dan-perhidmatan/ -Pendapatan isi rumah meningkat 6.6 peratusOleh Noor Atiqah Sulaiman [email protected] Isnin, 9 Oktober 2017 | 3:52pm -Kesan inflasi selepas pelaksanaan GST dijangka sementara Jumaat, 10 Oktober 2014 | 4:50pmBerita harian -Purata gaji, upah bulanan meningkat Berita Harian Jumaat, 27 Oktober 2017 | 7:47pm

17

LAMPIRAN

More Documents from "MAzrol MAli"

Pan's Labyrinth.docx
December 2019 18
May 2020 14
Minggu Ke 9 & 10.
December 2019 23